Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts

Tuesday, September 2, 2014

Terapi Solat Tahajud Bagi Penyembuhan Kanser


Terapi Solat Tahajud Bagi Penyembuhan Kanser 
Penulis: Imam Musbikin 
Terbitan: Alam Raya 
Harga: RM29.00 

 Kepedihan kanser menyentuh banyak orang dengan berbagai cara. Kanser menimpa tua dan muda; yang kaya dan yang miskin; kanser tidak pilih bulu. Kanser bukan sahaja merampas harga diri orang yang menderitanya, menghancurkan tubuh manusia, dan merobek-robek keluarga. Tetapi juga membuat orang yang menderitanya menghargai peristiwa sehari-hari yang kelihatan tidak penting; tenggelamnya matahari, makan malam dengan orang tersayang, berubahnya daun-daun musim gugur. Bagi orang yang hidup dengan kanser, setiap saat itu berharga, setiap nafas kehidupan. 

 Harapan baru muncul bagi orang-orang yang selama ini menderita kanser. Satu kajian menunjukkan bahawa solat tahajud ternyata dapat digunakan sebagai alternatif meningkatkan dan memperbaiki daya tahan tubuh imunisasi dan menghilangkan penyakit kanser. Apabila kita melakukan solat tahajud dengan tepat, maksima dan khusyuk, maka kadar kortisol dan berbagai hormon lain dalam tubuh akan normal. Normalnya sekresi berbagai hormon tubuh melalui jalur hiphotalamic-pituatery-adrenal dapat memperbaiki daya tahan tubuh. Baiknya sistem daya tahan tubuh tidak hanya dapat menghindarkan serangan penyakit, tetapi juga menyembuhkan berbagai macam penyakit, diantaranya penyakit kanser.

Wednesday, February 5, 2014

Pola Makan Rasulullah SAW


Pola Makan Rasulullah SAW 
Penulis: Prof. Dr. Abdul Basith Muhammad Sayyid 
 Terbitan: Almahira 
 Harga: RM53.00 

 Akhir-akhir ini banyak sekali penyakit menyeramkan muncul akibat pola makan yang salah, yang menjadikan makanan hanya sebagai penghilang rasa lapar dan pemberi kenikmatan sesaat, tanpa mempedulikan kandungan dan kehalalannya. Padahal Rasulullah saw telah mengajarkan cara makan yang baik dan benar, yang tidak sekedar membuat kita kuat dan sihat, tapi juga kebal terhadap serangan berbagai macam penyakit. 

 Apa saja makanan yang baik dan menyehatkan menurut Rasulullah saw? Bagaimana beliau mengatur mengatur waktu makan sehari-hari? Menu apa saja yang biasa beliau santap setiap harinya sehingga jarang sekali penyakit boleh hinggap di tubuh beliau? Bila waktu makan dan minum yang tepat menurut beliau? Bagaimana kiat beliau dalam menggunakan makanan dan minuman sebagai ubat yang boleh menyihatkan sekaligus menyembuhkan penyakit? 

 Penulis buku ini berusaha menghuraikan hal di atas secara tuntas disertai dalil-dalil pendukung menggambarkan berbagai makanan berkualiti dan baik yang dimuat Al-Quran dan Al-Hadits sekaligus dianjurkan supaya diambil oleh orang sihat maupun orang sakit. Di bahagian akhir, penulis juga memberikan program diet aman Islami dan resepi masakan yang boleh dimanfaatkan untuk menyembuhkan berbagai macam penyakit, dari penyakit ringan sampai penyakit berat, dari gangguan saat sedang datang bulan sampai penyakit tumor dan kanser.

Sunday, May 19, 2013

Kesihatan Keluarga


Kesihatan Keluarga 
Penulis: Raihanah Abdullah 
Terbitan: PTS 
 Harga: RM15.50 

 Apa yang ada di dalam buku ini? 

 1) Kenali tanda awal dan simptom penyakit lazim 
2) Ketahui rawatan dan cara mencegah

Wednesday, August 22, 2012

Mengapa Rasulullah Tidak Mudah Sakit

Mengapa Rasulullah Tidak Mudah Sakit
Penulis: Asadullah Al-Faruq
Terbitan: Kemilau Publika
Harga: RM17.00

Tiada yang menafikan bahawa sihat adalah faktor kejayaan. Bahkan, sihat adalah tiang utama kejayaan itu sendiri. Walaupun ada juga orang yang berjaya dengan mempunyai penyakit, namun orang yang sihat ‘jauh lebih mungkin’ untuk melakukan suatu impian yang tidak boleh dilakukan oleh orang sakit. Itulah rahsia sebuah kata-kata hikmah yang berbunyi “Orang sihat boleh mempunyai seratus keinginan, namun orang sakit hanya mempunyai satu keinginan”. 

Sihat fizikal semata ‘bukan jaminan’ kesejahteraan di muka bumi. Bahkan, sihat fizikal yang tidak diimbangi sihat rohani, sihat sosial dan sihat emosi intelektual nyata membawa malapetaka kehancuran. Firaun, Hitler, Gengis Khan adalah individu yang sihat gagah perkasa namun justeru menjadi magnet kehancuran di muka bumi ini. 

Rasulullah telah menunjukkan cara agar ‘Sihat Holistik’ untuk kita. Ketika kita tercari-cari ‘nawaitu’ mempelajari tiang memperoleh kesihatan maka pintu-pintu kesihatan telah terbuka; dan kita boleh merawat sakit yang acapkali hadir. Ataupun kita dapat meminimakannya. Cara mana yang lebih baik dari cara yang telah diajarkan oleh Rasulullah? Kami yakin, anda orang bijak untuk menuju sihat itu sendiri. 

Buku ini juga mendapat sentuhan daripada Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau sempat berkongsi tips kesihatan dan pengalaman beliau merasai sakit yang panjang kepada kita semua.

Saturday, March 17, 2012

Buku Induk Mukjizat Kesehatan Ibadah

Buku Induk Mukjizat Kesehatan Ibadah
Penulis: Jamal Elzaky
Terbitan: Zaman
Harga: RM99.00

Buku Induk Mukjizat Kesehatan Ibadah, Segala Hal yang Ingin Anda Ketahui tentang Rahasia dan Manfaat Medis Wudhu, Shalat, Puasa, Zakat, Haji, Sedekah, Zikir, dan Baca Al-Quran

Inilah buku terlengkap tentang keajaiban medis dalam beribadah. Setelah mengulas tuntas hubungan iman dan ketenangan jiwa, penulis menguraikan kaitan berbagai bentuk ibadah ritual umat Islam dengan kesehatan raga, jiwa, dan akal.

Begitu lengkap dan detail, hingga kita dapat memahami fungsi dan hubungan tiap-tiap organ dengan otak dan jantung. Lebih jauh, kita pun bisa mengetahui secara lebih jelas fungsi medis dalam berbagai ibadah yang selama ini kita lakukan terhadap penjagaan dan perlindungan tubuh dari berbagai penyakit berbahaya. Selamat beribadah lebih giat, lebih sehat, lebih khidmat.

Friday, September 23, 2011

Diari Bagaimana Saya Kurus

Diari Bagaimana Saya Kurus
Penulis: Dzulfikri Zulkifle
Terbitan: Mazni Irfan Publication
Harga: RM17.00

Makan spageti di tepi perigi,
Di tepi perigi makan spageti,
Siapa yang makan di tepi perigi?
Tentulah saya Dzulfikri.

“Cukup dengan semua ini! Saya hendak jadi lebih sihat!”

Dzulfikri Zulkifle adalah penulis blog TakNakGemuk.com yang mempunyai ribuan pengikut. Buku ini menceritakan kisah beliau bagaimana dari seorang yang sering diejek dan mempunyai masalah berat badan kepada seorang yang sihat dan berkeyakinan tinggi.

Ikuti bimbingan beliau dalam usaha menurunkan berat badan. Daripada 150 kg turun sehingga 90kg. Bunyinya seperti mustahil, kan?

Selepas habis buku ini, kita akan berkata, “Saya boleh lakukannya!”

Saturday, August 6, 2011

Ensiklopedia Unggul Do'a Hajat Jampi Mujarrab

Ensiklopedia Unggul Do'a Hajat Jampi Mujarrab
Penulis: Abdullah Al-Qari b. Hj.Salleh
Terbitan: Al-Hidayah
Harga: RM50.00

Setiap penyakit itu ada penawar atau ubatnya kecuali mati.Penyakit atau penderitaan yang diturunkan kepada manusia merupakan cubaan daripada Allah SWT terhadap hambaya. Berusaha untuk mendapat kesembuhan dan kembali sihat lebih utama daripada berputus asa atau berserah secara total kepada takdir dan cubaan.

Pelbagai cara yang boleh kita ikhtiarkan untuk mendapatkan kesembuhan atau penawar kepada penyakit yang kita hidapi. Sama ada menggunakan cara pengubatan moden ataupun perubatan tradisional dan alternatif. Yang paling penting ialah, ia tidak menyalahi akidah atau ajaran Islam. Berdoa atau menggunakan jampi daripada ayat-ayat Quran merupakan salah satu cara perubatan Islam. Ia telah diamalkan semenjak zaman Rasulullah SAW lagi. Apa sahaja cara yang kita gunakan asalkan tidak keluar dari batasan akidah Islam adalah usaha manakala kesembuhan dan kesihatan itu pula adalah dengan izin dari Allah SWT.

Buku ini amat berharga kerana menghidangkan himpunan penawar yang boleh kita ikhtiarkan dalam mendapatkan kesembuhan daripada Allah SWT. Semoga apa yang dinukilkan oleh penulis dan terkandung di dalam buku ini boleh kita jadi rujukan dan panduan dalam mendapatkan kesembuhan dan penawar dengan izin Allah SWT. Insya Allah

Sunday, July 31, 2011

Panduan Pemakanan Sihat

Panduan Pemakanan Sihat
Penulis: Nor Hairul Palal, Rahimawati Abdul Rahim, Nor Hashina Bahrudin
Terbitan: PTS
Harga: RM19.00

Makanan adalah pepejal dan cecair yang membekalkan tenaga kepada tubuh, dan mengandungi unsur-unsur nutrien serta mempunyai ciri-ciri dari segi rupabentuk, warna, tekstur, rasa dan bau.

Keperluan makanan bagi manusia penting dalam memastikan mereka mendapat nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan. Melalui makanan berkualiti dan berkhasiat, mampu memberikan keperluan tenaga bagi menjalankan aktiviti harian.

Kesan kepada kesihatan dalam pengambilan sesuatu kumpulan makanan secara kurang atau berlebihan turut dikupas secara terperinci. Ia penting bagi merancang pemakanan yang seimbang.

Panduan Pemakanan Sihat membantu dalam menerangkan amalan pemakanan yang sihat. Pemakanan yang betul dan teratur akan mempengaruhi gaya hidup, kerjaya dan kesihatan kita.

Monday, June 13, 2011

Quranic Super Healing

Quranic Super Healing
Penulis: Ustaz Mustamir
Terbitan: PTS
Harga: RM19.00

Setiap manusia mahukan kesihatan. Ada yang berpendapat sihat itu adalah kekal segar tanpa masalah. Mungkin pula sihat itu adalah sembuh daripada penyakit yang sedia ada. Menjadi sihat adalah salah satu nikmat agung yang dikurniakan kepada kita selain diizinkan hidup, ada masa lapang, anugerah kekayaan dan waktu muda remaja.

Namun sayang, kita ini sukar sihat. Sekiranya tidak sakit tubuh badan dengan terbeban kanser, diabetes, darah tinggi dan seribu macam penyakit lagi, ada pula sakit jiwa. Sakit pada hati. Mungkin itu teruk sakitnya seperti skizofrenia mahupun mania. Mungkin pula sakit yang halus seperti dengki, benci dan keras hati. Walau apapun namanya, semua itu tetap penyakit. Kita yang menderita terasa perit.

Begitu dahsyat dunia, putus asa sahajakah kita?

Tidak. Syukur, kita ada al-Quran. Mukjizat nabi yang teragung. Kitab yang dijanjikan Tuhan sebagai penyembuh dan ubat untuk orang beriman. Tuhan menawarkan kesihatan nurani dan jasmani buat mereka yang membaca, menghayati dan mengamalkan ajaran-ajaran al-Quran.

Quranic Super Healing mengungkap rahsia al-Quran dari segi kesihatan dengan asas ilmu perubatan. Melalui hujah dan analisis ilmiah, terungkap yang al-Quran sememangnya mempunyai potensi luar biasa sebagai ubat kepada pelbagai penyakit. Bukan sahaja penyakit jiwa, bahkan penyakit jasad.

Sunday, May 1, 2011

Senaman Tauhid & Asmaul Husna

Senaman Tauhid & Asmaul Husna
Penulis: Ustaz Raflis Sabirin
Terbitan: MMP Communications
Harga: RM18.00

Yoga, pilates, taichi merupakan kaedah senaman yang baik dalam mengekalkan kesihatan. TAHUKAH ANDA BAHAWA DALAM ISLAM JUGA ADA MEMPUNYAI SENAMANNYA YANG TERSENDIRI? Senaman Tauhid & Asmaul Husna adalah senaman khusus untuk umat Islam. TAK PERNAH DENGAR? Dapatkan buku senaman Tauhid & Asmaul Husna untuk mengetahui lebih lanjut kaedahnya.

Saturday, April 30, 2011

365 Tip Sihat Gaya Rasulullah

365 Tip Sihat Gaya Rasulullah
Penulis: Dr. Mohammad Ali Toha
Terbitan: PTS
Harga: RM10.90

Setiap manusia dambakan kesihatan. Bukan sekadar kesihatan fizikal, bahkan kesihatan emosi, rohani dan sosial. Ini kerana, badan yang sihat, emosi yang seimbang, jiwa dan rohani yang tenang dan hubungan sosial yang harmoni dapat menjadi wahana kebahagiaan dan kesejahteraan hidup.

Sebenarnya, resipi kesihatan yang menyeluruh dan holistik ini sudah diajarkan oleh Rasulullah kepada kita melalui rutin harian kehidupannya sehari-hari.

365 Tip Sihat Gaya Rasulullah merumuskan panduan gaya hidup sihat berdasarkan konsep kesihatan islami dan alami yang sudah diajarkan oleh Rasulullah kepada kita 1400 tahun yang lampau. Panduan itu diperincikan dalam 365 tip harian yang dapat dipraktikkan dalam tempoh setahun. Ia bukan sekadar menyentuh aspek kesihatan fizikal, bahkan ia juga memperjelaskan aspek penjagaan kesihatan rohani, emosi dan sosial.

Sesiapa sahaja mampu mempraktikkan tip-tip ini dengan mudah.

Anda ingin kekal sihat dan bertenaga sepanjang kehidupan? Rahsianya ada di dalam buku ini.

Thursday, March 10, 2011

Pengubatan Al-Quran Penawar Segala Penyakit

Pengubatan Al-Quran Penawar Segala Penyakit
Penulis: Ustaz Raflis Sabirin
Terbitan: MMP Communications Sdn Bhd
Harga: RM32.00

Bukan menidakkan kemampuan perubatan moden namun aspek penjagaan kesihatan serta kaedah merawat penyakit turut termaktub dalam al-Quran yang menjadi panduan hidup sepanjang hayat umat Islam.

Buku Pengubatan Al-Quran Penawar Segala Penyakit membongkar ilmu perubatan yang terkandung dalam al-Quran melalui kupasan ayat-ayat untuk membantu menyembuhkan penyakit berdasarkan amalan.

Penulisnya, Raflis Sabirin, berkata sebahagian besar isi kandungan buku ini adalah pengalaman beliau selama 27 tahun mengubati penyakit menggunakan ayat al-Quran serta koleksi siri kesihatan tulisannya yang dimuatkan dalam majalah Milenia Muslim sepanjang 2010.

Buku setebal 264 halaman ini turut menyediakan gambar herba yang digunakan untuk mengubati sesuatu penyakit seperti kencing manis, jantung, kanser payu dara, angin ahmar dan ketumbuhan selain dijelaskan cara penyediaannya berserta ayat yang perlu dibaca.

Ia memperincikan kaedah merawat sendiri menggunakan kalam Allah dan herba pilihan seperti buah keras, jambu batu, kulit manggis, lidah buaya, kulit limau nipis, halia tua, daun sanna, telur ayam kampung, air zamzam dan madu lebah asli.

Penulis turut mengajak pembaca merenung dan memikirkan hakikat kehidupan yang semakin maju dengan segala kemodenan hingga menjurus kepada pelbagai penyakit, tidak ketinggalan penyakit rohani hingga menyebabkan berlaku gejala sosial.

Justeru, di samping mendapat manfaat daripada kalimah Allah untuk mengubat pelbagai jenis penyakit, secara tidak langsung usaha menjadikan al-Quran sebagai rujukan akan mendekatkan manusia dengan Penciptanya.

Sunday, March 6, 2011

Rasulullah Is My Doctor

Rasulullah Is My Doctor
Penulis: Jerry D. Gray
Terbitan: Sinergi
Harga: RM40.00

Thibbun nabawi (pengubatan ala Nabi Muhammad saw.) ini seharusnya melekat erat dalam hati setiap Muslim dalam kehidupan sehari-hari kerana contoh terbaik dan doktor terbaik bagi umat Islam adalah Firman Allah SWT melalui lisan Muhammad saw. dan buku yang ditulis saudara Jerry ini membuktikannya.

Wednesday, December 22, 2010

Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit

Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit
Penulis: Dr. Adi Hashman
Terbitan: PTS
Harga: RM19.90

Buku 'Mengapa Rasulullah Tidak Pernah Sakit' ini membincangkan perihal rahsia gaya hidup sihat Islami yang diamalkan oleh Rasulullah sepanjang kehidupan. Buku ini juga membicarakan secara terperinci, komponen pemeliharaan dan pemuliharaan kesihatan tubuh badan melalui pemakanan yang sihat, penjagaan rohani yang berkesan dan amalan-amalan yang dianjurkan oleh Islam melalui Quran dan hadis Rasulullah. Setiap individu mampu mempraktikkan panduan dan kaedah ini dengan mudah.

Buku ini membongkar rahsia dan formula kesihatan Rasulullah yang halal, mudah, luar biasa dan holistik.

* Formula penjagaan kesihatan fizikal, mental dan emosi yang diajarkan oleh Rasulullah
* Teknik menjaga kebersihan yang terbaik serta dapat membantu meningkatkan daya tahan tubuh
* Tip-tip sihat yang mudah dan murah mengikut sunah Rasulullah
* Kriteria makanan sihat serta bermanfaat mengikut Quran dan sunah Rasulullah
* Kesan berpuasa pada kesihatan tubuh manusia
* Rahsia kesihatan di sebalik gerakan dalam solat

Wednesday, July 14, 2010

Siri Kesihatan

1) 121 Ubat Penyembuh Lelah - Al-Hidayah Publication, RM6.00
2) 247 Penyembuh Tradisional (Kencing Manis, Darah Tinggi, Lemah Jantung, Lutut) - Al-Hidayah Publication, RM8.00
3) Tekanan Darah Tinggi & Pemakanan Sihat - Ar-Risalah Products, RM14.00
4) Tumbuhan & Makanan Sebagai Penyembuh Penyakit - Ar-Risalah Products, RM15.00

Monday, March 1, 2010

Jin: Hakikat & Pengubatan

Jin: Hakikat & Pengubatan
Penulis: Dato' Haji Ismail Kamus
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM34.90

Walaupun tidak dapat dilihat tetapi ia sebenarnya wujud. Malah ia sentiasa berlegar di sekitar kehidupan kita. Ada yang dalam bentuk asalnya dan ada juga dalam bentuk jelmaan atau samaran. Paling hampir ialah qarin iaitu jin pendamping diri kita sendiri.

Banyak aktiviti dalam masyarakat kita yang dikaitkan dengan jin. Antaranya sihir, santau dan sesetengah perubatan tradisional yang menggunakan kaedah "menurun". Kebanyakan penyakit misteri yang tidak dapat dikesan oleh doktor dikatakan disebabkan oleh jin. Begitu juga masalah histeria dan kerasukan yang sering terjadi pada kaum wanita dikatakan disebabkan jin yang masuk ke dalam jasad wanita tersebut.

Apakah hubung kait jin dengan kehidupan manusia? Apakah gejala yang dikatakan berpunca daripada jin tanda permusuhan mereka dengan kita? Apa pula senjata pertahanan kita untuk berhadapan dengan mereka? Banyak perkara yang anda perlu tahu tentang jin yang dipapar-kan dalam buku Jin: Hakikat dan Pengubatan ini.

Friday, January 22, 2010

Terapi Ruqyah: Pendinding Diri Daripada Gangguan Sihir, Jin dan Syaitan

Terapi Ruqyah: Pendinding Diri Daripada Gangguan Sihir, Jin dan Syaitan
Penulis: Rohidzir Rais
Terbitan: PTS
Harga: RM4.50

Buku ini disusun bagi membantu pembaca yang tidak mempunyai asas bahasa Arab ataupun asas perubatan Islam. Ia bertujuan untuk menggalakkan pembaca mengamalkan sendiri jampi serapah apabila menghadapi masalah yang berkaitan. Buku ini juga boleh membantu pembaca untuk menilai kriteria pengamal perubatan tradisional, sama ada ia mengikut syarak atau tidak.

Di dalam buku ini pembaca akan:

* Mengetahui hakikat sihir dan bagaimana ia berlaku.
* Mengenali jenis-jenis sihir.
* Mengenali jin dan syaitan serta jenis-jenisnya.
* Rawatan bagi penyakit jasmani seperti luka, deman dan sebagainya.
* Rawatan bagi penyakit rohani seperti kemurungan, susah tidur dan sebagainya.
* Mengenali terapi daripada alam semula jadi seperti madu lebah, habbatus sauda' dan sebagainya.

Tuesday, December 29, 2009

Better Health With Reflexology

Better Health With Reflexology: Foot, Hand Reflexology and Body Acupuncture
Penulis: Mark Silas
Terbitan: Darul Nu'man
Harga: RM15.00

This book is an essential source for the people who practice healthy life through body massage. There are many sections from this book, which inform us about the reflexology massaging from the foot which is part of human activity center, how to massage it and the best time to do it. Then it tells us about the hand massaging, how to tell illness by the color of the hands and reflexology for the whole body and its manual.