Showing posts with label Rijal Media. Show all posts
Showing posts with label Rijal Media. Show all posts

Thursday, November 25, 2010

Menyeru Kepada Allah - Panduan Untuk Pendakwah Muda

Menyeru Kepada Allah - Panduan Untuk Pendakwah Muda
Penulis: A. Ubaidillah Alias
Penerbit: Rijal Media
Harga: RM14.00

KANDUNGAN

Prinsip 1: Hidayah Itu Milik Allah
Prinsip 2: Bersangka Baik
Prinsip 3: Mencintai Bahasa Arab
Prinsip 4: Menelusuri Kisah Sirah Dan Teladan
Prinsip 5: Perbaiki Dirimu Terlebih Dahulu
Prinsip 6: Benar Dalam Penyampaian Dan Tindakan
Prinsip 7: Pendakwah Itu Penyelamat

Saturday, November 13, 2010

Tokoh-Tokoh Besar Gerakan Islam Dalam Sejarah

Tokoh-Tokoh Besar Gerakan Islam Dalam Sejarah - Kisah-Kisah Inspiratif Para Pemimpin Gerakan Islam Sedunia
Penulis: Saari Sungip
Terbitan: Rijal Media
Harga: RM21.90

Mendekati dan mengenali sejarah Islam bererti kita belajar dari kegemilangan Islam masa lalu. Fadzil Noor, Dr Yusuf Al-Qardawi, Hassan Al-Banna, Ayatollah Khomeini dan Tengku Hasan Krueng Kali kini sudah menjadi barisan legenda yang dikenang sepangjang hayat. Mereka adalah orang-orang yang berjiwa besar mempertahankan kesyumulan Islam. Kehadiran buku ini bertamu di minda anda untuk mengimbau semula tokoh sejarah Islam yang semakin dilupakan. Tanpa mereka, tiadalah titik awal perjuangan Islam. Tanpa mereka juga tiadalah penyambung pada perjuangan Nabi Muhammad S.A.W.

Buku yang sarat dengan fakta ini menjadi bahan bacaan wajib bagi mereka yang cinta pada Islam dan ingin mengenali tokoh-tokoh yang berjuang disebalik kejayaan Islam. Ada beberapa sebab mengapa anda harus memilih buku bertajuk Tokoh-Tokoh Besar Gerakan Islam Dalam Sejarah:
  1. Mengenali denan lebih mendalam pejuang-pejuang Islam yang kental dan berhati waja di negara seperti Malaysia, Mesir dan Indonesia.
  2. Mengambil segala inti pati perjuangan mereka lalu serapkan di nurani kita betapa besar jasa dan perjuangan mereka mempertahankan Islam.
  3. Kisah susur galur tertubuhnya gerakan Islam seperti PAS, HAMAS, HISBULLAH dan IKHWANUL MUSLIMIN.
  4. Mengetuk dinding hati kita agar ingin berjihad di jalan Allah seperti yang mereka lakukan.

Monday, September 27, 2010

Koleksi Buku A. Ubaidillah Alias

1) Kala Cinta & Wahyu Bersatu - PTS, RM18.00
2) Warkah Cinta Berbau Syurga - PTS, RM23.50
3) Kompas Cinta - Rijal Media, RM12.90
4) Sakinah - Kemilau Publika, RM17.90

Friday, April 9, 2010

Bila Anak-Anak Bertanya Tentang Allah dan Alam Ghaib

Bila Anak-Anak Bertanya Tentang Allah dan Alam Ghaib
Penulis: Muhammad Muhyidin
Terbitan: Rijal Media
Harga: RM16.00

Peningkatan intelektual anak-anak seiring dengan kemajuan ilmiah masa kini mendorong pertanyaan yang lebih kritis daripada anak-anak tentang kewujudan Allah dan alam ghaib. Justeru ibu bapa seharusnya memantapkan diri dengan ilmu-ilmu akidah untuk menjawab segala persoalan yang terbuku di hati anak-anak tentang Allah dan alam ghaib. Tinggalkan jawapan tradisional dan kuno seperti, “Ayah tidak tahu”, “Jangan kamu bertanya lagi” atau , “Pergi tanya ustaz”. Jawapan-jawapan klise seperti ini sudah pasti akan membuatkan anak-anak terkapai–kapai dan akhirnya anak-anak bosan untuk bertanya lagi. Lebih malang jika anak-anak itu membesar tanpa ilmu akidah yang mantap akibat kekurangan pendedahan tentang ilmu akidah semasa kecil.

Bantulah anak anda menjadi seorang Muslim sejati di awal pembentukan mindanya. Jangan sesatkan minda anak-anak dengan ilmu tentang Allah dan alam ghaib yang merapu dan dongeng semata. Didiklah anak-anak itu seimbang dengan ilmu dunia dan akhiratnya. Jika dia menjadi akauntan kelak, biarlah akauntan yang mantap ilmu akidahnya. Ingat, bahawa tugas utama ibu bapa selain membesarkan anak-anak ibu bapa perlu mengasah dan meneguhkan iman anak-anak.

Hadirnya buku ‘Bila anak-anak bertanya tentang Allah dan alam ghaib’ ini sebagai panduan yang membantu ibu bapa memimpin tangan-tangan kecil itu dalam mengenal Allah.

Terdapat beberapa metode yang digunakan dalam buku ini:

1. Buku ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama: Makrifat tentang
Allah dan bahagian ke dua: Makrifat Tentang Alam Ghaib.
2. 48 pertanyaan yang dikemukakan dalam buku ini adalah pertanyaan yang sering
ditanya anak-anak berkenaan Allah dan alam ghaib.
3. Setiap pertanyaan dijawab dengan huraian berserta dalil al-Quran yang mantap.