Showing posts with label Karya Bestari. Show all posts
Showing posts with label Karya Bestari. Show all posts

Wednesday, April 12, 2017

20 Sen Untuk Ke Syurga


20 Sen Untuk Ke Syurga 
 Penulis: Ustaz Elyas Ismail 
 Terbitan: Karya Bestari 
 Harga: RM24.00 

 Buku ini menyentuh perkara-perkara yang kadang-kadang kita tak sedar pun kita buat. Lebih teruk lagi kalau kita sedar dan tahu, tapi sengaja buat. Dah namanya pun manusia. Tapi ini bukan alasan untuk terus ‘mengumpul harta’ yang tidak baik itu ya. Kita carilah pahala, walaupun dari sekecil-kecil tindakan kita. Contoh? Kalau dalam poket kita ada RM50.20, mana yang kita bagi? Kita kata kita bagi 20 sen. Kalau kita bagi 20 sen, yang masih tinggal RM50. Agaknyalah mana satu milik kita? RM50 yang masih tinggal atau 20 sen yang diberi itu? 20 sen. Ingat, kita adalah apa yang kita beri. Bukan apa yang kita miliki. Inilah pahala buat kita. Kita buang ‘harta yang tidak baik’ itu, gantikan dengan yang baik-baik sahaja. Okey?

Monday, October 24, 2016

Biografi Agung Dr. Yusuf al-Qaradhawi


Biografi Agung Dr. Yusuf al-Qaradhawi  
Penulis: Prof Madya Dr Mohamed Kamil Abdul Majid 
 Terbitan: Karya Bestari 
 Harga: RM27.00 

Al-Qaradawi berfikiran objektif. Karya-karya beliau dalam bidang keislaman boleh dianggap sebuah ensiklopedia lengkap, seperti al-Ghazzali adalah tokoh ensiklopedia pada zamannya. Oleh sebab itulah, ada peminat dan murid-muridnya yang memberikan gelaran“al-Imam” pada Yusuf al-Qaradawi, dengan panggilan Imam Yusuf al-Qaradawi. Kelahiran seorang tokoh besar seperti al-Qaradawi yang dianugerahkan Allah dengan ingatan yang kuat, akal yang pintar, hati yang bersih serta dibantu pula dengan senarai guru-guru yang hebat. Dialah Dr Yusuf al-Qaradawi sang murabbizaman yang sentiasa dinantikan pandangannya dalam semua aspek permasalahan.

Tuesday, June 21, 2016

Biografi Agung Abu Al-Hassan Ali Al-Nadwi


Biografi Agung Abu Al-Hassan Ali Al-Nadwi 
 Penulis: Prof Madya Dr Mohd Rumaizuddin Ghazali 
 Terbitan: Karya Bestari 
 Harga: RM25.00 

 Al-Nadwi memiliki akidah, dakwah dan risalah, sebagai seorang pengkritik terhadap peradaban Barat, sebagai seorang penyeru kepada kemuliaan Islam dan kepimpinan Muslim, sebagai seorang yang paling kuat menentang ideology dan materialisme Barat, sebagai penyeru terbesar kepada kedamaian manusia dan universalisme Islam. Beliau merupakan tokoh membangkitkan dan menimbulkan maruah dan harga diri umat Islam daripada merasa naïf di hadapan Barat. Malah al-Nadwi sering melaungkan bahawa Barat perlu belajar lebih banyak dari pada umat Islam. 

Beliau menggambarkan Barat sebagai: “kamu mampu untuk terbang di udara seperti burung dan berenang di dalam lautan seperti ikan tetapi kamu tidak mampu berjalan di atas muka bumi ini seperti manusia.” 

 Apabila orang yang berkuasa adalah manusia yang menyembah kebendaan dan mementingkan kelazatan yang dapat dirasa sahaja, tidak percaya selain dari perkara dalam kehidupan ini dan tidak pula mempercayai apa yang sebalik alam ini, maka kebendaan itulah yang membentuk tabiatnya dan mempengaruhi perasaan hatinya. Maka sempurnalah rintihan kemanusiaan yang akan diiringi oleh rintihan-rintihan lain yang lebih hebat lagi.

Saturday, April 23, 2016

Biografi Agung Nuruddin Zanki - Perintis Gerakan Jihad Menentang Tentera Salib


Biografi Agung Nuruddin Zanki 
 Penulis: Syed Alwi Alatas
 Terbitan: Karya Bestari 
 Harga: RM28.00 

 Setiap kejayaan gemilang seorang tokoh, pasti terdapat seorang tokoh lain yang hebat dan menjadi pencetus kecemerlangan itu... Dialah SULTAN NURUDDN ZANKI, mentor yang melahirkan seorang SALAHUDDIN AL-AYYUBI, Pembebas Jerusalem. 

 Nuruddin Mahmud Zanki adalah seorang tokoh penting dalam sejarah Islam. Mungkin ramai yang tidak mengenali tokoh ini secara mendalam. Berbeza halnya dengan Salahuddin al-Ayyubi, yang begitu akrab di telinga kaum Muslimin pada hari ini. Sedangkan, Nuruddin Zanki adalah pendahulu Salahuddin. Dia juga adalah orang yang memulakan penyatuan serta Islamisasi Syria dan Palestin dalam menghadapi kekuatan tentera Salib. 

 Menurut Carole Hillenbrand dalam bukunya, Perang Salib, menyatakan bahawa, selama berabad-abad sejak masa Perang Salib “adalah Nuruddin, dan bukannya Saladin, yang memiliki reputasi paling gemilang sebagai sosok mujahid sejati. Saladin ‘ditemukan kembali’ oleh umat Islam pada abad kesembilan belas dan kedua puluh.” Rupanya, bersamaan dengan ‘ditemukannya’ Salahuddin pada masa-masa yang belakangan, peranan Nuruddin Zanki menjadi pudar dari ingatan kaum Muslimin kontemporer. 

 Tulisan ini tidak bermaksud mengembalikan keadaan seperti sebelum abad kesembilan belas, iaitu agar Nuruddin Zanki menjadi tokoh mujahidin yang lebih terkenal dan lebih menonjol daripada Salahuddin. Walaupun buku ini secara khusus menulis tentang Nuruddin Zanki, dan tidak banyak membahas tentang Salahuddin, tapi saya berharap kedua-dua tokoh ini dikenali oleh kaum Muslimin serta diberi penghargaan secara seimbang dan semestinya.

Malayonesia: Kerdipan Bintang Melayu Di Langit Melayu


Malayonesia: Kerdipan Bintang Melayu Di Langit Melayu
 Penulis: Dr Mat Rofa Ismail 
 Terbitan: Karya Bestari 
 Harga: RM54.00 

 Malayonesia merujuk kepada keseluruhan alam kepulauan Melayu. Buku ini membawa pembaca menghayati masa lampau Alam Melayu menerusi aspek geografi, penduduk, iklim, pembukaan, pentadbiran, penjajahan dan pembebasannya, perjuangan dan sukla duka umatnya yang berkongsi latar belakang sejarah tabii yang sama. Isi kandungan diolah pengarangnya menerusi pelbagai sumber klasik nadir, yang dibedah, diolah dan dipersembahkan dalam bentuk yang menginsafkan bagi para pembaca yang mempunyai jiwa yang hidup. Sumber klasik diadun pula dengan sumber mutakhir agar menyediakan hidangan minda yang segar dan bertenaga dalam pembinaan peradaban umat yang diidamkan pada masa hadapan.

Wednesday, March 16, 2016

Al Quran Per Kata Kaedah Berwarna Al-Andalus


Al Quran Per Kata Kaedah Berwarna Al-Andalus 
 Terbitan: Karya Bestari 
 Harga: RM90.00 
Pilihan Warna: Biru, Merah, Hijau, Kuning

 Al-Quran Terjemahan Per Kata Berwarna yang tidak terpisah pada ayat dan lebih mudah dibaca. Kaedah Belajar Terjemahan Per Kata dengan cara diwarnakan setiap perkataan atau kalimah pada ayat-ayat Al Quran dalam Bahasa Arab dan Bahasa Malaysia.  

Dilengkapi dengan Asbabunuzul, Hadis Sahih, Riyadhus Salihin dan Kamus Bahasa Al Quran yang semakin menambah nilai produk ini.

Monday, December 7, 2015

Hebatnya Rasulullah: Teladani Peribadi & Pengurusan Kekasih ALLAH


Hebatnya Rasulullah: Teladani Peribadi & Pengurusan Kekasih ALLAH 
 Penulis: Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi 
 Terbitan: Karya Bestari 
 Harga: RM18.00 

 HEBATNYA RASULULLAH ini menghimpunkan cara pengurusan yang dilaksanakan yang akhirnya membawa kita menelusuri jejak-jejak kebijaksanaan baginda, baik dari sudut perniagaan, ketenteraan, dakwah mahupun berkeluarga. Sungguh! Baginda suri teladan sepanjang zaman. Tidakkah kita teruja untuk mahu mencontohi baginda?

Sunday, June 21, 2015

Kembara Syria... Mengejar Bisikan Bidadari


Kembara Syria... Mengejar Bisikan Bidadari 
 Penulis: Mohd Khairul Anwar Ismail 
 Terbitan: Karya Bestari 
Harga: RM33.00 

 Kembara Syria... Mengejar Bisikan Bidadari merupakan travelog perkongsian pengalaman Mohd Khairul Anwar Ismail, yang melakukan misi kemanusiaan ke Syria bersama Malaysia Life Line For Syria (MLLFS). 

 Beliau menyaksikan sendiri kepahitan, penderitaan, kepayahan, kepedihan dan kesengsaraan rakyat Syria akibat kezaliman dan kekejaman pemerintah mereka. Malah Mohd Khairul Anwar Ismail hampir menjadi mangsa tembakan para snipers yang berhati kering dan tidak berhati perut. Beliau turut ditangkap dan disoal siasat oleh tentera IS.

Setelah Ammar Tinggalkan Kita


Setelah Ammar Tinggalkan Kita 
 Penulis: Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD) 
 Terbitan: Karya Bestari
 Harga: RM28.00 

 Buku kedua ini merupakan sambungan daripada buku 'Cerita Cinta Ahmad Ammar' terbitan Karya Bestari pada tahun 2014. 

 'SETELAH AMMAR TINGGALKAN KITA.' Satu lagi himpunan catatan kenangan mengenai Ahmad Ammar setelah hampir satu tahun setengah pemergiannya. Setiap baris ayat yang tercatat merupakan kata-kata motivasi buat kita sama ada ibu, ayah, kakak, adik, abang, sahabat ataupun sesiapa jua yang tidak pernah bersua muka dengannya tapi 'terpana' dengan perjuangannya. Setiap ayat yang disusun tetap menggodak perasaan. 

Namun, buku ini turut mengandungi mesej perjuangan penuh jiwa. Kekentalan usaha Ammar dalam menjejak 'tamadun dunia' meremangkan semangat mereka yang membaca. Tanpa nama, almarhum Ahmad Ammar bin Ahmad Azam meninggalkan satu fenomena patriotik dan Islamik di kalangan anak-anak muda tempatan dan luar negara. 

 Bacalah dengan lapang dada. Biarkan jika ada air mata yang menitis. Moga akan muncul lagi jutaan 'Ammar' yang akan meneruskan perjuangan ini.

Tuesday, May 12, 2015

Kerana Dia Tuhanku


Kerana Dia Tuhanku 
 Penulis: Suhana Amiril 
 Terbitan: Karya Bestari 
 Harga: RM25.00 

 Mengharungi kehidupan di dunia, tidak pernah menjanjikan jalan yang indah. Adakalanya suram dan sedih. Tapi teruslah berjalan. Teruslah beramal. Bukan kerana manusia. Tapi kerana ALLAH..kerana DIAlah Tuhan kita. Bukankah itu sebenarnya sebuah cinta?

Tuesday, April 21, 2015

Di Hati Kita Bermula


Di Hati Kita Bermula 
 Penulis: Dr. Majdi al-Hilali 
 Terbitan: Karya Bestari 
 Harga: RM32.00 

 Hubungan dan pautan hati yang kuat dengan akhirat akan membuatkan kehidupan di dunia begitu kecil dan remeh sekali. ‘DI HATI KITA BERMULA’ akan menekankan konsep tarbiah keimanan yang perlu diutamakan terlebih dahulu berbanding tarbiah-tarbiah yang lain. Tidak mungkin untuk kita menjadi hamba ALLAH yang soleh tanpa mempunyai keimanan yang kuat di dalam hati.

Thursday, November 27, 2014

Aqidah Yang Membawa Ke Syurga


Aqidah Yang Membawa Ke Syurga 
 Penulis: Abid Bin Muhammad Noor 
 Terbitan: Karya Bestari 
 Harga: RM26.00

Tuesday, November 18, 2014

Formula Keluarga Bahagia


Formula Keluarga Bahagia 
 Penulis: Mohd Yaakub Mohd Yunus 
 Terbitan: Karya Bestari 
 Harga: RM18.00 

 Naskhah ini merupakan himpunan artikel yang menyentuh permasalahan yang melingkari hidup seharian. Ia tentang hati dan perasaan. Tentang bagaimana dengan mentaati ajaran-NYA, kita akan mencapai kebahagiaan dalam kehidupan. 

 Kebahagiaan itu matlamat kita. Betul? Kerana semua kita impikan bahagia dengan keluarga sebagai terasnya. Keluarga yang padanya kita berasa tenang dan tenteram. Keluarga yang padanya kita boleh letakkan harapan untuk menjadi manusia idaman TUHAN. “Bahagianya rasa”... ini kata kita. Kata-kata azimat yang kita mahu ia direalisasi dalam kehidupan sementara yang kita mahu peluk seeratnya.

Tuesday, October 28, 2014

Tuhan... Ajari Aku


Tuhan... Ajari Aku 
 Penulis: Anwar Nursi 
 Terbitan: Karya Bestari 
 Harga: RM17.00 

 Hidup ini indah andai kita memandangnya dengan keindahan. Juga boleh jadi derita jika dilihat dengan kesakitan. Kita ini insan lemah. Jauh sekali untuk berasa sempurna. Lantas, kita perlukan panduan agar tidak tersesat dalam kegelapan. ALLAH itu sebenarnya dekat walaupun terasa jauh. Dan DIA tidak sekali-kali membiarkan hamba-NYA lemas dalam lautan dosa. Yakinlah, DIA akan ajari kita… segalanya demi menyapa hati daripada alpa.

Izrail a.s. Malaikat Maut: Pemisah Kelazatan Dunia


Izrail a.s. Malaikat Maut: Pemisah Kelazatan Dunia 
 Penulis: Mansur Abdul Hakim 
 Terbitan: Karya Bestari 
 Harga: RM19.90 

 Izrail adalah malaikat yang ditugaskan oleh ALLAH SWT untuk mencabut nyawa setiap makhluk yang hidup. Kematian yang pastinya tidak ditangguh atau dipecepat akan dirasai apabila ajal menjelma. Sejauh mana kita bersedia untuk menghadapi malaikat maut ini? 

 Buku ini akan merungkaikan segala persoalan berkenaan malaikat pencabut nyawa dan peristiwa kematian bersumberkan Al-Quran dan hadith Nabi SAW. Di samping menceritakan mengenai kisah-kisah para nabi, orang-orang soleh dan para sahabat menjelang kematian mereka. 

 Sebagai pegetahuan tambahan, naskhah ini juga menerangkan dalam perspektif Taurat, Injil dan Syi'ah Imamiyyah mengenai kematian dan sakaratul maut. Ia sebagai satu bentuk ilmu perbandingan (komparatif) terhadap perbezaan pendapat, kepercayaan dan agama.

Thursday, June 5, 2014

Santunan Fitrah


Santunan Fitrah 
 Penulis: Dr. Harlina Halizah Siraj 
 Terbitan: Karya Bestari 
 Harga: RM17.00 

 Pada akhir pembacaan naskhah Santunan Fitrah ini, kita boleh membuat kesimpulan bahawa tiada cara yang lebih baik untuk menjalani kehidupan melainkan kembali kepada fitrah yang ditentukan Allah! Semoga ada sedikit manfaat yang mampu dicedok untuk menambah keluasan sudut pandang serta meningkatkan tahap intelektual. Kerana sesungguhnya, itulah objektif utama penulisan buku ini.

Wednesday, June 4, 2014

Menalar Makna Diri : Kembara Menjejak Imam Birgivi


Menalar Makna Diri : Kembara Menjejak Imam Birgivi 
 Penulis: Ustaz Hasrizal Abdul Jamil 
 Terbitan: Karya Bestari 
 Harga: RM25.00 

 Menalar Makna Diri : Kembara Menjejak Imam Birgivi adalah sebuah naskhah travelog yang merakam pengalaman Ustaz Hasrizal Abdul Jamil mengembara untuk mencari dan menganalisa bahan rujukan bagi mengkaji pemikiran dan perjuangan seorang tokoh penting Daulah Uthmaniyyah Abad ke-16, Muhammad bin Pir Ali al-Birkawi, atau lebih dikenali sebagai Imam Birgivi. 

 Pengembaraan ini bukan sekadar pengembaraan akademik bagi menyempurnakan pengajian Sarjana Pengajian Islam (Pengajian Arab dan Tamadun Islam) beliau di UKM, tetapi ia juga adalah pengembaraan ukhuwwah, tarbiyyah, mehnah, keringat dan air mata, pada memartabatkan disiplin sejarah, saat ia dipinggirkan oleh massa. 

 Perjalanan merentas gunung melintas benua, terhimpun padanya keseriusan amanah ilmu, namu terselit juga kelucuan persahabatan melangkau batas bangsa dan bahasa, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil mempersembahkan naskhah ini sebagai sumbangan beliau pada memperomosi bidang sejarah, kajian tokoh dan ilmu pengetahuan itu sendiri, sebagai dasar tempat berdirinya ummah zaman berzaman. 

 Pengembaraan ini bukan sekadar menemukan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dengan Imam Birgivi yang dikaji, tetapi membantunya menalar usia di persimpangan 40-an, pada menemukan beliau dengan dirinya yang dicari, selama ini.

Thursday, May 8, 2014

Cukup Hanya Allah


Cukup Hanya Allah 
 Penulis: Ustaz Kazim Elias 
Terbitan: Karya Bestari 
 Harga: RM19.90 

 Kita bukanlah insan istimewa. Namun, adakala kita berasa kitalah yang paling baik dan kitalah paling sempurna, sehingga ada yang terdetik kita mampu sendirian mengharungi liku-liku kehidupan. Rasa itu terus menjalar ke benak hati paling dalam. Ya! Lupakah kita bahawa hanya ALLAH tempat sandaran? Andai ALLAH diabai, ke mana harapan harus dituju? ALLAH itu dekat. Tidak pernah menjauh. Kita pula sering melupakan-NYA dan mengingati saat kesusahan bertamu. Lalu, munajatlah tanpa henti. DIA akan membantu kita dalam mendidik hati dan jiwa. Pasti kita menjadi sebaik-baik insan. Yakinlah! Cukup hanya DIA di hati.

Tuesday, April 22, 2014

Aku Ingin Kembara Lagi


Aku Ingin Kembara Lagi 
Penulis: Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin 
 Terbitan: Karya Bestari 
 Harga: RM17.00 

 “Aku Ingin Kembara Lagi’ merupakan himpunan tulisan Prof. Madya Dato’ Dr. Mohd Asri Zainul Abidin semasa bertugas sebagai fellow di OCIS, Oxford. 

 “Tempoh waktu saya di Oxford adalah antara waktu yang paling berharga dan menarik dalam hidup saya. Saya amat ‘jatuhcinta’ kepada Oxford dan suasananya. Bandar Oxford amat indah bagi saya. OCIS juga amat bermakna bagi diari hidup saya.” 

 “Saya coretkan sebahagian daripada apa yang saya tengok dan rasa semasa berada di Oxford. Lantas saya simpulkan itu semua dengan apa yang saya faham. Saya berharap setiap pembaca dapat mendoakan agar ALLAH memberikan peluang kepada sayauntukterus mengembara mencari hembusan pengalaman baru yang mendidik jiwa sehingga benar-benar memahami rahsia alam dan terasa amat kebesaran TUHAN.”

Tuesday, February 25, 2014

Cerita Cinta Ahmad Ammar


Cerita Cinta Ahmad Ammar 
 Terbitan: Karya Bestari 
 Harga: RM23.00 

 Ahmad Ammar, sebaris nama yang tidak dikenali semasa hayat, namun menjadi kebanggaan selepas pemergiannya. Tiada yang diinginkan melainkan sebuah syahid. Tiada yang diperlukan selain redha ALLAH dan tiada yang lebih mengujakan selain bertemu bidadari-MU di syurga abadi. Alangkah bertuah ayahanda dan bonda dapat melihat perjalanan akhir anakanda tercinta dengan sebuah pengakhiran yang baik. 

Subhanallah... indahnya rencana-MU ALLAH. Benar, ia bukan kebetulan. Engkau pergi ketika membawa misi ALLAH dan Rasul. Moga jannah jua sebagai ganti. Tenanglah adinda Ammar di sana. Tabahlah duhai ibu bapa dan keluarga. Wahai sahabat seperjuangan yang masih dalam kelana ilmu di Turki, jangan patah hati. Perjuangan kita perlu diteruskan. Impian Ammar adalah realiti kita.