Showing posts with label Undang-undang. Show all posts
Showing posts with label Undang-undang. Show all posts

Friday, March 27, 2015

Soal Jawab Hudud - Undang-undang Allah yang Adil


Soal Jawab Hudud - Undang-undang Allah yang Adil 
 Penulis: Dr. Mohd Izhar Abdullah 
 Terbitan: Telaga Biru 
 Harga: RM30.00 

 Hukum hudud dan negara Islam, bukan sesuatu yang asing. Malah, tidak perlu diasingkan kerana tertegaknya Syiar Islam adalah disebabkan oleh hukum hudud yang ekslusif yang ditetapkan oleh Allah. Sudah tentu ciri-cirinya berbeza dengan hukum atau undang-undang yang direka oleh manusia - undang-undang sivil. Hudud diketahui dan diakui paling sempurna, penuh kebaikan dan membawa manfaat kepada kemaslahatan manusia. 

 Bagi menjawab persoalan dan kemusykilan yang timbul, buku Soal Jawab Hudud ini diterbitkan bagi memberi jawapan kepada semua pihak. Buku yang digarap dengan baik inti patinya ini ditulis oleh penulis-penulis yang terdiri daripada Pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) dan diketuai Dr. Mohd Izhar Abdullah. 

 Buku Soal Jawab Hudud ini turut menjelaskan kedudukan hudud bagi sesebuah negara Islam yang berbilang bangsa dan agama. Di samping penjelasan hakikat hukum hudud di Malaysia. Dengan gaya penyampaian yang ringkas dan mudah difahami oleh pembaca, kami yakin martabt hukum hudud dapat diletakkan di tempat yang sepatutnya tanpa penafian. Walaupun pihak-pihak tertentu tidak menyegerakan pelaksanaanya, sekurang-kurangya rakyat yang berbilang kaum dapat memahami dengan jelas, tanpa ragu hukum Allah ini.

Sunday, December 1, 2013

Undang-Undang Syariah Di Malaysia


Undang-Undang Syariah Di Malaysia 
Penulis: Abdul Karim Ali, PhD & Mohd Roslan Mohd Nor, PhD 
Terbitan: Persatuan Ulama' Malaysia 
 Harga: RM23.00 

 Buku ini merupakan himpunan kertas kerja Seminar Kebangsaan Undang-Undang Syariah di Malaysia (2012) yang dianjurkan oleh Persatuan Ulama' Malaysia dengan kerjasama Jabatan Mufti Selangor dan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor. 

Fokus buku ini secara amnya tertumpu kepada: 
- Menghuraikan Islam sebagai sebuah cara hidup yang komprehensif. 
- Menghuraikan falsafah undang-undang jenayah Islam. 
- Menjelaskan kategori-kategori jenayah mengikut Islam. 
- Menjelaskan senario kesalahan dan jenayah yang berlaku di Malaysia.

Sunday, November 27, 2011

DARI FAIL MAHKAMAH SYARIAH

DARI FAIL MAHKAMAH SYARIAH
Penulis : Boestamam Ahmad & Farah Safura Muhammud
Terbitan: Inteam Publishing
Harga: RM20.00

Kehidupan berumah tangga merupakan satu ruang untuk membina bahagia dan ceria. Bahagia itu diharapkan berkekalan di dunia dan hingga ke akhirat. Namun, kebahagiaan sesebuah rumah tangga hanya akan terbina oleh beberapa faktor penting, antaranya restu orang tua kedua-dua belah pihak, pemahaman dan pelaksanaan syariat Islam di dalam rumah tangga serta sifat saling bertolak ansur antara pasangan suami isteri. Restu orang tua amat perlu dalam menjaga keberkatan dan keharmonian sesebuah rumah tangga.

Oleh itu, tindakan menikah tanpa kebenaran sama ada di dalam ataupun di luar negeri bukanlah satu pilihan bijak. Meskipun dalam situasi tertentu, perkahwinan yang berlaku itu sah menurut syariat, tetapi perkahwinan itu tidak sah menurut undang-undang negara. Perkahwinan itu perlu didaftarkan bagi mengelak sebarang kesulitan di masa akan datang. Perkahwinan itu perlu disiasat oleh pihak berkenaan terlebih dahulu sebelum boleh disahkan dan didaftarkan di Pejabat Agama kawasan yang terlibat.

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan semakin hari semakin ramai orang yang mengambil jalan bernikah tanpa kebenaran sebagai jalan penyelesaian. Antara faktor yang menyebabkan mereka memilih jalan itu ialah tidak mendapat restu ibu bapa, ingin berkahwin satu lagi serta tidak tahu akan syarat dan undang-undang perkahwinan di Malaysia. Sesungguhnya berkahwin tanpa kebenaran akan mengundang lebih banyak kesulitan di kemudian hari berbandingkeseronokanyang sementara. Semoga generasi masa kini akan berfikir panjang sebelum menikah agar memilih jalan yang baik dan murni untuk menikah. Titik awal pernikahan akan mempengaruhi keberkatan dan kebahagiaan sesebuah rumah tangga.

Wednesday, January 26, 2011

Sistem Kehakiman Islam

Sistem Kehakiman Islam
Penulis: Prof. Dr. Abd Al Karim Zaidan
Penterjemah: Prof. Madya Haji Mohd Saleh bin Haji Ahmad
Terbitan: Pustaka Haji Abdul Majid
Harga: RM40.00

Sunday, August 29, 2010

Riba dan Isu Kewangan Semasa

Riba dan Isu Kewangan Semasa
Zaharuddin Abd. Rahman
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM20.00

Tuesday, August 24, 2010

Bagaimana Islam Memerintah Negara

Bagaimana Islam Memerintah Negara
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Terbitan: PTS
Harga: RM18.00

Buku 'Bagaimana Islam Memerintah Negara' mengupas secara jelas konsep dan bagaimana aplikasi Islam mentadbir dan mengurus negara berlandaskan prinsip keadilan, kebebasan dan mengutamakan kesejahteraan. Buku ini juga menjawab tohmahan sekular yang mengatakan Islam memerintah secara zalim, menindas orang bukan Islam dan tidak membawa kemajuan.

Thursday, January 28, 2010

Status Wanita Dalam Undang-Undang Jenayah Islam

Status Wanita Dalam Undang-Undang Jenayah Islam
Penulis: Paizah Hj. Ismail
Terbitan: Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
Harga: RM22.00

Kekeliruan terhadap hal dan juga kedudukan wanita dalam masyarakat terutamanya yang berhubung dengan undang-undang jenayah Islam begitu jelas berlaku. Keadaan ini diburukkan lagi dengan tindakan sesetengah wanita yang mengambil sikap membisu terhadap apa jua perkara yang menimpa diri mereka. Dan ada pula yang bersifat agresif dengan melaungkan gerakan pembebasan wanita yang berfahaman liberalisme barat, yang ada kalanya jauh tersasar dari landasan ajaran Islam. Ini menambahkan kekeliruan yang sedia ada. Perkara ini harus diambil berat kerana pandangan melampau oleh golongan sebegini telah mendorong masyarakat antarabangsa mahupun masyarakat Islam sendiri memandang sepi undang-undang jenayah Islam dalam membela nasib wanita.

Penulis juga mengetengahkan faktor-faktor yang menyumbang ke arah berlakunya fenomena tersebut dengan menampilkan hujah-hujah, idea yang bernas di samping nas-nas syariat yang boleh dikaitkan dengan isu-isu semasa yang berlaku di dalam masyarakat terutamanya di negara ini.

Sunday, January 3, 2010

Perbahasan Sejarah Perundangan Islam Dan Mazhab Fiqh

Perbahasan Sejarah Perundangan Islam Dan Mazhab Fiqh
Penulis: Ustaz Abdul Latif Muda
Terbitan: Pustaka Salam
Harga: RM26.50

Keistimewaan buku ini adalah kerana ia merupakan satu-satunya buku ilmiah yang julung kali dihasilkan dalam bahasa Melayu kerana mempunyai beberapa ciri tertentu, antaranya: Membahaskan secara terperinci pelbagai mazhab fiqh dahulu dan sekarang yang juga merangkumi mazhab-mazhab yang telah lupus dan hanya tinggal nama sahaja. Penulis juga menyentuh mengenai mazhab-mazhab yang dianggap banyak menyeleweng daripada dasar sebenar Islam. Tujuannya adalah untuk mendedahkan kepada masyarakat faktor timbulnya ajaran sesat kerana tidak mengetahui dasar serta sejarah Perundangan Islam.