Showing posts with label Haji. Show all posts
Showing posts with label Haji. Show all posts

Monday, February 27, 2017

Gajet Doa Haji And Umrah (DOHU)


Produk: Gajet Doa Haji And Umrah (DOHU)
Harga: RM150.00

Masalah terlupa atau sukar untuk menghafal niat/doa/zikir pada setiap rukun-rukun haji dan umrah sentiasa menghantui para jamaah. Walaupun jamaah telah menghadiri beberapa siri kursus / kelas pengajian dan umrah. Umumnya kita mengetahui yang menjadi kewajipan atau rukun haji/umrah ini adalah niat dan perbuatannya. Namum doa dan juga zikir berkenaan adalah pelengkap kepada setiap rukun perbuatan haji/umrah.

 Banyak faktor yang menyebabkan jemaah sering terlupa atau tiba-tiba jadi 'kosong (blank)' semasa mengerjakan rukun haji/umrah. Doa dan zikir yang sebelum ini dihafal dengan baik sebelum berangkat ke tanah suci Mekah, tiba-tiba hilang dari ingatan. Dan kita akan mula ragu-ragu samada kerja haji/umrah yang kita lakukan itu telah sempurna atau tidak. Bagi mengatasi masalah ini, pihak kami telah memperkenalkan peralatan yang dinamakan Gajet Doa Haji And Umrah (DOHU).

Gajet ini amat praktikal digunakan oleh para jemaah samada sebelum dan semasa mengerjakan haji/umrah.

Ciri-Ciri Istimewa:
- Bacaan doa haji dan umrah oleh Ustaz Dato' Haji Md Daud Che' Ngah
- Manual yang mesra pengguna
- Saiz yang kecil dan mudah dibawa
- Mempunyai lampu petunjuk LED
- Kalis percikan air
- Pemantauan digital ibadah Tawaf dan Saie
- Rubber-feel casing for better grip

Spesifikasi
- Menggunakan battery AAA
- Menggunakan fon telinga
- Boleh digunakan bersama external speaker
- Accessories: Lanyard, ear-phone and user manual book

Wednesday, September 14, 2016

Kitab Al-Taudhih: Panduan Lengkap Kesempurnaan Haji & Umrah


Kitab Al-Taudhih: Panduan Lengkap Kesempurnaan Haji & Umrah 
 Penulis: Imam Al-Nawawi 
Penterjemah: Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri 
 Terbitan: Pustaka Cahaya Kasturi 
 Harga: RM70.00 

 Buku yang bertajuk Kitab Al-Taudhih ini sebenarnya hasil karya Imam Al-Nawawi Rahimahullah yang bertajuk al-Idhah fi Manasik al-Hajji wa al-Umrah. Kemudian diterjemahkan oleh SS Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri bersama rakan-rakan beliau. Buku ini juga telah disyarahkan oleh ramai para ulama. Kitab Al-Taudhih ini amat sesuai untuk dimiliki oleh bakal jemaah haji dan bagi mereka yang ingin menunaikan umrah Buku ini memaparkan gambaran yang amat jelas tentang ibadat haji.

Thursday, June 30, 2016

Mudahnya Berbahasa Arab Di Dua Tanah Suci


Mudahnya Berbahasa Arab Di Dua Tanah Suci 
 Penulis: Dr. Hj. Mohd Puzhi Usop, Dr. Hj. Azlan Shaiful Baharum, Dr. Nurkhamimi Zanuddin 
Terbitan: Al-Hidayah 
 Harga: RM25.00 

 Buku ini memberikan kita panduan berkenaan cara berkomunikasi dalam Bahasa Arab. Ini penting untuk bakal tetamu Allah kerana dengan kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Arab memberikan kita lebih keyakinan semasa berada di Tanah Suci kelak. Malah mungkin dengan kemahiran itu kita dapat membantu mereka yang memerlukan atau kita mendapatkan bantuan sekiranya berhadapan dengan kesukaran semasa di Tanah Suci kelak.

Monday, February 8, 2016

El Hajj Soothing Heel Balm (Krim Tumit)


El Hajj Soothing Heel Balm (Krim Tumit) 50 ml 
 Harga: RM32.50 

 Pelembap khas untuk tumit kaki kering, merekah dan pecah. Untuk hasil yang efektif dan berpanjangan, gunakan Elhajj Heel Balm secara kerap dan berterusan. Diperkaya dengan Shea Butter dan Vitamin E. 

 Enriched with Shea Butter and Vitamin E, El Hajj Soothing Heel Balm is specially formulated to soften dry, rough and cracked heels during Hajj or Umrah. The balm moisturises and provides protection from extreme hot or dry weather conditions.

Tuesday, March 17, 2015

Kursus Lengkap Kesempurnaan Ibadat Haji & Umrah


Kursus Lengkap Kesempurnaan Ibadat Haji & Umrah 
 Penulis: Dato' Hj Md Daud bin Che Ngah 
 Terbitan: Pustaka Haji Abdul Majid 
 Harga: RM35.00

Monday, January 26, 2015

Buku Panduan Haji & Umrah (Gantung)


Buku Panduan Haji & Umrah (Gantung) 
 Penulis: Haji Johari Haji Alias 
 Terbitan: Darul Nu'man 
 Harga: RM10.00

Sunday, September 28, 2014

Nota dari Madinah


Nota dari Madinah 
Penulis: Muhd Kamil Ibrahim & Roza Roslan 
 Terbitan: Galeri Ilmu 
 Harga: RM30.00 

 Haji dan umrah, ramai melihat ibadat ini sebagai anugerah Allah melalui jemputan istimewa. Ia merupakan suatu nikmat yang luar biasa. Secara hakikatnya, nikmat menunaikan umrah atau ziarah serta berada di Makkah dan Madinah tidak semestinya diikuti dengan nikmat beramal ibadat yang sepatutnya. Kesempurnaan dalam melaksanakan ibadat ini bukanlah satu perkara mudah. Ia perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh. Malah ilmu memainkan peranan besar. Nota dari Madinah merupakan satu sumber rujukan terbaik agar khalayak dapat melihat ibadat ini dalam kerangka besar mengatasi rukun dan wajib semata-mata. Ia melibatkan roh dan perasaan. 

 Buku ini secara telus mengajak khalayak berfikir dan merenung lalu membuat keputusan sama ada untuk memperkemaskan tekad untuk umrah dan haji atau membanding semula semua amalan yang dilakukan.

Wednesday, January 22, 2014

Pembimbing Ke Tanah Suci Edisi Kemas Kini


Pembimbing Ke Tanah Suci Edisi Kemas Kini 
Penulis: Haji Wan Mohd. Nor bin Haji Che Mohamed 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM13.00 

 Buku ini adalah sebuah buku panduan lengkap perjalanan dan bimbingan bagi melaksanakan ibadah fardhu haji, umrah, dan ziarah ke Tanah Suci. Bimbingan amalan dan doa diatur secara mudah, ringkas, dan lengkap, iaitu langkah demi langkah bermula dari rumah sehingga ke rumah selepas kembali dari Tanah Suci.

Wednesday, December 18, 2013

Edisi Istimewa Haji dan Umrah


Edisi Istimewa Haji dan Umrah 
 Penulis: Dato' Haji Md. Daud Che Ngah 
 Terbitan: Galeri Ilmu 
 Harga: RM30.00 

 Buku eksklusif berkenaan perlaksaan ibadah haji dan umrah dengan kupasan yang terperinci berserta dengan dalil yang sahih dan diyakini. Turut dimuatkan gambar-gambar, ilustrasi, rajah, dan lakaran peta yang menarik, menceritakan tentang perjalanan ibadah haji. Buku yang sangat sesuai untuk semua pembaca yang ingin menambah ilmu berkenaan ibadah ini dan juga yang ingin melaksanakannya di mana ianya sesuai untuk dijadikan rujukan agar lebih yakin dalam melakukannya. Insya-Allah.

Thursday, December 12, 2013

Jurnal Haji Pengubat Rindu


Jurnal Haji Pengubat Rindu 
 Penulis: Intan Yaacob 
 Terbitan: Telaga Biru 
 Harga: RM20.00

“Jurnal Haji Pengubat Rindu” ini mengisahkan pengembaraan tetamu Allah mengerjakan haji di tanah suci. Pengembaraan haji ini bermula pada hari pertama bergerak ke tanah suci dan berakhir sebaik sahaja tiba di tanah air. Pelbagai pengalaman suka duka dan pahit manis diceritakan agar menjadi panduan kepada bakal jemaah haji sekali gus menjadi pengubat rindu bagi mereka yang telah bergelar haji dan hajah. Penyampaian jurnal berbentuk catatan harian diharapkan dapat menimbulkan perasaan seolah-olah pembaca sendiri yang melalui pengalaman haji tersebut.

Tuesday, November 5, 2013

Travelog Haji Mengusik Hati


Travelog Haji Mengusik Hati 
 Penulis: Muhd Kamil Ibrahim, Roza Roslan 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM50.00 

 Kompilasi tiga buku iaitu Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman, Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok, dan 50 Tip Motivasi Haji.

Saturday, July 27, 2013

100 Tanya Jawab Haji dan Umrah


100 Tanya Jawab Haji dan Umrah 
 Penulis: Dr Yusuf Al-Qaradhawi 
 Terbitan: Pustaka Al-Kautsar 
 Harga: RM38.00 

 Hendak pergi haji dan umrah? Sebaiknya Anda membaca buku ini sebelum berangkat ke Tanah Suci. Mungkin saja dalam benak Anda masih tersimpan banyak pertanyaan seputar haji, umrah, kurban, dan hari raya. Nah, di dalam buku ini terdapat 100 lebih jawaban yang akan memuaskan Anda. 

 Buku karya DR. Yusuf Al-Qaradhawi ini meliputi penjelasan tentang aneka wajib, syarat, dan rukun haji. Juga, hal ihwal haji sunnah serta haji mewakili orang lain. Tentu saja manasik (amalan haji dan umrah) diuraikan secara gamblang di dalam buku ini. Semuanya dikemas dalam bentuk tanya jawab yang ringan namun bernas. 

 Rujukan penting bagi para calon haji ini memuat solusi bagi aneka problemantika haji wanita, jawaban atas pelbagai syubhat seputar haji serta kupas tuntas persoalan hari raya dan kurban. Aneka pertanyaan kontemporer lain yang tidak kalah menggelitiknya juga dijawab Syeikh Al-Qaradhawi dengan metode fiqh taysir-nya (fikih yang mempermudah) yang paling cocok bagi umat Islam di zaman modern.

Tuesday, April 9, 2013

Kursus Haji, Umrah & Ziarah (DVD)


Kursus Haji, Umrah & Ziarah (DVD) 
Dato' Hj Kamal bin Hj Muhammad (Mantan Pengurus Besar di Tabung Haji) 
 Harga: RM88.00 

 Percuma 1 DVD Umrah & Ziarah 

 DVD ini menerangkan persoalan ibadat haji, umrah dan ziarah serta ibadat-ibadat lain dalam perjalanan haji secara menyeluruh, lengkap dan terperinci. Ditambah dengan beberapa sketsa untuk lebih mudah memahami beberapa isu dan permasalahan yang sering ditanya oleh bakal jemaah haji seperti orang yang berhutang pergi haji, permasalahan wanita, haji kanak-kanak, ibadat haji bagi orang yang sentiasa berhadas, dam dan solat dalam perjalanan.

Tuesday, March 19, 2013

Ke Arah Haji Mabrur


Ke Arah Haji Mabrur 
Penulis: Hj Mohd Lamin 
 Terbitan: Telaga Biru 
 Harga: RM20.00 

 Ramai yang tidak menyedari bahawa ibadah haji mempunyai maqasid dan matlamat yang dikehendaki oleh Allah SWT supaya kita mencapainya. Hal ini menyebabkan ramai yang menunaikan ibadah haji tanpa memikirkan matlamatnya. Akibatnya, ibadah haji tersebut tidak meninggalkan kesan yang baik dalam dirinya. Dirinya tidak terdidik melalui ibadah berkenaan. Justeru, apa yang kita lihat dalam kehidupan seharian, sikap dan tindak-tanduknya tidak sejajar dengan semangat ibadah haji. Bagaimanakah pula kita hendak mendapatkan haji yang mabrur jika perkara sedemikian terjadi?

Tuesday, November 2, 2010

DVD Panduan Lengkap Umrah 3D

DVD Panduan Lengkap Umrah 3D
Penyusun: Dato'Hj Daud Che'Ngah
Terbitan: Pustaka Azhar
Harga: RM25.90

Ramai umat Islam kali pertama menunaikan ibadat umrah, tidak mendapat gambaran sepenuhnya dengan hanya menerima maklumat melalui ceramah, radio atau tv.
Perjalanan ibadat umrah yang betul dapat dipersembahkan melalui video animasi 3D, DVD ini memaparkan panduan untuk mengerjakan ibadat umrah, di samping memberikan informasi berguna.