Showing posts with label Wanita. Show all posts
Showing posts with label Wanita. Show all posts

Saturday, June 18, 2016

Fiqah Kecantikan Hukum-hakam Berhias dan Bersolek


Fiqah Kecantikan Hukum-hakam Berhias dan Bersolek 
 Penulis: Dr Mohd Izhar Ariff Bin Mohd Kassim & Dr Ahmad Dahlan Bin Salleh 
 Terbitan: Telaga Biru 
 Harga: RM20.00 

 “Fiqah Kecantikan” adalah sebuah buku mengenai hukum–hakam berhias dan bersolek mengikut panduan Islam. Buku ini bertujuan menyuntik kefahaman dan keyakinan pembaca dalam menentukan imej wanita solehah yang benar-benar mendamaikan hati. “Fiqah Kecantikan” ini juga mampu menarik wanita bagi memilih prinsip imej dan penampilan Muslimah yang bertepatan dengan syariat Islam.

Fiqh Wanita: Menghalusi Kerahsiaan & Permasalahan Wanita Semasa


Fiqh Wanita: Menghalusi Kerahsiaan & Permasalahan Wanita Semasa 
 Penulis: Ustaz Fauwaz Fadzil Noor 
 Terbitan: Telaga Biru 
 Harga: RM28.00 

 Buku ini menghimpunkan kompilasi beberapa aspek kehidupan penting yang perlu diambil tahu oleh wanita, malah menjadi persoalan sejak sekian lama. Risalah ini turut menjawab pelbagai topik penting tentang masalah- masalah hukum yang berkaitan dengan wanita. Banyak daripada permasalahan tersebut terbiar tanpa penjelasan disebabkan oleh ketiadaan waktu yang sesuai untuk bertanya atau merupakan perkara yang malu untuk ditanya oleh kaum hawa. Apatah lagi, pada zaman ini, kemungkinan orang yang bertanya tentang masalah tersebut dipandang tidak baik oleh orang lain. Oleh itu, buku ini mampu memandu para wanita Muslimah moden hari ini dan golongan lelaki yang ingin membimbing ahli keluarga ke jalan Islam yang benar.

Tuesday, March 3, 2015

Wanita Lebih Mudah Masuk Syurga


Wanita Lebih Mudah Masuk Syurga 
 Penulis: Muhammad Suhadi 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM18.00 

Wanita lebih mudah masuk syurga Allah s.w.t. sekiranya dia melakukan perkara-perkara yang membawa kepada jalan-jalan yang diredhai Allah s.w.t. Tiada jalan mudah ke syurga melainkan memerlukan pengorbanan dan keimanan yang kuat selain, mentaati suami dan ibu bapa yang menjadikan jalan mudah membolehkan sampai ke syurga dengan cepat. 

 Rasulullah s.a.w. menyatakan, “Jikalau seorang wanita solat lima waktu, menjaga kemaluannya, dan taat kepada suaminya, pasti dia masuk syurga dari mana sahaja pintu yang dikehendakinya.” (Hadith direkodkan oleh Ibnu Hibban) 

 Demikianlah kelebihan seorang wanita Islam. Tidak sukar bagi merasai nikmat syurga, asalkan menjaga diri dan menunaikan kewajipan yang ditetapkan agama. Tetapi syangnya, ramai wanita kini tidak pandai menjaga maruah diri, tidak menutup aurat, menderhakai suami, dan sebagainya. Wanita senang masuk syurga, mudah juga melangkah ke neraka. Waspadalah.

Saturday, October 11, 2014

Big Fat Lies Women Tell Themselves


Big Fat Lies Women Tell Themselves
 Penulis: Amy Ahlers
 Terbitan: PTS
 Harga: RM29.90

Hubungan paling penting dalam hidup ini adalah hubungan kita dengan diri sendiri. Sayangnya, hubungan ini biasanya tidak begitu memberangsangkan. Kita melayan diri dengan begitu menekan dan keras. Sayangnya lagi, cara begitu sebenarnya tidak elok. Dalam fikiran kita, sekiranya kita betul-betul berjaya, betul-betul kurus, betul-betul cantik, betul-betul kaya, betul-betul itu, dan betul-betul ini, tiba-tiba semua monolog dalaman yang penuh rasa tidak puas hati itu akan bertukar. Semuanya tiba-tiba jadi postif. Betulkah? 

 Selepas lebih 10 tahun melatih ramai wanita, saya percaya saya jelas akan jawapannya. Perempuan sebenarnya sangat keras dengan diri sendiri. Tidak kiralah siapa dan di mana pun mereka. Semua daripada kita berjuang melawan diri sendiri dalam sebesar-besar dan sekecil-kecil perkara. Perjuangan ini pula tidaklah membantu kita menjadi lebih berjaya, ataupun berasa lebih puas, mahupun menghasilkan lebih banyak pencapaian. Tetapi siapakah yang layak mempersoalkan sikap kita ini? Tentulah kita sangat tegas dengan diri sendiri apabila ada begitu banyak perkara yang perlu difikirkan. Di sana ada kerjaya, cinta, anak-anak, kesihatan… senarainya terlalu panjang. 

 Kita ini, wanita, kelihatannya perlu membawa pulang ke rumah bahan-bahan masakan dan memasaknya menjadi begitu sedap. Kemudian waktu itu juga, kita mempunyai hubungan yang tiada celanya dengan pasangan, mampu menyiapkan semua kerja rumah, kelihatan cantik, ada anak yang bijak pandai, dan juga, kekal sihat. Kita berasa adalah logik untuk seorang wanita itu ditarik-tarik ke 1001 arah yang berlainan pada satu masa. Bahkan kita wajar menikmati situasi ditarik-tarik ini. Kita berasa seolah-olah kita perlu sefleksibel yang mungkin. Sefleksibel getah, mungkin. Pun begitu, hakikatnya kita hanyalah manusia. Apa kata kita berikan diri sendiri sedikit ruang?

Wednesday, October 8, 2014

Wanita Bertanya Rasulullah Menjawab: Tip-Tip Permasalahan Wanita Untuk Wanita


Wanita Bertanya Rasulullah Menjawab: Tip-Tip Permasalahan Wanita Untuk Wanita 
 Penulis: Hamizul Abdul Hamid 
 Terbitan: Kemilau Publika 
 Harga: RM22.00 

 Realiti kehidupan zaman Nabi saw menggambarkan Rasulullah saw sangat prihatin terhadap kehidupan wanita, terutamanya dalam bertafaqquh fid Din (pendidikan nilai-nilai agama). Rasulullah saw membentuk Halaqah (forum kajian) keagamaan yang khusus diperuntukkan bagi wanita. Serta menyediakan waktu-waktu khusus bagi wanita yang ingin belajar dan bertanya mengenai nilai-nilai agama, mahupun bercurah hati (perkongsian) perihal ragam permasalahan hidup yang mereka hadapi.  
Di dalam buku ini banyak ditampilkan pertanyaan-pertanyaan kaum wanita yang disampaikan kepada Rasulullah saw. Terutamanya berkaitan permasalahan suami isteri, kekeluargaan, sosial, muamalat, pendidikan anak-anak, taharah, ibadah dan pengurusan jenazah. Semoga naskah ini dapat memberikan sumbangan positif serta pengetahuan bagi para Muslimah agar menjalani kehidupan senafas dengan nilai-nilai agama.

Monday, September 29, 2014

Wahai Wanita Bimbinglah Dirimu


Wahai Wanita Bimbinglah Dirimu 
Penulis: Ustaz Pauzi Hj. Awang 
 Terbitan: Galeri Ilmu 
Harga: RM15.00 

 Persoalan-persoalan agama yang wajib ke atas kaum wanita, sebuah karya tulisan Sayed Muhammad bin Salim bin Hafiis al-'Alawiy al-Husainiy al-Hadzramiy al-Syafi'iy yang telah ditashihkan oleh seorang ulama Azhar. Kini telah diterjemahkan demi kepentingan ilmunya yang khusus untuk kaum wanita. Mengandungi panduan-panduan fikah dan tazkirah istimewa untuk kaum Hawa. WAJIB dipelajari oleh setiap perempuan Islam yang bergelar isteri, ibu dan anak. Malah amat sesuai untuk rujukan kaum Adam bagi membimbing kaum wanita yang di bawah naungannya.

Tuesday, August 5, 2014

Jadilah Wanita Yang Terpuji Dunia-Akhirat


Jadilah Wanita Yang Terpuji Dunia-Akhirat 
 Penulis: Dr. Akram Ridha 
 Terbitan: Al-Hidayah 
 Harga: RM20.00

Thursday, January 2, 2014

Memahami Kehebatan dan Hak Wanita


Memahami Kehebatan dan Hak Wanita 
Penulis: Dr. Zubaidi W. Hj. Rahmat; Harun Arrasyid Haji Tuskan 
 Terbitan: Crescent News 
 Harga: RM35.00 

 Buku ini merungkai kehebatan dan keistimewaan wanita.

Sunday, August 11, 2013

Tika Bidadari Berbisik


Tika Bidadari Berbisik 
Penulis: Siti Farrah Shahwir 
Terbitan: Karya Bestari 
 Harga: RM17.00 

 Wanita adalah ciptaan terhebat. Andai di syurga ada bidadari sebagai penyinar maka di dunia ada wanita solehah sebagai perhiasan duniawi. Sehingga ada yang mengatakan andai mereka tidak wujud, sepilah dunia ini. Jika itu hakikatnya, tidak berbanggakah kita dicipta sebagai wanita? Ya… daripada kitalah lahirnya seorang bijaksana dan daripada kita juga wujud seorang Rasul pemimpin dunia! Maka, benarlah sabda Nabi, wanita itu lebih baik daripada bidadari syurga. 

 Fitrahnya… kita sebagai wanita tidak akan sepi dengan cubaan. Semakin menjauh semakin pula ia mendekat. Andai demikian, bangunlah segera. Carilah punca dan berusahalah memurnikannya sebelum ia membakar diri. Ingatlah… wanita hebat ialah apabila seluruh hatinya diserahkan kepada si Pemilik, bukan hanya meratapi takdir yang tertulis. Teruslah menjadi insan terhebat yang dapat menggoncang dunia, menggenggam bara walau diuji bertubi-tubi. 

 TIKA BIDADARI BERBISIK, sebuah naskah yang dipersembahkan sebagai pengukuh keyakinan agar hati tidak mati. Juga buat mereka yang sedang berusaha mempertahankan jati diri sebagai seorang bidadari dunia. Teruskanlah hidup bernafaskan kalimah syahadah walau badai menghempas diri. Sememangnya bukan mudah namun akal yang diberi haruslah bijak dikemudi...

Thursday, July 11, 2013

Wanita Dambaan Syurga - Bimbingan Lengkap Fiqah Wanita Berdasarkan Realiti Zaman & Tempat


Wanita Dambaan Syurga - Bimbingan Lengkap Fiqah Wanita Berdasarkan Realiti Zaman & Tempat 
Penulis: Mohd Zuhdi Ahmad Khasasi 
 Terbitan: Inspirasi Media 
 Harga: RM69.00 

Naskhah Wanita Dambaan Syurga - Bimbingan Lengkap Fiqah Wanita Berdasarkan Realiti Zaman & Tempat adalah modul komprehensif, tetapi mesra pembaca, dalam mendidik wanita menyempurnakan tanggungjawab mereka. Sama ada sebagai seorang anak, isteri, ibu, teman, pekerja, malah sebagai seorang hamba kepada Pencipta, kewajipan wanita perlu dilunaskan berdasarkan ilmu yang autentik dan amalan yang luhur. Tidak memadai dengan itu, buku ini juga disusun bagi memenuhi keperluan wanita yang hidup pada zaman moden yang berbeza dan lebih mencabar. Juga meraikan perbezaan setempat yang menatijahkan keperluan berbeza.

Saturday, May 11, 2013

Fikih Ummahat (Himpunan Hukum Islam Khusus Ibu)


Fikih Ummahat (Himpunan Hukum Islam Khusus Ibu) 
Penulis: Wafa' Binti Abdul Aziz As-Suwailim 
 Terbitan: Ummul Qura 
 Harga: RM60.00

Buku ini hadir menjelaskan hukum-hukum fikih praktis Islam, mencakup selok-belok tentang makhluk bernama ibu. Selain tema yang unik dan sering luput dari pembahasan umum, buku ini memiliki kedalaman referensi yang terpercaya. Semua permasalahan dirujuk kepada pendapat empat Imam Madzhab.

Friday, May 10, 2013

Dilema Aurat Wanita Ketika Bersalin


Dilema Aurat Wanita Ketika Bersalin 
Penulis: Dr. Zaharudin Mohammad 
 Terbitan: Kemilau Publika 
 Harga: RM16.00 

 Bidang sakit puan dan perbidanan merupakan satu bidang yang sangat mulia dan mencabar serta memerlukan pengorbanan yang tinggi daripada semua pihak. Khususnya umat Islam di negara kita. 

 Isu kekurangan doktor Muslimah dalam bidang sakit puan dan perbidanan telah menjadi barah yang kronik dan serius yang memerlukan perancangan jangka panjang berteraskan syariat Islam. Pelbagai pihak seharusnya bekerjasama untuk merealisasikan masalah fardu kifayah ini. 

 Hasil tulisan daripada buku ini yang bersifat unik, komprehensif, komtemporari dan penuh dengan ‘evidence-based’ perubatan Islam telah memberikan kefahaman yang mendalam berlandaskan syariat Islam di dalam bidang sakit puan dan perbidanan. Terutamanya kepada pesakit, doktor Muslimah dan bakal para doktor. 

 Penulis buku ini juga telah berjaya mengulas isi-isi penting bermula daripada asas pengenalan hinggalah kepada jalan penyelesaian. Secara tidak langsung dapat meningkatkan kefahaman pembaca untuk mengaplikasikan holistic approach in Islamic way of life dalam bidang perubatan. Khususnya bidang sakit puan dan perbidanan.

Thursday, January 17, 2013

30 Sirah Tokoh Wanita Tabi'in

30 Sirah Tokoh Wanita Tabi'in
Penulis: Ahmad Khalil Juma’ah
Terbitan: Al-Hidayah
Harga: RM20.00

Buku ini adalah usaha untuk menghimpunkan hadis-hadis tentang wanita-wanita muslimah, kemudian menunjukkan peranan besar mereka dalam sejarah, hingga akhirnya dapat diketahui anatomi keperibadian wanita muslimah. Buku ini juga adalah usaha lanjutan penulis untuk mengetahui susuk wanita muslimah secara lebih mendalam, khususnya mengenai kontribusi mereka dalam bidang keilmuan, kedudukan dan keutamaan mereka; sambil membuka berbagai dimensi keperibadian mereka yang lain.

Wednesday, October 31, 2012

100 Wasiat Nabi Untuk Wanita


100 Wasiat Nabi Untuk Wanita
Penulis:Putri Maisarah Tamar
Terbitan: Pustaka Azhar
Harga: RM17.00
Buku 100 Wasiat Nabi Untuk Wanita ini akan memperlihatkan indahnya layanan Islam kepada wanita. Betapa beruntungnya menjadi wanita Islam dan kaum wanita perlu berbangga dengannya.

Friday, July 20, 2012

Engkau Memang Cantik

Engkau Memang Cantik
Penulis: Burhan Sodiq
Terbitan: Kemilau Publika
Harga: RM15.00

Engkau Memang Cantik: Kerana Kamu Tidak Pernah Tahu Betapa Cantiknya Dirimu 

Menjadi muslimah adalah anugerah yang paling indah. Peribadi muslimah sejati akan memberi impak kepada dunia, dan selalu memberi makna bagi sesama. 

Banyak pembaca yang merasa bahawa dirinya tidak miliki apa-apa, padahal dia sudah memiliki segalanya. Mereka kecut jiwanya dan merasa tidak ada kelebihan apapun. Hidup mereka terasa hampa dan tidak punya tenaga untuk bangkit dari kegagalan yang menimpanya. 

Hal ini tentu saja menggelisahkan hati dan menggundahkan fikiran. Harus ada usaha untuk member kefahaman bahawa para muslimah itu sudah memiliki banyak makna selama ini bagi umatnya. Dunia yang sedemikian luas sedia menghamparkan sebuah tanggungjawab besar, bahawa muslimah harus berani tampil di medan dakwah. 

Antara mereka sudah memulai dengan langkah kecil yang begitu bererti. Namun kemudian muncul masalah bahawa muslimah-muslimah tersebut tidak profesional dalam berperanan. Mereka berdiri di satu titik dan meninggalkan titik lainnya. 

Maka buku ini hadir sebagai sebuah nasihat bagi kita semua. Nasihat yang akan menjadi begitu berharga bagi kelangsungan dakwah Islam pada masa yang akan datang. Kerana kita tidak pernah tahu, di tangan siapakah kejayaan Islam ini akan dimenangkan. Banyak kritik, bukti perhatian, banyak masukan bukti kasih sayang. Jangan jemu dan jangan letih menasihati.

Monday, July 9, 2012

La Tahzan Untuk Ibu Hamil

La Tahzan Untuk Ibu Hamil
Penulis: Abu Faiz Ramadhan
Terbitan: Cinta
Harga: RM30.00 
 
 Nasihat dan tips agar kehamilan terasa ringan dan menyenangkan.

Friday, July 6, 2012

Bagaimana Menjadi Wanita?

Bagaimana Menjadi Wanita?
Penulis: Dr. Saad Riyadh
Terbitan: Akbar
Harga: RM30.00

Sebuah panduan inspiratif nan romantis yang menggetarkan jiwa dan menghantar anda pada puncak kebahagiaan seorang wanita sejati di manapun anda berada.

Monday, June 25, 2012

Rahsia kekhusyukan wanita dalam solat

Rahsia kekhusyukan wanita dalam solat
Penulis: Bakar Muhammad Ibrahim
Terbitan: Jasmin
Harga: RM12.00 
 
Ketahui rahsia-rahsia kekhusyukan wanita dalam solat

Wednesday, May 30, 2012

Wanita dan Penelanjangan Syaitan

Wanita dan Penelanjangan Syaitan
Penulis: 'Adnan At-Tarsyah
Terbitan: Jasmin
Harga: RM15.00

Bagaimana syaitan boleh menelanjangkan wanita muslimah yang memakai hijab? Apakah jenis tipu daya yang dilakukannya sehingga berjaya menanggalkan hijab yang tidak mendedahkan warna kulit, sehingga memakai pakaian mandi (bikini) lalu dicampakkannya ke atas pantai sebagai seketul daging yang tidak berbalut? 

Inilah topik risalah ini yang ingin saya ingatkan kepada setiap wanita muslimah yang mana syaitan akan memulakan langkah bersamanya setelah itu agar tidak menjadi korban penelanjangan syaitan, dan untuk mengingatkan wanita-wanita yang syaitan telah berjaya menjalankan sebahagian programnya padanya, bahawa mereka tidak lain kecuali telah menjadi korban program ini, maka hendaklah menyelamatkan dirinya dan kembali kepada hijabnya sebelum luput kesempatan dengan kedatangan maut, larut bersama-sama dengan syaitan dalam neraka jahannam, kerana inilah yang diinginkan syaitan dan berusaha sedaya upaya mewujudkannya sepertimana yang telah dijanjikan. 

Sesungguhnya saya menyusun risalah ini dalam bentuk yang menarik sehingga boleh menarik minat para pembaca untuk meneliti dan mengikutinya, iatu dalam bentuk perbualan antara syaitan dengan diri wanita yang telah dikuasai dengan amarah keburukan, yang mana syaitan menghasut diri wanita dengan segala jenis tipu muslihat dan jejak langkahnya.

Tuesday, May 1, 2012

Apa Kata Islam Mengenai Wanita Berpolitik

Apa Kata Islam Mengenai Wanita Berpolitik
Penulis: Shayuthy Abdul Manas
Terbitan: PTS
Harga: RM16.00
 
Apa Kata Islam Mengenai Wanita Berpolitik mendedahkan bagaimana wanita mengalami proses kebangkitan semula daripada golongan yang ditindas kepada golongan yang mampu mengubah politik dunia. Persepsi sesetengah golongan yang mahukan wanita hanya berkhidmat di rumah dengan alasan agama dan adat kini tidak relevan lagi. Hayati pendedahan Dr. Shayuthy Abdul Manas, Penolong Profesor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia mengupas persepsi ini daripada sudut pandang kontemporari berdasarkan hujah al-Quran, sunnah dan teori- teori sarjana Islam yang diiktiraf. Beliau banyak menyumbangkan karya penulisan dalam bentuk artikel dan buku-buku ilmiah.