Showing posts with label Panduan. Show all posts
Showing posts with label Panduan. Show all posts

Sunday, December 29, 2013

Bijak Solat - Panduan Lengkap Rukun Islam Kedua & Tiang Agama


Bijak Solat - Panduan Lengkap Rukun Islam Kedua & Tiang Agama 
 Terbitan: Inteam 
 Harga: RM36.00 

 Sebuah buku yang mengandungi panduan lengkap mengenai ibadah Solat bermula dari mengambil wudhuk, cara mendirikan solat, hinggalah kepada zikir dan doa selepas Solat. Dilengkapi dengan panduan bergambar, tulisan yang mudah dibaca dan ayat yang senang faham, buku ini dijangka dapat membantu mereka yang ingin mempelajari dan memperbaiki ibadah Solat. 

 Lebih istimewa, setiap pembelian buku ini, anda akan menerima sekeping DVD Bijak Solat.

Wednesday, August 14, 2013

Nota Untuk Anakku


Nota Untuk Anakku 
 Penulis: Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri 
 Terbitan: Pustaka Cahaya Kasturi 
 Harga: RM12.00 

 Buku ini sarat dengan nasihat seorang bapa terhadap anaknya dalam menempuh arena pembelajaran. Ia persis kepada buku Ayyuha al-Walad karya Imam al-Ghazali yang menasihati kepada muridnya. Buku ini amat sesuai dimiliki oleh para pelajar bagi meningkatkan mutu pembelajarannya.

Thursday, July 25, 2013

Wasiat Untuk Anakku


Wasiat Untuk Anakku 
 Penulis: Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri 
 Terbitan: Pustaka Cahaya Kasturi 
 Harga: RM15.00 

 Buku in sarat dengan nasihat seorang bapa kepada anaknya dalam menempuh arena pembelajaran. Ia persis kepada buku Ayyuhal Walad karya Imam Ghazali yang menasihati kepada muridnya. Isi kandungan buku ini berkenaan amanah seorang bapa betapa pentingnya menuntut ilmu, menjaga adab, memelihara masa, berinteraksi sebaik-baiknya sesama rakan dan menghormati guru.

Thursday, June 27, 2013

Cara Cepat Untuk Menghafaz Al-Quran


Cara Cepat Untuk Menghafaz Al-Quran 
 Penulis: Wiwi Alawiyah Wahid 
 Terbitan: Al-Hidayah 
 Harga: RM13.00 

 Menghafaz Al-Qur'an tidaklah mudah. Namun ia juga bukan suatu yang sukar untuk dilakukan. Perkara yang utama dalam mencapainya adalah sistem, disiplin dan keazaman kita untuk menghafaznya. Dengan kaedah yang mudah dan praktikal, pasti ia akan menjadi kenyataan. Buku ini akan membawa anda menjadi penghafaz Al-Qur'an dalam waktu singkat. Membuangkan segala keraguan anda selama ini yang beranggapan bahawa menghafaz Al-Qur'an adalah suatu mustahil, sukar dan hanya dapat dilakukan oleh orang tertentu sahaja. 

Terdapat di dalamnya kaedah penghafazan untuk ayat-ayat yang panjang, kaedah menambahkan hafazan baru, kaedah mengulang atau takrir, hinggalah kepada kaedah menggabung antara mengulang pada hafazan lama dan hafalan baru secara terperinci. Juga disertakan pelbagai pedoman praktikal dalam melakukannya.

Tuesday, June 18, 2013

How To Become A Good & Successful Medical Student


How To Become A Good & Successful Medical Student 
Penulis: Prof. Dr Muhaya Hj Mohamad 
 Terbitan: As-Sohwah 
 Harga: RM20.00

Tuesday, April 2, 2013

Cara Cerdas Hafal Al-Quran


Cara Cerdas Hafal Al-Qur’an 
 Penulis: DR Raghib As Sirjani dan DR Abdurrahman Abdul Khaliq 
 Terbitan: Aqwam 
 Harga: RM14.00 

 Menghafal Al Qur’an mempunyai berbagai macam keutamaan. Besarnya keuntungan yang akan diberikan oleh Allah kepada orang-orang yang menghafal Al- Qur’an inilah yang memotivasi umat Islam untuk menjadi bagian dari mereka. Karena hidup yang hanya sekali ini hendaknya dimanfaatkan sebesar-besarnya untuk kepentingan akhirat. 

 Hal inilah yang diungkap secara detail oleh penulis Best Seller asal Mesir, DR Raghib As-Sirjani, dalam bukunya Cara Cerdas Menghafal Al Qur’an. Buku terbitan Aqwam – Solo – ini telah mengalami 11 kali cetak ulang sejak diterbitkan pertama tahun 2007. 

Buku yang ditulis bersama DR Abdurrahman Abdul Khaliq ini menyuguhkan kepada pembaca 10 kiat praktis yang bisa ditempuh agar bisa menghafal Al Qur’an secara utuh, 30 Juz. Kesepuluh kiat tersebut adalah : Ikhlas, Tekad yang kuat dan bulat, Memahami besarnya keuntungan menghafal, Mengamalkan apa yang dihafal, Membentengi diri dari dosa, Berdoa, Memahami makna ayat dengan benar, Menguasai ilmu tajwid, Mengulang hafalan dan Melakukan shalat dengan bacaan yang sedang dihafal. (Hal 55-84) 

Buku ini juga dilengkapi dengan 10 kiat pendukung yang akan memudahkan dalam menghafal Al Qur’an (Hal 85-116) dan 5 kiat emas dalam menghafal Al Qur’an. (Hal 117-127)

Saturday, March 30, 2013

Jom Cari Kerja


Jom Cari Kerja 
Penulis: Hj Azmi Hj Abu Bakar 
 Terbitan: Telaga Biru 
 Harga: RM12.00 

 Semua perkongsian dalam buku ini sama pentingnya sama ada dari peringkat awal penyediaan resume sehinggalah pengetahuan tentang hak anda sebagai pekerja selepas diterima bekerja di mana-mana organisasi. Anda disarankan supaya membaca buku ini sekurang-kurangnya tiga kali khususnya mengenai contoh-contoh soalan temuduga agar anda berupaya menjawab soalan-soalan tersebut dengan penuh keyakinan dan sebaik mungkin. Cuba latih soalan-soalan tersebut dengan beberapa orang rakan seolah-olah anda membuat latihan lakonan dan rakan anda menjadi penemuduga manakala anda cuba menjawabnya. Buku ini lengkap dengan info yang padat dan terkini tentang proses mendapatkan pekerjaan secara teratur, lakaran dan gambar rajah serta contoh-contoh yang relevan, bahasa yang santai, perkongsian pengalaman industri dan organisasi yang praktikal serta percaturan teknik NLP.

Tuesday, March 19, 2013

60 Tip Mengembara


60 Tip Mengembara 
Penulis: Wan Hassan Wan Ismail 
Terbitan: Telaga Biru 
Harga: RM15.00 

Al-Quran al-Karim telah mengajar kita bahawa pencarian kebenaran harus dilakukan dengan berjalan di atas muka bumi atau dalam bahasa lainnya, mesti dilakukan dengan mengembara dan bermusafir. Itulah sunnah yang dilakukan oleh para rasul Allah yang terdahulu. Justeru, dalam usaha mengembalikan kembali penghayatan Islam bagi setiap aspek kehidupan manusia, Telaga Biru Sdn. Bhd. berusaha untuk menerbitkan “60 Tip Mengembara” hasil usaha penulis berpengalaman, Wan Hassan Wan Ismail. Buku ini amat istimewa kerana sarat dengan panduan dan tip yang berguna bagi seorang yang mengembara. Membimbing pengembara cara menjadi pengembara Muslim yang sebenar. Padat dengan teknikal yang remeh tetapi penting untuk membantu anda bermusafir dan dipenuhi dengan info dan maklumat tambahan daripada al-Quran dan hadis.

Wednesday, October 10, 2012

Menjadi Murobbi Sukses

Menjadi Murobbi Sukses
Penulis: Satria Hadi Lubis
Terbitan: Pustaka Hamasah
Harga: RM29.00
 
Menjadi Murabbi Sukses merupakan buku yang amat sesuai untuk para aktivis dakwah untuk menjadi murabbi sukses. Memiliki 114 tips yang terbukti ampuh untuk kegunaan para murabbi, naqib dan pemimpin kelompok binaan (halaqah) yang disunting dari pengalaman peribadi penulis yang telah lama berkecimpung dalam dakwah.

Monday, October 8, 2012

Tips Menghafal Al-Quran Bagi Profesional


Tips Menghafal Al-Quran Bagi Profesional
Penulis: Ustaz Abdurrahman Lubis
Terbitan: Pustaka Ehsan
Harga: RM12.00
Buku kecil ini disusun bagi mengutarakan beberapa tips tentang cara yang mudah, ringkas serta senang difahami bagi semua peringkat umur dan golongan bagi menghafal Al-Quran.

Tuesday, September 25, 2012

Panduan Lengkap Menuntut Ilmu

Panduan Lengkap Menuntut Ilmu
Penulis: Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin
Terbitan: Kitaabul Ilmi
Harga: RM50.00

Seseorang yang mahukan kejayaan di dalam menuntut ilmu agama tidak akan mampu melakukannya dengan mudah, namun dia perlu mengikuti petunjuk dan bimbingan yang dianjurkan oleh para ulama. Sekiranya anda telah mengambil keputusan untuk menuntut ilmu agama, maka pastikanlah diri anda tekun untuk terus membaca dan menela'ah buku-buku yang sarat dengan petunjuk dan bimbingan yang berharga yang di antaranya adalah buku ini yang disusun oleh Syaikh Muhammad B. Soleh al-'Utsaimin supaya dengan panduan yang diberi akan dapat memperkukuhkan lagi usaha kita di dalam meraih kejayaan dan redha ilahi.

Buku ini di antara kandungannya, ia memuatkan defini ilmu serta keutamaannya, adab-adab di dalam menuntut ilmu, faktur-faktur yang memberi kesan yang baik dalam meraih ilmu, kaedah menuntut ilmu dan bentuk-bentuk kesalahan yang perlu dihindari, bagaimana bermu'amalah dengan kitab, prioriti kitab yang perlu dibaca, contoh kitab-kitab terbaik yang perlu diutamakan, Fatwa-fatwa dalam persoalan ilmu, akhlak para penuntut ilmu, sikap terhadap perselisihan para ulama, kenapa ulama berselisih, nasihat buat penuntut ilmu, bahaya berbicara tanpa fakta dan ilmu, sikap menyelewengkan nama ulama, persoalan berpuak-puak, keutamaan mempelajari al-Qur'an dan mengajarkannya, serta beberapa panduan yang lain.

Sunday, June 10, 2012

Q&A Bersama Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Q&A Bersama Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Terbitan: PSN Publications
Harga: RM27.00
 
Buku ini diterbitkan bagi menyelesaikan pelbagai persoalan & kemusykilan berkaitan agama dan kehidupan individu dan masyarakat masa kini.  

Friday, June 8, 2012

Bekalan Untuk Imam Solat

Bekalan Untuk Imam Solat
Penulis: Dr Sa’id Bin Ali Wahaf Al-Qahtani
Terbitan: Jasmin
Harga: RM12.00

Buku ini merupakan huraian tentang keimanan dalam solat mengenai konsep keimanan, keutamaannya di dalam solat dan ilmu, hokum meminta kedudukan sebagai imam solat disertai niat yang baik, orang yang paling utama menjadi imam, ragam imam dan keimanan, posisi-posisi imam dan makmum, kepentingan saf-saf di dalam solat serta mengertibkan dan meluruskannya.

Monday, May 28, 2012

Panduan Penyelengaraan Jenazah dan Surah Yaasiin

Panduan Penyelengaraan Jenazah dan Surah Yaasiin
Penulis: Ustaz Mohd Solehan Sharif
Terbitan: Inteam
Harga: RM12.00 

Mengurus orang yang mati merupakan kewajipan kepada orang yang hidup. Bermula saat-saat kematian kemudian memandikan, mengkafankan, menyembahyangkannya sehinggalah mengkebumikannya, mesti diketahui oleh umat Islam. Maka buku ini dapat menambahkan lagi koleksi ilmuan dalam Islam. Justeru itu buku ini menampilkan kepada pembaca panduan menyelenggarakan jenazah dibantu dengan ilustrasi-ilustrasi bagi memudahkan pemahaman pembaca. Memandangkan buku ini juga mudah dibawa ke mana-mana, maka di hujung buku ini diselitkan juga bacaan Yaasiin berserta kaifiatnya. Mudah-mudahan kita semua mendapat manfaat dunia dan akhirat.

Wednesday, May 23, 2012

Ingin Menjadi Penulis?

Ingin Menjadi Penulis?
Penulis: A. Ubaidillah Alias
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM12.00
 
Strategi dan teknik menjadi penulis.

Monday, April 2, 2012

Bekalan Untuk Musafir

Bekalan Untuk Musafir
Penulis: Md. Amirol Ibrahim
Terbitan: PTS
Harga: RM3.50

Buku ini membincangkan beberapa aspek penting dalam kehidupan seseorang individu Muslim terutama sepanjang bermusafir. Antara topik penting yang dikupas adalah ibadat, adab, amalan doa serta ayat-ayat al-Quran pilihan.

Sunday, September 25, 2011

Fiqah Muallaf: Antara Tuntutan dan Keutamaan

Fiqah Muallaf: Antara Tuntutan dan Keutamaan
Penulis: Ustaz Muhammad Nidzam Abdul Kadir
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM20.00

Buku Fiqah Muallaf ini mencungkil secara detail dan terperinci masalah yang dihadapi oleh para muallaf serta mencadangkan jalan penyelesaian terutama yang berkaitan dengan hokum fiqah dan amalan seharian. Buku ini bukan sahaja sangat bermanfaat kepada para muallaf untuk meningkatkan keyakinan dan kefahaman mereka malah amat bermanfaat bagi seluruh umat Islam untuk melihat betapa mudahnya ajaran agama Islam itu dan sekali-kali tidak pernah memberati umatnya.

Sesungguhnya muallaf merupakan golongan yang sangat bertuah kerana mereka diberi peluang oleh Allah SWT untuk mengenali Islam dan menerima petunjuk dan hidayah daripada-Nya. Hal ini kerana telah banyak pengorbanan yang dilakukan oleh muallaf demi agama Allah.

Friday, September 23, 2011

Diari Bagaimana Saya Kurus

Diari Bagaimana Saya Kurus
Penulis: Dzulfikri Zulkifle
Terbitan: Mazni Irfan Publication
Harga: RM17.00

Makan spageti di tepi perigi,
Di tepi perigi makan spageti,
Siapa yang makan di tepi perigi?
Tentulah saya Dzulfikri.

“Cukup dengan semua ini! Saya hendak jadi lebih sihat!”

Dzulfikri Zulkifle adalah penulis blog TakNakGemuk.com yang mempunyai ribuan pengikut. Buku ini menceritakan kisah beliau bagaimana dari seorang yang sering diejek dan mempunyai masalah berat badan kepada seorang yang sihat dan berkeyakinan tinggi.

Ikuti bimbingan beliau dalam usaha menurunkan berat badan. Daripada 150 kg turun sehingga 90kg. Bunyinya seperti mustahil, kan?

Selepas habis buku ini, kita akan berkata, “Saya boleh lakukannya!”

Tuesday, September 20, 2011

Act Like A Lady, Think Like A Man (Edisi Bahasa Melayu)

Act Like A Lady, Think Like A Man (Edisi Bahasa Melayu)
Penulis: Steve Harvey
Terbitan: PTS
Harga: RM22.00

Buku Act Like a Lady, Think Like a Man, membawa wanita masuk ke dalam peti fikiran lelaki dan menjelaskan konsep serta menjawab soalan berkenaan: - Hukun 90 Hari: Adakah wanita juga perlu meletakkan lelaki dalam tempoh percubaan? - Bagaimana mengenal 'Anak Emak' dan apakah cara bagi mengatasi situasi ini? - Bagaimanakah membaca interaksi pertama antara keluarga dan bakal pasangan anda? - Lima soalan yang perlu diajukan keapda lelaki bagi mengetahui sama ada dia serius ataupun tidak dengan anda. Dan banyak lagi. Sebuah pendedahan yang berani dan telus daripada seorang lelaki yang telah mendengar keluhan ribuan wanita berkenaan lelaki. Semua yang diperkatakan adalah benar belaka. Buku ini wajib dibaca oleh golongan wanita yang mahu memahami apa yang bermain dalam fikiran lelaki.

Why Men Don’t Listen and Women Can’t Read Maps

Why Men Don’t Listen and Women Can’t Read Maps
Penulis: Allan & Barbara Pease
Terbitan: PTS
Harga: RM25.00

Lelaki dan perempuan itu berbeza. Bukanlah satu jantina lebih baik daripada yang lain. Mereka cuma berbeza. Ahli sains, ahli antropologi dan ahli sosiobiologi mengetahui fakta ini sejak dahulu lagi. Masyarakat hari ini masih mahu mempercayai yang lelaki dan perempuan mempunyai kemahiran, kebolehan dan potensi yang sama. Ini masih dikekalkan walaupun sains mula membuktikan yang kedua-dua jantina ini berbeza.

Buku Why Men Don't Listen and Women Can't Read Maps bukan hanya membantu kita mengenali manusia berlainan jantina tetapi juga memahami diri sendiri. Hasilnya, kita mampu menjalin hubungan dan interaksi yang lebih menggembirakan dan memuaskan.