Showing posts with label Saba Islamic Media. Show all posts
Showing posts with label Saba Islamic Media. Show all posts

Wednesday, September 11, 2013

Comparative Religion Series - Sheikh Ahmad Deedat


Comparative Religion Series - Sheikh Ahmad Deedat 
Set of 40 DVDs 
Price: RM800

Tuesday, May 21, 2013

Tausug & Kesultanan Sulu


Tausug & Kesultanan Sulu 
Penulis: Asree Sug 
 Terbitan: Saba Islamic Media 
 Harga: RM38.00

Buku ini membedah sejarah kepulauan Sulu yang dihuni oleh suku-suku bangsa Sug (Tausug) terdapat dalam cacatan sejarah.Mereka ini disebut sebagai bangsa yang tidak mengenal kekalahan dan kemusnahan disebabkan keberanian mereka. Malah dalam kamus bahasa Tausug itu sendiri tidak ditemui perkataan "serah diri". Ahli sejarah rata-rata mengenal Tausug sebagai bangsa tidak terkalah sebagaimana yang disebut dalam buku "Never Subdued" oleh Franklin Hook. Tausug telah beperang dengan Sepanyol selama 377 tahun tanpa kekalahan, berperang dengan Jepun dan kemudian memerangi Filipina selepas Perang Dunia ke-II selama 40 tahun sehingga hari ini mereka masih kekal melawan.

 Ini adalah satu-satunya bangsa Nusantara yang paling keras melawan dan degil mempertahankan Iman dan Islam yang telah mereka anuti dari tujahan kristianisasi penjajah. Mereka berjaya mempertahankan wilayah kepulauan Sulu itu kekal 99% beragama Islam sehingga hari ini. Tausug terkenal sebagai bangsa pembela sehingga digelar sebagai bangsa JURAMENTADO (penyerang berani mati) oleh Sepanyol. Siapa sebenarnya Tausug yang digelar orang Suluk @ Solok oleh orang-orang Melayu ini? Di samping memberi sejarah buku ini turut menjawap persoalan berkaitan Kesultanan Sulu serta isu Pajakan Borneo Utara (Sabah).

Tuesday, October 9, 2012

Izharul Haq (Pendedahan Kebenaran)

Izharul Haq (Pendedahan Kebenaran)
Penulis: Ahmad Abdul Kadir Malakawi
Terbitan: Saba Islamic Media
Harga: RM39.00
 
Buku ini adalah ringkasan dari 4 jilid asal buku Izharul Haq cetakan tahun 1989. Kandungannya penuh dengan fakta dan bukti kukuh yang boleh menjadi benteng kepada keraguan di kalangan umat Islam ataupun orang Kristian akan hakikat kedudukan agama Kristian itu sendiri.
 
Buku ini harus dibaca dan disebar seluasnya kepada para remaja, pendidik, individu yang ingin mendalami agama atau sesiapa saja yang ingin mengetahui tentang perbandingan agama. Isi kandungannya boleh dijadikan kajian agar umat Islam benar-benar dapat menghayati dan menghargai kesucian Islam.