Showing posts with label HR Publishing. Show all posts
Showing posts with label HR Publishing. Show all posts

Friday, February 1, 2019

SEJARAH BAITUL MAQDIS


SEJARAH BAITUL MAQDIS 
Penulis: USTAZ MOHD HANIF BIN HJ ISMAIL 
Terbitan: HR Publishing 
Harga: RM37.90

SEJARAH YAHUDI


SEJARAH YAHUDI 
 Penulis: MUHAMMAD DANIAL RAMLI 
 Terbitan: HR PUBLISHING 
 Harga: RM35.90

Sunday, June 25, 2017

FAIL ROCKEFELLER


FAIL ROCKEFELLER 
 Penulis: GARY ALLEN 
 Terbitan: HR PUBLISHING 
 Harga: RM37.90 

 Ya, Amerika Syarikat (AS) sememangnya memiliki sebuah keluarga yang luar biasa kekayaannya. Kekayaan Bill Gates pun tidak akan terbanding dengan keluarga ini yang mampu menyara keturunannya selama beberapa generasi. Keluarga itu ialah Rockefeller! 

 Gary Allen, penulis buku Rockefeller's Files pernah berkata kekayaan dan kekuasan mereka dapat menciptakan krisis kewangan global dalam waktu semalam? Namun anehnya, kenapa Rockefeller tidak pernah tercatat sebagai orang terkaya di dunia? Seakan menutupi kebohongan tentang keluarga yang mengendalikan perekonomian dunia itu. 

Dengan menikmati kemewahan beratus bangunan mewah, beribu pelayan, barangan bernilai jutaan dolar dan pelbagai harta lain yang tidak terhitung, meletakkan Rockefeller sebagai pengaruh tertinggi. Pengaruh dalam PBB, industri minyak, kewangan dunia, pendidikan, siri peperangan dunia, pembangunan Israel, permainan ekonomi (kapitalis), dasar perang Amerika, demokrasi, globalisme dan pelbagai kepincangan lain; merekalah pengaturnya! 

 Jangan lupa, mungkin kali ini kita memahami ke manakah impian lain Rockefeller, Penaklukan Dunia; New World Order.

Friday, June 16, 2017

GERAKAN FREEMASONRY


GERAKAN FREEMASONRY 
 Penulis: HJ. NIK AZRAN MUHAMED, HJ. MOHD MAHADI HJ. ISA 
 Terbitan: HR PUBLISHING 
 Harga: RM35.90 

Semenjak bumi ini disinari cahaya Islam,pertembungan antara hak dan batil sentiasa berlaku seolah-olah sudah menjadi rutin harian masyarakat dunia. Permusuhan yang bermula di alam malakut yang tercetus dari keengganan iblis untuk tunduk kepada Adam berpanjangan bersama peredaran zaman dan waktu yang menyaksikan permusuhan ini saling bersilih ganti merebut takhta kerajaan di bumi ini. 

 Musuh Islam di kalangan Yahudi dan Kristian sememangnya menunggu peluang keemasan ini untuk menarik dan membawa mereka ke lembah kesesatan. Orang-orang yang telah terjebak dengan umpan suapan musuh Islam terutama Yahudi akan menjadi hamba yang taat setia untuk dikerah melakukan apa sahaja kehendak mereka walaupun terpaksa membunuh saudara seagama. 

Dalam masa yang sama gerakan bawah tanah seperti Freemasonry dibawa masuk untuk diterapkan ke dalam gerakan kebangsaan yang telah dibentuk. Gerakan-gerakan ini seumpama menyusup masuk menjadi tulang belakang kepada geraka-gerakan yang bersifat kebangsaan. Kehadiran gerakan seperti ini telah membawa masuk slogan-slogan yang zahirnya menampakkan mereka sebagai gerakan yang memperjuangkan nasib bangsa tetapi pada hakikatnya mengandungi agenda rahsia untuk kepentingan musuh Islam.

Monday, April 4, 2016

Soal Jawab Pak Engku: Membongkar Misteri Alam Jin


Soal Jawab Pak Engku: Membongkar Misteri Alam Jin 
 Penulis: Prof. Dato' Dr. Hj Engku Ansaruddin Agus, Zuryati Isa 
 Terbitan: HR Publishing 
 Harga: RM25.90 

 Dunia mereka wujud dan mereka itu wujud. Pasti. Dalam Al-Quran sendiri Allah s.w.t. ada menyebut mengenai kewujudan mereka. Para malaikat taat beribadah dan mematuhi apa saja perintah Allah. Golongan jin turut diberi petunjuk dan panduan seperti manusia. Manakala iblis yang angkuh dan syaitan yang dilaknat pula akan sentiasa mencari jalan bagi mengheret manusia agar kekal berada di dalam neraka bersama-samanya. Sebagai manusia, kita terlalu sering terpedaya dan tidak mengambil tahu mengenai mereka. Akibatnya, kita hanya memikirkan mereka sebagai makhluk yang seram. Padahal mereka lebih jahat dan laknat daripada itu. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, syaitan akan mudah mengganggu manusia yang lemah mental, lemah fizikal dan lemah imannya. Jadi, jangan ambil mudah. Buku soal jawab ringkas ini adalah permulaan kepada siri-siri soal jawab lain mengenai gangguan-gangguan mereka. Hanya satu saja cara melindungi diri kita daripada mereka - TAUHID PRAKTIKAL.

Thursday, February 11, 2016

Bercinta Dengan Rasulullah SAW Seolah-olah Kamu Melihatnya


Bercinta Dengan Rasulullah SAW Seolah-olah Kamu Melihatnya 
 Penulis: Mohammad Suhair Asyaraf (Pemimpin Majlis Hadrah Al-Busairi) 
Terbitan: HR Publishing 
 Harga: RM36.90 

 Walau kita bukanlah umat yang hidup bersama-sama baginda. Tidak berpeluang berbalas salam. Tak pernah mendengar suara dari mata ke mata. Bukan jua umat yang sama-sama berjihad dakwah dengan baginda, jauh untuk menyentuh harumnya baginda. Tapi baginda tetap merindui kita yang mengamalkan sunnahnya (ikhwan) yang dicemburui oleh sahabat dan menanti kita dengan syafaat di akhirat kelak. 

 Beruntunglah dicintai baginda walaupun beribu tahun memisahkan. Cuma kini, bagaimana kita membalasnya? Adakah cinta itu hanya pada 'perkataan', bukan perbuatan? Wahai umat Rasulullah, ayuh, sempurnakan tanggungjawab cinta kita kepada baginda. 

 Firman Allah swt, "Sesungguhnya Allah dan MalaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad saw); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” (al -Ahzab:56)

Thursday, July 2, 2015

Kristianisasi & Gejala Murtad


Kristianisasi & Gejala Murtad 
Penulis: Ustaz Mohd. Farhan Bin Abdullah 
 Terbitan: Hijjaz Records Publishing 
 Harga: RM35.00 

 NAMA saya Mohd. Farhan Bin Abdullah. Dahulu saya Pastor Yohanes. Saya berasal daripada suku kaum Kadazan, Sabah. Saya bersekolah Kristian selama 8 tahun dan 2 tahun dalam latihan Mubaligh Kristian. Saya terlibat dalam Misionari Kristian selama 2 tahun. Kami bergerak dari bandar ke bandar, kampung ke kampung dan negeri ke negeri. Kami dibekalkan wang perbelanjaan berjumlah RM10,000.00, sebuah van bertulis ‘Gerakan Penginjilan SIB’ dan satu pasukan koir untuk menyanyikan lagu-lagu kerohanian. 

 Sepanjang beragama Kristian, ada dua persoalan yang sering bermain di fikiran saya dan kawan -kawan iaitu: 
1. Masalah ketuhanan Jesus dan trinity. 
2. Masalah majlis pengampunan dosa yang disebut ‘baptis’. 

 Kami dilarang sama sekali mempersoalkan dua perkara ini, lebih-lebih lagi mengemukakannya kepada pihak paderi. Mengapa saya memilih masjid dan meninggalkan gereja? Antaranya kerana: 
1. Konsep ketuhanannya jelas. Tuhan hanya satu iaitu Allah. 
2. Kitab Al-Quran tidak pernah diselewengkan. 

 Alhamdulillah, saya sudah kembali kepada Islam. Allah turut memberikan hidayah Islam kepada ayah saya sebelum beliau meninggal dunia melalui dakwah saya. Malah semua ahli keluarga saya juga sudah kembali memeluk Islam. Segala cabaran yang saya dan keluarga hadapi, tidak menggentarkan saya untuk terus melangkah dalam keimanan ini. 

 Bagaimana saya boleh memilih Islam? Semuanya akan terjawab di dalam buku ini.

Wednesday, June 24, 2015

Konspirasi Terakhir: New World Order


Konspirasi Terakhir: New World Order 
 Penulis: Muhammad Nurani Maarif 
 Terbitan: Hijjaz Records Publishing 
 Harga: RM35.90 

 KONSPIRASI TERAKHIR: NEW WORLD ORDER merupakan kesinambungan daripada buku Membongkar Rahsia Dajjal, Fitnah 2012-Konspirasi Galaktik dan The Arrivals yang diterbitkan sebelum ini. Konspirasi, sebenarnya sudah lama menjadi tema yang dilaungkan. Namun, masih ramai yang belum faham, apakah maksud dan tujuan ‘rancangan’ itu diadakan? Sudah tiba masanya kita didedahkan dengan pelbagai konspirasi yang lama membelit. Pelbagai permasalahan sebenarnya bermula dengan sifat kedengkian puak dajjal ini demi menyesatkan dan menyusahkan kehidupan manusia. 

 Ramai yang menganggap istilah konspirasi sebagai satu teori yang penuh propaganda dan tekaan semata-mata, bahkan mempercayainya adalah sesuatu yang aneh dan membuang masa. Namun, buku rentetan konspirasi ini boleh dijadikan sebagai wadah awal untuk menjelaskan segala rahsia yang sekian lama tersembunyi.

Sunday, May 31, 2015

Dajjal Di Segitiga Bermuda


Dajjal Di Segitiga Bermuda 
 Penulis: Muhamad Isa Dawud 
 Terbitan: Hijjaz Records Publishing 
 Harga: RM25.90 

 Segala-galanya bermula ketika penulis bertemu seorang individu berketurunan Yahudi yang mengaku telah membunuh Cherep Spiridovich, seorang gabenor berketurunan Skandinavia. Pembunuhan itu terjadi kerana Cherep telah menulis 2 buah buku terkenal berjudul The Hidden Hand dan The Secret World Government. Kedua-dua buku itu mengaitkan Dajjal (Messiah bagi orang Yahudi) dengan Segitiga Bermuda dan Misteri Piring Terbang. 

 Sejak itu, Muhammad Isa Dawud menjalankan pelbagai kajian, temubual dan pergi ke lokasi tertentu bagi mendapatkan bahan dan mengesahkan fakta-fakta yang diperolehinya. Buku dengan tajuk asal Ihdzaru Al-Masih Ad-Dajjal Yaghzu Al-’Alam Min Mutsallats Barmuda ini menjadi terkenal di seluruh dunia dan telah diterjemah ke dalam beberapa bahasa. 

 Buku ini mengemukakan secara terperinci mengenai hubungan Dajjal dengan Segitiga Bermuda dan Piring Terbang. Ia juga membongkar pelbagai strategi dan fitnah yang digunakan oleh Dajjal dan kuncu-kuncunya bagi menakluki dunia. Dajjal Muncul Dari Segitiga Bermuda bukan buku bacaan santai yang sekadar dibaca bagi mendapatkan pengetahuan am tentang Dajjal. Sebaliknya, buku ini harus dijadikan persediaan dalam menghadapi zaman-zaman kegelapan menjelang kemunculannya. 

Semoga Allah terus memelihara semua Muslim agar kekal dalam hidayah dan tali iman sekaligus menyelamatkan kita daripada fitnah besar yang amat dahsyat ini.

Wednesday, April 29, 2015

Strategi Kakitangan Dajjal Menghancurkan Islam


Strategi Kakitangan Dajjal Menghancurkan Islam 
 Penulis: Mohammad Suhair Asyaraf 
 Terbitan: HR Publishing 
 Harga: RM39.90 

 Perkara paling ketara tentang Konspirasi Dajjal adalah usaha gerakannya mencipta pelbagai teknologi yang membawa masuk makhluk dari alam ghaib ke alam nyata. Buktinya dapatdilihat melalui kerosakan dan kecelaruan yang sedang berlaku di mana-mana hari ini. Puak dajjal mendapat bantuan daripada syaitan-syaitan untuk memperkukuh kedudukannya dalam misi menjahanamkan umat manusia. Begitu juga dengan syaitan yang akan bertungkus-lumus membantu dajjal, dan inilah masa terbaik mereka untuk menyesatkan lebih banyak keturunan Adam. 

 Dengan gerakannya yang tersendiri, dajjal berupaya menyeludup masuk ke dalam setiap rongga kehidupan manusia melalui globalisasi, demokrasi, toleransi dan sebagainya. Ini termasuklah dengan menghancurkan kestabilan ekonomi, merosakkan institusi kekeluargaan sehinggalah kepada sistem kerajaan, selain mencipta pertelagahan atau perpecahan dalam kalangan manusia, terutamanya Islam. Walaupun dilihat agak mustahil, namun mereka hampir menyempurnakan gerak kerja itu dengan yakin dan lancar. 

 Buku ini dilihat sangat penting dalam mendedahkan bahaya fahaman dajjal melalui gerakannya. Bukan sekadar membongkar, tapi sudah tiba masanya umat akhir zaman ini disedarkan dengan dajjal yang kini berperanan sebagai ‘tuhan’. Dan kita sebagai umat akhir zaman wajib mengetahui hal ini! Selamat membaca!

Tuesday, January 13, 2015

Membongkar Rahsia Dunia Melayu


Membongkar Rahsia Dunia Melayu 
Penulis: Srikandi, Al-Semantani, Ibnu Rusydi 
Terbitan: HR Publishing 
Harga: RM39.90 

 MELAYU PRIBUMI ASIA TENGGARA: MENJAWAB KEKELIRUAN SEJARAH 

Dewasa ini, pelbagai serangan dan tohmahan dibuat mengenai kedudukan Melayu-Islam. Serangan yang dilakukan ini meliputi pelbagai isu seperti hak asasi untuk murtad, penyebaran ajaran Syiah, penyalahgunaan kalimah ‘Allah’ dalam Bible dan sebagainya. Selain itu, serangan itu juga dilakukan terhadap sejarah negara amnya dan sejarah Melayu khasnya, demi menimbulkan kekeliruan kepada umat Melayu-Islam agar tunduk kepada desakan dan permintaan mereka. 

 Serangan terhadap sejarah Melayu merupakan serampang dua mata dalam mencabar kedudukan umat Melayu selaku Bumiputera asal dan pada masa sama melemahkan kedudukan Islam di negara ini, memandangkan Perlembagaan Persekutuan, ‘Melayu’ di negara ini secara automatik adalah seorang Muslim. 

Menerusi ‘serangan’ berterusan terhadap putar belit sejarah Melayu, menerusi kenyataan akhbar, media sosial, media massa dan sebagainya, dibimbangi nasib umat Melayu-Islam di negara ini berakhir seperti umat Melayu-Islam di negara Thai, apabila sejarah keagungan Kesultanan Islam-Patani lenyap dan umat Melayu-Islam di sana terpaksa beridentitikan Thai-Muslim, lalu terhapuslah identiti dan jati diri penduduk Islam di sana. Atas dasar itulah, tiga orang blogger sejarah kontemporari tempatan bergabung tenaga dan minda demi menghasilkan sebuah catatan khas untuk memperjelas kekeliruan serta menjawab putar belit yang disengajakan terhadap sejarah bangsa Melayu. 

 Buku ini akan memfokuskan isu-isu yang mengelirukan umat Melayu-Islam, terutamanya kepada anak muda mengenai sejarah bangsa mereka. “Jika kita mengenali negara Barat dengan kecanggihan dan kemodenan, adakah benar orang Melayu dahulukala hanya berkeris menentang penjajah Barat?"

Wednesday, January 7, 2015

100 Kapsul Istighfar: Menuju Keampunan Ilahi


100 Kapsul Istighfar: Menuju Keampunan Ilahi 
 Penulis: Drs. Haji Hanafi Mohamed 
 Terbitan: HR Publishing 
 Harga: RM21.90 

'Istighfar' adalah kalimat pendek, tapi maknanya begitu indah dan mendalam dalam hidup seorang hamba. Dalam kalimah istighfar itu terkandung elemen rohani, seperti yang disebutkan dalam al-Quran, iaitu sesiapa yang melakukan perbuatan keji mahupun menganiaya diri sendiri, hendaklah segera ingat akan Allah, lalu memohon keampunan atas dosa-dosanya itu. 

 Selagi ada denyutan nafas, kita sebagai hamba naif tidak lari dari sebarang kekhilafan, sukar terhindar daripada mengulangi kesalahan berulang kali. Jadi, dengan istighfarlah cara mudah untuk kembali kepada Allah, dan menyesali setiap keingkaran. 

 Istighfar sebenarnya sebagai ibadah kepada umat manusia yang beriman. Sama ada siang atau malam, kalimah suci ini akan melahirkan kesyukuran, kepatuhan, kecintaan selain mengharapkan keampunan dan keredhaan Allah swt.

Tuesday, January 6, 2015

Panduan Menambat Hati Pendakwah Bermagnet


Panduan Menambat Hati Pendakwah Bermagnet 
 Penulis: Roslan Bin Mohammed 
 Terbitan: HR Publishing 
 Harga: RM26.90 

Islam adalah agama ibadah dan jihad yang mengajak manusia kepada Allah dan berjihad dijalanNya. Islam juga sering dikaitkan dengan mushaf (kitab suci) dan pedang. Umat Islam digalakkan untuk berinteraksi dengan al-Quran dan mentadabburinya, melaksanakan hukum-hukumnya dengan kekuasaan sekalipun menggunakan pedang jika perlu. Islam juga politik dan sosial, ianya mengajak kepada kemuliaan akhlak, persaudaraan dan keimanan, juga menyatukan antara kaum muslimin. 

Dalam buku ini diceritakan tentang semuanya mengenai cara menjadi pendakwah yang baik dan berjaya, bukan sahaja menyampaikan perkara yang baik dengan cara yang baik dan dakwah yang berkesan kepada para pendengar dengan cara mengamalkannnya. Penulis juga melengkapkan buku ini dengan langkah dan stategi cara menjalankan dakwah itu, selain memuatkan persepsi masyarakat tentang apa itu dakwah? 

Dalam buku ini juga penulis turut memuatkan profil pendakwah dengan info yang berkaitan. Perkara yang ditekankan sebenarnya adalah berkaitan dengan langkah dalam menjadikan dakwah itu berkesan dan melekat dalam hati masayarakat, bukan sekadar mendengar tetapi tidak mengahayati sepenuhnya. Sesuatu dakwah itu akan berjaya jika seseorang pendakwah itu turut berjaya dan terbaik. Hal ini ditonjolkan dalam topik cara menjadi pendakwah yang turut dimuatkan dalam buku ini.

Wednesday, October 15, 2014

Pengaruh & Agenda Kristian: Jawapan Kepada Yang Menghina Islam


Pengaruh & Agenda Kristian: Jawapan Kepada Yang Menghina Islam 
Penulis: Raffar Mat 
 Terbitan: Hijjaz Records Publishing 
 Harga: RM28.90 

 Buku ini menceritakan pelbagai usaha musuh Islam mempunyai agenda yang sangat tersusun sehinggakan sebuah negara yang majoritinya beragama Islam masih boleh goyah dengan usaha-usaha tanpa jemu mereka. Peningkatan kes murtad adalah satu kejayaan besar dalam sejarah perkembangan KRISTIAN di negara ini sejak kemasukan agama ini beratus tahun lampau, akibat daripada kelemahan kita sendiri. 

 Terus-terang, umat Islam terlalu rapuh dengan pelbagai pengaruh yang menular, dakyah itu pula terus menerus melebar dan menguasai semua bidang dan aspek hidup. Kalam ini sedikit sebanyak menonjolkan kesesatan sebenar KRISTIAN, di samping itu akan membuatkan kita yang selama ini tidak sedar akan terus tersentak dan terjaga dengan apa-apa yang sedang terjadi kini. Sebenarnya Islam itu ternyata benar lagi lurus agamanya. Namun inilah yang tidak langsung disedari oleh kumpulan murtad yang memendang rendah kepada Islam. Mereka sebenarnya masih belum menemui jawapan dan kebenaran. Jadi tujuan utama penulisan KRISTIAN, adalah sebagai JAWAPAN KEPADA YANG MENGHINA ISLAM.

Friday, June 13, 2014

Menjelang Kemunculan Imam Mahdi dan Kedatangan Nabi Isa


Menjelang Kemunculan Imam Mahdi dan Kedatangan Nabi Isa 
 Penulis: Mohammad Suhair Asyaraf 
 Terbitan: Hijjaz Records Publishing 
 Harga: RM37.90 

 Salah satu bukti kehebatan Islam ialah hadis-hadis Rasulullah s.a.w. mengenai masa depan umat khususnya umat akhir zaman. Salah satu hadis menakjubkan ialah mengenai kemunculan seorang lelaki Ahli Bait yang bakal menjadi panglima perang dan khalifah akhir zaman. Masyarakat barat mengenali sebagai 'Muhammad kedua'. Umat Islam pula mengenalinya sebagai 'Imam Mahdi'. Beliau akan membawa keamanan dan melaksanakan syariat di seluruh dunia. 

Rasulullah s.a.w. turut bersabda mengenai Al-Malhamah Al-Kubra iaitu sebuah peperangan paling dahsyat antara pihak Islam dan kufar. Peperangan itu pula tidak menggunakan senjata berteknologi tinggi. Sebaliknya menggunakan senjata lama seperti pedang, tombak, panah dan sebagainya. Malah dikatakan juga, pada masa itu, semua peralatan teknologi tidak lagi mampu berfungsi seperti sekarang. Bagaimana semua itu boleh terjadi? Tidak lama selepas Imam Mahdi dan para tentera sufinya berjaya menguasai dunia, Dajjal akan muncul bersama bala tentera kufarnya. Kemudian Nabi Isa a.s. pula akan turun dan menghapuskan Dajjal dan semua fitnahnya. Dunia masih belum aman. Ini kerana selepas itu, manusia diancam pula oleh yakjuj Makjuj, satu bangsa asing dan aneh yang dikurung di dalam tembok batu oleh Iskandar Zulkarnain, di suatu tempat yang dirahsiakan oleh Allah. 

Pelbagai tragedi dan kejadian akan berlaku sebagai petunjuk sebelum semua peristiwa itu berlaku. Semua itu bakal dibincangkan di dalam buku ini dan ia perlu diberi perhatian oleh kita semua. Mengapa? Ini kerana menurut Rasulullah s.a.w., semua itu akan berlaku di akhir zaman. Kita adalah umat akhir zaman dan Rasulullah s.a.w. ialah Al-Amin iaitu manusia yang tidak pernah berbohong.

Tuesday, November 19, 2013

Keluarga Muslim Menurut Hasan Al-Banna


Keluarga Muslim Menurut Hasan Al-Banna 
 Penulis: Roslan bin Mohamed, Siti Nor Shuhada binti Mohamad 
 Terbitan: HR Publishing 
 Harga: RM25.90 

 Imam Hassan Al-Banna adalah seorang pengasas Ikhwanul Muslimin di Mesir. Beliau dihormati oleh teman dan lawan. Ketrampilan dan karismanya sebagai pemimpin tidak dapat disangkal lagi. Namun, itu semua tidak sedikit pun menjejaskan peranan utamanya sebagai suami, ayah dan ketua keluarga. Beliau bukan sahaja berjaya menyatukan para pemuda Mesir di bawah Ikhwanul Muslimin, tetapi juga berjaya menyatukan hati semua ahli keluarganya. 

 Di sebalik kesibukannya, beliau masih sempat pulang ke rumah semata-mata untuk makan bersama keluarga. Beliau masih mempunyai masa memantau perkembangan setiap anak-anaknya. Malah beliau turut menyediakan maklumat kesihatan, carta prestasi dalam pelajaran dan sebagainya. Beliau juga mencatatkan kata-kata motivasi untuk meransang semangat mereka. Beliau mendidik keluarganya dengan cara yang sangat halus dan berhikmah. Bukan dengan hukuman ataupun bebelan tanpa henti. Sebaliknya dengan tauladan untuk diikuti. Inilah keluarga muslim yang wajib dicontohi.

Sunday, September 1, 2013

Mengintip Alam Ghaib


Mengintip Alam Ghaib 
Penulis: Kesuma Dewi 
 Terbitan: Hijjaz Records Publishing 
 Harga: RM25.90 

 Alam ghaib seperti yang difahami oleh masyarakat umum adalah alam yang tidak dapat dilihat secara kasar oleh mata manusia. Tetapi ia tidak bermakna alam ini tidak wujud. Alam ghaib itu sangat luas, salah satu daripadanya ialah alam Jin. Ada hikmah besar mengapa Allah menghijab pandangan manusia daripada alam ini. 

 Walaubagaimanapun, ada segelintir manusia yang dipilih oleh Allah dan diberi kelebihan melihat dan menerokai alam itu. Mereka orang biasa yang di beri keistimewaan oleh Allah untuk berhubung dan melawan makhluk-makhluk halus yang jahat dan mahu menyesatkan kita. 

 "Berlindunglah dengan Allah dari kejahatan makhluk-makhlukNya dan dari kejahatan diri kita sendiri.."

Kitab Muhimmah


Kitab Muhimmah 
 Penulis: Ustaz Wan Ji b. Wan Hussin 
 Terbitan: Hijjaz Records Publishing 
 Harga: RM16.90 

 Kitab karangan Syeikh 'Abdullah Ibnu 'Abdur rahim Fathani ini menghuraikan peranan suami dan isteri terhadap peranan masing-masing. Ia sering menjadi bahan rujukan para penceramah ketika memberi kuliah dalam bidang perkahwinan. Malah kitab ini juga amat sesuai dijadi sebagai bahan rujukan bagi pasangan yang baru mendirikan rumahtangga bagi mewujudkan persefahaman, toleransi dan keharmonian dalam perkahwinan.

Monday, May 27, 2013

Di sebalik Sebuah Organisasi MOSSAD


Di sebalik Sebuah Organisasi MOSSAD 
Penulis: Shahriman Wahab 
 Terbitan: Hijjaz Records Publishing 
 Harga: RM35.90 

 Bagi peminat tegar kisah-kisah misteri dan konspirasi peringkat tertinggi, mungkin penglibatan Mossad dalam pelbagai isu global di banyak negara, bukan sesuatu yang menghairankan. Tetapi sebenarnya, masih ramai yang 'tidak mengambil tahu', 'tidak mahu ambil tahu', malah berpendapat 'tidak perlu tahu'. Sedangkan ini adalah sebahagian daripada persediaan kita dalam menghadapi musuh-musuh Islam yang sangat tegar ini. Mengenali musuh adalah antara senjata paling ampuh untuk melawan mereka. 

 MOSSAD bukan suatu kisah fiksyen yang direka bagi mengaut sebarang keuntungan komersial. Tetapi ia adalah sebuah organisasi musuh yang mempunyai reputasi cemerlang dalam perancangan mereka bagi menghancurkan Islam.

Membongkar Misteri Di Sebalik The Arrivals


Membongkar Misteri Di Sebalik The Arrivals 
Penulis: Muhammad Nurani Maarif 
 Terbitan: Hijjaz Records Publishing 
 Harga: RM35.90 

 Ramai yang ingin tahu siapa sebenarnya yang berada di belakang tabir misteri dan konspirasi dunia? Ramai juga yang ingin tahu apa yang akan terjadi selepas ini? Seseorang perlu menulis semua ini; mengkhabarkan kepada dunia khususnya umat Islam tentang apa yang sedang berlaku. Selepas Membongkar Misteri Dajjal dan mendedahkan Konspirasi Galaktik: Di Sebalik Ramalan Kehancuran Dunia, beliau kembali menulis merungkai persoalan yang lebih berat - Di sebalik The Arrivals. 

 Beliau mengerah segala keringat, idea, mengolah segala ilham, mengupas isu baru secara tuntas, membongkar persoalan serta elemen konspirasi dan mistikal yang selama ini terbenam di lubuk hati kita. Ia adalah inisiatif bagi menjernihkan segala kekeliruan, meredakan segala kebimbingan dan mencetuskan keterujaan bahawa Dunia Baru sudah tiba; peralihan zaman sudah berada di ambang pintu. Apakah ia akan benar-benar berlaku? 

Buku ini ditulis dengan gaya bahasa mudah dan santai. Penulisnya membahaskan isu berat secara bersahaja. Beliau berusaha menghimpun semua fakta penting mengenai misteri dan konspirasi dunia di bawah tajuk dan subjek menarik yang sering dibicarakan bermula daripada Dajjal - Samiri, Haikal Sulaiman, Knights Templer, Freemasonry, 2012, Imam Mahdi, Perang Dunia, Armageddon, Dunia Baru dan sebagainya. The Arrival adalah sebuah dokumentari mini yang dimuatnaik ke YouTube dan hangat diperkatakan di seluruh dunia sebagai latarnya. Meniti di atas dokumentari ini, beliau memberi pandangan dan kupasan dari sudut pandang agama. 

 Penulis mengulas dengan petunjuk garis masa yang disusun oleh Amin Jamaluddin, seorang penulis fitnah akhir zaman kontemporari yang paling autentik pernah ditemuinya. Selamat datang ke alam bicara mengenai Penyelamat Dunia - Di Sebalik The Arrival.