'Online bookstore' yang menjual pelbagai buku bercorak Islami - dakwah, tarbiyyah, harakah, fiqh, novel Islami, novel sejarah Islam, rumahtangga, kekeluargaan, motivasi & banyak lagi
Showing posts with label Hadiah. Show all posts
Showing posts with label Hadiah. Show all posts
Wednesday, September 14, 2011
Thursday, November 18, 2010
Hadiah daripada Pengantin
Perkahwinan adalah fitrah manusia. Ia juga lambang kemajuan seorang dalam hidupnya. Justeru itu, mereka yang bakal memasuki gerbang perkahwinan, persiapan dibuat sebaik mungkin bagi melakar detik bersejarah ini dengan lebih bermakna. Tidak hairan dalam memberikan persembahan berbeza kepada tetamu, tuan rumah sanggup melakukan pelbagai perkara bagi menarik minat orang ramai. Tidak kurang juga yang sanggup berhabisan agar kelihatan lebih anggun.
Buku kecil Hadiah daripada Pengantin ini adalah buah tangan terbaik untuk dihadiahkan kepada tetamu. Tentu mereka yang mendapatbuku ini dapat mengambil manfaat daripadanya. Bayangkan ganjaran yang diperoleh oleh tuan rumah daripada pemberian buku ini. Berbeza dengan bunga telur atau gula-gula yang akan habis dimakan atau dibuang, buku ini kekal untuk tempoh yang lama. Selagi ia dibaca dan dimanfaatkan, ganjaran pahalanya akan tetap diperoleh oleh tuan rumah.
Buku ini mengandungi doa, tip dan panduan untuk menjalani hidup berumah tangga. Sama ada mereka yang belum berkahwin, akan berkahwin atau sudah lama berkahwin, buku ini pasti menjadi pedoman melayari bahtera perkahwinan.
Wednesday, November 17, 2010
Hadiah Untuk Pengantin: Koleksi Doa Menuju Alam Perkahwinan daripada Quran dan Hadis
Hadiah Untuk Pengantin: Koleksi Doa Menuju Alam Perkahwinan daripada Quran dan HadisPenulis: Wan Shuhairi Wan Mohamad
Terbitan: PTS Islamika Sdn Bhd
Harga: RM19.90
Secara fitrah, manusia menyukai perkahwinan. Baik mereka yang belum berkahwin mahupun yang sudah berkahwin. Perkahwinan ibarat sempadan yang memisahkan dunia bujang dan dunia berkahwin. Bagi mereka yang bakal memasuki gerbang perkahwinan, persiapan dibuat sebaik mungkin bagi melakar detik peristiwa bersejarah yang lebih bermakna.
Buku Hadiah Untuk Pengantin: Koleksi Doa Menuju Alam Perkahwinan daripada Quran dan Hadis menjadi rujukan penting bagi pasangan yang mengharapkan lahirnya keluarga bahagia di bawah cahaya Islam. Selain mengharapkan bantuan keluarga, saudara dan rakan, pertolongan Allah tidak harus dilupakan.
Buku ini menghidangkan doa-doa yang sunat diamalkan mengikut situasi. Terdapat sepuluh fasa perkahwinan bermula dari fasa memilih sehingga fasa membina keluarga. Diharapkan ia dapat membantu merungkai segala kerumitan sepanjang menuju kebahagiaan suami isteri.

Subscribe to:
Posts (Atom)