Showing posts with label Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Show all posts
Showing posts with label Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Show all posts

Wednesday, June 4, 2014

Menalar Makna Diri : Kembara Menjejak Imam Birgivi


Menalar Makna Diri : Kembara Menjejak Imam Birgivi 
 Penulis: Ustaz Hasrizal Abdul Jamil 
 Terbitan: Karya Bestari 
 Harga: RM25.00 

 Menalar Makna Diri : Kembara Menjejak Imam Birgivi adalah sebuah naskhah travelog yang merakam pengalaman Ustaz Hasrizal Abdul Jamil mengembara untuk mencari dan menganalisa bahan rujukan bagi mengkaji pemikiran dan perjuangan seorang tokoh penting Daulah Uthmaniyyah Abad ke-16, Muhammad bin Pir Ali al-Birkawi, atau lebih dikenali sebagai Imam Birgivi. 

 Pengembaraan ini bukan sekadar pengembaraan akademik bagi menyempurnakan pengajian Sarjana Pengajian Islam (Pengajian Arab dan Tamadun Islam) beliau di UKM, tetapi ia juga adalah pengembaraan ukhuwwah, tarbiyyah, mehnah, keringat dan air mata, pada memartabatkan disiplin sejarah, saat ia dipinggirkan oleh massa. 

 Perjalanan merentas gunung melintas benua, terhimpun padanya keseriusan amanah ilmu, namu terselit juga kelucuan persahabatan melangkau batas bangsa dan bahasa, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil mempersembahkan naskhah ini sebagai sumbangan beliau pada memperomosi bidang sejarah, kajian tokoh dan ilmu pengetahuan itu sendiri, sebagai dasar tempat berdirinya ummah zaman berzaman. 

 Pengembaraan ini bukan sekadar menemukan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dengan Imam Birgivi yang dikaji, tetapi membantunya menalar usia di persimpangan 40-an, pada menemukan beliau dengan dirinya yang dicari, selama ini.

Thursday, April 3, 2014

Tak Kenal Maka Tak Cinta


Tak Kenal Maka Tak Cinta 
 Penulis: Hasrizal Abdul Jamil 
Terbitan: PTS 
Harga: RM12.90 

 "Sebuah karya yang amat santai dan mudah dihadam, menjentik jiwa dan minda, bukan sekadar untuk menjadi halwa mata sahaja, tetapi memacu untuk kita berfikir dan bergerak melakukan sesuatu. Sebuah karya santai yang mesti didapatkan, untuk mencubit-cubit diri yang kadangkala lalai dan alpa di tengah mengharungi dunia."

Friday, May 24, 2013

Erti Hidup Pada Memberi


Erti Hidup Pada Memberi 
Penulis: Hasrizal Abdul Jamil 
 Terbitan: Galeri Ilmu 
 Harga: RM15.00 

 Erti Hidup Pada Memberi.. himpunan ungkapan inspirasi terpilih daripada buku Edisi Istimewa Aku Terima Nikahnya. Menghubungkan serangkaian cinta yang sebenar-benar CINTA iaitu cinta kepada Ilahi. 

 "Sebuah perkahwinan bermula dengan ikatan janji setia yang terbina di atas beberapa teras. Antara yang utamanya adalah soal KEPERCAYAAN." Untaian kata-kata pengubat jiwa. Bait-bait yang dituis memberi seribu pengertian tentang kehidupan. Elemen nasihat dalam kata-kata indah memberi ingatan berlapis tanda luhur budi dalam berbicara. Sarat dengan ingatan cinta suami dan isteri serta cinta Allah dan Rasul. Semua digarap dalam rangkap kata menggamit kalbu.

Wednesday, May 16, 2012

Di Hamparan Shamrock Ku Seru Nama-Mu

Di Hamparan Shamrock Ku Seru Nama-Mu
Penulis: HASRIZAL ABDUL JAMIL
Penerbit: Galeri Ilmu
Harga: RM30.00

Melalui buku ini, HASRIZAL ABDUL JAMIL merakamkan rentetan perjalanan kehidupannya semasa di London, Belfast, Galway, dan seluruh pelosok United Kingdom. Penulis berkongsi cerita, rasa dalam tawa dan air mata. Jauh di kampung halaman, kelana sering dilanda payah dan derita. Nostalgia itulah yang memperkenalkan beliau kepada erti sebuah kehidupan sebagai seorang pelajar, imam, anak dan juga suami. 

Penulisan ditinta dengan bahasa yang bersahaja dan santai. Diserikan dengan rencah kehidupan seorang musafir yang sentiasa mencari makna di sebalik setiap tanda tanya serta ujian kehidupan yang melanda. DI HAMPARAN SHAMROCK KUSERU NAMA-MU memanifestasikan usaha beliau untuk jujur kepada diri sendiri, demi sebuah kedamaian. Bahawa beliau sama seperti manusia lain, tidak terlepas daripada peraturan sebuah kehidupan.

Saturday, November 27, 2010

Aku Terima Nikahnya (Edisi Istimewa)

Aku Terima Nikahnya (Edisi Istimewa)
Penulis: Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
Terbitan: Galeri Ilmu
Harga: RM55.00

Kompilasi 3 dalam 1 Siri Aku Terima Nikahnya: Aku Terima Nikahnya, Bercinta Sampai Ke Syurga dan Murabbi Cinta.

Sunday, July 11, 2010

Koleksi Karya Ustaz Hasrizal

1) Aku Terima Nikahnya - Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, RM20.90
2) Bercinta Sampai ke Syurga (Aku Terima Nikahnya 2) - Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, RM25.00
3) Murabbi Cinta (Aku Terima Nikahnya 3) - Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, RM25.00
4) Rindu Bau Pohon Tin - Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, RM18.00
5) Secangkir Teh Pengubat Letih - Ustaz Hasrizal Abdul Jamil, RM25.00