Showing posts with label Thinkers Library. Show all posts
Showing posts with label Thinkers Library. Show all posts

Monday, September 12, 2016

Sunnah Rasulullah Dari Kupasan Hadis


Sunnah Rasulullah Dari Kupasan Hadis 
 Penulis: Majlis Tertinggi Urusan Keislaman Mesir 
 Terbitan: Thinker's Library 
 Harga: RM22.00 

 Sunnah-sunnah dalam hadis mengenai makanan, minuman, haiwan buruan, sembelihan dan korban. Majlis Tertinggi Urusan Keislaman Mesir 

 Sunnah Nabi adalah teladan yang dicontohkan Rasulullah s.a.w bagi segenap umat Islam. Di dalamnya terkandung segala pertuturan dan tingkah laki serta berbagai ketentuan pokok yang harus dilaksanakan oleh setiap Muslim dalam mengharungi kehidupannya. 

 Rasulullah SAW bersabda maksudnya : "Kutinggalkan untuk kamu dua perkara, tidaklah akan tersesat selamanya, selagi kamu masih berpegang pada keduanya, iaitu Kitabullah (Al-Quran) dan Sunnah RasulNya."

Al-Quran dan Al-Sunnah merupakan pedoman hidup umat Islam. Dalam pegertian yang lain Al-Quran merupakan pedoman dasar dan As-Sunnah adalah pedoman keteladanan bagi umat. Dengan mengambilnya sebagai pedoman hidup maka pastinya Allah menjanjikan kebahagiaan di dunia dan akhirat

Monday, April 4, 2016

Percikan Kesufian: Dialog Ajaran Tasawuf


Percikan Kesufian: Dialog Ajaran Tasawuf 
 Penulis: Drs. Achmad Suyuti 
 Terbitan: Thinkers Library 
 Harga: RM20.00 

 Apakah ajaran Sufisme bersumber dari ajaran Islam? Untuk apa bertasawuf? Dan berbagai persoalan lagi. Untuk menjawab persoalan tersebut maka buku ini dengan secara sistematik mampu menghurai, memperjelas serta menerangkan beberapa masalah yang berhubung kait dengan ajaran tasawuf dan yang dianuti oleh kaum Sufi. 

 Penulis juga telah mampu memberikan hujah-hujah yang ringan dan mudah difahami atas berbagai kekeliruan serta yang samar-samar tentang KESUFIAN.

Tuesday, January 5, 2016

Mengenal Tasauf & Tarekat


Mengenal Tasauf & Tarekat 
 Penulis: Ustaz Haji Ali Haji Mohamed 
 Terbitan: Thinkers Library 
 Harga: RM24.00

Monday, December 28, 2015

Wahyu Agung (Al-Fath Ar-Rabbani)


Wahyu Agung (Al-Fath Ar-Rabbani) 
 Penulis: As-Syaikh Abdul Qadir Al-Jilani 
 Terbitan: Thinker's Library 
 Harga: RM26.00 

 Dalam buku Al-Fath Ar-Rabbani ini, kumpulan mutiara hikmah dan pesan-pesan menuju kedamaian, ketenteraman hati dan keluhuran sikap laku dipaparkan oleh Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani. Di tengah-tengah kegersangan mental ini, wasiat-wasiat dan nasihat-nasihatnya dapat kita jadikan muara rujukan, tempat kita kembali menggapai kenyamanan dan kebahagiaan dengan mendekatkan diri kepada Allah Azza Wajalla. Jihad melawan nafsu untuk menaklukkan kecintaan dan sikap bergantung pada dunia. Pula menjauhkan sifat-sifat dan perilaku yang tidak terpuji. Dan selalu berusaha melaksanakan berbagai macam kebajikan.

Wednesday, December 23, 2015

KAIFIYAT MEMPERTAJAM MATA HATI DALAM MENGENAL ALLAH


KAIFIYAT MEMPERTAJAM MATA HATI DALAM MENGENAL ALLAH
Penulis: Syeikh Ibnu 'Athoillah as-Sukandary
Harga: RM26.00

Antara isi kandungan buku ini :-
- Pengertian makrifat
- Tanda orang yang berjaya
- Orang yang mendapat taufiq dan orang yang celaka
- Hakikat karomah
- Hijab antara makhluq dan Khaliq
- Iman dan keyakinan
- Doa sebagai manifestasi keimanan
- Pengaruh nafsu dan syaitan
- Nikmat dan musibah
- Syarat-syarat amal yang diterima
- Tanda-tanda buta mata hati

Sunday, March 29, 2015

Kisah Para Wali: Episod Dari Tazkirat al-Auliya


Kisah Para Wali: Episod Dari Tazkirat al-Auliya 
 Penulis: Farid al-Din Attar 
 Terbitan: Thinker's Library 
 Harga: RM24.00

Monday, March 2, 2015

Kunci Memahami Tasawuf


Kunci Memahami Tasawuf 
 Penulis: Ustaz Haji Ali Haji Mohamed 
 Terbitan: Thinkers Library 
 Harga: RM20.00 

 Tasawuf sering dipertikaikan oleh segelintir penganut Islam sungguhpun banyak yang telas ditulis tentangnya. Mengapa masih terdapat pandangan-pandangan negatif terhadap tasawuf? Bolehkah dikatakan yang mereka itu tidak faham akan ilmu-ilmu agama. Mungkinkah ini disebabkan para pengamal Tasawuf itu yang keliru dengan pengamalannya? 

 Tulisan ini tidak bertujuan untuk berdebat atas segala pandangan negatif itu, bahkan sekadar memberi penjelasan serta membentangkan nas-nas yang wajar dan sekaligus membekalkan pengetahuan tentang Tasawuf itu sendiri. Hanya yang mungkin berbeza ialah buku ini memuatkan topik-topik yang jarang diketengahkan, kalau pun ada, hanya terdapat dalam kitab-kitab klasik bahasa Arab. 

 Buku kecil ini dipersembahkan sebagai satu wadah ibadah kepada Allah S.W.T dan sebagai pembekal bagi meluruskan fahaman dalam usaha meniti siratul mustaqim.

Tuesday, February 10, 2015

Tafsir Sufi Dan Fadhilat 99 Asma' Ul-Husna


Tafsir Sufi Dan Fadhilat 99 Asma' Ul-Husna 
 Penulis: Imam Al-Qusyairi 
 Terbitan: Thinkers Library 
 Harga: RM19.00

Friday, November 7, 2014

PENENANG JIWA - PENGUBATAN DAN RAWATAN


PENENANG JIWA - PENGUBATAN DAN RAWATAN
Penulis: Imam Al-Ghazali
Terbitan: Thinker's Library
Harga: RM26.00

Buku ini merupakan terjemahan kitab 'MUKASYAFATUL QULUB' karangan Imam Al-Ghazali

Manusia hanya akan beroleh ketenangan apabila fitrah atau rohani terisi, subur dan sihat. Yang dimaksudkan dengan kerohanian yang subur dan sihat ialah persediaan dan keteguhan hatinya untuk mengalahkan musuh-musuh batin, iaitu syaitan dan hawa nafsu. Musuh batin ini sangat payah utk ditumpaskan jika kita tidak mempunyai persediaan asas yang lengkap. 

Oleh itu, hendaklah memperbanyakkan ibadah serta amalan-amalan sunat yang boleh membantu untuk meningkatkan diri di sisi Allah. Jadikanlah rasa kehambaan yang mendalam kepada Allah sebagai asas terhadap ibadah yang dilakukan. Alah akan menilai semua usaha-usaha tersebut jika dilakukan dengan ikhlas semata-mata kerana-Nya. 

Dia Maha Mengetahui akan segala rahsia-rahsia tersembunyi. Segala sesuatu yang di dalam hati manusia adalah milik-Nya jua. Berserahlah kepada-Nya untuk mencapai ketenangan hidup di dunia dan di akhirat.

Wednesday, October 1, 2014

Hakikat Tawassul & Wasilah Menurut Al-Quran & As-Sunnah


Hakikat Tawassul & Wasilah Menurut Al-Quran & As-Sunnah 
 Penulis: Musa Muhammad Ali
 Terbitan: Thinker's Library 
 Harga: RM58.00

Kitab Hakikat Tawassul & Wasilah merupakan terjemahan dari kitab asal berbahasa Arab yang judulnya bersamaan dengan Melayunya. Kitab ini sukar didapati di mana-mana toko buku dan terjemahan ini adalah suatu usaha bagi memberikan penjelasan yang berhubungkait dengan  hal-hal yang bersangkutan dengan Tawassul mahupun Wasilah.

Tuesday, September 30, 2014

Malfuzat: Nasihat-Nasihat As-Syaikh Abdul Qadir Al-Jilani


Malfuzat: Nasihat-Nasihat As-Syaikh Abdul Qadir Al-Jilani 
Penulis: As-Syaikh Abdul Qadir Al-Jilani 
 Terbitan: Thinker's Library 
 Harga: RM17.00

Friday, October 19, 2012

Kebangkitan Generasi Salahuddin Dan Kembalinya Al-Aqsa Ke Pangkuan Islam

Kebangkitan Generasi Salahuddin Dan Kembalinya Al-Aqsa Ke Pangkuan Islam
Penulis: Dr Majid Irsan Kailani
Terbitan: ABIM & Thinker's Library
Harga: RM38.00

Judul asal buku: Hakadza Zhahara Jilu Shaluddin Wa Hakadza ‘Adat Al-Quds

Apa yang menarik buku ini ialah mengenai testimonial kejayaan Salahuddin merampas Baitul Maqdis bermula dengan pengaruh Imam Al Ghazali, yang hidup sebelum itu lagi. Imam Al Ghazali, Hujjatul Islam, telah membina satu kerangka pemikiran yang harmoni, berpandukan epistemologi ilmu yang jernih dari agama, melahirkan gagasan Islah yang meresap pemikiran generasi selepas itu.

Hampir 2-3 generasi selepas Al Ghazali, kemudian disambut oleh Sheikh Qadir Al Jailani, yang menubuhkan madrasah penting, yang melahirkan ramai alumni Madrasah Al-Ghazali. Kemudian mereka ini yang menduduki kerusi penting dalam pentadbiran negara, mufti agama, panglima tentera dan guru agama. Sheikh Nuruddin Al Zanki, khalifah yang ada ketika itu terkenal dengan sikap zuhud dan alimnya, telah membuka jalan kepada kelahiran Salahuddin Al Ayubi yang memimpin tentera umat Islam yang akhirnya berjaya merampas Baitul Maqdis.

Ramai yang mungkin melihat sosok Salahuddin dan Al Ghazali secara keperibadiannya, dan tidak nampak kaitan antara dua tokoh ini. Buku Dr Majid adalah testimonial yang relevan untuk kita kaji dan ambil iktibar. Testimonial ini dapat menyingkirkan sindrom menunggu 'hero' yang akan menyelamatkan umat Islam, tatkala diserang pelbagai penjuru hari ini. Apabila cara kesinambungan legasi Al Ghazali membina generasi Salahuddin dapat diambil iktibar, sebenarnya kita boleh terlibat sekali dalam proses islah tersebut, tidak semestinya menunggu dengan hampa siapa yang menyelamatkan umat Islam.'