Showing posts with label Remaja. Show all posts
Showing posts with label Remaja. Show all posts

Tuesday, January 13, 2015

Deme Wasap, Ambe Reply - Ustaz Azhar Idrus


Deme Wasap, Ambe Reply 
 Penulis: Ustaz Azhar Idrus 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM18.00 

 Ustaz Azhar Idrus, pendakwah nombor 1 di Malaysia, kali ini tampil dengan buku terbaru beliau, Deme Wasap, Ambe Reply berkenaan Fikah Remaja. Buku ini adalah buku siri soal jawab beliau yang ketiga. Ia mengandungi persoalan-persoalan fikah harian yang selalu remaja tertanya-tanya, yang merangkumi pelbagai aspek seperti hiburan, ibadah, isu semasa, akidah, dan banyak lagi. Buku ini juga memuatkan karikatur Ustaz Azhar Idrus yang mencuit hati, selain warna dan grafiknya yang menarik. Sesuai untuk semua lapisan umur dan masyarakat

Thursday, May 8, 2014

Remaja Idaman Syurga


Remaja Idaman Syurga 
 Penulis: Abd Rahman Rohaily 
Terbitan: Must Read 
 Harga: RM18.50 

 Bagaimana Membentuk: Remaja Hebat | Remaja Bersyariat | Remaja Akhirat

Tuesday, November 16, 2010

Koleksi Buku Burhan Sodiq

1) Ya Allah Aku Tak Ingin Sendiri - RM14.90
2) Engkau Memang Cantik - RM15.00
3) Kerana Cinta Harus Memilih - RM13.90
4) Ya Allah, Aku Jatuh Cinta - RM14.90
5) Mendakap Berkat Ramadan - RM16.90

Semua buku di atas terbitan Kemilau Publika Sdn Bhd

Friday, November 5, 2010

Bila Zina Jadi Budaya

Bila Zina Jadi Budaya
Penulis: Mohd Syamil & Adriana Balqis
Terbitan: Must Read Sdn Bhd
Harga: RM19.90

Buku 'BILA ZINA MENJADI BUDAYA' ini cuba merungkai permasalahan yang berlaku di kalangan remaja hari ini dan berkongsi serta memberikan jalan penyelesaian yang terbaik bagi masalah sosial yang kian meruncing kini. Banyak paparan di dada-dada akhbar suatu isu yang sedang hebat diperbincangkan, iaitu masalah sosial di kalangan remaja yang berleluasa dan amat meruncing setiap hari. Remaja generasi hari ini lebih cenderung atau terpaksa berdepan dengan perkembangan kemajuan dan teknologi yang semakin pesat membangun. Setiap waktu masyarakat didedahkan dengan masalah kronik yang melanda dunia, di antaranya adalah kes jenayah seperti samun, meragut, kes rogol, perzinaan, buang bayi, pembunuhan, lumba haram dan lain-lain lagi, yang mana semua ini melibatkan golongan remaja kita sendiri.

Bertambah runcing lagi apabila masalah sosial ini membimbangkan golongan ibu bapa dan juga para pendidik yang terpaksa berhadapan dengan golongan tersebut. Antara masalah kronik yang melanda para remaja hari ini adalah seks bebas yang diasaskan oleh pergaulan bebas itu sendiri. Ini adalah menurut hasil kajian di seluruh dunia remaja cenderung terjerumus ke lembah seks bebas. Terdapat beberapa faktor yang telah dikenal pasti menyebabkan golongan remaja seperti ini lebih mudah terjerumus atau terlibat dengan penzinaan.

Saturday, October 30, 2010

Koleksi Buku Ustaz Pahrol Mohamad Juoi

1) Mukmin Profesional - RM55.00
2) Tentang Cinta - RM25.90
3) Satu Rasa Dua Hati - RM22.50
4) Dilema Melayu-Islam: Kurang Fikir Atau Kurang Zikir? - RM30.00
5) Nota Fikir Untuk Zikir - RM19.00
6) Nota Hati Seorang Lelaki - RM20.00
7) Duhai Yang Tersayang - RM16.90
8) Di Mana Dia Di Hatiku - RM15.00

Monday, September 27, 2010

Koleksi Buku A. Ubaidillah Alias

1) Kala Cinta & Wahyu Bersatu - PTS, RM18.00
2) Warkah Cinta Berbau Syurga - PTS, RM23.50
3) Kompas Cinta - Rijal Media, RM12.90
4) Sakinah - Kemilau Publika, RM17.90

Sunday, May 30, 2010

La Tahzan Gadisku

La Tahzan Gadisku
Najla Mahfuzh
Terbitan: Must Read Sdn Bhd
Harga: RM18.00

Apakah yang paling di takuti oleh anak-anak gadis masa kini? Masa depan? Walaupun mereka menjalani hidup ini dengan tenang dan bahagia, namun dalam pada itu harus anda akui masih ada banyak perkara yang menyebabkan kegelisahan yang berpanjangan di sebalik semua keceriaan itu.

"Macam mana dengan masa depan saya nanti?"

"Pasangan bagaimana yang harus saya pilih kelak?"

Bukankah persoalan-persoalan seperti ini sentiasa bermain di fikiran anak-anak gadis kita?

Oleh itu, melalui buku ini, penulis bawakan berbagai-bagai kisah penuh inspirasi buat mereka. Kisah-kisah ini di satukan supaya dapat dijadikan panduan dan iktiber serta pengajaran bagi membimbing mereka menjalani hidup yang lebih bermakna. Di samping itu mereka juga perlu sentiasa istiqamah dan seterusnya berserah kepada Allah SWT, insyaAllah masa depan mereka pasti cerah.