Showing posts with label Muhammad Ahmad ar-Rasyid. Show all posts
Showing posts with label Muhammad Ahmad ar-Rasyid. Show all posts

Friday, September 30, 2011

Tahaluf Siyasi: Hukum & Syarat

Tahaluf Siyasi: Hukum & Syarat
Penulis: Muhamad Ahmad Rasyid
Terbitan: Pustaka Salam
Harga: RM6.00

Buku ini adalah berasal daripada petikan daripada salah satu bab dalam buku Usul al-Ifta’ wa al-Ijtihad al-Tatbiqi, jilid ke-4 yang merupakan buku ke-8 dari siri-siri tulisan Muhamad Ahmad al-Rasyid dalam siri buku2 beliau yg bertajuk Ihya’ Fiqh al-Dakwah.

Al-Rasyid dalam penulisan tentang tahaluf ini tidak menunjukkan kecenderungan kepada HARUS atau HARAM tahaluf itu secara mutlak, bahkan ia bergantung kepada beberapa syarat ketat yang mesti dipenuhi oleh gerakan Islam dengan penuh berhati-hati dan waspada.

Thursday, October 21, 2010

Life Making: Menjadi Aktivis Kreatif

Life Making: Menjadi Aktivis Kreatif
Penulis: Muhammad Ahmad ar-Rasyid
Terbitan: Robbani Press
Harga: RM20.00

Harus diakui, kerja dakwah masih dianggap asing oleh banyak orang. Umum sering beranggapan bahawa tugas dakwah hanya digalas oleh ustaz, kiai atau ulama. Namun cabaran dakwah kita tak hanya bersifat internal, tapi juga eksternal.

Kondisi ini menuntut para da'i dan aktivis Islam agar makin kreatif dalam merumuskan kembali khitah (langkah dan strategi), sehingga kehidupan berpihak padanya. "Hanya saja harus diingat, bahawa kehidupan itu dimiliki oleh orang yang menciptakannya!" Demikian pesan Muhammad Ahmad ar-Rasyid, di salah satu bahagian bukunya ini.

Dengan didukung oleh kepiawaiannya bertutur dan gagasannya yang hebat, penulis cuba menjaring seluruh kekuatan dan profesi keahlian manusia untuk "mencipta kehidupan" ini. Kerana dari sanalah akan terbentang pintu-pintu kebaikan yang berlimpah.

Tuesday, May 4, 2010

Buku-buku Fiqh Dakwah Muhammad Ahmad ar-Rasyid

1) Titik Tolak (al-Muntalaq) - RM35.00
2) Pelembut Hati (ar-Raqaiq) - RM25.00
3) Hambatan-hambatan Dakwah (al-'Awa'iq) - RM38.00
4) Khitah Dakwah (al-Masar) - RM60.00