Showing posts with label PSN Publications. Show all posts
Showing posts with label PSN Publications. Show all posts

Thursday, October 2, 2014

101 Kehebatan Rahsia Sedekah


101 Kehebatan Rahsia Sedekah 
Penulis: Zahidan Abd Aziz, Mohammad Subki Abdul Rahman Al-Hafiz 
Terbitan: PSN Publishers 
Harga: RM32.00 

 Antara kandungan buku ini ialah: 
- Bersedekah ialah dinding api neraka. 
- Tujuh Golongan Manusia yang dinaungi pada hari akhirat. 
- Sedekah Nabi Muhammad SAW dan para sahabat. 
- Setiap sedekah dibalas 10 hingga 700 kali ganda. 
- Ubati penyakit dengan sedekah

Wednesday, October 1, 2014

Jom Kenali Hudud


Jom Kenali Hudud 
Penulis: Dato' Dr Haron Din 
Terbitan: PSN Publications 
Harga: RM25.00 

 Hukum hudud ialah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah SWT yang bukan sahaja tidak boleh ditukar ganti hukumannya, diubah suai atau dipinda oleh sesiapa pun didunia ini. Mereka yang melanggar ketetapan hukum yang telah ditentukan oleh Allah SWT dan Rasul-Nya adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim.

Saturday, September 27, 2014

101 Doa Jampi Mujarab Ulama Pondok: Penyembuh & Perisai


101 Doa Jampi Mujarab Ulama Pondok: Penyembuh & Perisai 
 Penulis: Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari 
 Terbitan: PSN Publishers 
 Harga: RM32.00 

 Buku 101 Doa Jampi Mujarab Ulama Pondok : Penyembuh & Perisai mengajak pembaca untuk membaca amalan dan khasiat daripada ayat-ayat tertentu dalam al-quran yang telah teruji keberkesanannya oleh orang soleh pada zaman dahulu dan sangat bermanfaat untuk Mukmin pada masa sekarang. 

 Antara kandungan himpunan buku ini ialah Ruqyah Syar'iyyah ( Jampi Secara Syarii). Ayat Ruqyah ialah himpunan ayat al-quran yang digunakan dalam tujuan perubatan yang dibacakan kepada orang yang terkena sihir atau gangguan jin dan merupakan salah satu daripada himpunan ayat suci al-quran untuk penawar dan menghalau jin.

Tuesday, September 16, 2014

70 Selawat Terbaik: Khasiat & Cara Mengamalkannya


70 Selawat Terbaik: Khasiat & Cara Mengamalkannya 
Terbitan: PSN Publishers 
 Harga: RM35.00 

 Berselawat kepada penghulu kita Nabi Muhammad SAW dalam pengertian lebih luas ialah membesarkan, mengagungkan dan mendukung perjuangannya yang mulia; di samping melahirkan rasa syukur atas perutusannya yang menjadi rahmat seluruh alam ini, malah menambahkan keyakina beramal dengan sunahnya yang diredai Allah SWT. Para malaikat memberi jaminan maising-masing untuk sesiapa yang berselawat kepada Rasulullah SAW. Semoga dengan ini kita tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Mudah-mudahan kita menjadi orang kesayangan Allah SWT, Rasulullah SAW dan para malaikat.

Tuesday, August 12, 2014

101 Keberkatan Lelaki Subuh Dari Perspektif Al-Quran, Hadis & Sains


101 Keberkatan Lelaki Subuh Dari Perspektif Al-Quran, Hadis & Sains 
 Penulis: DR MOHD ARID HAJI MAT NOOR, MOHD DAHARUDDIN HAJI DAUD, MOHAMMAD SUBKI ABDUL RAHMAN AL-HAFIZ 
 Terbitan: PSN Publications 
 Harga: RM39.90 

 Buku ini mengajak para pembaca menelusuri jiwa lelaki-lelaki subuh dengan cara: 

 1. Terlebih dahulu menyingkap tirai-tirai rahsia di sebalik pilihan Allah SWT memilih waktu fajar sebagai waktu pelaksanaan solat subuh. 

 2. Lalu membedah aura spiritual dan kesan psikologi kepada lelaki-lelaki subuh yang selalu mempunyai iltizam menunaikan pelaksanaan solat subuh dengan penuh rasa ikhlas dan khusyuk. 

 3. Kemudian mengupas selok-belok rahsia perintah Allah SWT bagi segala bentuk pelaksanaannya (seperti rahsia sujud, rukuk dan lain-lain) yang sangat besar fungsinya untuk penyembuhan pelbagai jenis penyakit fizikal dan rohani manusia, terutamanya dilaksanakan ketika waktu subuh. 

 4. Berakhir dengan perbahasan menyeluruh tentang spiritual solat subuh terhadap kekuatan jiwa dalam menggapai keredaan Allah SWT kelak dalam kehidupan selepas mati (di negeri akhirat).

Thursday, June 5, 2014

99 Kisah Keramat Para Wali


99 Kisah Keramat Para Wali 
 Penulis: Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari 
 Terbitan: PSN Publishers 
 Harga: RM28.00

Wednesday, June 4, 2014

99 Ulama Terunggul - Pengorbanan & Kesabaran Dalam Menuntut Ilmu


99 Ulama Terunggul - Pengorbanan & Kesabaran Dalam Menuntut Ilmu 
 Penulis: Abdul Fattah Abu Ghuddah 
 Terbitan: PSN Publishers 
 Harga: RM30.00 

 Buku 99 Ulama Terunggul:Pengorbanan & Kesabaran dalam Menuntut Ilmu ini menceritakan sifat sabar yang memiliki oleh para ulama dalam menempuh pelbagai dugaan dan cabaran dalam mencari ilmu. Sesungguhnya amatlah besar usaha para ulama dalam menuntut ilmu dan besar kemahuan mereka untuk mengejar keredaan Allah s.w.t. Jalan menuju Allah s.w.t ialah jalan yang penuh dengan rintangan sedangkan jiwa seseorang itu tidak dapat istiqamah dalam melaksanakan perintah Allah s.w.t dengan mudah. Kita seharusnya meneladani akhlak dan kesabaran para ulama terdahulu untuk kembali menjulang Islam sebagai agama yang memegang peradaban dunia. 

Buku yang sangat bermanfaat ini akan dapat membangkitkan semangat dan iman kita yang sentiasa goyah akan godaan dan cabaran dunia. Kita pasti akan berasa kagum dengan membaca retetan kisah para ulama yang dipaparkan dalam buku 99 Ulama Terunggul: Pengorbanan & Kesabaran dalam Menuntut Ilmu ini.

Sunday, April 6, 2014

Emergency Taubat: Mengapa dan Bagaimana?


Emergency Taubat: Mengapa dan Bagaimana? 
 Penulis: Muhammad Ramzi Omar 
Terbitan: PSN Publications 
 Harga: RM35.00 

 Kesedaran tentang nilai taubat perlu dibangkitkan dan digerakkan supaya taubat dapat direalisasikan secara praktical dalam ilmu, amal dan penyelesaian. Manusia tidak terlepas daripada pelbagai ujian, musuhnya tidak mati dan tabiat dirinya tidak berubah. Perhiasan dunia yang disukai dan perkara-perkara yang tidak disukai tidak akan luput. 

 Setiap manusia memiliki syahwat dan akal. Adakalanya ia ditewaskan oleh nafsu, adakalanya ia tidak dapat memahami hakikat,adakalanya ia lemah apabila berhadapan dengan syahwat lalu ia tergelincir. Jika ia terus disisihkan daripada kategori manusia beriman apabila melakukan kesalahan maka semua manusia akan binasa. Walau bagaimanapun suatu rahmat Allah SWT yang besar untuk kita seandainya tersilap maka Allah SWT tetap membuka pintu TAUBAT.

Thursday, March 27, 2014

101 Keajaiban Dan Keunikan Biodata Rasulullah


101 Keajaiban Dan Keunikan Biodata Rasulullah 
 Penulis: Jaafar Salleh 
Terbitan: PSN Publications 
 Harga: RM33.00 

Keajaiban Nabi Muhammad terpancar melalui akhlaknya. Akhlaknya ialah al-Quran. 
Rasulullah SAW ialah manusia ciptaan Allah SWT yang paling istimewa. marilah kita menyelami kehebatan dan keagungan junjungan kita dan menerapkan sunnahnya dalam kehidupan harian sebagai tanda kecintaan kita kepada Rasulullah SAW.

Saturday, February 9, 2013

Hukum Hudud Dalam Perundangan Islam

Hukum Hudud Dalam Perundangan Islam
Penulis: Dato' Dr Haron Din
Terbitan: PSN Publications
Harga: RM12.00

Thursday, December 20, 2012

Pengenalan Asas Kepada Maqasid Syariah


Pengenalan Asas Kepada Maqasid Syariah
Penulis: Ustaz Wan Mohd Nasir
Terbitan: PSN Publishers
Harga: RM16.00

Q&A Bersama Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (Jilid 2)

Q&A Bersama Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri (Jilid 2)
Penulis: Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Terbitan: PSN Publishers
Harga: RM27.00

Buku Q&A Bersama Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri ini diterbitkan bagi menyelesaikan pelbagai persoalan dan kemusykilan berkaitan agama dan kehidupan individu dan masyarakat masa kini.

Keistimewaan buku ini ialah ia mengandungi 9 bab penting yang menyentuh tentang aspek kehidupan individu dan masyarakat yang meliputi keseluruhan bidang agama iaitu akidah, pegangan dan anutan, fiqah, tasawuf, tafsir, hadis dan mustholah hadis, sirah nabi dan sejarah Islam, usul fiqah dan kaedah fiqah, dan masalah-masalah umum.

Saturday, October 13, 2012

40 Kisah Motivasi Ajaibnya Doa

40 Kisah Motivasi Ajaibnya Doa
Penulis: Ustaz Mohammad Subki Abdul Rahman, Ustaz Mohd Rifqi
Terbitan: PSN Publications
Harga: RM20.00

Wednesday, October 10, 2012

Q&A Bersama Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin

Q&A Bersama Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin
Penyusun: Muhadir Haji Joll
Terbitan: PSN Publications
Harga: RM38.00

Monday, October 8, 2012

Doa Hidup Sejahtera Daripada Al-Quran & Al-Sunnah

Doa Hidup Sejahtera Daripada Al-Quran & Al-Sunnah
Penyusun: Ahmad Hasan Mohd Nazam
Terbitan: PSN Publications
Harga: RM10.00
 
Buku ini mengandungi:
1) Manzil
2) Ayat Munjiyat
3) Ayat Syifa'
4) Ayat Sakinah
5) Doa Keselamatan Diri dan Harta
6) Doa Penawar Penyakit
7) Doa Menghadapi Kesusahan
8) Doa Keamanan
9) Doa Murah Rezeki
10) Doa Membuat Pilihan

Sunday, June 10, 2012

Q&A Bersama Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Q&A Bersama Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Terbitan: PSN Publications
Harga: RM27.00
 
Buku ini diterbitkan bagi menyelesaikan pelbagai persoalan & kemusykilan berkaitan agama dan kehidupan individu dan masyarakat masa kini.  

Rintihan Kalbu

Rintihan Kalbu
Penulis: Ahmad Hasan Mohd Nizam
Terbitan: PSN Publications
Harga: RM12.00 
 
Warkah Saiyid Qutb & Dambaan Cinta Kekasih Allah

Hayatilah naskhah ini untuk melahirkan luahan rasa mengenai kehidupan dalam 17 lembaran warkah Syed Qutb (Afrah al-Roh), di samping ungkapan-ungkapan rintihan oleh para imam demi menggapai cinta Allah.

Thursday, June 7, 2012

Kiyai Salleh

Kiyai Salleh
Penulis: Abdul Latip Talib
Terbitan: PSN Publications
Harga: RM32.00 
 
Perjuangan seorang ulama mempertahankan bangsa dan agama daripada kekejaman penjajah.

Thursday, May 3, 2012

Ensiklopedia Bidaah

Ensiklopedia Bidaah
Terbitan: PSN Publications
Harga: RM100.00

Friday, April 6, 2012

Khalifah Zuhud Umar bin Abdul Aziz

Khalifah Zuhud Umar bin Abdul Aziz
Penulis : Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki
Terjemahan : Ustaz Mohammad Subki Abdul Rahman al-Hafiz
Terbitan: PSN Publications
Harga: RM18.00

Buku ini mendiskusikan sejarah dan rantaian perjalanan hidup Khalifah Umar selain memaparkan corak pemerintahan beliau pada zamannya. Selain itu, buku ini turut merungkai kepekaan serta sensitiviti beliau terhadap masalah-masalah yang dihadapi oleh rakyat jelata. Dapatkan buku ini bagi usaha memahami dan mempelajari ciri-ciri kepimpinan terpuji yang sewajarnya ada bagi seorang pemimpin terbaik di dunia dan di Akhirat.