Showing posts with label Syiah. Show all posts
Showing posts with label Syiah. Show all posts

Monday, July 30, 2018

Rahsia Syiah, Dajjal, Yahudi Menguasai Dunia


Rahsia Syiah, Dajjal, Yahudi Menguasai Dunia 
 Penulis: Haji Ibnu Yaacob Haji Manaf  
Terbitan: SSM  
Harga: RM26.00

Monday, November 7, 2016

Khawarij & Syiah (Sejarah, Ideologi & Penyimpangan Menurut Pandangan Ahlussunnah Wal Jamaah)


Khawarij & Syiah (Sejarah, Ideologi & Penyimpangan Menurut Pandangan Ahlussunnah Wal Jamaah) 
 Penulis: Dr. Ali Muhammad Ash-Shallabi 
 Terbitan: Ummul Qura 
 Harga: RM80.00

Wednesday, October 22, 2014

Virus Syiah - Menjawab Persoalan Kesesatan Syiah


Virus Syiah - Menjawab Persoalan Kesesatan Syiah 
 Penulis: Ku Muhamad Asmadi 
 Terbitan: Yamani Angle 
 Harga: RM21.00 

 Syiah menyimpan sejarah dendam yang begitu lama terhadap umat Islam yang di kenali sebagai sunni. Terpencil dan merosotnya pengaruh menyebabkan mereka tidak menonjolkan diri, jauh sekali mahu melunaskan dendam tersebut. Namun itu tidak bererti mereka sudah lupa dan mengabaikan dendam tersebut. Bagi mereka, sunni tetap di pihak yang salah kerana telah menyelewengkan Islam menyebabkan darah dan harta orang sunni "halal". 

 Syiah dilihat tidak bahaya kerana mereka kelompok yang kecil dan terpencil. Ia ibarat api, tidak bahaya ketika kecil tetapi cukup menggerunkan ketika besar. Itulah wajah syiah yang sebenar. Oleh itu, wajar syiah di bendung agar tidak membesar dan melebarkan pengaruhnya. Pendedahan dan pencerahan hakikat sebenar syiah yang di ketengahkan dalam buku ini menyerlahkan siapa sebenarnya Syiah ada terselamat akidah dan terhindar bahaya dendam kesumatnya.

Saturday, October 11, 2014

Adakah Kawanku Syiah?


Adakah Kawanku Syiah? 
 Penulis: Kamaluddin Nurdin Marjuni 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM25.00 

Adakah Kawanku Syiah? 

 Dia kutuk Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidatina Aisyah.. Dia puji Saidina Ali melambung-lambung. Macam Saidina Ali lagi besar daripada Nabi Muhammad s.a.w... Dia kata imam-imam tahu benda ghaib.Semua benda yang ada di langit dan di bumi dalam ilmu imam-imam... Dia menolak hadith-hadith Bukhari dan Muslim. Katanya itu bukan hadith sahih pun... Dia sungguh-sungguh cerita pasal Al-Mahdi. Sampai bila kita dengar,ada benda bunyi macam pelik sahaja.. Dia ini nampaknya sembahyang tiga waktu sahaja.. 

 Dia jadi begini sebab dia ini syiah?

Sunday, August 31, 2014

Apa Salah Syiah?


Apa Salah Syiah? 
 Penulis: Sabaruddin Hussein, Mohd Fakhruddin Hj. Tajuddin 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM16.00 

 Buku ini tampil dengan menjelaskan segala kekeliruan yang sering bermain di fikiran masyarakat. Buku ini sarat dengan bukti dan fakta, mendedahkan segala kesesatan dan penipuan golongan ektremis ini. Mahu tahu apa salah Syiah? Ayuh! Usah berfikir panjang lagi!

Wednesday, May 14, 2014

Isu-isu Semasa, Syiah Musuh Tersembunyi


Isu-isu Semasa, Syiah Musuh Tersembunyi 
 Penulis: Muhammad Erfan Aziz 
 Harga: RM21.90 

 Buku ini merupakan suatu pendedahan kepada dunia Islam siapa sebenarnya Syiah yang dahulunya terkenal juga sebagai golongan Rafidhah di segi akidah, syariah, akhlak dan motif perjuangan mereka sejak dahulu hingga sekarang ini selepas Syiah menguasai negara Iran yang sekarang ini dijadikan base bagi melancarkan sasaran serangan mereka ke seluruh dunia, khususnya ke atas negara-negara dan umat Islam bermazhab Ahli Sunnah wal Jamaah, bagi mengembangkan fahaman dan akidah Syiah sekaligus menghapus Ahli Sunnah Wal Jamaah. 

 Syiah membohongi dunia bahawa mereka ada kaitan dengan Ahli Bait, keturunan Rasulullah SAW melalui Saidina Ali dan Siti Fatimah binti Rasulullah SAW padahal itu suatu rekaan. Terdapat bukti sejarah juga bahawa pembunuh Saidina Husin adalah konspirasi oleh orang dan pengikut Syiah Iran atas nama Syiah sekarang ini telah melatih dan mengirim wakil-wakilnya ke seluruh dunia bagi mensyiahkan umat Islam di seluruh dunia dan selanjutnya menghapuskan Ahli Sunnah Wal Jamaah

Saturday, April 5, 2014

201 Tanya Jawab Syiah


201 Tanya Jawab Syiah 
 Penulis: Prof. Dr. Mohammad Baharun 
 Terbitan: Sinergi 
 Harga: RM24.00 

 Buku yang perlu dibaca masyarakat umum agar menambah wawasan keilmuan dan referensi. Sehingga, persoalan penting yang dihadapi umat dapat diselesaikan dengan damai. Mengkaji perbezaan penting dilakukan agar masyarakat mampu mengidentifikasi masalah dan memberi solusi yang tepat, khususnya dalam konteks ini masalah Syia'ah yang terus berlarutan. Kewaspadaan terhadap intervensi aqidah ini harus ditingkatkan demi menghadapi aliran yang mengancam keyakinan majoriti umat.Buku ini memotivasi kita untuk meningkatkan kewaspadaan tersebut.

Wednesday, December 4, 2013

SYIAH Komplot Tawan DUNIA


SYIAH Komplot Tawan DUNIA 
 Penulis: Syeikh Abu Muhammad Musanna 
 Terbitan: Pustaka Al-Ehsan 
 Harga: RM25.00 

 Buku ini mendedahkan komplot Syiah yang berpegang kepada asas akidah Syiah yang disambung oleh Khomeini, Ali Khomeini, Hasan Rouhani, presiden Iran sekarang ini, daripada pengasas Syiah asal, iaitu Ibnu Saba' seorang YAHUDI yang amat memusuhi Saidina Umar. 

 Buku ini juga memperincikan kesesatan fahaman Khomeini yang terdapat dalam bukunya Wilayah Faqih, al-Hukuma' al-Islamiyah dan Kasyful Asrar yang kandungannya mempertikaikan kesahihan al-Quran sekarang. Malah menuduh para sahabat mengkhianati amanat Rasulullah SAW, serta yang paling merbahaya sekali adalah keyakinan terhadap kemunculan Imam Mahdi (Syiah) yang merancang untuk menawan Makkah dan Madinah serta memindahkan kiblat umat Islam ke Najad, Iraq. 

 Dapatkan buku ini untuk memahami konspirasi Syiah yang sanggup berkomplot dengan Yahudi, Amerika dan segala musuh Islam untuk mencapai cita cita mereka.

Friday, November 22, 2013

VCD Awas Bahaya Syiah (Siri 1: Pengenalan Syiah)


VCD Awas Bahaya Syiah (Siri 1: Pengenalan Syiah) 
 Penulis: Ustaz Nazmi Abd Karim 
Terbitan: Gagasan Emas & Nasyeed.Com 
Harga: RM15.00

Tuesday, November 5, 2013

Yahudi, Syiah, dan Dajal: Penyebar Fitnah, Pemesong Akidah


Yahudi, Syiah, dan Dajal: Penyebar Fitnah, Pemesong Akidah 
 Penulis: Sabarudin Hussein 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM20.00 

 Termaktub dalam Al-Quran dan hadith, bangsa Yahudi adalah bangsa yang banyak melakukan kerosakan di bumi. Bangsa berketurunan Nabi Yaaqub a.s. ini seringkali dikaitkan dengan pemalsuan, pemesongan akidah. Malah, mereka juga membunuh nabi-nabi yang diutuskan kepada mereka. 

 Sejarah juga membuktikan, bangsa ini memainkan peranan yang begitu penting sebagai mastermind dalam pertembungan antara timur dan barat seperti kejatuhan Empayar Uthmaniah, peperangan dan penjajahan era Perang Dunia Pertama dan Kedua, dan yang terkini penyembelihan umat Islam di Palestin, Syria, dan Mesir. Malah, isu ini tidak akan lengkap perbincangan ia sekiranya tidak mengaitkan dengan peranan Syiah di rantau asia tengah. 

 Siapakah Yahudi dan Syiah yang sebenar? Apakah perkaitan antara kedua-dua golongan ini dengan Dajal? Apakah kesesatan dan keburukan yang dibawa oleh mereka? Buku ini akan memperkenalkan kelompok manusia yang suka melakukan kerosakan di atas muka bumi Allah s.w.t. ini, sehingga menjadi fitnah kepada orang yang beriman.

Wednesday, September 11, 2013

Agenda Politik Syiah


Agenda Politik Syiah 
 Penulis: Kamaluddin Nurdin Marjuni 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM20.00 

 Sejak zaman berzaman, dendam kumpulan Syiah terhadap Ahli Sunnah wal Jamaah seperti tidak berkesudahan. Bermula daripada dendam terhadap Muawiyah bin Abu Sufian yang dituduh merampas kuasa khalifah daripada Ali bin Abu Talib pada tahun 661 Masihi, kumpulan pro Ali terus menyimpan dendam terhadap Muawiyah dan keturunannya daripada Kerajaan Bani Umayyah sehingga dendam terhadap Ahli Sunnah Waljamaah yang mengiktiraf kepimpinan Abu Bakar, Umar Al-Khattab dan Uthman yang mendahului Ali bin Abu Talib. 

 Buku ini membahas berkenaan kelompok Syiah terbesar yang menjadi tunjang utama dalam politik dunia, Zaidiyah, Itsna Asyariah (Imam 12), dan Ismailiyah Batiniyah dan konflik mereka dengan kelompok Ahli Sunnah Waljamaah yang mempunyai kaedah tersendiri dalam memilih pemimpin.

Friday, June 14, 2013

Rezim Nushairiyah


Rezim Nushairiyah 
Penulis: Syaikh Abu Mus'ab As-Suri 
 Terbitan: Jazera 
 Harga: RM33.00 

 Sejarah, aqidah & kekejaman terhadap Ahlu Sunnah di Syria Buku ini menjelaskan kepada kita bagaimana asal-usul dan ciri ideologi Nushairiyah berikut intrik politik yang mereka mainkan sehingga dapat menguasai wilayah Syam. Terutama, bagaimana mereka mendominasi kekuasaan di Syria yang majoritinya Sunni, sebuah paduan tragis dari kelicikan musuh-musuh Islam yang bertemu dengan kelemahan dan kelalaian kaum Muslimin saat itu. Persekongkolan mereka dengan Yahudi dan perlakuan kejam terhadap Sunni, dijelaskan oleh penulis yang berasal dari Syria. 

 Pemahaman penulis terhadap realiti juga dibuktikan dengan analisanya terhadap jatuh-bangun gerakan jihad Sunni melawan rezim Nushairiyah. Sebuah bekal yang sangat berharga bagi setiap gerakan jihad, di mana pun mereka berada. Tak lupa, buku ini juga menerangkan hukum mempertahankan setiap jengkal tanah kaum Muslimin dari tangan penjajah. Terlebih, menurut Ibnu Taimiyyah, kelompok Nushairiyah lebih sesat dan berbahaya dibandingkan dengan musuh Islam yang sudah banyak kita hafal, yaitu Yahudi dan Nashrani.

Wednesday, April 10, 2013

Dedah Fahaman Syiah


Dedah Fahaman Syiah 
Penulis: Dr Musa Al-Musawi 
 Terbitan: JAKIM 
Harga: RM12.00

Dalam keadaan dan suasana yang penuh kontroversi di antara puak Syiah dan puak Sunnah yang berpanjangan beberapa abad, saya hidup dengan penuh kepahitan. Saya sedar dan terus berfikir hendak mencari jalan untuk memperbetulkan sesetengah kepercayaan dan amalan puak Syiah, khasnya perkara-perkara yang menimbulkan kontroversi dengan puak Sunnah, iaitu perkara yang sebenarnya bertentangan  dengan roh Islam dan akal fikiran yang waras. Akhirnya, dengan izin Allah dapatlah saya keluarkan buku ini yang ditujukan kepada semua pengikut Syiah di mana sahaja mereka berada.

Ini adalah seruan untuk menyedarkan para pengikut Syiah agar dapat bangun dari tidur yang berterusan selama seribu dua ratus tahun. Ini adalah seruan akal dan iman kepada para pengikut Syiah supaya mereka menghapuskan sikap taksub kepada mazhab dan fahaman yang membawa kepada kemunduran dalam pemikiran, kemasyarakatan dan pegangan agama. Ini adalah dorongan dari kepercayaan dan kewajipan saya  untuk menyampaikan kepada berjuta-juta orang pengikut Syiah, dengan penuh harapan, agar mereka dapat membaca buku ini.

Sunday, March 10, 2013

Darah Syiah: Membongkar Pengkhianatan Dan Kezaliman Syiah

Darah Syiah: Membongkar Pengkhianatan Dan Kezaliman Syiah 
Penulis: Ahmad Faidzurrahim 
Terbitan: Darul Taklim 
Harga: RM19.00 

Ramai orang Melayu terikut dengan SYIAH sama ada dari segi pegangan akidahnya, amalannya dan juga pemikirannya sehingga ada juga ahli-ahli tertentu seperti ahli perniagaan dan juga ahli politik terpengaruh dengan SYIAH ini. Alhamdulillah satu buku berjaya diterbitkan untuk membongkar siapakah SYIAH yang sebenar.

Wednesday, October 10, 2012

Hakikat Agama Syiah Imam Dua Belas (Imamiyah)

Hakikat Agama Syiah Imam Dua Belas (Imamiyah)
Penulis: Syeikh Muhibuddin al-Khatib
Terbitan: Badan Perkhidmatan Penerangan Islam Selangor Dan Wilayah Persekutuan
Harga: RM8.00

Kenapa buku ini perlu dibaca? 

1. Karya ini adalah hasil penyelidikan Syeikh Muhibuddin AI-Khatib rhm.(1303-1389H) seorang ulama terkenal di Mesir. Beliau mendedahkan usaha-usaha yang dirancang untuk menakluk Dunia Islam. 

2. Pembunuhan Umar bin Khattab ra adalah rancanganYahudi, Nasrani dan Majusi. Dewasa ini hari terbunuhnya Umar ra. telah menjadi hari bersuka ria di Iran. 

3. Makam Abu Lu’luah (gelarannya Wira yang Berani- Baba Syuja) berhampiran kota Taheran diperbesarkan pada Tahun 1988. Orang Syiah percaya bahawa Tuhan tidak mencatatkan dosa dosa mereka semasa hari Perayaan Wira yang Berani itu, pada 9, 10 dan 11 Rabiul Awwal. 

4. Dr. Husain al Musawi – yang pernah menjadi seorang ulama Syiah yang terkenal di Najaf, Iraq – dalam bukunya bertajuk Kenapa saya keluar dari Syiah?. Beliu berkata: “Ulama Syiah adalah manusia yang paling buruk di muka bumi ini”. Ulama Syiah Imamiyah bernama Husain Bahrululum- telah mengeluarkan fatwa pada 20 Safar, 1421H menghukum Dr. Husain al Musawi sebagai orang murtad. 

5. Setelah Dr. Husain bertaubat daripada agama Syiah, dia disusuli oleh Dr. Musa al Musawi sahabat karib Presiden al-Khomeini. Dr. Musa al Musawi berkata: “Gerakan Khomeini adalah gerakan Zionis yang bekerja untuk kepentingan Israel”

Skandal Al-Quran Syiah

Skandal Al-Quran Syiah
Penulis: A. Qusyairi Ismail, Moh. Achyat Ahmad
Harga: RM20.00

Jika kita dapat memahami bagaimana persepsi suatu sekte terhadap Al-Quran dan bagaimana keyakinan mereka terhadapnya, tentu kita boleh menilai apakah sekte itu ada dalam landasan yang benar atau sebaliknya. Dan di sini kita sedang berhadapan dengan sekte Syiah yang diyakini memiliki pemahaman yang 'tak biasa' terhadap Al-Quran. Buku ini akan memberikan jawapannya.

Tuesday, June 26, 2012

Syiah

Syiah
Penulis: Lajnah Ilmiah
Terbitan: Pustaka Sunni
Harga: RM26.00

Penyebaran fahaman Syi'ah di tengah-tengah umat Islam bukanlah suatu masalah yang ringan. Ini adalah suatu bahaya yang nyata dan kesesatan yang akan berhujung ke neraka Jahannam. Kita meyakini bahawa kemurniaan aqidah jauh lebih penting di atas segala-galanya. Sebab, ia adalah modal utama untuk meraih syurga Allah. Oleh kerana itulah, dalam rangka membentengi kaum muslimin agar tidak terpengaruh oleh syubhat-syubhat (kerancuan) yang disebarkan oleh buku-buku atau rujukan-rujukan yang membahas tuntas dengan bukti-bukti detail dalam masalah ini, maka kami merasa terpanggil untuk menyusun buku ini. Mari kita berfikir jernih dan cermat. Buku ini akan menuntun anda membuka mata dalam beragama dan dengan izin Allah akan dapat menyelamatkan anda dan orang-orang yang anda cintai dari kesesatan semua golongan sesat, terutama Syi'ah.

Tuesday, June 12, 2012

Pengkhianatan-Pengkhianatan Syiah & Pengaruhnya Terhadap Kekalahan Umat Islam


Pengkhianatan-Pengkhianatan Syiah & Pengaruhnya Terhadap Kekalahan Umat Islam
Penulis: Dr Imad Ali Abdus Sami'
Terbitan: Pustaka Al-Kautsar
Harga: RM25.00

Sunday, April 18, 2010

Mengapa Saya Keluar Dari Syiah

Mengapa Saya Keluar Dari Syiah
Penulis: Sayyid Husain al-Musawi
Terbitan: Pustaka al-Kautsar
Harga: RM19.00

Buku ini adalah berkenaan dengan Sayid Hussain al-Musawi seorang mujtahid dari aliran Syiah yang kemudiannya mengumumkan secara terbuka bahawa beliau bertaubat dari aliran sesat ar-Rafidhah ini dan beliau mendetailkan bukti-bukti kesesatan Syi'ah yang diambil dari kitab-kitab muktabar mereka sendiri.

Selama masa beliau mendalami kitab-kitab Syi'ah ketika pengajian beliau selalu menjadi bingung dengan percanggahan yang begitu banyak terdapat dalam kitab-kitab muktabar ajaran Syi'ah. Tapi beliau cuba menyedapkan hati beliau dengan menyatakan kepada diri beliau sendiri sebagai seorang yang buruk pemahaman dan sedikit ilmu. Semakin mendalam pengajian beliau semakin banyak permasalahan timbul dan semakin bergelora perang batin dalam jiwa beliau.

Setelah lama merenung keadaan ini maka beliau mengambil keputusan untuk melakukan kajian yang komprehensif. Beliau membaca sebanyak mungkin referensi pegangan serta kitab-kitab Syi'ah. Segala kebingungan atau percanggahan beliau tuliskan dalam lembaran-lembaran kertas dan beliau simpan semoga pada suatu hari Allah menetapkan satu keputusan.

Peristiwa al-Allamah Sayid Musa al-Musawi
dan Sayid Ahmad al-Katib dua tokoh besar Syi'ah yang bertaubat dan kembali kepada Ahlus Sunnah Wal Jamaah seolah-olah menjadi petunjuk bagi beliau bahawa masanya juga sudah tiba untuk beliau mengisytihar keluar dari fahaman yang sesat ini. Beliau berpendapat kini giliran beliau sudah tiba untuk menyatakan kebenaran untuk menyelamatkan rakan-rakan beliau yang telah tertipu. Bagi beliau sebagai seorang ulama adalah tanggungjawab beliau untuk menjelaskan kebenaran walaupun ianya sungguh pahit untuk ditelan.

Maka Sayid Hussain al-Musawi pun mengarang sebuah buku yang membongkar kesesatan-kesesatan Syi'ah. Yang menariknya tentang buku ini adalah beliau menggunakan sumber Syi'ah sendiri untuk membongkarkan konspirasi musuh-musih Islam untuk melemahkan Islaam dari dalam seperti musuh dalam selimut.

Saturday, April 17, 2010

Mengungkap Hakikat Syi'ah

Mengungkap Hakikat Syi'ah
Penulis: Abdullah Al-Mushili
Terbitan: Darul Falah
Harga: RM45.00

Apa itu Syi'ah? Bagaimana akidahnya? Siapa tokoh-tokoh ulamanya? Buku apa saja yang menjadi rujukan orang-orang Syi'ah dan apa isinya? Bagaimana kedudukan Abu Bakar As-Shiddiq, Umar bin Al-Khaththab dan sahabat lainnya di mata mereka? Dan bagaimana pula kedudukan imam empat mazhab dalam pandangan Syi'ah? Insya Allah Ta'ala, buku ini adalah tamu kehormatan yang sangat ditunggu-tunggu kedatangannya. Kenalilah hakikat syi'ah, agar anda tidak teperdaya.