Showing posts with label Hukum. Show all posts
Showing posts with label Hukum. Show all posts

Tuesday, March 15, 2016

Duratun Nasihin Mutiara Mubaligh


Duratun Nasihin Mutiara Mubaligh 
 Penulis: Usman Alkhaibawi 
 Terbitan: Victory Agencie 
 Harga: RM45.00 

 Buku ini mengandungi berbagai petunjuk dan garis panduan dalam berbagai aspek meliputi hukum hakam Islam yang perlu dipelajari setiap Muslim. Pengarang menghurai dengan penuh teliti dalam sesuatu bidang hukum dengan bahasa yang mudah difahami. Durratun Nasihin mengandungi tujuh puluh lima bab, bermula dari awal pengajian Al-Quran sehinggalah kepada bab hari kiamat dan sebagainya. 

 Buku ini amat sesuai untuk penuntut-penuntut pengajian tinggi dan juga rujukan masyarakat umum. Mudah-mudahan ia dapat menjurus kita ke arah sistem hidup Muslim yang berilmu dan mendapat keredhaan Allah, InsyaAllah.

Tuesday, August 25, 2015

Syarah Safinatun Naja


Syarah Safinatun Naja 
 Penulis: Syeikh Salim Sumair al-Hadrami asy-Syafi'i 
 Penyusun: Ustaz Muhadir Haji Joll 
 Terbitan: Galeri Ilmu 
 Harga: RM40.00 

 Kitab turats feqah Mazhab Syafi'i berbahasa Arab yang terkenal karya Syeikh Salim Sumair al-Hadrami asy-Syafi'i ini diterjemah dan disyarahkan semula dengan bahasa yang lebih moden tanpa menghilangkan keaslian maksud asal kitab. 
* Bersuci 
* Solat 
* Pengurusan Jenazah 
* Puasa 
* Zakat 
* Haji dan Umrah 
* Sembelihan

Friday, March 27, 2015

Soal Jawab Hudud - Undang-undang Allah yang Adil


Soal Jawab Hudud - Undang-undang Allah yang Adil 
 Penulis: Dr. Mohd Izhar Abdullah 
 Terbitan: Telaga Biru 
 Harga: RM30.00 

 Hukum hudud dan negara Islam, bukan sesuatu yang asing. Malah, tidak perlu diasingkan kerana tertegaknya Syiar Islam adalah disebabkan oleh hukum hudud yang ekslusif yang ditetapkan oleh Allah. Sudah tentu ciri-cirinya berbeza dengan hukum atau undang-undang yang direka oleh manusia - undang-undang sivil. Hudud diketahui dan diakui paling sempurna, penuh kebaikan dan membawa manfaat kepada kemaslahatan manusia. 

 Bagi menjawab persoalan dan kemusykilan yang timbul, buku Soal Jawab Hudud ini diterbitkan bagi memberi jawapan kepada semua pihak. Buku yang digarap dengan baik inti patinya ini ditulis oleh penulis-penulis yang terdiri daripada Pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) dan diketuai Dr. Mohd Izhar Abdullah. 

 Buku Soal Jawab Hudud ini turut menjelaskan kedudukan hudud bagi sesebuah negara Islam yang berbilang bangsa dan agama. Di samping penjelasan hakikat hukum hudud di Malaysia. Dengan gaya penyampaian yang ringkas dan mudah difahami oleh pembaca, kami yakin martabt hukum hudud dapat diletakkan di tempat yang sepatutnya tanpa penafian. Walaupun pihak-pihak tertentu tidak menyegerakan pelaksanaanya, sekurang-kurangya rakyat yang berbilang kaum dapat memahami dengan jelas, tanpa ragu hukum Allah ini.

Wednesday, October 1, 2014

Hakikat Tawassul & Wasilah Menurut Al-Quran & As-Sunnah


Hakikat Tawassul & Wasilah Menurut Al-Quran & As-Sunnah 
 Penulis: Musa Muhammad Ali
 Terbitan: Thinker's Library 
 Harga: RM58.00

Kitab Hakikat Tawassul & Wasilah merupakan terjemahan dari kitab asal berbahasa Arab yang judulnya bersamaan dengan Melayunya. Kitab ini sukar didapati di mana-mana toko buku dan terjemahan ini adalah suatu usaha bagi memberikan penjelasan yang berhubungkait dengan  hal-hal yang bersangkutan dengan Tawassul mahupun Wasilah.

Jom Kenali Hudud


Jom Kenali Hudud 
Penulis: Dato' Dr Haron Din 
Terbitan: PSN Publications 
Harga: RM25.00 

 Hukum hudud ialah hukuman yang telah ditentukan dan ditetapkan Allah SWT yang bukan sahaja tidak boleh ditukar ganti hukumannya, diubah suai atau dipinda oleh sesiapa pun didunia ini. Mereka yang melanggar ketetapan hukum yang telah ditentukan oleh Allah SWT dan Rasul-Nya adalah termasuk dalam golongan orang yang zalim.

Jinayah Murtad Dari Sudut Hukum Syara' Dan Perundangan Islam


Jinayah Murtad Dari Sudut Hukum Syara' Dan Perundangan Islam 
 Penulis: Haji Said Haji Ibrahim (Bekas Mufti Negeri Sabah) 
 Terbitan: Darul Ma’rifah
 Harga: RM40.00

Sunday, September 28, 2014

Kekeliruan Umat: Inilah Jawapannya


Kekeliruan Umat: Inilah Jawapannya 
Penulis: Ustaz Muhadir Haji Joll 
Terbitan: Galeri Ilmu 
 Harga: RM28.00 

 Buku ini adalah himpunan 65 persoalan dan jawapan popular tentang perkara khilafiah yang sering diperdebatkan oleh masyarakat sehingga menimbulkan kekeliruan dalam memahaminya. Dihurai dalam bentuk soal jawab ringkas dan padat untuk lebih mudah difahami dan dihafal berserta dalil-dalil al-Quran, hadis dan juga pendapat ulama yang muktabar. Sesuai dibaca oleh para penuntut ilmu dan masyarakat awam.

Thursday, December 12, 2013

Agar Kubur Menjadi Taman Syurga (Hukum dan Permasalahan)


Agar Kubur Menjadi Taman Syurga (Hukum dan Permasalahan) 
 Penulis: Fauwaz Fadzil Noor 
 Terbitan: Telaga Biru 
 Harga: RM10.00 

 Bolehkah kita berdoa di kubur? Adakah kita dibenarkan mengambil berkat di kubur? Benarkah amalan kita membaca talkin di kubur? Semua persoalan ini seperti kita sudah ketahui jawapannya tetapi adakah kita pasti dengan jawapan tersebut? Maka setiap inti pati dalam buku “Agar Kubur Menjadi Taman Syurga” dapat memberi jawapan kepada setiap persoalan di atas. Buku ini dapat menyelesaikan masalah-masalah berkaitan hukum-hukum kubur yang mungkin dihadapi oleh umat Islam kini. Setiap hujah dinukilkan berdasarkan persepakatan para ulama terhadap perkara tersebut dengan bersandarkan kepada al-Quran dan sunnah yang sedikit pun tidak meninggalkan sebarang keraguan dan syak kepada para pembaca yang peka. Insya-Allah.

Tuesday, June 18, 2013

Halal & Haram Dalam Islam


Halal & Haram Dalam Islam 
Penulis: Dr Yusuf Al-Qaradhawi 
 Terjemahan Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri 
Terbitan: Pustaka Cahaya Kasturi 
 Harga: RM70.00

Antara keistimewaan buku ini ialah:

- Menjawab dan menghurai permasalahan ummah pada masa kini
- Memperkenalkan masyarakat kepada dalil-dalil, secara naqli dan aqli
- Memimpin pembaca untuk mengenali cara intinbat hukum
- Mengemukakan fatwa ulama dan pendapat mereka
- Mendahulukan maslahah dan menolak mafsadah dalam mengemukakan ijtihad
- Tidak terikat dengan hanya satu-satu mazhab

Saturday, February 9, 2013

Hukum Hudud Dalam Perundangan Islam

Hukum Hudud Dalam Perundangan Islam
Penulis: Dato' Dr Haron Din
Terbitan: PSN Publications
Harga: RM12.00

Friday, January 18, 2013

Mengapa Banyak Larangan?

Mengapa Banyak Larangan?
Hikmah dan efek pengharaman dalam akidah, ibadah, akhlak serta makan-minum
Penulis: Tauhid Nur Azhar
Terbitan: Tinta Media
Harga: RM40.00

Dengan akalnya, manusia mencoba bertanya soal larangan-larangan Allah. Tidaklah Allah membebani makhluk-Nya, kecuali sesuai dengan kesanggupannya. Apa-apa yang telah dia larang kepada makhluk-Nya, pasti terdapat hikmah di dalamnya. 

Ketika manusia dilarang minum khamar, berbuat sihir, riya dalam salat, makan babi, lalai dalam salat berjamaah, mengumbar aurat, berbuat kerusakan di bumi, makan dan minum sambil berdiri, dan sebagainya, apakah hikmah di balik larangan-Nya itu semua? Kita harus mencari jawabannya. 

Manusia sebagai makhluk yang berakal pastinya tidak akan tinggal atau begitu saja patuh dan taat menjauhi larangan-larangan Allah tersebut. Pasti di dalam hatinya bertanya-tanya, "Mengapa Allah melarang berbuat ini dan meninggalkan ini?" Tauhid Nur Azhar secara cerdas dan detail mengupas tuntas hikmah di balik larangan-larangan ini. Semoga Allah senantiasa memberikan taufiq dan hidayah-Nya kepada kita semua. Amin.

Wednesday, October 10, 2012

Q&A Bersama Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin

Q&A Bersama Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin
Penyusun: Muhadir Haji Joll
Terbitan: PSN Publications
Harga: RM38.00

Monday, September 24, 2012

Hukum-Hakam Azan & Iqamat

 Hukum-Hakam Azan & Iqamat 
Penulis: Ustaz Muhammad Haidzir Hussin
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM20.00

Azan dan iqamat merupakan lafaz khusus atau pun zikir yang diamalkan oleh masyarakat Islam sebagai tanda untuk menyatakan masuknya waktu solat fardu dan seterusnya menyeru mereka agar berkumpul bagi menunaikan solat fardu secara berjemaah. Selain itu, azan dan iqamat bukan sahaja sebagai satu pemberitahuan bagi umat Islam sebelum mengerjakan solat, malah azan dan iqamat juga dilaungkan selepas bayi dilahirkan, ketika menghadapi bencana mahupun ketika gangguan jin atau syaitan. Pendek kata, azan dan iqamat ialah kalimah untuk memohon rahmat, berkat serta kekuatan, kesyukuran dan yang paling penting, ianya merupakan syiar umat Islam. Buku ini perlu dimiliki kerana ia menyentuh isu dan hukum berkaitan azan serta iqamat secara terperinci, menukilkan pendapat-pendapat ulama secara ilmiah, menjawab permasalahan yang berkaitan dengan azan serta iqamat dan memberikan panduan berguna bagi para muazin.

Monday, July 30, 2012

Toolkit Fardhu Ain

Toolkit Fardhu Ain
Penulis: Nor Amin Sayani bin Zainal
Terbitan: Pustaka Azhar
Harga: RM35.00 
 
Mengupas tentang taharah, najis, istinjak, darah wanita dan air manusia

Saturday, April 28, 2012

Ensiklopedi Mini Muslimah

Ensiklopedi Mini Muslimah
Penulis: Khalid Al-Husainann
Harga: RM20.00

Ensikpoledi Muslimah ini menghimpun berbagai permasalahan dan fatwa penting yang ditanyakan oleh wanita dalam setiap aspek kehidupan; baik itu masalah berkaitan dengan syariat, sosial, maupun psikologi. Dalam kitab ini setiap perenggan dianggap sebagai jawaban terhadap pertanyaan. Pada akhir setiap perenggan disebutkan siapa ulama yang menfatwakannya sebagai penguat sumber fatwa secara umum. Dibahas dengan menggunakan metode ringkas, agar wanita dapat mengambil manfaat dan menukil darinya seperti yang dia kehendaki. Meskipun berjudul Ensiklopedi Mini Muslimah, namun kitab ini tidak dikhususkan hanya untuk kaum wanita, akan tetapi khusus untuk perkara-perkara yang ditanyakan oleh kaum wanita.

Thursday, January 5, 2012

Keindahan Islam

Keindahan Islam
Penulis: Dr. Abdul Basit Abdul Rahman
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM36.00

Kitab Mahasin Al-Islam (Keindahan Islam) ini adalah hasil koleksi tulisan daripada beberapa orang pensyarah Universiti Islam Madinah (UIM). Ia kemudiannya diterjemahkan kepada pelbagai bahasa di bawah projek yang dikelolakan oleh Jabatan Kajian Ilmiah UIM. Saya diberi tanggungjawab untuk menterjemahkannya ke dalam bahasa Melayu, serta beberapa buah buku lain sepanjang menjadi mahasiswa di UIM.

Setelah melalui beberapa halangan dari segi masa dan teknikal, akhirnya alhamdulillah dengan taufik, hidayah, dan inayat Allah SWT, kitab yang indah dan penuh manfaat ini berjaya juga disiapkan. Kitab ini menerangkan tentang keindahan syariat Islam dalam seluruh perintah dan larangannya:

• Keimanan
• Ibadat
• Kekeluargaan
• Muamalat
• Jenayah
• Hubungan antara rakyat dengan pemerintah
• Akhlak yang mulia

Selain menjelaskan perintah dan larangan tersebut, ia juga menceritakan faedah-faedah, hikmah-hikmah, maslahat-maslahat, dan terdapat pelbagai manfaat kepada manusia di sebalik pensyariatan-Nya.

Saturday, October 1, 2011

Wisyahul Afrah Wa Isbahul Falah


Wisyahul Afrah Wa Isbahul Falah (Rumi & Jawi)
Penulis: Syeikh Muhammad bin Ismail Daud Al-Pathani
Penerbit: Jabal Maraqy
Harga: RM13.00

Kitab ini menjelaskan:
- Rukun-rukun Iman dan Islam serta beberapa hadis yang menakuti orang yang meninggalkan sembahyang
- Hukum bersuci, istinjak, mengambil wuduk, mandi junub, mandi haid dan nifas serta segala mandi sunat dan hukum tayammum
- Hukum-hukum haid , nifas, istihadah
- Menghilangkan najis
- Syarat-syarat sembahyang, rukun-rukun dan perkara yang membatalkan sembahyang dan sujud sahwi
- Sembahyang sunat dan berjemaah
- Sembahyang qasar, jamak dan jumaat
- Sembahyang hari raya, sembahyang gerhana dan sembahyang minta hujan
- Sembahyang jenazah
- Doa-doa selepas sembahyang
- Wirid-wirid daripada Rasulullah, para sahabat dan orang-orang salih yang terdahulu
- Doa pelihara iman

Tuesday, September 27, 2011

Keharmonian Hidup Bersyariat

Keharmonian Hidup Bersyariat
Penulis: Abu Muaz
Penerbit: Syeikh Publisher
Harga: RM30.00

Thursday, September 22, 2011

Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa

Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Permasalahan Semasa
Penulis: Ustaz Azhar Idrus
Terbitan: PTS
Harga: RM15.00

Anda Bertanya Ustaz Azhar Idrus Menjawab Berkenaan Isu Semasa menjawab persoalan-persoalan semasa yang sering dihadapi oleh umat Islam dan ada juga persoalan rumit yang mencabar pemikiran dan ilmu seseorang bagi menjawabnya. Soalan ini adalah hasil kompilasi persoalan daripada orang awam kepada Ustaz Azhar Idrus. Kini ia dibukukan bagi dikongsikan jawapannya kepada tuan puan.

Sunday, August 28, 2011

Batas-Batas Aurat & Pergaulan

Batas-Batas Aurat & Pergaulan
Penulis: Ustaz Jaafar Salleh
Terbitan: Pustaka Azhar
Harga: RM9.00

“Wahai Asma’, bila seorang wanita telah sampai masa haid (baligh), maka (lelaki ajnabi) tidak boleh melihatnya, kecuali kadar had ini ( Rasulullah SAW mengisyaratkan pada muka dan kedua tapak tangannya)”.

“Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain, demikian juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita lain. Tidak boleh dua lelaki berada (tidur) dalam satu selimut. Demikian juga wanita dilarang berbuat demikian”.

“Sesungguhnya wanita itu aurat”. (Riwayat Al Bazar dan At Tirmizi).