Thursday, September 12, 2013

Dakwah Yang Sempurna Peringatan Yang Utama


Dakwah Yang Sempurna Peringatan Yang Utama (Ad-Da'wah At-Tammah) 
 Penulis: Imam Habib Abdullah Hadad 
Penterjemah: Syed Ahmad Semait 
 Terbitan: Pustaka Nasional 
 Harga: RM52.00 

 Menghuraikan pandangan Islam dalam segala pancaroba hidup dan dikuatkan dengan ayat-ayat Al-Quran dan Hadis Nabi serta pendapat para ulama salihin. Juga sesuai untuk mereka yang berminat dengan polisi pentadbiran Islam.

Magnet Insan - Menjemput Jodoh, Memikat Sahabat


Magnet Insan - Menjemput Jodoh, Memikat Sahabat 
 Penulis: Muhammad Muhyidin 
 Terbitan: Inteam 
 Harga: RM23.00 

 Siapa sesungguhnya jodoh saya? Bagaimana saya boleh menarik perhatian si dia? Atas faktor apa saya menerima dia? Bagaimana supaya saya segera mendapat jodoh? Apakah itu persahabatan sejati? Bagaimana menarik orang untuk bersahabat dengan saya? Prinsip-prinsip dan alasan bersahabat? Banyak lagi persoalan berkenaan jodoh dan persahabatan. Semua persoalan berikut dapat ditemui jawapannya di dalam naskhah kecil ini yang diberi judul Magnet Insan: Menjemput Jodoh & Memikat Sahabat. Semoga menjadi panduan berguna kepada kita semua dalam menjalani kehidupan sosial yang tenang dan gembira, serta menjadi individu yang disenangi ramai orang. Selamat membaca

Tokoh Islam Banyak Berjasa Pada Dunia


Tokoh Islam Banyak Berjasa Pada Dunia 
 Penulis: Imam Ahmad Ibnu Nizar 
 Terbitan: Al-Hidayah 
 Harga: RM28.00

Wednesday, September 11, 2013

Comparative Religion Series - Sheikh Ahmad Deedat


Comparative Religion Series - Sheikh Ahmad Deedat 
Set of 40 DVDs 
Price: RM800

Di Sebalik Ikhwan Muslimin


Di Sebalik Ikhwan Muslimin
 Penulis: Douglas Thompson, Youssef Nada 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM29.90

Agenda Politik Syiah


Agenda Politik Syiah 
 Penulis: Kamaluddin Nurdin Marjuni 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM20.00 

 Sejak zaman berzaman, dendam kumpulan Syiah terhadap Ahli Sunnah wal Jamaah seperti tidak berkesudahan. Bermula daripada dendam terhadap Muawiyah bin Abu Sufian yang dituduh merampas kuasa khalifah daripada Ali bin Abu Talib pada tahun 661 Masihi, kumpulan pro Ali terus menyimpan dendam terhadap Muawiyah dan keturunannya daripada Kerajaan Bani Umayyah sehingga dendam terhadap Ahli Sunnah Waljamaah yang mengiktiraf kepimpinan Abu Bakar, Umar Al-Khattab dan Uthman yang mendahului Ali bin Abu Talib. 

 Buku ini membahas berkenaan kelompok Syiah terbesar yang menjadi tunjang utama dalam politik dunia, Zaidiyah, Itsna Asyariah (Imam 12), dan Ismailiyah Batiniyah dan konflik mereka dengan kelompok Ahli Sunnah Waljamaah yang mempunyai kaedah tersendiri dalam memilih pemimpin.

Sunday, September 1, 2013

Mengintip Alam Ghaib


Mengintip Alam Ghaib 
Penulis: Kesuma Dewi 
 Terbitan: Hijjaz Records Publishing 
 Harga: RM25.90 

 Alam ghaib seperti yang difahami oleh masyarakat umum adalah alam yang tidak dapat dilihat secara kasar oleh mata manusia. Tetapi ia tidak bermakna alam ini tidak wujud. Alam ghaib itu sangat luas, salah satu daripadanya ialah alam Jin. Ada hikmah besar mengapa Allah menghijab pandangan manusia daripada alam ini. 

 Walaubagaimanapun, ada segelintir manusia yang dipilih oleh Allah dan diberi kelebihan melihat dan menerokai alam itu. Mereka orang biasa yang di beri keistimewaan oleh Allah untuk berhubung dan melawan makhluk-makhluk halus yang jahat dan mahu menyesatkan kita. 

 "Berlindunglah dengan Allah dari kejahatan makhluk-makhlukNya dan dari kejahatan diri kita sendiri.."

Kitab Muhimmah


Kitab Muhimmah 
 Penulis: Ustaz Wan Ji b. Wan Hussin 
 Terbitan: Hijjaz Records Publishing 
 Harga: RM16.90 

 Kitab karangan Syeikh 'Abdullah Ibnu 'Abdur rahim Fathani ini menghuraikan peranan suami dan isteri terhadap peranan masing-masing. Ia sering menjadi bahan rujukan para penceramah ketika memberi kuliah dalam bidang perkahwinan. Malah kitab ini juga amat sesuai dijadi sebagai bahan rujukan bagi pasangan yang baru mendirikan rumahtangga bagi mewujudkan persefahaman, toleransi dan keharmonian dalam perkahwinan.

Wednesday, August 14, 2013

Wanita Muslimah Alternatif Terkini


Tawakkal: Wanita Muslimah Alternatif Terkini 
 Penulis: Ustaz Fauwaz Fadzil 
 Terbitan: As-Sohwah 
 Harga: RM10.00 

 Buku ini membincangkan definisi, sejarah, peranan dan garis panduan syariat yang perlu dipatuhi oleh seorang wanita yang mahu bergelar Wanita Muslimah menurut konteks hari ini.

Tawakkal: Kunci Sukses Membuka Pintu Rezeki


Tawakkal: Kunci Sukses Membuka Pintu Rezeki 
 Penulis: Dr Yusuf Al-Qaradhawi 
 Terbitan: Zaituna 
 Harga: RM24.00 

 Buku ini adalah kunci jawapan untuk membuka penjara fikiran anda agar terbebas dari segala ketakutan hidup, sehingga anda mampu mencari rezeki yang halal dan baik dengan benar dan sesuai tuntutan Islam serta mampu meraih kesuksesan dunia akhirat.

Nota Untuk Anakku


Nota Untuk Anakku 
 Penulis: Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri 
 Terbitan: Pustaka Cahaya Kasturi 
 Harga: RM12.00 

 Buku ini sarat dengan nasihat seorang bapa terhadap anaknya dalam menempuh arena pembelajaran. Ia persis kepada buku Ayyuha al-Walad karya Imam al-Ghazali yang menasihati kepada muridnya. Buku ini amat sesuai dimiliki oleh para pelajar bagi meningkatkan mutu pembelajarannya.

Monday, August 12, 2013

Mencontohi Sikap Rasulullah Ketika Disakiti


Mencontohi Sikap Rasulullah Ketika Disakiti 
 Penulis: Yanuar Arifin 
Terbitan: Al-Hidayah 
Harga: RM15.00

Di dalam buku ni diceritakan berbagai perilaku dan layanan kejam dan tidak berperikemanusiaan yang telah dilakukan oleh para penentang Baginda Nabi. Lihatlah betapa indah Islam yang diperlihatkan oleh Nabi S.A.W., bagaimana reaksi Baginda dalam menghadapi situasi begini. Untuk mengetahuinya bacalah buku ini.

Stories of the Prophets in Al-Quran


Stories of the Prophets in Al-Quran 
 Penulis: Dr Tareq Mohammed Al-Suwaidan 
Terbitan: ANSI 
 Harga: RM30.00 

 Dr Tareq Mohammed Al-Suwaidan is the author of thirty best-selling books and a lot of his speeches have been compiled as audio tape albums. His album, 'Qasas al anbiyaa' (Lives of the Prophets) is the highest selling islamic album in the world with well over 3 million copies sold. 

 This is the first ever English book by Dr. Tareq Al-Suwaidan from his most popular audio CD album series "Qisasul-Anbiya", available in printed version and PDF version.

Imam Mahdi Di Ambang Pintu


Imam Mahdi Di Ambang Pintu (2 Jilid) 
Penulis: Muhammad Isa Dawud 
Terbitan: Pustaka Syuhada 
 Harga: RM17.00 setiap jilid 

 Pengarang menganalisis secara teliti terhadap fakta-fakta dengan dalil, baik yang ada dalam hadis-hadis Nabi s.a.w., Mushaf Nabi Musa a.s. dan Nabi Isa a.s. Dengan membaca buku ini, hati kita sangat gembira kerana dalil-dalil dan fakta-fakta yang dikemukakan oleh pengarang cukup meyakinkan kita bahawa Imam Mahdi Insya Allah sudah di ambang pintu untuk memimpin dunia ini dan akan menghancurkan musuh-musuh Islam yang jahat terutama Yahudi dan Amerika.

Sunday, August 11, 2013

Tika Bidadari Berbisik


Tika Bidadari Berbisik 
Penulis: Siti Farrah Shahwir 
Terbitan: Karya Bestari 
 Harga: RM17.00 

 Wanita adalah ciptaan terhebat. Andai di syurga ada bidadari sebagai penyinar maka di dunia ada wanita solehah sebagai perhiasan duniawi. Sehingga ada yang mengatakan andai mereka tidak wujud, sepilah dunia ini. Jika itu hakikatnya, tidak berbanggakah kita dicipta sebagai wanita? Ya… daripada kitalah lahirnya seorang bijaksana dan daripada kita juga wujud seorang Rasul pemimpin dunia! Maka, benarlah sabda Nabi, wanita itu lebih baik daripada bidadari syurga. 

 Fitrahnya… kita sebagai wanita tidak akan sepi dengan cubaan. Semakin menjauh semakin pula ia mendekat. Andai demikian, bangunlah segera. Carilah punca dan berusahalah memurnikannya sebelum ia membakar diri. Ingatlah… wanita hebat ialah apabila seluruh hatinya diserahkan kepada si Pemilik, bukan hanya meratapi takdir yang tertulis. Teruslah menjadi insan terhebat yang dapat menggoncang dunia, menggenggam bara walau diuji bertubi-tubi. 

 TIKA BIDADARI BERBISIK, sebuah naskah yang dipersembahkan sebagai pengukuh keyakinan agar hati tidak mati. Juga buat mereka yang sedang berusaha mempertahankan jati diri sebagai seorang bidadari dunia. Teruskanlah hidup bernafaskan kalimah syahadah walau badai menghempas diri. Sememangnya bukan mudah namun akal yang diberi haruslah bijak dikemudi...

Surat Daripada TUHAN


Surat Daripada TUHAN 
Penulis: Ruhana Zaki 
Terbitan: Karya Bestari 
Harga: RM19.90 

 Mencintai ayat-ayat ILAHI menjadi penyelamat kita daripada fitnah dunia. Lembar-lembar surat-NYA adalah hidayah terbesar buat hati dan penawar duka yang paling mustajab. Pada hari perhitungan nanti, ia akan dipakaikan sebagai mahkota nur di kepala ayah bonda. Surat-NYA juga, andai dibaca akan menjadi syafaat buat kita menuju ke syurga. Kasihilah al-Quran. Hayatilah surat ini umpama menghayati warkah cinta kekasih. Dekatilah ia. Bukalah lembaran yang mulia ini. Bacalah sepenuh hati. Cinta ILAHI adalah nur buat kita… moga tidak tersesat dalam kegelapan lagi. 

 Surat Daripada TUHAN adalah himpunan tip yang boleh diamalkan segenap lapisan usia dalam usaha membina keperibadian yang mulia dan masyarakat sejahtera. Marilah kita berpegang pada akidah yang teguh, mengamalkan Islam secara menyeluruh dan mencintai agama ini sepenuh jiwa raga.

Biografi Gemilang: Ibnu Al-Qayyim


Biografi Gemilang: Ibnu Al-Qayyim 
 Penulis: Bakar bin Abdullah Abu Zaid 
Terbitan: Jasmin 
 Harga: RM29.90

Riwayat hidup, pengaruh dan sumber rujukannya

Thursday, August 8, 2013

Samudera Al-Fatihah (Edisi Baru Lengkap)


Samudera Al-Fatihah (Edisi Baru Lengkap) 
 Penulis: Bey Arifin 
Terbitan: Pustaka Nasional 
 Harga: RM28.00 

 Bagi kaum Muslimin, Surah Al-Fatihah ini sudah sebati dengan kehidupan mereka sejak dari kecil lagi. Anak-anak Muslim mula mengenal Agamanya dengan mempelajari bacaan kerana dapat membacanya dengan hafalan. Apabila anak itu mencapai dewasa, Surah Al-Fatihah itu sudah menjadi semacam darah-daging baginya. Surah Al-Fatihah terus berada dihujung bibir seorang Muslim sejati setiap ia sembahyang, berpuasa, berzakat, berdoa, bermunajat, membuat upacara-upacara Agamanya. Oleh itu patutlah Surah Al-Fatihah ini diletakkan pada tempatnya yang paling tinggi, sesuai dengan kemuliaannya. 

 KANDUNGAN 
Keistimewaan Surah Al-Fatihah 
Nama-Nama Surah Al-Fatihah 
Tafsir Ta'awwudz 
Tafsir Basmalah 
Tafsir Hamdalah 
Tafsir Ar-Rahman Ar-Rahim 
Tafsir Maaliki Yaumiddin 
Tafsir Iyyaka Na'budu Wa Iyyaka Nasta'iin 
Tafsir Ihdinash-Shiraathal-Mustaqiim 
Tafsir Shirathal-Ladziina An'amta 'Alaihim 
Tafsir Ghairil-Maghdhuubi 'Alaihim Wa Ladh-Dhaalliin 
Amin

Wednesday, August 7, 2013

Umar Mukhtar: Singa Padang Pasir


Umar Mukhtar: Singa Padang Pasir 
 Penulis: Isham Abdul Fattah 
Terbitan: Pustaka Al-Kautsar 
 Harga: RM19.90 

Singa Padang Pasir (Lion of the Desert). Begitulah orang-orang menjuluki ulama mujahid Syeikh Umar Mukhtar. Sejak kanak-kanak ia dididik untuk mencintai Al-Qur’an. Sejak remaja keperibadiannya terjaga dengan kemuliaan. Ia sosok mujahid yang tak pernah lepas bermunajat di sepertiga malam. Ia seorang pejuang yang tangannya selalu menggenggam Al-Qur’an. Dari Kitab Suci inilah keberaniannya melawan musuh-musuh Islam muncul dan terus terasah.

Sayyid Qutb - A Study of His Tafsir


Sayyid Qutb - A Study of His Tafsir 
Author: Badmas 'Lanre Yusuf 
Publisher: IBT 
Price: RM45.00 

 On August 29, 1966, Sayyid Qutb was sent to the gallows by the Nasser regime of Egypt. The specific charge against him was based on his now-celebrated book, Milestones, which denounces the existing order in Muslim societies. His other works have been translated into virtually every language that Muslims read. But it was his multi-volume tafsir (exegesis) of the Qur'an, Fi Zilal al-Qur'an (In the Shade of the Qur'an), to which he owes his fame. This work seeks to introduce both Sayyid Qutb and his tafsir, capturing his intellectual and spiritual background, and his methodology of explaining various theological, social, economic and political issues in the Qur'an.

Ensiklopedia Imam Al-Syafie (2 Jilid)


Ensiklopedia Imam Al-Syafie (2 Jilid) 
Penulis: Dr. Akram Yusuf Umar Al-Qawasimi 
 Terbitan: Al-Hidayah 
 Harga: RM60.00 setiap jilid 

 Buku ini mengumpulkon ensiklopedia lengkap kehidupan Imam al-Syafie yang merangkumi seluroh hidup dan perkembangannya, keilmuan beliau yang merangkumi disiplin ilmu yong dikuasai dan metodologi yang digunakan, karya ilmiah peninggalan beliau, sejarah perkembangan mazhab Syafie, dan istilah mazhab Syafie serta penggunaannya dalam karya ilmu Fiqh dan Usul. Ensiklopedia ini perlu dibaca dan dimiliki oleh para pembaca supaya kita semua dapat mencontohi semangat dan usaha bersungguh-sungguh seorang tokoh yang hebot ini dalam menuntut dan mengembangkan ilmu pengetahuan, terutamanya yang berkaitan dengan Ilmu Fiqh dan Usul al-Fiqh secara keseluruhannya.

Tuesday, August 6, 2013

Bicara Ini Demi Ilahi


Bicara Ini Demi Ilahi 
 Penulis: Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat 
Terbitan: Karya Bestari 
 Harga: RM19.90 

 ALLAH Maha Benar. 
Firman-NYA benar dan janji-NYA juga benar. 
Cuma ada kala, sebagai hamba kita terlupa merenungi kalam-NYA, al-Quran. 
Ya, di situlah kita mengenali diri, di situ jugalah kita kenal siapa DIA... 

 Seorang Muslim, langkahnya adalah perjuangan. 
Fikirannya adalah tajam. 
Bicaranya adalah kebaikan. 
Ya, bicara yang penuh berhemah. 
Namun, ada yang kurang mengerti. 
Teguran disangka bisa. 
Nasihat dikatakan tiada gunanya. 

 Maka biarkanlah diri ini berbicara hanya demi DIA, Maha Pencipta. 
Moga BICARA INI DEMI ILAHI mampu menjentik rasa 
untuk kita membimbing diri, menjadi Mukmin sejati. 
Mudah-mudahan hidup di dunia diberkati, 
di akhirat pula Jannah menanti. Insya-ALLAH.

Biografi Gemilang: Syeikh Albani


Biografi Gemilang: Syeikh Albani 
 Penulis: Abdullah bin Aqil 
Terbitan: Jasmin 
 Harga: RM29.90 

 Cita-cita, ketekadan, akhlak keperibadian mulia, perjalanan ilmiah dan Syeikh Albani dalam kenangan.

Syeikh Muhammad Al-Ghazali berkata, "Syeikh Albani adalah ulama yang memiliki keteguhan dalam bidang sunnah yang memang layak mendapatkan haknya."

Tutur Penerang Hati (Ibnu 'Athaillah)


Tutur Penerang Hati 
 Penulis: Ibnu 'Athaillah Al-Sakandari 
Terbitan: Zaman 
Harga: RM24.00 

 Manusia begitu rajin memikirkan sesama, harta, jabatan, serta urusan keduniaan lainnya, tetapi demikian pelit untuk meluangkan waktu guna mengingat Pencipta mereka. Dengan menunjukkan ironi seperti itu, Ibnu 'Athaillah mengajak pembaca untuk merenungkan tanggungjawab manusia selaku makhluk dan khalifah Sang Khalik. Kesopanan di hadapan Allah menjadi ciri penting dan khas dalam mazhab ‘Athai - sebutan lain ajaran tasawuf Ibnu 'Athaillah  Merasa tidak perlu kepada Allah adalah sikap yang tidak sopan. 

Buku ini hendak meneguhkan kembali keperluan asasi manusia terhadap Tuhan. Inilah pendekatan yang lain dari yang lain terhadap pengembangan kepribadian seorang hamba, terhadap pencapaian puncak kesalehan dan kedekatan dengan Allah. Nasihat demi nasihat dalam buku ini dibuat singkat sehingga pembaca tak perlu mengerutkan kening untuk memahaminya, cukup membuka mata batin untuk menyerap petunjuk darinya.

Fathu Rabbani - Wasiat dan Nasihat Kerohanian

Fathu Rabbani - Wasiat dan Nasihat Kerohanian 
Penulis: Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani 
Terbitan: Al-Hidayah 
Harga: RM40.00 

Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani, atau nama beliau yang sebenar ialah Muhyiddin Abu Muhammad Abdul Qadir - merupakan keturunan Rasulullah saw, melalui puteri baginda Siti Fatimah Az-Zahra. Silsilah keturunan beliau ialah Abu Muhammad Qadir bin Abi Salih Musa bin Abdillah Al-Jiliy bin Yahya Az-Zahid bin Muhammad bin Daud bin Musa bin Adullah Al-Mahdhi bin Hasan Al-Mutsanna bin Hasan bin Ali bin Abi Thalib. Beliau adalah seorang ahli tasawwuf yang tidak asing lagi di dunia Islam, tulisan dan buah fikiran beliau berkenaan Ketuhanan dan tasawwuf mendapat perhatian cendekiawan Timur mahupun Barat. 

Buku ini mengandungi beberapa pengajaran, fatwa, wasiat dan nasihat beliau berkenaan dengan sikap kerohanian, khususnya kepada murid-murid beliau dan umumnya kepada kaum muslimin seluruhnya. Fatwa dan nasihat yang disampaikan lebih kurang 900 tahun yang lalu ini dibahagikan kepada 63 bab (serta mengandungi lebih-kurang 850 mukasurat). Isi kandungan buku ini adalah berpandukan majlis ilmu serta dzikir, dari As-Sayyid Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Al-Jailani yang telah dicatat oleh murid-murid beliau. Semoga kalian beroleh manfaat dari perkongsian ilmu ini.