Friday, May 31, 2013

Ratib Al-Haddad: Al-Imam Abdullah Al-Haddad


Ratib Al-Haddad: Al-Imam Abdullah Al-Haddad 
Susunan: Muhadir Bin Haji Joll 
 Terbitan: Mawleed Publishing 
 Harga: RM23.00 

 Ratib Al-Haddad adalah antara amalan Ratib yang sangat terkenal dan telah diamalkan di seluruh dunia sejak dahulu lagi. Ia telah menjadi amalan para Auliya', ulama' dan orang yang ingin mendekatkan diri kepada Allah. Wirid atau Ratib ini disusun berdasarkan ayat-ayat al-Quran, doa, selawat dan istighfar yang dipetik daripada al-Quran dan hadis Rasulullah S.A.W. serta amalan para Salafus Soleh.

ALLAH Tidak Pernah Jauh


ALLAH Tidak Pernah Jauh 
 Penulis: Suhana Amiril 
 Terbitan: Karya Bestari
 Harga: RM19.90 

 Buku ini lebih kepada mengajak kita untuk bermuhasabah atas setiap apa yang berlaku. Apabila berhadapan dengan sesuatu yang DIA hadirkan sebagai ujian, kadangkala kita menjadi lemah tidak berdaya lalu terasa tiada harapan lagi. Padahal sebenarnya, DIA tidak hadirkan sesuatu itu dengan sia-sia. 

 ALLAH Tidak Pernah Jauh ini mengajak kita merenung diri dan menyeru kepada kebaikan dalam mengharungi kehidupan. Harapannya agar kita tidak mudah terjatuh apabila DIA datangkan ujian. Agar kita lebih redha dan teguh dalam keyakinan terhadap-NYA apabila jiwa terusik dengan lambaian jahiliah akhir zaman. 

 Naskhah ini menyentuh mengenai kehidupan kita dari pelbagai sudut yang penuh dengan kembara, mehna dan tribulasi. Gaya bahasanya yang santai sesuai sebagai bahan bacaan oleh semua lapisan masyarakat khususnya golongan remaja yang masih berusaha mencantas ranting-ranting kehidupan yang adakalanya sukar difahami.

Thursday, May 30, 2013

Catatan Motivasi Seorang Santri


Catatan Motivasi Seorang Santri 
 Penulis: Habiburrahman El Shirazy 
 Terbitan: Penerbit Santri 
 Harga: RM45.00 

 Buku ini berisi 3 cerpen pilihan terbaik dari karya awal Kang Abik dan puluhan tulisan motivasi bagi kita semua untuk terus dan terus berkarya

Wednesday, May 29, 2013

Ghayyir Nafsaka: Perubahan Diri


Ghayyir Nafsaka: Perubahan Diri 
 Penulis: Amru Khalid 
 Terbitan: Blue-T 
 Harga: RM40.00 

 Buku ini bukan satu analisis politik yang mengagumkan atau tulisan rencana kewartawanan yang bersifat penyiasatan tetapi buku ini adalah tulisan atau bahan yang terbit dari hati yang dinukilkan melalui akal dan disampaikan dengan tulus ikhlas kepada para pembaca yang mempunyai jiwa-jiwa dan keyakinan terhadap Islam

Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin Di Segitiga Bermuda


Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin Di Segitiga Bermuda 
Penulis: Muhammad Isa Dawud 
Terbitan: Pustaka Syuhada 
Harga: RM22.00

Buku ini mengungkapkan pelbagai rahsia tersembunyi dan fenomena membingungkan sekitar jati-diri dan sepak terjang, makhluk bermata satu dan penyebar fitnah yang kemunculannya di akhir zaman telah diramalkan jauh hari sebelumnya oleh nabi kita. Inilah buku pertama yang menelaah perihal dajjal, yang masih amat jarang dibahas orang.

Kaedah Merawat Santau


Kaedah Merawat Santau 
 Penulis: Dato’ Dr. Haron Din, Mokhtar Kassan 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM17.00 

 Santau adalah amalan sihir yang sering menghantui masyarakat khususnya di Malaysia. Walaupun teknologi berubah dan semakin canggih, gejala santau masih berleluasa. Masyarakat pula menjadi keliruapabila mahu mendapatkan penyembuhan, antara berjumpa dengan bomoh, ataupun pengamal perubatan alternatif yang mengikut landasan syariat. 

 Saban tahun, semakin ramai pesakit datang bertamu, dan seiring dengan itu juga, semakin bertambah pengamal perubatan yang diiktiraf. Buku ini terhasil berdasarkan ilmu dan amalan para penulis dalam merawat penyakit-penyakit yang disebabkan santau, sejak tahun 1980-an. Darussyifa' sendiri terkenal sebagai antara pelopor perubatan alternatif di Malaysia. 

 Buku Kaedah Merawat Santau ini adalah ikhtiar yang dilakukan demi membantu pesakit bagi menghadapinya. Sesungguhnya Allah s.w.t. juga menyembuhkan setiap penyakit para hamba-Nya, seperti ucapan Nabi Ibrahim a.s. dalam surah As-Syu'arak ayat 80 yang bermaksud, "Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku."

Kala Cinta & Wahyu Bersatu


Kala Cinta & Wahyu Bersatu 
Penulis: A. Ubaidillah Alias 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM20.00 

 Mesir bukan noktah akhir pertemuan Amir Mukhlis dan Balqis. Amir Mukhlis pulang ke Malaysia bertarung antara hidup dan mati sedangkan Balqis menyangka lelaki itu sudah pergi menemui Ilahi. Jalan hidup Balqis diwarnai dengan kehadiran Izzudin yang kembali mengharapkan cinta. Amir Mukhlis bertemu Tasnim yang teguh membawa legasi cinta Wardah. Manakala Amelia terus mendambakan kasih Amir Mukhlis. Balqis, mungkinkah cintanya yang terkunci dalam makhfi akan terbuka? Amelia, bisakah rindunya yang mendudu itu berlagu? Tasnim, mampukah dia memerdekakan cinta dan wahyu agar menjelma jawapan untuk segalanya.

Tuesday, May 28, 2013

Syekh Siti Jenar


Syekh Siti Jenar 
 Penulis: Rahmat Abdullah 
 Terbitan: Aqwam 
 Harga: RM40.00 

Pemutarbalikan Sejarah, Perjalanan Hidup & Ajarannya

Syekh Siti Jenar adalah sosok yang misterius sekaligus kontroversial. Betapa tidak, eksis atau tidaknya di panggung sejarah masih menjadi perdebatan para pakar. Apalagi terkait statusnya yang dilabelkan kepadanya sebagai tokoh pencetus ajaran Manunggaling Kawulo Gusti di tanah jawa. Meskipun juga diragukan apakah Syekh Siti Jenar yang menyebarkannya, yang jelas ajaran itu sendiri telah berkembang dan banyak dianut hingga sekarang. 

 Nama Syekh Siti Jenar memang terdokumentasi di dalam sejumlah literatur kuno, seperti naskah babad, kropak atau serat. Namun, validitasnya sebagai sumber sejarah dipertanyakan. Karena mesti dipilah-pilah mana yang merupakan fakta riil dan mana yang hanya mitos. Bahkan, berdasarkan hasil risetnya, penulis buku ini telah menyimpulkan adanya distorsi sejarah dan ajaran Syekh Siti Jenar. 

 Buku ini mencoba untuk menguaknya apakah Syekh Siti Jenar itu ada atau tidak dan sejauh mana kesesatan ajarannya. Keseriusan penulis untuk melakukan studi literatur dan turun ke lapangan pun membuahkan kedalaman analisis. Bukan hanya sebatas deskripsi historis, penulis juga menyajikan kajian yang bersifat normatif-syar'i terkait ajaran yang disandarkan kepada Syekh Siti Jenar. Keberanian penulis untuk mengkritis sosok sekaliber Prof. Dr. Munir Mulkhan, sekaligus menjadikan buku ini sebagai bantahan 'resmi' layaka mendapatkan apresiasi tersendiri.

Monday, May 27, 2013

Di sebalik Sebuah Organisasi MOSSAD


Di sebalik Sebuah Organisasi MOSSAD 
Penulis: Shahriman Wahab 
 Terbitan: Hijjaz Records Publishing 
 Harga: RM35.90 

 Bagi peminat tegar kisah-kisah misteri dan konspirasi peringkat tertinggi, mungkin penglibatan Mossad dalam pelbagai isu global di banyak negara, bukan sesuatu yang menghairankan. Tetapi sebenarnya, masih ramai yang 'tidak mengambil tahu', 'tidak mahu ambil tahu', malah berpendapat 'tidak perlu tahu'. Sedangkan ini adalah sebahagian daripada persediaan kita dalam menghadapi musuh-musuh Islam yang sangat tegar ini. Mengenali musuh adalah antara senjata paling ampuh untuk melawan mereka. 

 MOSSAD bukan suatu kisah fiksyen yang direka bagi mengaut sebarang keuntungan komersial. Tetapi ia adalah sebuah organisasi musuh yang mempunyai reputasi cemerlang dalam perancangan mereka bagi menghancurkan Islam.

Membongkar Misteri Di Sebalik The Arrivals


Membongkar Misteri Di Sebalik The Arrivals 
Penulis: Muhammad Nurani Maarif 
 Terbitan: Hijjaz Records Publishing 
 Harga: RM35.90 

 Ramai yang ingin tahu siapa sebenarnya yang berada di belakang tabir misteri dan konspirasi dunia? Ramai juga yang ingin tahu apa yang akan terjadi selepas ini? Seseorang perlu menulis semua ini; mengkhabarkan kepada dunia khususnya umat Islam tentang apa yang sedang berlaku. Selepas Membongkar Misteri Dajjal dan mendedahkan Konspirasi Galaktik: Di Sebalik Ramalan Kehancuran Dunia, beliau kembali menulis merungkai persoalan yang lebih berat - Di sebalik The Arrivals. 

 Beliau mengerah segala keringat, idea, mengolah segala ilham, mengupas isu baru secara tuntas, membongkar persoalan serta elemen konspirasi dan mistikal yang selama ini terbenam di lubuk hati kita. Ia adalah inisiatif bagi menjernihkan segala kekeliruan, meredakan segala kebimbingan dan mencetuskan keterujaan bahawa Dunia Baru sudah tiba; peralihan zaman sudah berada di ambang pintu. Apakah ia akan benar-benar berlaku? 

Buku ini ditulis dengan gaya bahasa mudah dan santai. Penulisnya membahaskan isu berat secara bersahaja. Beliau berusaha menghimpun semua fakta penting mengenai misteri dan konspirasi dunia di bawah tajuk dan subjek menarik yang sering dibicarakan bermula daripada Dajjal - Samiri, Haikal Sulaiman, Knights Templer, Freemasonry, 2012, Imam Mahdi, Perang Dunia, Armageddon, Dunia Baru dan sebagainya. The Arrival adalah sebuah dokumentari mini yang dimuatnaik ke YouTube dan hangat diperkatakan di seluruh dunia sebagai latarnya. Meniti di atas dokumentari ini, beliau memberi pandangan dan kupasan dari sudut pandang agama. 

 Penulis mengulas dengan petunjuk garis masa yang disusun oleh Amin Jamaluddin, seorang penulis fitnah akhir zaman kontemporari yang paling autentik pernah ditemuinya. Selamat datang ke alam bicara mengenai Penyelamat Dunia - Di Sebalik The Arrival.

Friday, May 24, 2013

Inspirasi Hudhud 1


Inspirasi Hudhud 1 
Penulis: Dr. Shukri Abdullah (Pakar Motivasi dan Strategi Belajar) 
 Terbitan: Galeri Ilmu 
 Harga: RM20.00 

 Inpirasi Hudhud 1 memaparkan 101 kisah motivasi yang ringkas, padat dan sarat dengan pengajaran. Setiap kisah yang dimuatkan mampu meninggalkan impak yang besar kepada pembaca. Buku ini merupakan santapan rohani yang amat sesuai dijadikan bacaan santai di rumah atau di mana sahaja. Ya, luangkan hanya LIMA MINIT untuk menghadam setiap satu kisah!

Sahaja Aku Mencintai-Mu


Sahaja Aku Mencintai-Mu 
Penulis: Ajwad Amal 
 Terbitan: Galeri Ilmu 
 Harga: RM30.00 

 Buku ini adalah sebuah karya yang sarat dengan cerita-cerita menarik bagi mendekatkan diri kita kepada Allah SWT. Semua kisah dan pengajaran itu berkisar pada perjalanan hidup yang ditempuh oleh penulis. Semestinya ia akan menambah kecintaan kita kepada Allah, meningkatkan keyakinan diri untuk menjadi insan yang baik dan menambah kerinduan kita untuk mengejar syurga-Nya!

INGIN KU BALAS CINTAMU YA RASULALLAH


INGIN KU BALAS CINTAMU YA RASULALLAH 
Penulis: Ustaz Muhadir Haji Joll 
 Terbitan: Galeri Ilmu 
 Harga: RM30.00 

 Menjelaskan makna, hukum dan kelebihan mencintai Nabi. Memberikan gambaran kecintaan yang ditunjukkan oleh para Sahabat, tabi;in dan makhluk selain manusia. Memaparkan kesan cinta kepada Nabi SAW dalam kehidupan. Diakhiri dengan bingkisan mengenai kawafatan Nabi SAW yang demikian mendalam cintanya kepada umat. disertakan dua jenis selawat yang menjadi amalan Imam Syafi'i dan amalan untuk bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW.

Anekdot Madinah: Benar Dia Maha Mendengar


Anekdot Madinah: Benar Dia Maha Mendengar 
Penulis: Muhd Kamil Ibrahim 
 Terbitan: Galeri Ilmu 
 Harga: RM45.00 

 Buku ini adalah karya kedua Prof Muhd Kamil Ibrahim (MKI) bersama Galeri Ilmu Sdn Bhd. Tampil dengan gaya bahasa yang mudah, namun pengisiannya amat mendalam. Bertugas di Universiti Taibah sebagai Profesor Perakaunan, dan bermukim di bumi Madinah, Prof Kamil bijak mengadun latar Madinah dalam sisi hidupnya sebagai hamba Allah. Seperti biasa, MKI menulis dari hati, maka setiap kisah yang dipaparkan pasti akan jatuh ke hati pembaca. Bumi Madinah sememangnya tidak asing bagi umat Islam, namun MKI memerikannya dari sudut yang berbeza dan wajar direnungi bersama!

Seraut Kata Selaut Rasa


Seraut Kata Selaut Rasa 
Penulis: Pahrol Mohamad Juoi 
 Terbitan: Galeri Ilmu 
 Harga: RM16.00 

 Untaian kata-kata ada kalanya sangat mengugah jiwa. Jika tepat masa dan maknanya, ia adalah penawar yang sangat mujarab untuk hati yang lelah. Hati yang mengamuk terpujuk menjadi sejuk. Seraut Kata Selaut Rasa...satu tulisan kecil daripada penulis yang bercita-cita besar untuk membawa diri sendiri dan masyarakat agar lebih hampir kepada Allah - sumber segala ketenangan kebahagiaan dan kejayaan. 

 Pahrol Mohamad Juoi seorang penulis, kolumnis majalah, editor, pencipta lirik, penulis skrip, personaliti TV serta pengendali latihan dan motivasi. Berpengalaman sebagai wartwan, editor dan ketua editor beberapa majalah bercorak Islam. Kini menerajui Fitrah Perkasa Sdn Bhd di samping terlibat merangka modul latihan dan motivasi untuk lebih 150 badan kerajaan dan swasta.

Erti Hidup Pada Memberi


Erti Hidup Pada Memberi 
Penulis: Hasrizal Abdul Jamil 
 Terbitan: Galeri Ilmu 
 Harga: RM15.00 

 Erti Hidup Pada Memberi.. himpunan ungkapan inspirasi terpilih daripada buku Edisi Istimewa Aku Terima Nikahnya. Menghubungkan serangkaian cinta yang sebenar-benar CINTA iaitu cinta kepada Ilahi. 

 "Sebuah perkahwinan bermula dengan ikatan janji setia yang terbina di atas beberapa teras. Antara yang utamanya adalah soal KEPERCAYAAN." Untaian kata-kata pengubat jiwa. Bait-bait yang dituis memberi seribu pengertian tentang kehidupan. Elemen nasihat dalam kata-kata indah memberi ingatan berlapis tanda luhur budi dalam berbicara. Sarat dengan ingatan cinta suami dan isteri serta cinta Allah dan Rasul. Semua digarap dalam rangkap kata menggamit kalbu.

Aroma Antara Benua


Aroma Antara Benua 
Penulis: Roza Roslan 
Terbitan: Galeri Ilmu 
 Harga: RM48.00 

 Buku ini bercerita tentang hati. Ia mempunyai makna mendalam. Menyediakan makanan untuk keluarga, tetamu atau sahabat handai bermula dari hati bersih. Ia bukan dengan kata semata-mata. Hati yang bersih menjadikan dapur sebagai ruang yang tidak bermasalah. – Prof. Dr. Abdul Khalil H. P. Shawkataly 

 Berasal dari Segamat, Johor, Roza Roslan atau nama sebenarnya Raudzah binti Roslan merupakan bekas pensyarah di UiTM. Kini berhijrah ke Madinah al-Munawwarah mengikut suami, Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim, penulis buku best-seller yang sekarang memikul tugas di Universiti Taibah Madinah. 

 Aroma Antara Benua, adalah kesinambungan daripada buku Bukan Sekadar Resipi yang terbit pada tahun 2012. Karya terbaharu beliau Aroma Antara Benua ini sentiasa dinanti-nanti oleh para pembaca dan peminat beliau. Sentuhan feminin Roza Roslan dalam setiap karyanya mempunyai kekuatan tersendiri. Pada setiap ceritanya ada pengajaran yang wajar direnungkan bersama.

Thursday, May 23, 2013

Semua Ada Saatnya


Semua Ada Saatnya 
Penulis: Syaikh Mahmud Al-Mishri 
 Terbitan: Pustaka Al-Kautsar 
 Harga: RM46.00 

 Hidup itu tidak selamanya serius. Hidup ada saat-saat senggang, walau hanya sebentar. Tujuannya agar hidup selalu bergairah, termotivasi dan tidak bosan memulai hari-hari panjang yang monoton. Itulah sebabnya ayat-ayat dalam Al-Quran pun tidak semuanya berisi perintah atau larangan semata, tetapi juga ada selingan-selingan cerita ringan untuk menjadi pelajaran. Bahkan surat Yusuf itu turun berawal dari permintaan sebagian sahabat yang merasa lelah dengan beban-beban syariat. Lalu, Allah menurunkan cerita Yusuf secara panjang lebar. 

 Karena memang begitu, tabiat manusia cenderung ingin santai. Agamapun tidak melarang seorang untuk menghadirkan suasana santai dalam aktivitas beratnya. Yang salah adalah ketika waktu serius dipakai bercanda dan waktu bercanda dipakai serius. 

 Buku “Semua Ada Saatnya” ini mengajak pembaca untuk lebih menikmati hidup dengan membaca kisah-kisah menarik dan santai yang sangat menginspirasi dan memberi semangat. Tentu agar stamina spiritual Anda selalu terjaga. Tak pelak buku ini layak Anda baca untuk menemani waktu santai Anda.

Wednesday, May 22, 2013

Hiduplah Bersama Orang-orang Jujur


Hiduplah Bersama Orang-orang Jujur 
Penulis: Mahmud Al-Mishri 
 Terbitan: Pustaka Arafah 
 Harga: RM35.00 

 Kedudukan seseorang yang berlaku jujur adalah kedudukan kaum yang paling agung. Dari sikap ini lah, semua kedudukan para ahli ibadah dan jalan yang paling lurus akan terwujud. Barangsiapa tidak menempuhnya, dia termasuk dari golongan yang terputus dan binasa. Kejujuran merupakan pemisah antara orang-orang munafik dari orang-orang beriman, penghuni surga dari penghuni neraka. Kejujuran adalah pedang Allah di bumi-Nya yang dapat menebas kejahatan serta menghinakan dan mengalahkan kebatilan. 

Inilah buku yang akan menyibak dengan jelas makna dan hakikat kejujuran. Dimana dan kapan kita harus menerapkannya. Dalam buku ini juga dimuat kiat-kiat menjadi orang yang jujur dan tentunya juga buah kejujuran itu sendiri. Serasa terasing dari peradaban jika seseorang mencoba untuk jujur karena pekatnya debu-debu maksiat di masyarakat. Tapi yakinlah, bahwa Allah akan tetap akan memperhatikan dan menyayangi orang-orang jujur. Maka jadilah orang jujur, dan Anda tidak akan pernah rugi karenanya!

Tuesday, May 21, 2013

Tausug & Kesultanan Sulu


Tausug & Kesultanan Sulu 
Penulis: Asree Sug 
 Terbitan: Saba Islamic Media 
 Harga: RM38.00

Buku ini membedah sejarah kepulauan Sulu yang dihuni oleh suku-suku bangsa Sug (Tausug) terdapat dalam cacatan sejarah.Mereka ini disebut sebagai bangsa yang tidak mengenal kekalahan dan kemusnahan disebabkan keberanian mereka. Malah dalam kamus bahasa Tausug itu sendiri tidak ditemui perkataan "serah diri". Ahli sejarah rata-rata mengenal Tausug sebagai bangsa tidak terkalah sebagaimana yang disebut dalam buku "Never Subdued" oleh Franklin Hook. Tausug telah beperang dengan Sepanyol selama 377 tahun tanpa kekalahan, berperang dengan Jepun dan kemudian memerangi Filipina selepas Perang Dunia ke-II selama 40 tahun sehingga hari ini mereka masih kekal melawan.

 Ini adalah satu-satunya bangsa Nusantara yang paling keras melawan dan degil mempertahankan Iman dan Islam yang telah mereka anuti dari tujahan kristianisasi penjajah. Mereka berjaya mempertahankan wilayah kepulauan Sulu itu kekal 99% beragama Islam sehingga hari ini. Tausug terkenal sebagai bangsa pembela sehingga digelar sebagai bangsa JURAMENTADO (penyerang berani mati) oleh Sepanyol. Siapa sebenarnya Tausug yang digelar orang Suluk @ Solok oleh orang-orang Melayu ini? Di samping memberi sejarah buku ini turut menjawap persoalan berkaitan Kesultanan Sulu serta isu Pajakan Borneo Utara (Sabah).

Sunnah vs. Bid’ah: Penyelesaian Konflik Menurut Al-Qaradhawi


Sunnah vs. Bid’ah: Penyelesaian Konflik Menurut Al-Qaradhawi 
Penulis: Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM10.00 

 Sebahagian daripada ulama berpandangan, setiap perkara baru adalah bid'ah sehinggakan membid'ahkan semua perkara yang tidak ada dalam sunnah. Sebahagian lagi daripada mereka berpandangan bid'ah hanya urusan duniawi semata-mata sehingga apa sahaja amalan yang tidak ada dalam sunnah, boleh diamalkan. Perselisihan ini adakalanya menyebabkan mereka bercakaran antara satu dengan yang lain meskipun dalam topik yang bukan pokok. 

 Syeikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menjawab perselisihan ini di bawah topik berikut: 
 -Definisi sunnah dan bid'ah menurut perspekstif al-Quran dan sunnah. 
-Ruang lingkup permasalahan bid'ah. 
 -Adakah perkara baru hanya dalam urusan dunia sahaja? 
 -Benarkah bid'ah itu bermaksud berlebih-lebihan dalam ibadah? 
 -Mengapa Islam tegas dalam isu bid'ah? 
 -Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi menjawab penyelewengan artikel, "Ingkar terhadap Bid'ah, Benci kepada Perkara Baru: Adakah ini Pendirian Islam ataupun Jahiliyah?"

50 Misteri Menggemparkan Dunia


50 Misteri Menggemparkan Dunia 
Penulis: Adrie Noor Al-Fatia, Abi Naufal, Andriansyah 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM45.00 

 Dunia ini penuh misteri? Ya. Dunia ini penuh dengan misteri. Fenomena-fenomena alam, tapak, fosil, artifak, dan manuskrip kuno dapat membuatkan kita kagum dan mengundang perasaan tidak keruan. Kita pasti tertanya-tanya, mengapa, dan bagaimana fenomena-fenomena ini berlaku. Apa sebenarnya dalam fikiran masyarakat, para cendekiawan, dan aristokrat pada masa itu. Segala peninggalan mereka seolah-olah meninggalkan pesanan dan jejak misteri kepada generasi berikutnya supaya dikaji dan dirungkai. 

Berpandukan buku ini, penulis berkongsi pemikiran dan menambah sedikit sebanyak ilmu daripada beberapa sumber sudut pandang yang cukup berwibawa dan dapat dipertanggungjawabkan secara keilmuannya. Selain daripada itu, buku ini juga dapat menjadi bahan penambahan sudut pandang yang penulis ketahui dan fahami. 

 Buku 50 Misteri Menggemparkan Dunia ini turut dihidangkan dengan filem-filem, foto, dan gambar berwarna yang menakjubkan. Bagi memudahkan pembacaan, buku ini dibahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu: 

 Bahagian 1: Fenomena alam yang penuh misteri. 
Bahagian 2: Tapak, artifak, dan fosil penuh misteri. 
 Bahagian 3: Kejadian luar biasa dalam kita suci dan bukti ilmiah kebenaran Al-Quran.

Tuhan, Aku Kembali


Tuhan, Aku Kembali 
Penulis: Sham Kamikaze, Ainuddin Kamaruddin 
Terbitan: PTS 
 Harga: RM15.00 

 Fitrah manusia, mereka akan sentiasa mahu kembali kepada Tuhan. 

 Inilah kisah penuh inspirasi, penghijrahan Sham Kamikaze, yang kembali menemui fitrahnya. Persoalan bila, bagaimana, dan mengapa penghijrahan itu berlaku, diceritakan kisah demi kisah. Sehingga akhirnya, beliau hidup sejahtera dalam dunia dakwah. 

 Kisah-kisah yang boleh dijadikan sebagai titik mula, kepada sebuah penghijrahan.

Monday, May 20, 2013

Istimewa Untuk Permata Hati


Istimewa Untuk Permata Hati 
Penulis: Nik Salida Suhaila Nik Salleh & Mohd Hariri Haji Mohamad Daud 
Terbitan: Dunia Iman Enterprise 
 Harga: RM18.00 

 Buku ini memberi fokus dan memudahkan masyarakat Islam memperoleh panduan ringkas, jelas dan tepat. Kandungannya dicoretkan dengan tertib dan berbentuk panduan mudah tetapi masih mengekalkan nas Al-Quran dan Hadith sebagai sumber. Panduan ini diharap meandu ibu bapa terutamanya ibu bapa moden yang bekerja di dunia modenisasi dapat melaksanakan tanggunjawab mereka membina keluarga Islam dalam rumah tangga.

Sunday, May 19, 2013

Aku Bersyukur Anakku Autisme


Aku Bersyukur Anakku Autisme 
Penulis: Dr Wan Nasyrudin & Hisham Ahmad 
 Terbitan: Telaga Biru 
 Harga: RM17.00 

 Bagi mereka yang mempunyai anak, adik-beradik, saudara-mara, sahabat atau anak murid yang menghidap autisme, maka memiliki ilmu dan kefahaman yang baik tentangnya adalah suatu yang penting dan perlu. Terdapat banyak kaedah yang ditunjukkan oleh Nabi SAW dalam melayani dan mendidik kanak-kanak autisme yang perlu dijadikan satu modul pendidikan komprehensif. Semua kaedah pendidikan semasa yang diamalkan sekarang berkaitan kanak-kanak autisme, mempunyai asas rujukan dalam al-Quran dan as-Sunnah atau tidak menyalahi kedua-duanya, kecuali mungkin pada sebahagian kecil dan sedikit yang memerlukan penelitian dan semakan.