Sunday, July 31, 2011

Panduan Pemakanan Sihat

Panduan Pemakanan Sihat
Penulis: Nor Hairul Palal, Rahimawati Abdul Rahim, Nor Hashina Bahrudin
Terbitan: PTS
Harga: RM19.00

Makanan adalah pepejal dan cecair yang membekalkan tenaga kepada tubuh, dan mengandungi unsur-unsur nutrien serta mempunyai ciri-ciri dari segi rupabentuk, warna, tekstur, rasa dan bau.

Keperluan makanan bagi manusia penting dalam memastikan mereka mendapat nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan. Melalui makanan berkualiti dan berkhasiat, mampu memberikan keperluan tenaga bagi menjalankan aktiviti harian.

Kesan kepada kesihatan dalam pengambilan sesuatu kumpulan makanan secara kurang atau berlebihan turut dikupas secara terperinci. Ia penting bagi merancang pemakanan yang seimbang.

Panduan Pemakanan Sihat membantu dalam menerangkan amalan pemakanan yang sihat. Pemakanan yang betul dan teratur akan mempengaruhi gaya hidup, kerjaya dan kesihatan kita.

1 comment: