Tuesday, October 11, 2011

Peribadi Muslim

Peribadi Muslim
Penulis: Mahmood Zuhdi Hj Abdul Majid
Terbitan: Yamani Angle
Harga: RM19.00

Buku ini mengulas tentang bagaimana ciri-ciri yang diperlukan oleh seseorang Muslim bagi membentuk peribadi yang mulia seindah akhlak para nabi, sebagaimana junjungan mulia kita iaitu Rasulullah SAW di mana Baginda sentiasa sabar dan istiqamah dalam menyampaikan ajaran Islam. Walaupun teruk dikecam oleh kaum kafir Quraisy namun Baginda tetap patuh dalam menyebarkan agama Allah.

‘Aisyah r.ha. meriwayatkan bahawa “Akhlak Rasulullah SAW itu ialah al-Quran.” Ia bermaksud segala isi kandungan yang terdapat dalam al-Quran mempunyai ajaran yang lengkap meliputi seluruh kehidupan kita iaitu dari awal kewujudan kita hingga kita dikembalikan kepada-Nya. Oleh itu, sebagai seorang Muslim kita hendaklah menjalani kehidupan harian dengan berpandukan al-Quran iaitu mengamalkan sifat-sifat mahmudah seperti sabar, merendah diri, bersifat qanaah, dan sebagainya. Kesannya, kita akan sentiasa mempunyai jiwa yang tenang serta hidup dalam keredaan-Nya.

Berlainan pula dengan mereka yang hidup dengan tidak berpandukan al-Quran, mereka sentiasa mengamalkan sifat-sifat mazmumah seperti pemarah, berdusta, sombong dan sebagainya. Kesannya, kehidupan mereka menjadi serba tidak kena serta jauh dari nikmat Allah. Dalam buku ini setiap bab diselitkan dengan huraian yang lengkap iaitu beserta hadis dan ayat al-Quran bagi memberi lebih pemahaman kepada pembaca dalam usaha menerokai ilmu untuk menjadi manusia yang berakhlak mulia untuk bekalan di dunia dan akhirat.

No comments:

Post a Comment