Sunday, March 10, 2013

Memburu Darjat Wanita Solehah


Memburu Darjat Wanita Solehah
Penulis: Halimatul Ashiken
Terbitan: Pustaka Azhar
Harga: RM29.00 

 Buku Memburu Darjat Wanita Solehah adalah sebuah buku panduan bagaimana untuk menjadi wanita yang patuh kepada agama. Ia mencakupi reformasi empat aspek penting yang sangat berkait rapat dengan keimanan seorang Islam, iaitu aspek akidah, ibadah, rumah tangga dan akhlak. 

 Mengapakah seseorang wanita itu perlu menjadi wanita solehah? Ini adalah kerana, wanita Islam memang menjadi sasaran musuh-musuh Islam sejak dahulu sampai sekarang. Usaha-usaha penyesatan terhadap wanita Muslim adalah bagi menghancurkan Islam menerusi jalan akidah Islamiah dan keluarga Islam. 

 Wanita Muslim perlu melengkapkan diri dengan ilmu Islam. Hanya wanita solehah yang akan mampu menangkis serangan dan godaan para musuh Islam.

No comments:

Post a Comment