Wednesday, June 29, 2011

Islam, Demokrasi Dan Hak Asasi Manusia

Islam, Demokrasi Dan Hak Asasi Manusia
Penulis: Saari Sangib
Terbitan: Kemilau Publika
Harga: RM18.00

Dalam Islam, penyempurnaan hak-hak Allah akan menjamin kesahteraan hak-hak seluruh manusia dan setiap makhluk ciptaan-Nya. Dasar hak asasi manusia dalam Islam adalah bertunjangkan kepada usaha menegakkan hak-hak kolektif melalui penyempurnaan tanggungjawab individu. Motif individu dalam menjalankan tanggungjawab pula didorong oleh perasaan taat, pasrah dan cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.

Objektif perlindungan terhadap keselamatan jiwa hanya mempunyai erti yang hakiki jika ianya bertujuan untuk mencapai dan memenuhi suatu objektif yang lebih unggul dan mulia. Menurut syariat Islam, kehidupan di dunia ini tidak ada ertinya jika tidak dikaitkan dengan persediaan bagi kehidupan akhirat yang kekal abadi.

Dengan itu objektif perlindungan jiwa mestilah berjalan seiring, bahkan mengukuhkan satu objektif lagi yang lebih mulia, iaitu perlindungan terhadap ad-Din. Pada masa yang sama, perlindungan terhadap keselamatan ad-Din ini pula merangkumi aqidah, ibadah, hukum-hakam dan syariah serta akhlak dan tingkah-laku.

No comments:

Post a Comment