Tuesday, June 14, 2011

Pelaburan Emas (Kaedah, Pendekatan dan Strategi)

Pelaburan Emas (Kaedah, Pendekatan dan Strategi)
Penulis: Saat Sukami
Terbitan: PTS
Harga: RM18.00

Selepas kejatuhan ekonomi, ramai orang mula menyedari di sebalik kejatuhan yang tidak diduga, rupa-rupanya ada 'benda' yang tidak tergugat. 'Benda' itu adalah emas. Dalam situasi ekonomi merudum dengan dahsyat dan ketika nilai mata wang menyusut, emas dengan senyap bergerak melawan arus. Nilainya secara perlahan-lahan mulai naik.

Negara-negara yang mempunyai rizab emas yang banyak, ekonominya dapat diselamatkan dengan lebih pantas. Begitu juga bagi mereka yang pernah beringat ketika ekonomi cemerlang sebelumnya, mereka dapati pelaburan mereka yang selama ini 'tidur' tiba-tiba bangkit menunjukkan belang walaupun mereka sebenarnya tidak pernah berniat melabur dengan cara membeli emas.

Kini, emas menunjukkan kehebatannya dan manusia kembali 'memburunya'. Namun, seperti pelaburan-pelaburan lain yang pernah cemerlang pada masa lalu, adakah kita yakin yang emas benar-benar memberikan keuntungan kepada kita? Ataupun adakah sekali lagi kita akan hanyut bersama-sama leburnya pelaburan kita yang gagal?

Buku ini membincangkan peranan emas dalam membantu kita merancang pelaburan pada masa hadapan. Buku ini juga disyorkan kepada mereka yang berminat mahu melibatkan diri dalam pelaburan emas. Buku ini mengupas mengenai:

- Aspek fizikal emas dan kaedah menentukan ketulenan emas
- Kaedah penentuan harga emas
- Bentuk-bentuk pelaburan emas di Malaysia
- Pembekal pelaburan emas di Malaysia
- Perancangan, risiko dan strategi pelaburan emas
- Penipuan dalam pelaburan emas

No comments:

Post a Comment