Saturday, April 2, 2011

Isabella

Isabella
Penulis: Maulana Muhammad Saeed Dehlvi
Penterjemah: Dato' Abdullah Hussain
Terbitan: Pelima Media
Harga: RM16.00

Kiblat hidup Isabella adalah kebenaran dan itulah yang menjadi buruannya. Menjadi puteri kepada ketua paderi besar Cordoba tidak menumpulkan kepekaannya untuk menangkap "signal-signal" kebenaran hakiki. Ikuti kisah hidupnya,dilimpahi hidayah dan bertemu Islam sebagai suatu cara hidup yang mengisi puas akal dan jiwa manusianya. Dia peruntukkan hidup dan matinya demi keyakinannya. Suatu hadiah berharga untuk pencinta Islam dan kedamaian.

Sebuah novel klasik yang pernah tampil buat pertama kalinya di khalayak pembaca di Malaysia lebih 20 tahun lalu. Kini tampil semula menemui generasi baru,anak-anak kepada ibu-ibu dan bapa-bapa yang pernah mendapat suntikan inspirasi daripada kisah perjuangan Isabella mencari dan mendakap erat kebenaran Islam.

3 comments:

  1. mohon maklumat tentang pengarang dengan lebih mendalam. terima kasih

    ReplyDelete
  2. Mcm mana nak place an order ye?

    ReplyDelete