Wednesday, October 31, 2012

100 Wasiat Nabi Untuk Wanita


100 Wasiat Nabi Untuk Wanita
Penulis:Putri Maisarah Tamar
Terbitan: Pustaka Azhar
Harga: RM17.00
Buku 100 Wasiat Nabi Untuk Wanita ini akan memperlihatkan indahnya layanan Islam kepada wanita. Betapa beruntungnya menjadi wanita Islam dan kaum wanita perlu berbangga dengannya.

Saturday, October 27, 2012

Petunjuk dan pengajaran dalam Surah As-Sajdah dan Surah Al-Insan


 Petunjuk dan pengajaran dalam Surah As-Sajdah dan Surah Al-Insan
Penulis: Dr Abdul Wahab Salleh
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM17.00

Suatu kelebihan bagi umat Islam di Malaysia ialah pengamalan membaca surah as-Sajdah dan al-Insan ketika solat subuh pada hari Jumaat. Suara imam yang begitu lunak mengalunkan bacaan dua surah ini kedengaran di hening pagi. Sebenarnya bukan mudah untuk meneruskan amalan ini jika masyarakat setempat tidak memberikan komitmen yang tinggi dan memahami tuntutan amalan sunat ini sekali gus memahami keperluannya. Bagaimanakah caranya bagi anda untuk memahami dua surah tersebut? Anda pasti ingin MEMILIKI BUKU INI kerana buku ini mempunyai kekuatan dan kelebihan seperti tafsiran yang mudah mengandungi pengenalan bagi setiap surah pembahagian topik yang jelas bab khusus berkenaan Sujud Tilawah dan hukumnya dan mengandungi rumusan dan pengajaran bagi setiap topik. Membacalah dengan Nama Allah!

Formula Solat Sempurna (Edisi Kemas Kini)


Formula Solat Sempurna (Edisi Kemas Kini)
Penulis: Dr Zaharuddin Abd Rahman
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM28.00

FORMULA SOLAT SEMPURNA ini menjelaskan kepada pembaca melalui pendekatan yang mudah dan mantap berkenaan cara menunaikan solat secara lebih sempurna iaitu dengan menggabungkan sunat-sunat semasa solat bersama rukun dan syaratnya. “Keistimewaan buku ini terletak pada kupasan ringkas dan padat hasil kajian mendalam daripada kitab-kitab turath silam dan kontemporari.

Penulis membawakan nas-nas yang terbaik hasil ijtihad daripada para ulama hadis silam dan semasa.” Aspek ini menjadikan ia sebuah buku yang amat sesuai buat semua lapisan masyarakat dan latar belakang, hingga mereka yang mempunyai kefahaman Syariah yang minimum juga mampu memahami ulasan di dalam buku ini dengan baik.

Kandungan buku ini disusun dalam bentuk yang menarik mengikut kronologi pergerakan solat dan kemudian disusuli dengan nas-nas warid daripada Nabi SAW. Seterusnya terdapat juga huraian amat berguna berkaitan khusyuk, masalah dan punca kehilangannya dewasa ini. Ini menjadikan buku di hadapan anda ini begitu istimewa dan mesti dimiliki oleh semua lapisan masyarakat sama ada pelajar, ulama, ahli akademik, orang ramai, dan bagi semua yang ingin mengaudit solat mereka sama ada menurut mazhab Syafi‘i atau lainnya.

Aisyah Yang Cerdas & Dicintai


Aisyah Yang Cerdas & Dicintai 
Penulis: Ahmad Ibnu Salim Biduwilan
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM20.00

Hadis Aisyah r.ha katanya, Rasulullah SAW bersabda: Aku bermimpi melihat kamu sebanyak tiga malam. Malaikat datang kepadaku membawamu di dalam sehelai kain sutera serta berkata, Inilah isterimu. Lalu aku membuka tutupan dari wajahmu, ternyata itu adalah kamu. Maka aku berkata, sekiranya perkara itu datangnya daripada Allah, pasti ia terlaksana. Hadis Anas bin Malik r.a katanya:“Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, Kelebihan Aisyah daripada wanita-wanita lain, seperti kelebihan Tarid iaitu sejenis makanan Arab daripada makanan-makanan lain”

40 Ciri Ajaran Sesat

 
40 Ciri Ajaran Sesat
Penulis: Mohammad Nidzam Abdul Kadir
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM20.00
 
Fahaman dan ajaran sesat merupakan ancaman yang besar terhadap akidah Islam pada masa ini. Kerosakan akidah bakal merosakkan tauhid dan keimanan seseorang Muslim. Justeru, tulisan ini mendedahkan ciri-ciri fahaman sesat di samping menjelaskan akidah Islam yang sebenar dengan mengemukakan hujahhujah daripada al-Quran, hadis dan pendapat para ulama. Mengapakah Anda Perlu Memiliki Buku Ini? Penulis memaparkan penjelasan terhadap ciri-ciri ajaran sesat dengan mengemukakan huraian yang lengkap agar pembaca dapat mengenal pasti fahaman yang salah, menyeleweng dan sesat. Dapat dijadikan panduan oleh pembaca agar tidak mudah terjerumus dengan sesuatu fahaman yang sesat, Dapat memperbetul fahaman sebegini daripada menjadi barah hati yang boleh membunuh akidah Islam!

Sunday, October 21, 2012

Wonderful Family: Merajut Keindahan Keluarga


Wonderful Family: Merajut Keindahan Keluarga
Penulis: Cahyadi Takariawan
Terbitan: Era Intermedia
Harga: RM35.00

Tidak ada seorang pun yang menghendaki keluarganya rosak dan berantakan, tidak ada orang yang ingin rumah tangganya hancur dengan mengenaskan. Semua orang membayangkan keindahan saat memasuki kehidupan berumah tangga. Cubalah jujur, apa yang anda bayangkan tentang keluarga ? Apa yang ingin anda harapkan dari keluarga ? 

Anda pasti setuju, jika harapan itu berada dalam kehangatan keluarga. Harapan itu ada pada keluarga yang dipenuhi rona keindahan, diliputi oleh kebahagiaan. Keluarga yang memunculkan produktivitas, keluarga yang menghadirkan kontribusi bagi masyarakat luas. Sebuah keluarga yang menghargai potensi, menjunjung tinggi budi pekerti, menghormati nilai-nilai. Sebuah keluarga yang mentaati tatanan Ilahi, mengikuti tuntunan Nabi. Itulah yang dimaksud sebagai Wonderful Family.

Now You Are a Mother


Now You Are a Mother
Penulis: Du'aa' Ra'oof Shaheen
Penterjemah: Huda al-Khattab
Terbitan: Darussalam
Harga: RM65.00

This book has given an overview of the mother's role and touched on the basics of raising babies and small children. Whilst motherhood is one of the most rewarding of roles, it is also a very complex role that brings many trials and challenges that cannot be covered fully in a single volume. 

It is hoped that having read this book, readers will go beyond its parameters to learn all they can about how to care for their infants. In the teachings of Islam, the voices of experience provided by our own mothers and grandmothers, and the exchange of ideas and tips with other parents, new mothers can find guidelines to follow as they embark upon the journey of motherhood. The help and advice of doctors, public health nurses and other professionals may also be added to the mother's "support system." 

Over and above all that, the Muslim mother can and must put her trust in Allah and seek His help and guidance.

Saturday, October 20, 2012

Profil Murabbi Ideal


Profil Murabbi Ideal
Penulis: Abdul Hamid Al-Bilali
Terbitan: An-Nadwah
Harga: RM15.00

100 Pelajaran dari Para Pemimpin Ikhwanul Muslimin


100 Pelajaran dari Para Pemimpin Ikhwanul Muslimin
Penulis: Muhammad Abdul Hamid
Terbitan: Robbani Press
Harga: RM15.00

Banyak pelajaran yang bisa diambil dari para pemimpin Ikhwanul Muslimin, baik dalam kehidupan pribadi ataupun dakwah. Karena kehidupan mereka telah dibentuk oleh nilai-nilai Islam yang telah menyatu dalam diri mereka. Dalam buku ini anda akan mendapatkan gambaran bagaimana seharusnya kepribadian para pemimpin Islam.

Friday, October 19, 2012

Kebangkitan Generasi Salahuddin Dan Kembalinya Al-Aqsa Ke Pangkuan Islam

Kebangkitan Generasi Salahuddin Dan Kembalinya Al-Aqsa Ke Pangkuan Islam
Penulis: Dr Majid Irsan Kailani
Terbitan: ABIM & Thinker's Library
Harga: RM38.00

Judul asal buku: Hakadza Zhahara Jilu Shaluddin Wa Hakadza ‘Adat Al-Quds

Apa yang menarik buku ini ialah mengenai testimonial kejayaan Salahuddin merampas Baitul Maqdis bermula dengan pengaruh Imam Al Ghazali, yang hidup sebelum itu lagi. Imam Al Ghazali, Hujjatul Islam, telah membina satu kerangka pemikiran yang harmoni, berpandukan epistemologi ilmu yang jernih dari agama, melahirkan gagasan Islah yang meresap pemikiran generasi selepas itu.

Hampir 2-3 generasi selepas Al Ghazali, kemudian disambut oleh Sheikh Qadir Al Jailani, yang menubuhkan madrasah penting, yang melahirkan ramai alumni Madrasah Al-Ghazali. Kemudian mereka ini yang menduduki kerusi penting dalam pentadbiran negara, mufti agama, panglima tentera dan guru agama. Sheikh Nuruddin Al Zanki, khalifah yang ada ketika itu terkenal dengan sikap zuhud dan alimnya, telah membuka jalan kepada kelahiran Salahuddin Al Ayubi yang memimpin tentera umat Islam yang akhirnya berjaya merampas Baitul Maqdis.

Ramai yang mungkin melihat sosok Salahuddin dan Al Ghazali secara keperibadiannya, dan tidak nampak kaitan antara dua tokoh ini. Buku Dr Majid adalah testimonial yang relevan untuk kita kaji dan ambil iktibar. Testimonial ini dapat menyingkirkan sindrom menunggu 'hero' yang akan menyelamatkan umat Islam, tatkala diserang pelbagai penjuru hari ini. Apabila cara kesinambungan legasi Al Ghazali membina generasi Salahuddin dapat diambil iktibar, sebenarnya kita boleh terlibat sekali dalam proses islah tersebut, tidak semestinya menunggu dengan hampa siapa yang menyelamatkan umat Islam.'

Thursday, October 18, 2012

Sultan Mehmet II Sang Penakluk

Sultan Mehmet II Sang Penakluk
Penulis: John Freely
Harga: RM50.00

Melalui buku The Grant Turk, John Freely menghidupkan kembali sejarah terkaya pahlawan karismatik di dunia tersebut. Dalam biografi pertama Sultan Mehmet II, John Freely secara gamblang menggambarkan orang di balik mitos tersebut. Sultan Mehmet II yang dikenal juga dengan nama Muhammad Al-Fatih, orang yang sangat dihormati oleh bangsa Turki namun dianggap tirani yang kejam bagi bangsa Barat. Seorang pemimpin militer ulung dan juga pangeran kebangkitan Islam. Istananya menampung para penyair dari Turki dan Persia, astronom dari Arab dan Yunani, dan seniman serta cendikiawan dari Itali.

Ihya' Ulumuddin (Bahasa Arab)

Ihya' Ulumuddin (Bahasa Arab) - 5 Jilid
Penulis: Imam Al-Ghazali
Terbitan: Darul Hadis
Harga: RM180.00

Saturday, October 13, 2012

Kaedah Berdakwah Di Jalan Allah

Kaedah Berdakwah Di Jalan Allah
Penulis: Azizee Hasan
Terbitan:Pustaka Salam
Harga: RM13.00

Al-Kalimat Jilid 1

Al-Kalimat Jilid 1 (Dari Koleksi Risalah Nur)
Penulis: Badiuzzaman Said Nursi
Terbitan: Anatolia
Harga: RM50.00

40 Kisah Motivasi Ajaibnya Doa

40 Kisah Motivasi Ajaibnya Doa
Penulis: Ustaz Mohammad Subki Abdul Rahman, Ustaz Mohd Rifqi
Terbitan: PSN Publications
Harga: RM20.00

Sejarah & Kisah Nabi-Nabi Dalam Al-Quran

Sejarah & Kisah Nabi-Nabi Dalam Al-Quran
Penulis: Syeikh Muhammad Mutawalli Asy-Sya'rawi
Terbitan: Jasmin
Harga: RM75.00
 
Dilengkapi riwayat ringkas Rasulullah S.A.W.

Wednesday, October 10, 2012

Menjadi Murobbi Sukses

Menjadi Murobbi Sukses
Penulis: Satria Hadi Lubis
Terbitan: Pustaka Hamasah
Harga: RM29.00
 
Menjadi Murabbi Sukses merupakan buku yang amat sesuai untuk para aktivis dakwah untuk menjadi murabbi sukses. Memiliki 114 tips yang terbukti ampuh untuk kegunaan para murabbi, naqib dan pemimpin kelompok binaan (halaqah) yang disunting dari pengalaman peribadi penulis yang telah lama berkecimpung dalam dakwah.

The 7 Islamic Daily Habits

The 7 Islamic Daily Habits
Penulis: Harjani Hefni
Terbitan: Pustaka Ikadi
Harga: RM43.00

Tidak ada satu surah pun yang diturunkan Allah SWT, baik dalam Taurat, Injil mahupun Al Quran yang menandingi kehebatan tujuh ayat di surah Al Fatihah ini. 

Minimum 17 kali sehari Ia berlabuh di hati dan terucap di lisan kita, tentunya pengulangan ayat tersebut sarat makna. Jika difahami dan diinternalisasi secara benar, tujuh ayat ini pasti akan melahirkan generasi yang hebat sebagaimana telah hadir pada generasi awal. 

Penulis buku ini mengajak kita agar menjadikan tujuh ayat itu sebagai untuk mewujudkan cita-cita besar tersebut. Buku ini sangat baik dibaca oleh seluruh kalangan kaum muslimin.

Hakikat Agama Syiah Imam Dua Belas (Imamiyah)

Hakikat Agama Syiah Imam Dua Belas (Imamiyah)
Penulis: Syeikh Muhibuddin al-Khatib
Terbitan: Badan Perkhidmatan Penerangan Islam Selangor Dan Wilayah Persekutuan
Harga: RM8.00

Kenapa buku ini perlu dibaca? 

1. Karya ini adalah hasil penyelidikan Syeikh Muhibuddin AI-Khatib rhm.(1303-1389H) seorang ulama terkenal di Mesir. Beliau mendedahkan usaha-usaha yang dirancang untuk menakluk Dunia Islam. 

2. Pembunuhan Umar bin Khattab ra adalah rancanganYahudi, Nasrani dan Majusi. Dewasa ini hari terbunuhnya Umar ra. telah menjadi hari bersuka ria di Iran. 

3. Makam Abu Lu’luah (gelarannya Wira yang Berani- Baba Syuja) berhampiran kota Taheran diperbesarkan pada Tahun 1988. Orang Syiah percaya bahawa Tuhan tidak mencatatkan dosa dosa mereka semasa hari Perayaan Wira yang Berani itu, pada 9, 10 dan 11 Rabiul Awwal. 

4. Dr. Husain al Musawi – yang pernah menjadi seorang ulama Syiah yang terkenal di Najaf, Iraq – dalam bukunya bertajuk Kenapa saya keluar dari Syiah?. Beliu berkata: “Ulama Syiah adalah manusia yang paling buruk di muka bumi ini”. Ulama Syiah Imamiyah bernama Husain Bahrululum- telah mengeluarkan fatwa pada 20 Safar, 1421H menghukum Dr. Husain al Musawi sebagai orang murtad. 

5. Setelah Dr. Husain bertaubat daripada agama Syiah, dia disusuli oleh Dr. Musa al Musawi sahabat karib Presiden al-Khomeini. Dr. Musa al Musawi berkata: “Gerakan Khomeini adalah gerakan Zionis yang bekerja untuk kepentingan Israel”

Al-Quran Penyembuh Penyakit & Penangkal Musibah

Siri Terapi Ruqyah: Al-Quran Penyembuh Penyakit & Penangkal Musibah
Penulis: Abdul Hayie Al Alawie
Disemak oleh Dato' Hj. Ismail Kamus
Terbitan: Pustaka Azhar
Harga: RM16.00
 
Dari usaha penulis yang konsisten tinggi dapat menghimpun sejumlah surah dan ayat pilihan sebagai amalan yang boleh dimanfaat di dalam kehidupan seharian. Amalan dari surah dan ayat Al-Quran bukan saja menjadi pelindung, pendinding dan penawar kepada orang yang mengamalkannya, malah boleh mendidik hati dan perasaan kepada kemuliaan.

Kisah Kehidupan Nabi Muhammad Untuk Kanak-Kanak

Kisah Kehidupan Nabi Muhammad Untuk Kanak-Kanak
Penulis: Maulana Abul Hasan Ali Al-Hasani An-Nadwi
Terbitan: Penerbit Syabab
Harga: RM69.00

Mengambil Iktibar dari Kepayahan Dakwah Para Anbiya

Walaupun pada mulanya buku ini diperuntukkan kepada kanak-kanak Muslim di India sehingga dapat mendekatkan mereka dengan agama dan bahasa Al-Quran semasa mereka membesar, ia juga sangat layak untuk kanak-kanak Muslim di seluruh dunia Islam. Ini kerana ia akan memberi mereka semangat keagamaan yang mengasah jiwa, meluruskan akhlak dan bekalan yang sangat memadai.

Skandal Al-Quran Syiah

Skandal Al-Quran Syiah
Penulis: A. Qusyairi Ismail, Moh. Achyat Ahmad
Harga: RM20.00

Jika kita dapat memahami bagaimana persepsi suatu sekte terhadap Al-Quran dan bagaimana keyakinan mereka terhadapnya, tentu kita boleh menilai apakah sekte itu ada dalam landasan yang benar atau sebaliknya. Dan di sini kita sedang berhadapan dengan sekte Syiah yang diyakini memiliki pemahaman yang 'tak biasa' terhadap Al-Quran. Buku ini akan memberikan jawapannya.

Bisnis Sukses Dunia Akhirat

Bisnis Sukses Dunia Akhirat
Penyusun: M. Quraish Shihab
Terbitan: Lentera Hati
Harga: RM33.00
 
Buku ini menemukan adanya sekian banyak kesamaan antara Berbisnis Dengan Allah dan Berbisnis Dengan Manusia pada umumnya. Dan Berbisnis Dengan Allah adalah yang paling menguntungkan dunia akhirat.
 
Persoalannya bagaimana cara untuk meraih sukses dalam Berbisnis Dengan Allah? Jawapannya akan anda temukan setelah membaca buku ini. 

Q&A Bersama Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin

Q&A Bersama Tuan Guru Syeikh Muhammad Nuruddin
Penyusun: Muhadir Haji Joll
Terbitan: PSN Publications
Harga: RM38.00

Tuesday, October 9, 2012

Al-Lama'at (Menikmati Hidangan Langit)

Al-Lama'at (Menikmati Hidangan Langit)
Penulis: Bediuzzaman Said Nursi
Terbitan: Robbani Press
Harga: RM75.00
 
Al-Lama'at (Menikmati Hidangan Langit) merupakan sebahagian dari karya Bediuzzaman Said Nursi yang termaktub dalam Risalah Nur. Nursi membentangkan ke hadapan kita dengan menyejukkan puspa ragam wacana kehidupan manusia, ketuhanan dan semesta dari perspektif Sang Keajaiban Zaman yang unik tersebut.

Izharul Haq (Pendedahan Kebenaran)

Izharul Haq (Pendedahan Kebenaran)
Penulis: Ahmad Abdul Kadir Malakawi
Terbitan: Saba Islamic Media
Harga: RM39.00
 
Buku ini adalah ringkasan dari 4 jilid asal buku Izharul Haq cetakan tahun 1989. Kandungannya penuh dengan fakta dan bukti kukuh yang boleh menjadi benteng kepada keraguan di kalangan umat Islam ataupun orang Kristian akan hakikat kedudukan agama Kristian itu sendiri.
 
Buku ini harus dibaca dan disebar seluasnya kepada para remaja, pendidik, individu yang ingin mendalami agama atau sesiapa saja yang ingin mengetahui tentang perbandingan agama. Isi kandungannya boleh dijadikan kajian agar umat Islam benar-benar dapat menghayati dan menghargai kesucian Islam.

Monday, October 8, 2012

Doa Hidup Sejahtera Daripada Al-Quran & Al-Sunnah

Doa Hidup Sejahtera Daripada Al-Quran & Al-Sunnah
Penyusun: Ahmad Hasan Mohd Nazam
Terbitan: PSN Publications
Harga: RM10.00
 
Buku ini mengandungi:
1) Manzil
2) Ayat Munjiyat
3) Ayat Syifa'
4) Ayat Sakinah
5) Doa Keselamatan Diri dan Harta
6) Doa Penawar Penyakit
7) Doa Menghadapi Kesusahan
8) Doa Keamanan
9) Doa Murah Rezeki
10) Doa Membuat Pilihan

Tips Menghafal Al-Quran Bagi Profesional


Tips Menghafal Al-Quran Bagi Profesional
Penulis: Ustaz Abdurrahman Lubis
Terbitan: Pustaka Ehsan
Harga: RM12.00
Buku kecil ini disusun bagi mengutarakan beberapa tips tentang cara yang mudah, ringkas serta senang difahami bagi semua peringkat umur dan golongan bagi menghafal Al-Quran.

Kertas Kerja Konvensyen Fiqh Ummah

 Kertas Kerja Konvensyen Fiqh Ummah 
Penulis: Kumpulan Penulis K-Fiqh
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM30.00

Sesungguhnya yang sangat ditekankan dalam dakwah Islam kepada agama dan dunia adalah dengan mengajak manusia untuk tidak berlebih-lebihan dalam kedua-duanya. Justeru, penyebab keistimewaan Islam itu adalah dengan menjauhi kemewahan dan mengajaknya kepada kesederhanaan dalam segala bidang yang berkaitan kehidupan manusia. Bahkan dalam masalah ibadah, agama Islam melarang untuk berlebih-lebihan. Islam menempatkan manusia sesuai dengan hidupnya, bukan hanya menekankan rohani tanpa jasmani atau jasmani tanpa rohani semata-mata, tetapi Islam menekankan keseimbangan rohani dan jasmani agar manusia bahagia dunia dan Akhirat. Bagaimanakah caranya untuk mencapai semua itu? Jawapannya terkandung dalam Konvensyen Fiqh Ummah.

Jubah Lelaki Jenama Al Andalus


Dapatkan jubah lelaki jenama Al Andalus daripada Yemen.
Boleh didapati dalam dua warna: putih dan krim.

Saiz: S, M, L, XL, XXL (50, 52, 54, 56, 58, 60, 62)
Harga: RM65.00

Sunday, October 7, 2012

Tafsir Al-Quran Per Kata Dilengkapi Dengan Asbabun Nuzul & Terjemah Bahasa Melayu

Tafsir Al-Quran Per Kata Dilengkapi Dengan Asbabun Nuzul & Terjemah Bahasa Melayu
Penyusun: Dr Ahmad Hatta
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM110.00

Di era yang penuh dengan kemajuan serta memerlukan pemahaman yang padat dan segera, Tafsir Al-Quran Per Kata Resam Othmani Beserta Asbabun Nuzul dalam Bahasa Melayu dipercayai mampu mempermudahkan serta memahami al-Quran, dan amat sesuai digunakan di semua lapisan masyarakat termasuk peringkat persekolahan, majlis ta’lim di surau dan masjid. Dengan demikian, amal yang kita lakukan adalah berlandaskan dengan ilmu yang telah kita fahami. Tafsir ini merupakan transformasi ke atas kitab al-Quran yang lain bertujuan menyemarakkan lagi nilai penyelidikan dan pemahaman ke atas hukum Allah dengan merujuk kepada refrensi yang mu’tabar. Oleh itu kitab ini sangat perlu dimiliki oleh setiap muslim yang ingin merasai kelazatan membaca al-Quran.

Al-Quran Tajwid dan Terjemahan Beserta Asbabun Nuzul, Hadith Shahih dan Indeks Tematik

Al-Quran Tajwid dan Terjemahan Beserta Asbabun Nuzul, Hadith Shahih dan Indeks Tematik
Terbitan: Telaga Biru

Harga: RM130.00 (saiz besar); RM70 (saiz kecil)
Saiz: 29.5 cm x 22 cm (saiz besar); 15 cm x 21.5 cm (saiz kecil)

Di era yang penuh dengan kemajuan serta memerlukan pemahaman yang padat dan segera, Al-Quran Tajwid dan Terjemahan Resam Othmani Beserta Asbabun Nuzul, Hadith Shahih dan Indeks Tematik dalam Bahasa Melayu dipercayai mampu mempermudahkan serta memahami al-Quran, dan amat sesuai digunakan di semua lapisan masyarakat termasuk peringkat persekolahan, majlis ta’lim di surau dan masjid. Dengan demikian, amal yang kita lakukan adalah berlandaskan dengan ilmu yang telah kita fahami. Kitab ini merupakan transformasi ke atas kitab al-Quran yang lain yang bertujuan menyemarakkan lagi nilai penyelidikan dan pemahaman ke atas hukum Allah dengan merujuk kepada refrensi yang mu’tabar. Oleh itu kitab ini sangat perlu dimiliki oleh setiap muslim yang ingin merasai kelazatan membaca al-Quran.

Bayu Kerinduan di Bumi Haramain

 Bayu Kerinduan di Bumi Haramain 
Penulis: Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM28.00

Menziarahi tanah haram Mekah dan Madinah menjadi impian dan hasrat sanubari setiap Muslim di seluruh dunia. Walau sejauh mana pun kedudukan mereka dari dua tanah haram ini, namun hati tetap memujuk dan merayu agar tetap ingin mengunjunginya walau dengan segala kepayahan. Buku “Bayu Kerinduan di Bumi Haramain” ini amat wajar dimiliki oleh setiap individu sama ada yang sudah berkesempatan ke Haramain atau individu yang masih berusaha keras untuk menjejakkan kaki ke sana. Hal ini kerana ia dipenuhi pelbagai warna pengalaman sebenar di Haramain, turut menyingkap hikmah dan penghayatan setiap peristiwa, dipenuhi pelbagai info dan maklumat yang jarang diketahui umum, kupasan dan penceritaan yang santai dan ia ditulis oleh orang yang berpengalaman dalam menguruskan jemaah haji dan umrah dari Malaysia.

Formula Haji Sempurna

  Formula Haji Sempurna
Penulis: Mohd Najib Abdul Kadir & Abdul Salam Yussof
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM28.00

Buku ini merupakan siri ilmiah yang boleh dijadikan panduan dalam mengerjakan haji dan umrah agar dapat dikerjakan dengan lebih sempurna dan bermaklumat. Lebih mudah untuk difahami sekali gus jemaah haji akan berasa gembira dan puas hati menjadi tetamu Allah Taala. Penulis tidak berhenti hanya dengan memberi panduan kepada bakal jemaah haji malah juga didedahkan kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan oleh para jemaah supaya berhati-hati dalam melaksanakan ibadah suci ini. 

Antara perkara yang dibincangkan ialah kedudukan Tanah Haram, kepentingan haji, persiapan bakal haji, sikap tolong-menolong semasa mengerjakan ibadah haji, cara pelaksanaan haji dan umrah ikut urutan masa, amalan-amalan yang perlu diutamakan semasa menjadi tetamu Allah, kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan oleh sebahagian jemaah, keutamaan menziarahi Masjid Nabi dan beberapa amalan sahabat ketika mengerjakan haji. 

Buku ini berguna kepada calon jemaah haji dan jemaah haji muda, terutama kepada bakal jemaah haji yang telah berdaftar untuk menunaikan haji. Buku ini bermanfaat kepada sesiapa sahaja yang mahu menjadi jemaah haji bagi mendapat haji yang sempurna dan mabrur. Mengapa buku ini perlu dimiliki? Buku ini menyediakan panduan praktis yang mudah dan komprehensif.

Wednesday, October 3, 2012

Melukis Pelangi: Catatan Hati Oki Setiana Dewi

Melukis Pelangi: Catatan Hati Oki Setiana Dewi
Penulis: Oki Setiana Dewi
Terbitan: Mizania
Harga: RM45.00

Hidup penuh lika-liku: sedih, bahagia, tawa, duka, canda, dan ceria. Semampu apa seseorang mengelola emosi-emosi jiwa ini, setinggi itu pula sikap mental yang akan dimiliki. Dan itulah yang kini menjelma pada diri Oki Setiana Dewi, aktris Muslimah yang namanya melejit melalui perannya dalam film Ketika Cinta Bertasbih. 

Di buku ini Oki dengan sangat tulus berbagi tentang kisah hidupnya: tentang masa kecilnya di Batam, kegigihannya menjalani kehidupan Jakarta, impian-impiannya yang tertulis rapi di diary, hingga nazarnya untuk berjilbab demi kesembuhan ibunda tercinta. Semua itu diungkap dengan sangat jujur dan terbuka. Sungguh kisah yang memesona dan begitu mendebarkan.

Tuesday, October 2, 2012

Al-Quran Terjemahan Diari Kulit Berbintik

Terbitan: Darul Iman
Saiz: 4 inci x 6 inci
Harga: RM45.00 (tidak termasuk caj penghantaran)

KELEBIHAN
  • Mendapat kelulusan JAKIM.
  • Saiz yang kompak, tahan lasak dan mesra pembaca menjadikan ia senang dibawa ke mana-mana.
  • Disertakan juga 3 penanda bacaan untuk tanda bacaan harian, hafazan harian dan tadabbur harian.
  • Sangat sesuai dijadikan sebagai cenderahati dan hadiah.
  • Memudahkan hafalan kerana ianya mudah dibawa dan senang dirujuk.

Al-Quran Terjemahan Diari Kulit Berjalur

Terbitan: Darul Iman
Saiz: 4 inci x 6 inci
Harga: RM45.00 (tidak termasuk caj penghantaran)

KELEBIHAN
  • Mendapat kelulusan JAKIM.
  • Saiz yang kompak, tahan lasak dan mesra pembaca menjadikan ia senang dibawa ke mana-mana.
  • Disertakan juga 3 penanda bacaan untuk tanda bacaan harian, hafazan harian dan tadabbur harian.
  • Sangat sesuai dijadikan sebagai cenderahati dan hadiah.
  • Memudahkan hafalan kerana ianya mudah dibawa dan senang dirujuk.

Monday, October 1, 2012

Syabab Musafir Kasih

Syabab Musafir Kasih
Penulis: Fatimah Syarha
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM22.90
 
Novel ini mengisahkan seorang pemuda yang malang pada awal kehidupannya. Beliau bukan sahaja anak yatim, tetapi juga sering dipandang hina dan tidak berharga di mata penduduk kampung. Namun begitu, berkat keyakinannya terhadap Islam yang dianutinya serta ilmu yang dipelajarinya, Syabab bangkit dari kesusahan hidup dan berusaha untuk memperbaiki taraf kehidupannya sehingga beliau berjaya mengetuai pemuda-pemuda di kampungnya berubah menjadi orang yang berguna kepada masyarakat. Malah, mereka yang membencinya juga kini mengasihinya.