Showing posts with label Kisah Nabi. Show all posts
Showing posts with label Kisah Nabi. Show all posts

Tuesday, April 15, 2014

Kisah Nabi Sulaiman & Ratu Saba' Dalam Al-Quran, Taurat dan Talmud


Kisah Nabi Sulaiman & Ratu Saba' Dalam Al-Quran, Taurat dan Talmud 
Penulis: Ahmad Rabi' Abdul Mun'im 
 Terbitan: Pustaka Azhar 
 Harga: RM14.00

Tuesday, December 31, 2013

Kisah Hidup 25 Nabi & Rasul Untuk Adik-Adik


Kisah Hidup 25 Nabi & Rasul Untuk Adik-Adik 
 Penulis: Nur Ashiqa & Mohd Najib 
 Terbitan: Ibnu Katsir 
 Harga: RM35.00

Friday, November 22, 2013

Riwayat Lengkap & Untaian Kisah Para Nabi & Rasul


Riwayat Lengkap & Untaian Kisah Para Nabi & Rasul
 Penulis: Amru Khalid 
Terbitan: Jasmin 
Harga: RM75.00

Monday, August 12, 2013

Stories of the Prophets in Al-Quran


Stories of the Prophets in Al-Quran 
 Penulis: Dr Tareq Mohammed Al-Suwaidan 
Terbitan: ANSI 
 Harga: RM30.00 

 Dr Tareq Mohammed Al-Suwaidan is the author of thirty best-selling books and a lot of his speeches have been compiled as audio tape albums. His album, 'Qasas al anbiyaa' (Lives of the Prophets) is the highest selling islamic album in the world with well over 3 million copies sold. 

 This is the first ever English book by Dr. Tareq Al-Suwaidan from his most popular audio CD album series "Qisasul-Anbiya", available in printed version and PDF version.

Thursday, June 27, 2013

Nenek Bercerita: Rasulku Ikutanku


Nenek Bercerita: Rasulku Ikutanku 
Penulis: Ummu Hani Abu Hassan 
 Terbitan: Galeri Ilmu 
 Harga: RM20.00 

 Buku ini merupakan himpunan cerita daripada siri Nenek Bercerita yang disiarkan dalam majalah ASUH. Kelainan buku ini terletak kepada penceritaan kisah sirah Nabi Muhammad oleh seorang nenek kepada cucunya, Amir. Setiap peristiwa atau situasi harian yang berlaku kepada Amir dikaitkan oleh neneknya dengan kisah sirah Nabi Muhammad. Gaya bahasa yang mudah, muka surat berwarna dan watak-watak ilustrasi yang comel amat sesuai dibacakan oleh ibu bapa kepada anak-anak dalam menyemai cinta mereka kepada Junjungan mulia Rasulullah.

Saturday, October 13, 2012

Sejarah & Kisah Nabi-Nabi Dalam Al-Quran

Sejarah & Kisah Nabi-Nabi Dalam Al-Quran
Penulis: Syeikh Muhammad Mutawalli Asy-Sya'rawi
Terbitan: Jasmin
Harga: RM75.00
 
Dilengkapi riwayat ringkas Rasulullah S.A.W.

Tuesday, March 13, 2012

Kisah Rasul Pilihan 1: Nabi Ayub AS, Nabi Musa AS dan Nabi Isa AS

Kisah Rasul Pilihan 1: Nabi Ayub AS, Nabi Musa AS dan Nabi Isa AS
Penulis: Prof. Dr. Saedah Siraj
Terbitan: Inteam
Harga: RM28.00

Buku Siri Asan dan Usin Bercerita, Kisah Rasul Pilihan 1 iaitu Nabi Ayub AS, Nabi Musa AS dan Nabi Isa AS ini diterbitkan oleh Inteam Publishing Sdn Bhd dalam usaha menanam minat membaca dan mengembangkan kemahiran membaca jawi di kalangan pembaca muda. Tajuk yang dipilih adalah bertujuan supaya pembaca mendapat cerita-cerita Rasul Pilhan dari sumber yang benar dan bukan dari sumber-sumber yang meragukan dan menyeleweng. Ilustrasi yang terdapat di dalam buku ini adalah bertaraf antarabangsa yang berwarna-warni dan sememangnya ia sesuai dengan selera kanak-kanak.

Thursday, November 24, 2011

25 SIRAH KENABIAN PARA ANBIYA'

25 SIRAH KENABIAN PARA ANBIYA'
Penulis: Muhamad Ali Imran
Terbitan: Pustaka Al-Ehsan
Harga: RM35.00

Nabi adalah orang yang mendapat wahyu dari Allah untuk dirinya sendiri. Seorang nabi tidak perlu menyampaikan perintah Allah itu untuk orang lain. Hal ini, berbeza dengan tugas seorang rasul. Rasul adalah seorang nabi yang berkewajipan untuk menyampaikan wahyu dari Allah untuk dirinya sendiri, juga kepada orang lain. berdasarkan riwayat hadis, jumlah nabi menurut para ulamak adalah 124.000 sedangkan rasul berjumlah 313 (315 menurut pendapat yang lain).

Saturday, October 15, 2011

VCD Ikan Nun dan Nabi Yunus A.S.

VCD Kisah Teladan: Ikan Nun dan Nabi Yunus
Harga: RM18.90

VCD ini menceritakaN kisah Nabi Yunus AS dalam perut ikan Nun. Kisah ini diambil daripada kitab suci Al-Quran, menceritakan perjuangan pahit baginda ketika menghadapi ummatnya Kaum Ninawa yang tidak mahu menerima kebenaran yang dibawa oleh baginda. Kemudian baginda beruzlah mengembara meninggalkan ummatnya itu. Tetapi apa yang berlaku baginda malah mendapat ujian yang lebih getir yakni terjun ke lautan yang bergelora hingga ditelan ikan Nun, dan berada dalam perut ikan Nun itu selama 40 hari 40 malam.

Untuk mengetahui bagaimana baginda boleh ditelan ikan Nun dan apa yang berlaku kepada kaum Ninawa yang ingkar selepas ditinggalkan oleh baginda Nabi Yunus A.S., dapatkan VCD ini untuk mengikuti kisah menarik ini.

Sunday, June 12, 2011

Kisah Nabi dalam al-Quran & Injil

Kisah Nabi dalam al-Quran & Injil
Penulis: Muhamad Jaya
Terbitan: Kemilau Publika
Harga: RM18.00

Umumnya, kisah-kisah para nabi baik dalam kitab mahupun dalam al-Quran memiliki alur cerita yang sama, namun secara terperinci dan gaya bahasa mahupun penyusunan kalimahnya,
antara Injil dan al-Quran terdapat versi cerita yang berbeza. Terdapat banyak nabi-nabi Israel dalam Injil Perjanjian Lama. Bagi membatasi penulisan ini dan juga agar relevan dengan keimanan umat Islam, maka hanya sebahagian sahaja nabi-nabi Israel yang ditulis dalam buku ini.

Tetapi bagi melengkapkan buku ini, penulis turut mengutip nabi-nabi yang tidak dikenali dalam Perjanjian Lama dan Perjanjian Baru tetapi terdapat dalam al-Quran seperti Nabi Hud, Soleh, Syuaib dan Nabi Muhammad sehingga buku ini saling lengkap-melengkapi kekurangan nabi-nabi itu.

Saturday, June 11, 2011

Kisah Para Nabi

Kisah Para Nabi: Pengajaran & Iktibar
Penulis: Ustaz Johari Yaman
Terbitan: Nadi Minda Resources
Harga: RM75.00

Wednesday, May 18, 2011

Nabi Khidir: Di Sebalik Tabir Laduni

Nabi Khidir: Di Sebalik Tabir Laduni
Penulis: Harun Arrasyid Haji Tuskan
Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM23.00

Kisah Nabi Musa a.s. dan Nabi Khidir a.s. diceritakan dalam al-Quran melalui surah al-Kahfi , ayat 60-82. Dalam surah al-Kahfi terdapat kisah pertemuan dan pengembaraan antara kedua-dua nabi Allah ini. Dalam pengembaraan tersebut Nabi Musa a.s. mendapati tindakan-tindakan Nabi Khidir a.s. menyalahi syariat sebagaimana yang diturunkan Allah kepadanya. Justeru bantahan demi bantahan yang dikemukakan oleh Nabi Musa a.s. terhadap Nabi Khidir a.s., maka Nabi Khidir a.s. memutuskan untuk mengakhiri pertemuan mereka setelah baginda menceritakan segala yang tersirat di sebalik tindakan-tindakannya itu. Ironinya, kisah pertemuan ini telah dieksploitasi oleh sesetengah golongan yang mendakwa berfahaman sufi. Maka menjelmalah pelbagai versi cerita tentang dakwaan-dakwaan pertemuan orang tertentu dengan Nabi Khidir a.s. Malah golongan ini mendakwa agama yang diturunkan Allah ini terbahagi kepada zahir dan batin. Implikasinya, para wali dianggap tidak terikat kepada syariat Allah dan boleh melakukan apa jua tindakan yang zahirnya dilihat menyalahi syariat namun hakikatnya betul.

Saturday, May 14, 2011

31 Kisah Nabi

31 Kisah Nabi
Penulis: Wan Nor Ainon Wan Abdullah
Terbitan: PTS
Harga: RM26.00

Tahukah adik-adik dari mana asal usul manusia?

Siapa pula orang pertama yang menggunakan teknologi alat tulis?

Pasti adik-adik juga mahu tahu siapa nabi yang kalis api?

Cuba adik-adik teka siapakah di antara nabi-nabi kita yang mepunyai vokal atau suara terbaik di zamannya, selain mampu melembutkan besi menggunakan tangannya sendiri.

Setiap umat ada nabi sendiri. Tahukah adik-adik siapa nabi kita?

Wah! Rupa-rupanya selain menyampaikan ajaran Islam kepada masyarakat, nabi-nabi kita mempunyai kelebihan masing-masing yang Allah berikan kepada mereka.

Adik-adik pasti teruja apabila membaca cerita nabi ini kerana terdapat banyak ilmu pengetahuan baru yang yang dicetus oleh para nabi kita tanpa kita sedari.

Semua kisah nabi ini adalah cerita yang benar-benar berlaku sebagai pedoman kepada kita supaya kita sedar tentang keistimewaan nabi-nabi kita.

Sunday, August 15, 2010

Siri Kisah Teladan Para Nabi Oleh Amru Khalid

Membaca Teladan Mengungkap Hikmah Teladan Para Nabi
Amru Khalid
Harga: RM115.00 (1 set - 3 jilid)

Tuesday, August 10, 2010

Buku Kisah-kisah Nabi & Rasul

1) Sejarah 25 Rasul - Luqman Hakim, Al-Hidayah, RM16.00
2) Kisah-Kisah Para Nabi & Rasul - Abdullah bin Ahmad Mubarak, Al-Hidayah, RM39.00
3) Kisah Para Nabi: Teladan Bagi Orang Berakal - Ibnu Kathir, Darul Fajr, RM69.00
4) 25 Kisah Para Nabi & Rasul - Hj. Abdul Rahman B. Mohd Adil, RM32.00

Thursday, June 17, 2010

25 Kisah Para Nabi & Rasul

25 Kisah Para Nabi & Rasul
Hj. Abdul Rahman B. Mohd Adil
Terbitan: Pustaka Azhar
Harga: RM32.00

Buku ini menghuraikan secara terperinci tentang kisah Para Nabi dan Rasul Allah yang telah diutus ke bumi ini sebagai alat penyatu umat. Semoga kehadiran buku ini dapat menambah pengetahuan ilmu kita dan meneguhkan iman serta menambah kecintaan kita kepada para Nabi Allah. Amin.

Saturday, February 20, 2010

Himpunan Kisah-Kisah Mukjizat Para Nabi

Himpunan Kisah-Kisah Mukjizat Para Nabi
Penulis: Mohd Najib & Mohd Suhail Lukman
Terbitan: Jasmin
Harga: RM18.00

KANDUNGAN

- Kisah Dan Mukjizat Nabi Nuh A.S.
- Kisah Dan Mukjizat Nabi Hud A.S.
- Kisah Dan Mukjizat Nabi Saleh A.S.
- Kisah Dan Mukjizat Nabi Ibrahim A.S.
- Kisah Dan Mukjizat Nabi Ismail A.S.
- Kisah Dan Mukjizat Nabi Luth A.S.
- Kisah Dan Mukjizat Nabi Musa A.S.
- Kisah Dan Mukjizat Nabi Khidir A.S.
- Kisah Dan Mukjizat Nabi Daud A.S.
- Kisah Dan Mukjizat Nabi Sulaiman A.S.
- Kisah Dan Mukjizat Nabi Ayob A.S.
- Kisah Dan Mukjizat Nabi Yunus A.S.
- Kisah Dan Mukjizat Nabi Isa A.S.