Showing posts with label PTS. Show all posts
Showing posts with label PTS. Show all posts

Tuesday, December 12, 2017

365 Tip Didik Anak Gaya Nabi


365 Tip Didik Anak Gaya Nabi 
 Penulis: Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM18.00 

 Keistimewaan Buku Ini: 
 - Dalil daripada Al-Quran, hadith, dan pendapat ulama. 
 - Bertemakan '1 hari 1 tip', disertakan 365 Tip Jom Amal legkap sebagai bimbingan ibu bapa untuk setahun. 
 - Setiap topik dinyatakan kelebihan dan tujuan pelaksanaannya. 
 - Contoh cadangan aktiviti yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bersama anak-anak.

Monday, March 6, 2017

As-Syamail Al-Muhammadiyah Edisi Kemas Kini


As-Syamail Al-Muhammadiyah Edisi Kemas Kini 
 Penulis: Imam Tirmizi 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM38.00

Tuesday, June 14, 2016

Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah - Edisi Kemas Kini


Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah - Edisi Kemas Kini 
 Penulis: Zamri Mohamad, Imran Yusuf 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM26.00 

 Ada yang mengatakan perkahwinan ibarat pertaruhan. Ada pula yang mengatakan perkahwinan ibarat percaturan. Tidak kurang pula yang memberikan definisi perkahwinan sebagai perkongsian hidup dua hati yang berasal daripada dua keluarga yang berbeza segalanya. 

 Walau apapun definisi perkahwinan mengikut takrifan individu, namun Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah, menyingkap petua-petua cinta abadi alam perkahwinan, pengalaman sebenar, tip-tip berguna serta amalan doa-doa tertentu dalam mengemudi bahtera perkahwinan supaya kekal hingga ke akhir hayat.

Saturday, March 26, 2016

Kaedah Merawat Susuk


Kaedah Merawat Santau 
 Penulis: Dato’ Dr. Haron Din, Mokhtar Kassan 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM15.00

Sunday, February 28, 2016

#About Love


#About Love 
 Penulis: Tere Liye 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM13.00 

 Kalau memang terlihat rumit, lupakanlah. Itu jelas bukan cinta sejati kita. Cinta sejati selalu sederhana. Ada seseorang dalam hidupmu yang ketika ia pergi, maka ia juga membawa sepotong hatimu. Terkadang cinta tumbuh dengan cara yang amat ganjil dan di tempat yang keliru. Cinta hanyalah segumpal perasaan dalam hati. Sama halnya dengan gumpalan perasaan senang, gembira, dan sedih. Suatu saat jika kau beruntung menemukan cinta sejatimu, ketika kalian saling bertatap untuk pertama kalinya, waktu akan terhenti. Jika berjodoh, Tuhan sendiri yang akan memberikan jalan baiknya. Termasuk kebetulan-kebetulan yang menakjubkan. Kau tidak akan mendapatkan seseorang kalau kau terlalu mencintainya.

Tuesday, February 23, 2016

As-Syamail Al-Muhammadiyah Edisi Kemas Kini


As-Syamail Al-Muhammadiyah Edisi Kemas Kini 
 Penulis: Imam Tirmizi 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM55.00

Monday, December 28, 2015

Kaedah Merawat Saka


Kaedah Merawat Saka 
 Penulis: Dato’ Dr. Haron Din, Mokhtar Kassan 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM17.00

 Saka adalah makhluk halus yang diwarisi daripada leluhur seperti ayah, nenek, atau datuk dalam keadaan sedar ataupun tidak. Saka atau jin yang diwarisi kebiasaannya memerlukan waris bagi memberi makanan atau persembahan kepadanya. Makhluk ini kemudiannya diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi berikutnya apabila waris mengabaikannya. Ini mungkin terjadi kerana leka atau waris tidak mengetahui kewujudannya. 

 Dalam syariat Islam, bergantung kepada jin dan syaitan adalah dilarang dan boleh membawa kepada syirik. Seperti yang disebut dalam surah Al-Jin ayat 6: "Dan sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga, dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan daripada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat." 

 Kaedah-kaedah rawatan dalam buku ini adalah panduan berdasarkan pembelajaran dan pegalaman penulis. Dinasihatkan para pesakit supaya mendapatkan perhatian daripada pengamal perubatan Islam yang diyakini pegangan syariatnya.

Tuesday, August 25, 2015

Tafsir Al-Azhar Jilid 1


Tafsir Al-Azhar Jilid 1 
 Penulis: Prof. Dr. Hamka 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM90.00 

 Tasfsir Al-Azhar adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara, Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah, ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA. HAMKA telah menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini, antaranya metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi'in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. 

 Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan syair, dan menganalisis dengan kemampuan sendiri dengan pendekatan meraikan kepelbagaian mazhab. Tafsir Al-Azhar menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik, dan menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera, dan psikologi.

Monday, August 24, 2015

Ada Iman, Baru Syok, Ada Fight ~ Adam Corrie


Ada Iman, Baru Syok, Ada Fight 
 Penulis: Adam Corrie 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM20.00 

 "Saya masih baru dalam Islam, setiap orang ada khilaf masing-masing dalam bab kehidupan dan agama. Kalau saya silap tegurlah saya dengan cara yang berhikmah." Adam Corrie

Wednesday, June 3, 2015

#Diari Seorang Mujahidah Kembara Syria


#Diari Seorang Mujahidah Kembara Syria 
 Penulis: Heliza Helmi, Roziyah Mahamad 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM19.00 

 Manusia ini ada dua jenis. Satu seperti telur dan satu lagi seperti bola tenis. Bayangkan telur dibaling pada batu. Apa yang akan jadi? Ya, telur akan pecah dan isinya akan melekat pada batu. Sekarang, bayangkan pula bola tenis dibaling pada batu. Apa akan jadi? Bola tenis itu akan melantun, betul? Apabila dibaling lagi kuat, bola itu akan melantun lebih tinggi. 

 Begitulah seperti hidup kita. Batu diumpamakan seperti ujian. Sekiranya jadi seperti telur, apabila diberikan ujian kita akan bersedih, kecewa, ataupun putus asa bersama dengan ujian itu. Namun, sekiranya kita memilih bagi menjadi bola tenis, apabila mendapat satu ujian, kita akan bangkit lagi tinggi. Dan ujian itu adalah bagi menaikkan darjat kita, menjadikan diri kita lebih baik, dan mengampunkan dosa kita sekiranya kita sabar, redha, dan bersangka baik pada Allah s.w.t. 

 Hayati setiap bait cerita #Diari Seorang Mujahidah Kembara Syria. Rasai seolah-olah kita berada di bumi Syam dan turut sama berjuang menjadi mujahid dan mujahidah!

Tuesday, May 19, 2015

Hijabista Hijrahsista (Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung)


Hijabista Hijrahsista (Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung) - Irma Hasmie, Diana Amir, Heliza Helmi, Felixia Yeap  
Terbitan: PTS
 Harga: RM18.00

 Apa yang Tuhan wajibkan adalah menutup aurat. Bukan sahaja bagi melindungi yang cantik-cantik tentang perempuan, tetapi juga sebagai ujian, adakah perempuan mampu bertahan dalam menurut perintah, melindungi yang cantik-cantik tentang mereka.

 Inilah himpunan kisah 'bagaimana akhirnya aku bertudung'. Kisah bagaimana mereka patuh dan taat pada suruhan menutup aurat, juga kisah-kisah bagaimana mereka bertahan dalam ujian yang ganjarannya adalah syurga.

Sunday, May 10, 2015

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck


Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck 
 Penulis: Hamka 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM20.00 

 Kisah Zainuddin yang punyai ayah asal Minangkabau, dan ibu Makasar. Di Makasar dia dianggap orang Minangkabau lalu tidak diterima bergaul. Apabila dia sudah menjadi yatim piatu, dia berangkat pula ke ranah Minang. Di sana, dia dianggap pula sebagai orang Makasar. Tidak juga diterima. Itu membuat dia dipencilkan, lalu tersudut di suatu wilayah yang sepi. Sehinggalah dia bertemu dengan Hayati. 

 Gadis yang digelar bunga Batipuh. Cantiknya tiada banding, dan Hayati sahaja yang sudi berkawan dengan dia. Mereka berbalas-balas surat. Yang akhirnya itu berubah menjadi cinta. Cinta itu yang baru pucuk, rupa-rupanya akan dilanda badai. Ranah Minang yang kuat berpegang dengan adat, membuatkan Zainuddin tidak diterima. Pedihnya hati pada ketika hadirnya pula orang ketiga, Aziz, yang hampir sempurna. Malah diterima baik oleh keluarga Hayati. Itulah mulanya perit cinta, dan berhujung pada tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.

Tuesday, May 5, 2015

Penawar Bagi Hati


Penawar Bagi Hati 
 Penulis: Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muthalib Al-Mandili 
 Terbitan: PTS
 Harga: RM50.00 

 "Ketahuilah, pada jasad itu terdapat segumpal daging. Sekiranya ia baik, maka baiklah seluruh jasadnya. Namun, sekiranya ia buruk, maka buruklah seluruh jasadnya. Ketahuilah, itu adalah hati." - Shahih Bukhari

Tuesday, April 7, 2015

Mudahnya Hafal Al-Quran Menggunakan Kaedah Jibril (Edisi Kemas Kini)


Mudahnya Hafal Al-Quran Menggunakan Kaedah Jibril (Edisi Kemas Kini) 
 Penulis: Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM16.00 

 Kaedah jibril adalah buku yang mendedahkan teknik hafazan Al-Quran untuk golongan awam langkah demi langkah. Segala fakta, teknik dan tip yang diterangkan dalam buku ini adalah berdasarkan pengalaman penulis menghafaz al-Quran selama lebih 15 tahun. Ia juga adalah rangkuman interaksi penulis mengajar golongan awam menghafaz Al-Quran melalui pelbagai bengkel dan seminar yang dianjurkan. 

 Kaedah dan panduan yang disusun secara santai dan ringkas memudahkan para pembaca memahami setiap langkah menghafal setiap ayat Al-Quran secara praktikal. Membaca buku ini akan mendorong dan memberi semangat baru kepada mereka yang bercita-cita menjadi hafiz, walau apa jua latar belakang dan usia mereka!

Friday, March 27, 2015

Tarbiyatul Aulad Fil Islam


Tarbiyatul Aulad Fil Islam (2 Jilid) 
 Penulis: Dr. Abdullah Nasih Ulwan 
 Terbitan: PTS 
 Harga: Jilid 1 -RM65;  Jilid 2 -RM75

Tuesday, March 3, 2015

Wanita Lebih Mudah Masuk Syurga


Wanita Lebih Mudah Masuk Syurga 
 Penulis: Muhammad Suhadi 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM18.00 

Wanita lebih mudah masuk syurga Allah s.w.t. sekiranya dia melakukan perkara-perkara yang membawa kepada jalan-jalan yang diredhai Allah s.w.t. Tiada jalan mudah ke syurga melainkan memerlukan pengorbanan dan keimanan yang kuat selain, mentaati suami dan ibu bapa yang menjadikan jalan mudah membolehkan sampai ke syurga dengan cepat. 

 Rasulullah s.a.w. menyatakan, “Jikalau seorang wanita solat lima waktu, menjaga kemaluannya, dan taat kepada suaminya, pasti dia masuk syurga dari mana sahaja pintu yang dikehendakinya.” (Hadith direkodkan oleh Ibnu Hibban) 

 Demikianlah kelebihan seorang wanita Islam. Tidak sukar bagi merasai nikmat syurga, asalkan menjaga diri dan menunaikan kewajipan yang ditetapkan agama. Tetapi syangnya, ramai wanita kini tidak pandai menjaga maruah diri, tidak menutup aurat, menderhakai suami, dan sebagainya. Wanita senang masuk syurga, mudah juga melangkah ke neraka. Waspadalah.

Tuesday, February 3, 2015

Aku Nabi Isa!


Aku Nabi Isa! 
 Penulis: Rozanizam Zakaria 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM15.00 

 Aku Nabi Isa! Refleksi Wad Sakit Jiwa. 

 Jangan kau hinakan orang gila, Kerana sekurang-kurangnya mereka jujur dengan kegilaannya, Sedangkan kewarasanmu belum tentu kejujurannya. 

 ------- 
 Bukan sekadar cerita mengaju nabi, bahkan ada kisah keluarga mahu bunuh diri. Kemudian, ada pula yang suaminya disembelih, anaknya diculik, dan rumahnya dibakar... 

 Aku Nabi Isa! Refleksi Wad Sakit Jiwa, tentulah bukan himpunan tulisan cerita yang biasa-biasa.

Tuesday, January 13, 2015

Deme Wasap, Ambe Reply - Ustaz Azhar Idrus


Deme Wasap, Ambe Reply 
 Penulis: Ustaz Azhar Idrus 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM18.00 

 Ustaz Azhar Idrus, pendakwah nombor 1 di Malaysia, kali ini tampil dengan buku terbaru beliau, Deme Wasap, Ambe Reply berkenaan Fikah Remaja. Buku ini adalah buku siri soal jawab beliau yang ketiga. Ia mengandungi persoalan-persoalan fikah harian yang selalu remaja tertanya-tanya, yang merangkumi pelbagai aspek seperti hiburan, ibadah, isu semasa, akidah, dan banyak lagi. Buku ini juga memuatkan karikatur Ustaz Azhar Idrus yang mencuit hati, selain warna dan grafiknya yang menarik. Sesuai untuk semua lapisan umur dan masyarakat

Sunday, January 11, 2015

Himpunan Doa Harian


Himpunan Doa Harian 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM4.50 

 Buku kecil ini menghimpunkan koleksi doa harian dipetik daripada ayat al-Quran dan hadis nabi.

Saturday, January 3, 2015

The Final Chapter oleh Jerry D. Gray


The Final Chapter 
 Penulis: Jerry D. Gray 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM21.00 

 Dunia sekarang semakin hampir menuju akhir zaman. Pelbagai tanda dan petunjuk semakin jelas kelihatan. Kejahatan kuffar dan puak pembela Dajal mula memimpin konspirasi kemusnahan. Adakah kita sudah bersedia menentang kejahatan dengan kebenaran? Ataupun masih terbuai dengan keseronokan dunia dan tipu daya syaitan? Apabila Dajal datang membawa segala kesenangan dan mengaku sebagai Tuhan, hanya iman yang dapat memandu kita. Hanya iman juga yang dapat membezakan di mana pengakhiran kita, syurga ataupun neraka. Sudah bersediakah kita?