Sunday, May 31, 2015

Dajjal Di Segitiga Bermuda


Dajjal Di Segitiga Bermuda 
 Penulis: Muhamad Isa Dawud 
 Terbitan: Hijjaz Records Publishing 
 Harga: RM25.90 

 Segala-galanya bermula ketika penulis bertemu seorang individu berketurunan Yahudi yang mengaku telah membunuh Cherep Spiridovich, seorang gabenor berketurunan Skandinavia. Pembunuhan itu terjadi kerana Cherep telah menulis 2 buah buku terkenal berjudul The Hidden Hand dan The Secret World Government. Kedua-dua buku itu mengaitkan Dajjal (Messiah bagi orang Yahudi) dengan Segitiga Bermuda dan Misteri Piring Terbang. 

 Sejak itu, Muhammad Isa Dawud menjalankan pelbagai kajian, temubual dan pergi ke lokasi tertentu bagi mendapatkan bahan dan mengesahkan fakta-fakta yang diperolehinya. Buku dengan tajuk asal Ihdzaru Al-Masih Ad-Dajjal Yaghzu Al-’Alam Min Mutsallats Barmuda ini menjadi terkenal di seluruh dunia dan telah diterjemah ke dalam beberapa bahasa. 

 Buku ini mengemukakan secara terperinci mengenai hubungan Dajjal dengan Segitiga Bermuda dan Piring Terbang. Ia juga membongkar pelbagai strategi dan fitnah yang digunakan oleh Dajjal dan kuncu-kuncunya bagi menakluki dunia. Dajjal Muncul Dari Segitiga Bermuda bukan buku bacaan santai yang sekadar dibaca bagi mendapatkan pengetahuan am tentang Dajjal. Sebaliknya, buku ini harus dijadikan persediaan dalam menghadapi zaman-zaman kegelapan menjelang kemunculannya. 

Semoga Allah terus memelihara semua Muslim agar kekal dalam hidayah dan tali iman sekaligus menyelamatkan kita daripada fitnah besar yang amat dahsyat ini.

Tuesday, May 19, 2015

Hijabista Hijrahsista (Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung)


Hijabista Hijrahsista (Bagaimana Akhirnya Saya Bertudung) - Irma Hasmie, Diana Amir, Heliza Helmi, Felixia Yeap  
Terbitan: PTS
 Harga: RM18.00

 Apa yang Tuhan wajibkan adalah menutup aurat. Bukan sahaja bagi melindungi yang cantik-cantik tentang perempuan, tetapi juga sebagai ujian, adakah perempuan mampu bertahan dalam menurut perintah, melindungi yang cantik-cantik tentang mereka.

 Inilah himpunan kisah 'bagaimana akhirnya aku bertudung'. Kisah bagaimana mereka patuh dan taat pada suruhan menutup aurat, juga kisah-kisah bagaimana mereka bertahan dalam ujian yang ganjarannya adalah syurga.

Tuesday, May 12, 2015

Kerana Dia Tuhanku


Kerana Dia Tuhanku 
 Penulis: Suhana Amiril 
 Terbitan: Karya Bestari 
 Harga: RM25.00 

 Mengharungi kehidupan di dunia, tidak pernah menjanjikan jalan yang indah. Adakalanya suram dan sedih. Tapi teruslah berjalan. Teruslah beramal. Bukan kerana manusia. Tapi kerana ALLAH..kerana DIAlah Tuhan kita. Bukankah itu sebenarnya sebuah cinta?

Untaian Nasihat Abdul Qadir Jailani


Untaian Nasihat Abdul Qadir Jailani 
 Penulis: Shalih Ahmad Asy-Syami 
 Terbitan: Turos 
 Harga: RM30.00 

 Bacaan wajib untuk setiap keluarga muslim. Dipilih dan disarikan dari berbagai kitab karya Syeikh Abdul Qadir Jailani

Sunday, May 10, 2015

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck


Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck 
 Penulis: Hamka 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM20.00 

 Kisah Zainuddin yang punyai ayah asal Minangkabau, dan ibu Makasar. Di Makasar dia dianggap orang Minangkabau lalu tidak diterima bergaul. Apabila dia sudah menjadi yatim piatu, dia berangkat pula ke ranah Minang. Di sana, dia dianggap pula sebagai orang Makasar. Tidak juga diterima. Itu membuat dia dipencilkan, lalu tersudut di suatu wilayah yang sepi. Sehinggalah dia bertemu dengan Hayati. 

 Gadis yang digelar bunga Batipuh. Cantiknya tiada banding, dan Hayati sahaja yang sudi berkawan dengan dia. Mereka berbalas-balas surat. Yang akhirnya itu berubah menjadi cinta. Cinta itu yang baru pucuk, rupa-rupanya akan dilanda badai. Ranah Minang yang kuat berpegang dengan adat, membuatkan Zainuddin tidak diterima. Pedihnya hati pada ketika hadirnya pula orang ketiga, Aziz, yang hampir sempurna. Malah diterima baik oleh keluarga Hayati. Itulah mulanya perit cinta, dan berhujung pada tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.

Thursday, May 7, 2015

Rahsia Simbol Yahudi (Siri 2)


Rahsia Simbol Yahudi (Siri 2) 
 Penulis: Ibnuyaacob 
 Terbitan: Moonmedia 
 Harga: RM36.00 

 Pendedahan Tuan Guru Nik Abdul Aziz dalam Parlimen mengenai kewujudan organisasi Freemason di Malaysia. 

 Rahsia nama pemimpin Nazi, presiden Amerika dan komputer Apple dengan nombor rahsia Syaitan.  
Isyarat-isyarat tangan yang digunakan ahli Freemason dan Illuminati untuk berkomunikasi. 

 Rahsia peristiwa 11 September 2001 di Amerika yang dirancang dalam wang kertas dollar Amerika. 

Rahsia besar di sebalik bendera Arab Saudi.

Tuesday, May 5, 2015

Penawar Bagi Hati


Penawar Bagi Hati 
 Penulis: Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muthalib Al-Mandili 
 Terbitan: PTS
 Harga: RM50.00 

 "Ketahuilah, pada jasad itu terdapat segumpal daging. Sekiranya ia baik, maka baiklah seluruh jasadnya. Namun, sekiranya ia buruk, maka buruklah seluruh jasadnya. Ketahuilah, itu adalah hati." - Shahih Bukhari

Monday, May 4, 2015

Cara Memperoleh Hidayah Allah Meraih Puncak Makrifat


Cara Memperoleh Hidayah Allah Meraih Puncak Makrifat 
 Penulis: Imam Al-Ghazali 
 Terbitan: Mitra Press 
 Harga: RM20.00 

 Buku ini merupakan intisari dari kitab Bidayatul Hidayah, karya besar Imam Al-Ghazali yang mengupas tuntas tentang cara memperoleh hidayah Allah.

Friday, May 1, 2015

Jannah & Jahannam


Jannah & Jahannam 
 Penulis: Syekh Abdul Qadir Al-Jailani 
 Terbitan: Zaytuna 
 Harga: RM20.00 

Indahnya syurga dan panasnya api neraka