'Online bookstore' yang menjual pelbagai buku bercorak Islami - dakwah, tarbiyyah, harakah, fiqh, novel Islami, novel sejarah Islam, rumahtangga, kekeluargaan, motivasi & banyak lagi
Sunday, March 6, 2016
Misteri Keajaiban Alam Ciptaan Tuhan: Tumbuhan Penyembuh Penyakit
Wednesday, October 22, 2014
Ramalan-ramalan Rasulullah s.a.w. Yang Kini Terbukti Menurut Sains
Sunday, August 31, 2014
Rahsia Tentera Imun
Keajaiban Haiwan yang Mengubah Dunia
Tuesday, April 2, 2013
Solat Dan Sains
Thursday, September 8, 2011
Zuriat Biologi: Alternatif Memperoleh Zuriat Cara Islam
Zuriat Biologi: Alternatif Memperoleh Zuriat Cara IslamPenulis: Hasan Basri Omar
Terbitan: PTS
Harga: RM25.00
Buku ini hasil terjemahan beberapa kitab pengajian kuliah di Universiti al-Azhar, Mesir diadun dan diolah semula bagi mendapatkan kesepaduan dan mengimbangi kekurangan yang ada dengan menambah petikan akhbar dan majalah, fatwa ulama dan rujukan beberapa kitab sampingan.
Persoalan tentang penemuan teknologi reproduksi buatan bagi mendapatkan zuriat mula disentuh oleh sarjana Islam, Dr. Ahmad al-Hajji al-Kurdi pada awal tahun 70-an.
Proses reproduksi buatan yang dinamakan ‘bayi tabung uji’ ini mengajak kita untuk membincangkan dan memikirkan adakah usaha ini bertentangan dengan pernyataan Allah dalam al-Quran?
Adakah usaha para saintis perubatan yang berjaya mengetahui jantina janin yang masih berada di dalam rahim telah memberi cabaran terhadap keesaan ilmu Allah?
Harapan semoga penulisan ini dapat membantu umat Islam seluruhnya dalam memahami permasalahan berkaitan persoalan yang dibentang serta berpegang teguh terhadap syariat Allah sebagai pedoman hidup.
Friday, August 5, 2011
The Halal Index Vol 1 - Pig Based Pharmaceuticals
The Halal Index Vol 1 - Pig Based Pharmaceuticals
Terbitan: Phyrotex Press
Harga: RM199.00
While much have been written on the subject of Halal and Haram substances found in food, there is no single work which deals exclusively on Halal and Haram compounds used in the pharmaceuticals sector.
This publication represents a first dealing with pharmaceutical compounds from porcine (pig based) origins. It is addressed to the Muslim Ummah and all those who serve this market which is currently estimated at USD 100 billion per annum.
The content of the book comprises monographs of the compounds detailing its origins, the parts of the pig used, the uses of the compounds, how it is administered and possible adverse effects.
The book also highlights the alternative sources from which the compounds may be manufactured. In addition, the therapuetic categories of the compounds and brief narratives are included. Additional information includes the ATC codes, compound synonyms and trade names. The reader is also guided with an extensive bibliography and references together with an accompanying website for updated information.
Sunday, July 17, 2011
Ketika Alam Bertasbih
Ketika Alam BertasbihPenulis: Mohd Fadzil Akhir
Terbitan: PTS
Harga: RM15.00
Terungkainya Misteri Alam Melalui Petunjuk Al-Quran dan Sains
“Langit yang tujuh, bumi, dan semua yang ada dalamnya bertasbih kepada Allah. Dan tidak ada suatupun melainkan mereka bertasbih dengan memuji-Nya, namun kamu semua tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya, Dia adalah Maha Penyantun lagi Maha Pengampun.” (Surah al-Israk, ayat 77)
Tentu Anda Ingin Tahu:
- Mengapa langit digelar 'atap' dunia?
- Kewujudan sungai dalam laut
- Air dan kunci ke syurga
- Di manakah 'paru-paru' dunia?
- Adakah sains membuktikan al-Quran?
Dalam surah al-Anbiyak, ayat 79, Allah menyatakan, “Dan sudah Kami tundukkan gunung-gunung dan burung-burung, semua bertasbih bersama Daud.”
Timbul pula persoalan dalam benak kita, 'Bagaimana gunung dan burung bertasbih?'
Gunung dan burung bertasbih dengan melaksanakan tanggungjawab mereka, supaya proses alam berjalan dengan lancar, tersusun, dan teratur. Alam pula bertasbih dengan terus mematuhi aturan yang ditetapkan oleh Allah.
Ketika Alam Bertasbih melihat perkaitan antara al-Quran, sains, dan alam. Betapa istimewanya anugerah kitab suci Tuhan, apabila digabungkan dengan pencerapan sains dan kesudian menghargai alam.
Ketika Alam Bertasbih membongkar dan membedah keistimewaan alam. Apabila kita berjaya menyebar keistimewaan alam, kita mendengar panggilan alam supaya supaya turut sama bertasbih. Bukan sekadar mengucapkan subhanallah, malah mengucapkan syukur, dan menikmati apa yang ada pada alam dengan penuh rasa tanggungjawab.
Membaca Ketika Alam Bertasbih, semoga alam tidak sendirian lagi.
Monday, June 13, 2011
Quranic Super Healing
Quranic Super HealingPenulis: Ustaz Mustamir
Terbitan: PTS
Harga: RM19.00
Setiap manusia mahukan kesihatan. Ada yang berpendapat sihat itu adalah kekal segar tanpa masalah. Mungkin pula sihat itu adalah sembuh daripada penyakit yang sedia ada. Menjadi sihat adalah salah satu nikmat agung yang dikurniakan kepada kita selain diizinkan hidup, ada masa lapang, anugerah kekayaan dan waktu muda remaja.
Namun sayang, kita ini sukar sihat. Sekiranya tidak sakit tubuh badan dengan terbeban kanser, diabetes, darah tinggi dan seribu macam penyakit lagi, ada pula sakit jiwa. Sakit pada hati. Mungkin itu teruk sakitnya seperti skizofrenia mahupun mania. Mungkin pula sakit yang halus seperti dengki, benci dan keras hati. Walau apapun namanya, semua itu tetap penyakit. Kita yang menderita terasa perit.
Begitu dahsyat dunia, putus asa sahajakah kita?
Tidak. Syukur, kita ada al-Quran. Mukjizat nabi yang teragung. Kitab yang dijanjikan Tuhan sebagai penyembuh dan ubat untuk orang beriman. Tuhan menawarkan kesihatan nurani dan jasmani buat mereka yang membaca, menghayati dan mengamalkan ajaran-ajaran al-Quran.
Quranic Super Healing mengungkap rahsia al-Quran dari segi kesihatan dengan asas ilmu perubatan. Melalui hujah dan analisis ilmiah, terungkap yang al-Quran sememangnya mempunyai potensi luar biasa sebagai ubat kepada pelbagai penyakit. Bukan sahaja penyakit jiwa, bahkan penyakit jasad.
Sunday, June 5, 2011
Israk & Mikraj: Tinjauan Saintifik di Sebalik Kontroversi
Terbitan: PTS
Harga: RM16.00
Dalam sejarah kenabian Muhammad, tidak ada mukjizat selain dari pembelahan bulan yang mendatangkan kontroversi sepanjang zaman kecuali peristiwa Israk dan Mikraj. Ada yang menganggap kisah tersebut hanyalah khayalan dan mimpi Nabi Muhammad. Ada yang menganggap itu hanyalah cerita rekaan para penulis hadis. Persoalan ini menjadi begitu kompleks sehingga golongan yang mengingkarinya berhujah dengan fakta-fakta sumber hadis yang sahih. Manakala golongan pembela pula sebahagiannya memendamkan hujah itu dan membiarkan iman memutuskan kebenarannya.
Buku Israk & Mikraj: Tinjauan Saintifik di Sebalik Kontroversi menjawab dakwaan-dakwaan yang berkaitan dengan peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad menggunakan hujah al-Quran, hadis, fakta saintifik dan logik yang menggunakan analogi yang mudah diterima malah sering dialami di sekeliling kita.
Friday, June 3, 2011
Terapi Solat Tahajud
Terapi Solat TahajudPenulis: Mohammad Salleh
Terbitan: PTS
Harga: RM23.00
Isi Kandungan
Bahagian 1: Anatomi Sistem Kekebalan Tubuh
Imunologik Fungsi Sistem Limbik dan Peranan Kunci Hipotalamus
Kelenjar Adrenalina dan Rembesan Kortisol
Kesan Kortisol pada Sistem IMUN Stres, Coping Mechanism dan Ketahanan Tubuh Imunologi
Komunikasi antara Sel dalam Sistem Imun
Sistem Ketahanan Tubuh Imunologik Gerak Balas Ketahanan Tubuh Non-Spesifik
Gerak Balas Ketahanan Tubuh Spesifik Protein Antibodi (Imunoglobulin)
Neuropeptida dan Sel Imunokompeten
Bahagian 2: Psikoneuroimunologi Solat Tahajud
Analisis Makna Islam Keseluruhannya
Niat Ikhlas dan Hakikat Khusyuk dalam Solat
Hakikat Khusyuk dalam Solat
Hakikat Solat Tahajud
Solat Tahajud dan Keperluan Pemeliharaan Homeostasis
Fisiologi Nafsu dan Peranan Iman
Pola Ritma Sirkadian Fungsi Fisiologikal Pengamal Solat Tahajud
Psikoneuroimunologi Solat Tahajud
Bahagian 3: Pengaruh Solat Tahajud pada Peningkatan Gerak Balas Ketahanan Tubuh
Kerangka Konseptual Penyelidikan Reka Bentuk
Penyelidikan Gerak Balas Ketahanan Tubuh Imunologik Para Pengamal Solat Tahajud
Pengaruh Solat Tahajud pada Peningkatan Gerak Balas KetahananTubuh Imunologik
Menemui Parameter Ikhlas
Sunday, May 15, 2011
Tuan Bertanya, Dr. Danial Menjawab Mengenai Persoalan Islam Yang Kontemporari
Tuan Bertanya, Dr. Danial Menjawab Mengenai Persoalan Islam Yang KontemporariPenulis: Dr. Danial Zainal Abidin
Terbitan: PTS
Harga: RM30.00
Mengupas Persoalan-Persoalan Semasa Islam Secara Komprehensif Berpandukan al-Quran, Hadis, dan Sains
Tuan Bertanya, Dr. Danial Menjawab menggunakan format padat soalan dan jawapan bagi menerangkan isu yang selama ini sukar untuk kita perjelaskan jawapannya. Melalui buku ini, kita diberi pencerahan yang cemerlang perihal 74 persoalan Islam dan iman melalui cara yang mudah.
Antara persoalan yang terjawab adalah:
- Mengapa agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad dipanggil Islam, bukan Muhammadisme?
- Apakah yang dimaksudkan dengan pernyataan 'Islam itu agama yang sempurna'?
- Sekiranya solat mencegah kemungkaran, mengapa orang yang menunaikan solat masih melakukan kejahatan?
- Benarkah Tuhan itu wujud?
- Bagaimana dengan jangkaan kiamat pada tahun 2012?
- Apakah kedudukan anti hadis, Ayah Pin dan Rasul Kahar di sisi Islam?
Saturday, February 5, 2011
Storms Of My Grand Children (Edisi Bahasa Melayu)
- Jumlah bencana alam meningkat di seluruh dunia
- Perubahan mendadak iklim tempatan
- Banjir yang luar biasa melanda Malaysia
- Eksploitasi melampau kepada hasil bumi
Apa yang mahu dirisaukan? Cuaca di tempat kita tidak banyak berubah pun?
Itu memang benar, tetapi pernahkah kita terfikir akibat daripada perubahan iklim dunia? Lebih memburukkan keadaan, ia hampir ke kemuncaknya. Secara analoginya, ia seperti mikrofon yang diletak terlalu hampir dengan pembesar suara. Isyarat yang dihantar ke pembesar suara menyebabkan gangguan dan menghasilkan bunyi yang membingitkan telinga. Kita pasti tidak tahan mendengarnya. Ekploitasi melampau kepada bumi ini bukan sahaja memberi ancaman kepada jutaan spesis, tetapi kepada kelangsungan hidup manusia sendiri.
Masa kita semakin suntuk! Tindakan segera boleh memberikan faedah tambahan kepada semua pihak. Malangnya tidak semudah itu ia berlaku. Buku ini ditulis bagi membantu membetulkan keadaan. Kita perlu agresif! Sekiranya tidak dalam tempoh yang singkat kesedaran ini boleh hilang. Ingat, masa kita semakin suntuk!
Sunday, May 23, 2010
Wednesday, May 5, 2010
Siri Misteri Aneh dan Ganjil
Friday, April 16, 2010
Senaman Regangan & Pergerakan Solat
Senaman Regangan & Pergerakan SolatPenulis: Wan Abu Bakar Wan Abas, Fatimah Ibrahim & Rameezan Begam Abdul Rahim
Terbitan: Universiti Malaya
Harga: RM18.90
Sebuah Kupasan Lanjut Buku: Solat Kebaikan Dari Perspektif Sains...
KANDUNGAN
BAB 1: Asas Regangan
BAB 2: Jenis-Jenis Regangan
BAB 3: Kebaikan Regangan
BAB 4: Perbandingan Antara Pergerakan Dan Prostur Solat Dengan Regangan
Thursday, April 15, 2010
Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains
Solat: Kebaikan Dari Perspektif SainsPenulis: Wan Abu Bakar Wan Abas, Fatimah Ibrahim & Rameezan Begam Abdul Rahim
Terbitan: Universiti Malaya
Harga: RM29.90
Buku ini memperlihatkan kepada pembaca hasil kajian saintifik oleh 2 orang Muslim dan seorang non-Muslim dari Universiti Malaya dalam mengkaji pergerakan dalam solat.
Paparan isi kandungan agak menarik, disertakan dengan gambar-gambar berwarna serta penulisan yang tidak terlalu padat.
Kajian yang dilakukan mengetengahkan pembezaan yang terjadi apabila seseorang bersolat dengan betul dan tidak betul, juga apabila seseorang bersolat dan tidak bersolat. Antara skop kajian adalah pada bahagian otot, otak dan juga tulang.
Sebagai contoh, menurut kajian, ruku' bersamaan dengan pergerakan 'senaman pagi' dimana apabila kita ruku' otot-otot di bahagian badan akan teregang dengan sendiri. Menunjukkan jika dilakukan solat dengan betul, rukuk 90 darjah, badan kita secara automatisnya akan turut bersenam serta pada masa yang sama dapat mengelakkan sakit pada pinggang.
Itu hanyalah satu contoh daripada beberapa kajian yang dilakukan ke atas anatomi dan fisiologi manusia.
Kajian yang dilakukan oleh doktor non-muslim ialah berkaitan gelombang otak yang akan terhasil apabila melakukan sesuatu gerakan dalam solat. Menurut Dr. Ng Siew Cheok, beliau tertarik dengan kelebihan yang terdapat pada bersolat dan pasukan beliau akan melakukan kajian lanjut.
Fakta-fakta yang dibentangkan dalam buku ini akan memotivasikan umat Islam untuk melakukan ibadat solat dengan lebih tekun dan teratur demi mencapai kebaikan spiritual, fizikal dan mental.











