Monday, May 31, 2010

Islam Liberal: Isu dan Cabaran

Islam Liberal: Isu dan Cabaran
Prof. Madya Dr. Abdul Karim Ali & Dr. Mohd Roslan Mohd Nor
Terbitan: Persatuan Ulama' Malaysia
Harga: RM28.00

Sunday, May 30, 2010

La Tahzan Gadisku

La Tahzan Gadisku
Najla Mahfuzh
Terbitan: Must Read Sdn Bhd
Harga: RM18.00

Apakah yang paling di takuti oleh anak-anak gadis masa kini? Masa depan? Walaupun mereka menjalani hidup ini dengan tenang dan bahagia, namun dalam pada itu harus anda akui masih ada banyak perkara yang menyebabkan kegelisahan yang berpanjangan di sebalik semua keceriaan itu.

"Macam mana dengan masa depan saya nanti?"

"Pasangan bagaimana yang harus saya pilih kelak?"

Bukankah persoalan-persoalan seperti ini sentiasa bermain di fikiran anak-anak gadis kita?

Oleh itu, melalui buku ini, penulis bawakan berbagai-bagai kisah penuh inspirasi buat mereka. Kisah-kisah ini di satukan supaya dapat dijadikan panduan dan iktiber serta pengajaran bagi membimbing mereka menjalani hidup yang lebih bermakna. Di samping itu mereka juga perlu sentiasa istiqamah dan seterusnya berserah kepada Allah SWT, insyaAllah masa depan mereka pasti cerah.

Friday, May 28, 2010

Nikmat Susu Ibu

Nikmat Susu Ibu
Penulis: Dr. Abdul Hakim Al-Sayyid Abdullah
Terbitan: Jasmin Enterprise
Harga: RM6.50

Manusia lahir ke dunia dengan segala kelemahan dan kekurangan. Melalui fitrah insaniah yang wujud dalam dirinya, ia memerlukan bantuan dan pertolongan Allah SWT. Semenjak kehidupan janin berada dalam alam rahim seorang ibu sehinggalah saat kelahirannya, ia beroleh rahmat daripadaNya. Bahkan setelah manusia itu lahir, Allah SWT masih tetap memenuhi kehidupan bayi dengan air susu yang bersumber daripada payudara seorang ibu.

Sesungguhnya air susu ibu merupakan makanan dan minuman yang paling baik bagi seorang bayi. Pertumbuhan fizikal dan perkembangan jiwa bayi menjadi seimbang dan bahkan memberikan sumbangan yang banyak dalam mencerdaskan otak anak dalam menghadapi dunianya di masa hadapan. Islam membimbing umatnya agar memenuhi fitrah bayi dengan memberikan susu ibu sebagai makanan dan minuman mereka agar ia tumbuh dan berkembang mengikut fitrah yang ditentukanNya.

Semoga buku ini memberikan pedoman bagi umat Islam dalam memahami fitrah seorang bayi atau anak sesuai dengan ketentuan Islam, insya Allah.

Thursday, May 27, 2010

Bersolek (Tabarruj)

Bersolek (Tabarruj)
Penulis: Ni'mat Sidqi
Terbitan: Dewan Pustaka Fajar
Harga: RM7.00

"Tabarruj" adalah sebuah buku yang dikarang oleh Almarhumah Hajjah Ni'mat Sidqi. Beliau seorang wanita Islam yang tidak asing lagi di kalangan masyarakat Islam di Mesir. Walaupun beliau telah kembali ke alam baqa', namun karya-karyanya tetap menjadi tatapan umum bagi kaum Muslimin dan Muslimat.

KANDUNGAN

- Huraian Tabarruj
- Tradisi Make-up
- Amaran Allah
- Satu Kehinaan
- Bersolek Adalah Tanda Kekolotan
- Awasilah Kesesatan Fahaman Pasif
- Doorongan Kekolotan (Jahil Tentang Agama)
- Sikap Ibu Bapa (Dalam Mendidik Anak-Anak)
- Bermake-up...Haram
- Sepatah Kata Untuk Ibu Bapa
- Wanita Dalam Neraka

Wednesday, May 26, 2010

The Choice - Dialog Islam & Kristian

The Choice - Dialog Islam & Kristian
Ahmad Deedat
Terbitan: Kharisma Network
Harga: RM29.00

Tuesday, May 25, 2010

Halal Haram Terbitan Persatuan Pengguna Pulau Pinang

Halal Haram
Terbitan: Persatuan Pengguna Pulau Pinang
Harga: RM23.00

Pasaran hari ini dibanjiri pelbagai makanan dan barangan pengguna yang sesetengahnya boleh memudaratkan kesihatan, sementara yang lain haram dimakan menurut ajaran Islam.

Kajian mendapati, banyak makanan yang diproses yang kini terdapat di pasaran mengandungi gula dan garam berlebihan, selain mengandungi pelbagai jenis bahan penambah yang tidak dapat dipastikan halal dan haram.

Bahan penambah seumpamanya juga mungkin mengandungi bahan-bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan pengguna.

Dapatkan buku ini yang merupakan panduan penting untuk umat Islam.

Monday, May 24, 2010

Ikhtiar Penyembuhan Penyakit Dengan Ayat-Ayat & Doa-Doa Mustajab

Ikhtiar Penyembuhan Penyakit Dengan Ayat-Ayat & Doa-Doa Mustajab
Penulis: Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din
Terbitan: Persatuan Kebajikan Dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa')
Harga: RM15.00

Buku ini disusun dengan sebegini rupa bagi memudahkan orang ramai untuk merujuk dan menghafal doa-doa dan ayat-ayat Al-Quran yang menjadi asas dalam ikhtiar rawatan penyakit kepada masyarakat.

Terdapat banyak doa dan ayat Al-Quran sebagai rawatan penyakit, bagaimanapun di dalam buku ini doa-doa dan ayat-ayat Al-Quran yang dipilih oleh Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din merupakan yang paling kerap diamalkan oleh beliau sepanjang penglibatannya dalam dunia perubatan Islam bagi membantu mereka yang memerlukan pertolongan dalam usaha ikhtiar untuk mencari kesembuhan penyakit.

Buku ini dilengkapkan dengan Surah Yaasin, Bacaan Asas 10 Pertama, Bacaan Asas 10 Kedua, Rangkaian Zikir dan Doa-Doa Mustajab. Disusun sebegini rupa supaya mudah untuk dibawa dan diamalkan ketika berjemaah (berkumpulan) atau seorang diri.

Ruqyah Asas Pengubatan Islam Berserta Surah Yasin, Rangkaian Zikir & Doa-Doa Mustajab

Ruqyah Asas Pengubatan Islam Berserta Surah Yasin, Rangkaian Zikir & Doa-Doa Mustajab
Penulis: Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din
Terbitan: Persatuan Kebajikan Dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa') & Koperasi Darussyifa'
Harga: RM5.00

Buku kecil Ruqyah Asas Pengubatan Islam ini terdiri daripada tiga kumpulan ruqyah asas yang dinamakan Hafalan Ruqyah Asas Pertama, Hafalan Ruqyah Asas Kedua dan Hafalan Ruqyah Asas Ketiga. Ruqyah asas ini terdiri daripada hadith Nabi SAW. Dinamakan "hafalan" sebab ayat-ayat dan doa-doa ini perlu dihafal dan diamalkan secara berterusan oleh para perawat Darussyifa'.

Dalam ikhtiar penyembuhan penyakit, orang ramai yang mendapatkan rawatan di Darussyifa' juga digalakkan beramal serta menghafal doa-doa dan ayat-ayat tertentu yang dipetik daripada buku ini. Selain daripada ruqyah asas, disertakan juga surah Yasin, rangkaian zikir dan doa-doa mustajab yang elok dibaca mengikut kesesuaian sesuatu majlis.

Menjawab Persoalan Makhluk Halus - Kaitannya Dengan Penyakit & Pengubatan

Menjawab Persoalan Makhluk Halus - Kaitannya Dengan Penyakit & Pengubatan
Penulis: Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din
Terbitan: Persatuan Kebajikan Dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa') & Koperasi Darussyifa'
Harga: RM20.00

KANDUNGAN

BAB 1: PERSOALAN UMUM BERKAITAN MAKHLUK HALUS
BAB 2: PERSOALAN BERKAITAN JIN, BUNIAN, QARIN DAN SAKA
BAB 3: PERSOALAN BERKAITAN TANGKAL
BAB 4: PERSOALAN BERKAITAN SIHIR
BAB 5: PERSOALAN BERKAITAN ILMU GHAIB
BAB 6: PERSOALAN UMUM
BAB 7: DOA-DOA DAN AYAT-AYAT AL-QURAN UNTUK MENGATASI GANGGUAN MAKHLUK HALUS

Sunday, May 23, 2010

Ensiklopedia Kemukjizatan Sains Dalam Al-Quran & Sunnah

Ensiklopedia Kemukjizatan Sains Dalam Al-Quran & Sunnah
Yusuf Al-Hajj Ahmad
Terbitan: Al-Hidayah
Harga: RM79.00

Saturday, May 22, 2010

Satu Rasa Dua Hati

Satu Rasa Dua Hati
Pahrol Mohd Juoi
Terbitan: Galeri Ilmu Sdn Bhd
Harga: RM22.50

Friday, May 21, 2010

Dapatkan Novel Emak Ingin Naik Haji

Emak Ingin Naik Haji
Penulis: Asma Nadia
Terbitan: Gramedia
Harga: RM33.50

Thursday, May 20, 2010

Dahsyatnya Doa Ibu

Dahsyatnya Doa Ibu
Penulis: Syamsuddin Noor
Terbitan: PTS
Harga: RM14.90

Buku Dahsyatnya Doa Ibu merungkai fakta-fakta sejarah kisah-kisah benar, ayat-ayat Quran serta hadis-hadis yang menjadi bukti kekuasaan dan keajaiban doa para ibu yang mampu memberi kebahagiaan mahupun kebinasaan kepada anak-anak dalam sekelip mata sahaja.

Wednesday, May 19, 2010

Kitab Siyarus Salikin

Siyarus Salikin
Penulis: Syeikh Abdus Samad Al-Jawi Al-Palembani
Pembaikan Bahasa: Muhammad Labib
Tahqiq dan Pembetulan: Syed Ahmad Semait
Terbitan: Pustaka Nasional
Harga: RM280.00 (1 set - 4 jilid)

Terjemahan dan perbincangan mengenai kandungan Ihya' Ulumiddin karya Imam Ghazali. Asalnya ditulis dalam tulisan Jawi lama dan telah diajar di pondok-pondok pendidikan agama Islam sejak kurun ke-19 hingga sekarang. Ditulis semula dengan pembaikan bahasa.

Tuesday, May 18, 2010

Shalahuddin al-Ayubi - Meniti Jalan Menuju Pembebasan Tanah Palestina

Shalahuddin al-Ayubi - Meniti Jalan Menuju Pembebasan Tanah Palestina
Penulis: Abdullah Nasih Ulwan
Terbitan: Studia Press
Harga: RM24.00

Di dalam buku ini, anda akan mengetahui bagaimana perjuangan seorang peribadi yang mulia untuk menegakkan keadilan sosial, memperjuangkan hak dan melawan kezaliman. Shalahuddin, begitulah orang mengenal namanya, sebagai sosok peribadi yang abadi, pemimpin yang adil, terpuji dan pengasih. Tidak ada penyangkalan dari orang-orang yang mengenal sosok Shalahuddin dengan memberikan kesejahteraan bagi semua umat dalam meniti jalan menuju pembebasan tanah Palestina. Sehingga umat ini dapat mengadopsi dan memelihara sebaik-baiknya catatan emeas sejarah bagi Shalahuddin yang telah ditorehkan untuk sebuah peradaban. Dengan syarat, hal itu dilakukan di atas cita-cita umat, akidahnya, kebudayaannya dan juga sejarahnya.

Sunday, May 16, 2010

Kenali Hasan al-Banna Dari Aspek Kekeluargaan

1) Cinta di Rumah Hasan al-Banna - Muhammad Lili Nur Aulia, RM13.00
2) Buah Cinta al-Banna Untuk Wanita - RM18.00
3) Persembahan Cinta Isteri Hasan al-Banna - Muhammad Lili Nur Aulia, RM12.50

Friday, May 14, 2010

Novel Sejarah Islam Karya Abdul Latip Talib di Pustaka Iman

1) Abu Ubaidah Penakluk Parsi - Abdul Latip Talib, RM27.90
2) Tariq, Menang ataupun Syahid - Abdul Latip Talib, RM23.90
3) Umar al-Khattab Reformis Dunia Islam - Abdul Latip Talib, RM26.90
4) Khalid Memburu Syahid - Abdul Latip Talib, RM32.90
5) Sultan Muhammad al-Fateh Penakluk Konstantinopel - Abdul Latip Talib, RM24.00
6) Uthman Affan Pengumpul Al-Quran - Abdul Latip Talib, RM24.00
7) Ali bin Abi Talib Mutiara Ilmu Islam - Abdul Latip Talib, RM26.00
8) Umar Abdul Aziz, Bayangan Khalifah al-Rasyidin - Abdul Latip Talib, RM27.00
9) Abu Bakar Sahabat Sejati - Abdul Latip Talib, RM26.90
10) Bilal Bin Rabah Pengumandang Seruan Langit - Abdul Latip Talib, RM26.90
11) Salahuddin Penakluk Jerusalem - Abdul Latip Talib, RM26.90
12) Hulagu Khan, Khabar Hitam Dari Timur - Abdul Latip Talib, RM24.00
13) Imam Syafie, Pejuang Kebenaran - Abdul Latip Talib, RM24.00

Wednesday, May 12, 2010

Online Dengan Tuhan

Online Dengan Tuhan
Penulis: Zulkifli Khair
Terbitan: PTS
Harga: RM13.00

"Berhubung dengan Tuhan melalui talian tanpa wayar". Hampir semua individu online setiap hari. Dalam zaman global ini, internet, emel, ruang sembang seperti Yahoo Mesengger, Skype, jaringan sosial seperti Friendster, MySpace, Facebook dan sebagainya adalah medium perantara yang sinonim dengan masyarakat dalam berkomunikasi. Tidak kira di mana sahaja kita berada, online sentiasa berlaku tanpa mengira masa dan waktu. Namun, hidup ini sebenarnya terkawal dan mempunyai hubungan langsung dengan Super Kuasa. Jaringan dengan makhluk adakalanya menjadikan kita lupa bagi mencipta jaringan langsung dengan Pencipta.

Buku Online dengan Tuhan membawa pembaca menyelami hubungan antara hamba dengan Tuhan yang lebih hebat dan melampaui teknologi online yang ada pada hari ini. Hubungan tanpa wayar (wireless) yang jauh lebih awal dan sudah bermula sejak Nabi Adam mula diciptakan. Buku ini dipersembahkan dan diolah secara komparatif dan praktikal.

Tuesday, May 11, 2010

Islam di Asia Barat Moden: Penjajahan dan Pergolakan

Islam di Asia Barat Moden: Penjajahan dan Pergolakan
Penulis: Fadhlullah Jamil
Terbitan: Karisma Publications
Harga: RM35.00

Buku ini membincangkan perkembangan sejarah dan masalah-masalah yang pernah terjadi di Asia Barat, khususnya di Arab Saudi, Turki, Mesir dan Iran moden. Dalam mengolahkan sejarah di negara-negara itu, fokus kajian adalah kepada isu kebangkitan Islam dan ancaman penjajahan Barat pada zaman moden, bermula dari tahun 1800 hingga sekitar lewat tahun 1970-an, dan bagi kes Turki hinggalah 1980-an. Kajian pemikiran-pemikiran moden, iaitu aliran-aliran falsafah Barat yang mempengaruhi umat Islam juga disentuh.

Diharapkan kajian ini dapat membantu rakyat Malaysia dalam memahami sejarah umat Islam zaman moden dan pergolakan-pergolakan yang berlaku akibat daripada campur tangan para penjajah Barat. Melalui pendedahan ini, moga-moga umat Islam akan bersikap lebih peka dan bersiap sedia untuk menghadapi setiap ancaman daripada Barat yang rakus dengan harta dan kuasa.

Monday, May 10, 2010

Bekalan Dalam Jalan Dakwah

Bekalan Dalam Jalan Dakwah
Penulis: Mustafa Masyhur
Terbitan: Pustaka Salam
Harga: RM26.00

KANDUNGAN
  • Ambillah Bekalan Daripada Al-Quran
  • Bertafakkur Tentang Ciptaan Allah Dan Tanda-Tanda Keagungan-Nya
  • Bertafakkur Tentang Nikmat-Nikmat Allah
  • Bertafakkur Tentang Alam Ghaib Yang Menunggu Kehadiranmu
  • Bertafakkur Tentang Hari Akhirat
  • Dalam Sirah Nabawi Ada Bekalan
  • Dalam Ibadat Sembahyang Ada Bekalan
  • Dalam Ibadat Puasa Ada Bekalan
  • Dalam Ibadat Zakat Ada Bekalan
  • Dalam Ibadat Haji Ada Bekalan
  • Dalam Qiyamullail Ada Bekalan
  • Dalam Zikir Dan Doa Ada Bekalan
  • Dalam Mengikut Sunnah Ada Bekalan (1)
  • Dalam Mengikut Sunnah Ada Bekalan (2)
  • Dalam Jihad Di Jalan Allah Ada Bekalan
  • Dalam Dakwah Kepada Allah Ada Bekalan
  • Dalam Persahabatan Yang Baik Ada Bekalan
  • Penutup... Pulangan Bekalan

Sunday, May 9, 2010

Ahlul-Bait (Keluarga) Rasulullah SAW & Kesultanan Melayu

Ahlul-Bait (Keluarga) Rasulullah SAW & Kesultanan Melayu
Terbitan: Crescent News
Harga: RM60.00

Buku 'Ahlul-Bait (Keluarga) Rasulullah SAW dan Raja-Raja Melayu' edisi pertama terbitan awal tahun 2001 dahulu telah mendapat sambutan yang amat menggalakan. Judul tersebut kini menjadi bahan rujukan penting di pelbagai institusi termasuk Arkib Negara dan perpustakaan-perpustakaan negeri. Ianya juga telah mencetuskan pelbagai diskusi atas pelbagai platform, membuahkan inisiatif-inisiatif keturunan Rasulullah SAW dari 'Gelombang Pertama' dan 'Gelombang Kedua' untuk mengadakan 'reunion' keluarga serta permintaan demi permintaan dari pihak pembaca untuk mencari salasilah keluarga yang diketahui bersusur galurkan kepada kesultanan-kesultanan ahlul-bait dahulukala di Alam Melayu ini.

Friday, May 7, 2010

La Tahzan (Jangan Bersedih)

La Tahzan (Jangan Bersedih)
Dr. 'Aidh Bin Abdullah Al-Qarni
Terbitan: Al-Hidayah
Harga: RM35.00 (Kulit Biasa), RM49.00 (Kulit Keras)

Thursday, May 6, 2010

Tafsir Qur'an Per Kata (Dilengkapi Dengan Asbabun Nuzul & Terjemah

Tafsir Al-Qur'an Per Kata ini mempermudah kita dalam memahami erti dan isi Al-Qur'an. Dilengkapi dengan Asbabun Nuzul dan Terjemahan yang memperkayakan Tafsir Al-Qur'an ini.

Sebuah Tafsir Al-Qur'an yang memaparkan bukan sekadar terjemahan, tetapi mempersembahkan tafsiran bagi setiap patah perkataan al-Quran. Ini kerana Tafsir tidak sama dengan Terjemahan. Terjemahan hanya memindahkan bahasa sesuatu perkataan. Berlainan dengan Tafsir yang menjelaskan kekaburan bagi sesuatu makna perkataan. Di sinilah letaknya kelebihan Tafsir Al-Qur'an Per kata ini berbanding terjemahan-terjemahan al-Quran yang lain. Tafsiran ditulis terus dibawah setiap lafaz arabnya. Terjemahan penuh disertakan di bahagian tepinya. Dilengkapi juga dengan asbab nuzul (sebab turun ayat) dan nota kaki bagi memperjelaskan lagi maksud sesuatu tafsiran.


Kelebihan Tafsir Qur’an Per kata:

  • Tafsir global yang ringkas, bukan sekadar terjemahan, yang disusun berdasarkan kata per kata dari setiap ayat al-Qur’an
  • Mudah dibaca dan difahami, baik secara terpotong-potong kata per kata atau pun secara ayat per ayat.
  • Disusun dengan merujuk kepada buku-buku Tafsir yang mu’tabar (diakui)
  • Dilengkapi dengan Asbabun Nuzul, yang memberikan informasi tentang keadaan dan latar belakang turunnya setiap ayat.
  • Dilengkapi juga dengan terjemahan.
  • Sesuai untuk dijadikan hadiah
Harga: RM100.00 (tidak termasuk kos penghantaran)

Wednesday, May 5, 2010

Siri Misteri Aneh dan Ganjil

1) Misteri Aneh dan Ganjil: Bukti Keagungan Allah - Abu Talhah Iqamuddin, Pustaka Al-Ehsan, RM23.00
2) Misteri Aneh dan Ganjil 2: Membongkar Kewujudan Makhluk Halus - Abu Talhah Iqamuddin, Pustaka Al-Ehsan, RM20.00

Tuesday, May 4, 2010

Buku-buku Fiqh Dakwah Muhammad Ahmad ar-Rasyid

1) Titik Tolak (al-Muntalaq) - RM35.00
2) Pelembut Hati (ar-Raqaiq) - RM25.00
3) Hambatan-hambatan Dakwah (al-'Awa'iq) - RM38.00
4) Khitah Dakwah (al-Masar) - RM60.00

Sunday, May 2, 2010

Koleksi Soal Jawab Remeh Temeh


1) Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang Muamalat Tapi Anda Malu Bertanya - Mohammad Nidzam Abdul Kadir, RM19.90
2) Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya - Dato' Hj Ismail Kamus & Mohammad Nidzam Abdul Kadir, RM20.00
3) Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang Nikah Kahwin Tapi Anda Malu Bertanya - Mohammad Nidzam Abdul Kadir, RM20.00
4) Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang Akidah Tapi Anda Malu Bertanya - Nik Abdul Rahim Nik Abdul Ghani, RM20.00
5) Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang Seks Tapi Anda Malu Bertanya - Zahazan Mohamed & Rohidzir Rais, RM19.90
6) Soal Jawab Remeh Tentang Haji Tapi Anda Malu Bertanya - Mohammad Nidzam Abdul Kadir, RM20.00
7) Soal Jawab Remeh-Temeh Salah Faham Tentang Islam Tapi Anda Malu Bertanya - Nik Salida Suhaila Nik Saleh & Mohammad Nidzam Abdul Kadir, rm19.90
8) Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang Zakat Tapi Anda Malu Bertanya - Mohammad Nidzam Abdul Kadir, RM16.90
9) Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang Isu Semasa Tapi Anda Malu Bertanya - Siti Nor Bahyah Mahamood & Mohammad Nidzam Abdul Kadir, RM16.90
10) Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Solat Tapi Anda Malu Bertanya - Mohammad Nidzam Abdul Kadir, RM16.90
11) Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Solat 2 Tapi Anda Malu Bertanya - Rohidzir Rais, RM19.90
12) Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang Taharah (Bersuci) Tapi Anda Malu Bertanya - Mohd. Azrul Azlen Abd. Hamid & Azhar Mohamed, RM20.00

Saturday, May 1, 2010

Koleksi Nama-Nama Indah Dalam Islam

Koleksi Nama-Nama Indah Dalam Islam
Penulis: Prof. Dr. Ali Jum'ah Muhammad
Terbitan: Jasmin Publications
Harga: RM10.00

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya kamu akan diseru pada hari kiamat dengan nama-nama kamu, dan nama-nama bapa kamu, maka perindahkanlah nama-nama itu". - (Riwayat Abu Daud)

Di antara isi kandungan yang menarik:
- Himpunan nama-nama lelaki dan perempuan dalam Islam
- Amalan-amalan ketika mengandung
- Lampiran Surah Yasin, At-Taubah, Yusuf, Luqman dan Maryam
- Panduan menyambut cahaya mata (mengucap tahniah, azan, aqiqah, tahnik, mencukur rambut, berkhatan, menamakan anak)
- Gabungan nama-nama indah yang terkini
- Nama-nama yang tidak elok