Showing posts with label Darul Nu'man. Show all posts
Showing posts with label Darul Nu'man. Show all posts

Monday, January 26, 2015

Buku Panduan Haji & Umrah (Gantung)


Buku Panduan Haji & Umrah (Gantung) 
 Penulis: Haji Johari Haji Alias 
 Terbitan: Darul Nu'man 
 Harga: RM10.00

Saturday, October 29, 2011

Barzanji & Terjemahan

Barzanji & Terjemahan
Penulis: Sheikh Ja'afar Al Barzanji
Terbitan: Darul Nu'man
Harga: RM6.00

Rasulullah SAW merupakan pelita kehidupan segenap makhluk di seluruh alam, memancarkan bahang kehangatan kesejahteraan dan ketulusan. Peribadi Baginda menghiasi relung jiwa dan minda ummah. Wajah Baginda SAW memancarkan nur kemurnian bagaikan bulan purnama menghiasi kepekatan malam.

Kisah kehidupan baginda Baginda SAW untaian mutiara menghiasi tabir-tabir perjuangan yang meneguhkan rasa cinta yang membara dalam diri setiap insan. Setiap ungkapan yang keluar dari bibir yang mulia itu umpama kilauan permata memancarkan cahaya kedamaian, bagaikan sumber mata air syurgawi yang tidak kunjung kering.

Kitab Barzanji ini mengandungi sirah perjuangan dan kehidupan Baginda, semoga memperoleh berkat dan pahala bagi yang membacanya, insya Allah.

Friday, October 28, 2011

Hayatus Sahabah - Kehidupan Para Sahabat

Hayatus Sahabah - Kehidupan Para Sahabat (6 Jilid)
Penulis: As Sheikh Mohd Yusof
Terbitan: Darul Nu'man

Harga:
Jilid 1 - RM15.00
Jilid 2 - RM15.00
Jilid 3 - RM15.00
Jilid 4 - RM15.00
Jilid 5 - RM15.00
Jilid 6 - RM18.00

Kehidupan para sahabat mengisi pentas sejarah bagaikan kilauan bintang di langit yang menghiasi tabir malam. Perjuangannya meninggalkan kemurnian tamadun yang sukar terhakis hingga di penghujung usia dunia. Persaudaraannya menyuburkan benih ketulusan dan ketinggian budi yang dapat direguk bagaikan madu oleh generasi sesudahnya. Pengorbanannya dalam menegakkan kalimah Allah tidak dibatasi oleh sempadan dan geografi.

Kisah para sahabat memantulkan gema dan bahang pengajaran dalam ruang-ruang nadi umat, sehingga membangkitkan semangat membara terhadap insan yang ingin kecemerlangan hidup. Kesabaran, kewarakan dan rasa tawadhuk menghiasi keperibadiannya dalam menjalin hubungan dengan Ilahi, begitu juga rasa kasih sayang tersulam indah dalam menjalin silaturrahim dengan sesama insan. Segenap aspek kehidupannya memiliki memori cemerlang dijadikan sebagai pedoman bagi ummah.

Buku "Kehidupan Para Sahabat" jilid 1-6 ini mengungkapkan perjalanan hidup para sahabat Rasulullah SAW ditinjau dari berbagai aspek kehidupan mereka. Perjalalanan kehidupannya merangkumi latar belakang keluarga, tempat kelahiran, pembelajaran, perjuangan, berbagai lembaran suka duka, pengorbanan, keteguhan iman dan kezuhudan. Kemudian mengungkapkan kesetiaan mereka dalam mempertahan dan meneruskan ajaran yang dibawa oleh Rasulullah SAW.

Semoga buku ini dapat menyumbang motivasi dalam membangun semangat dan minda mukmin dalam mencari suri teladan dalam kehidupan, insya Allah.

Thursday, October 27, 2011

Kekeliruan dalam Memahami Buku Petunjuk Sepanjang Jalan

Kekeliruan dalam Memahami Buku Petunjuk Sepanjang Jalan
Penulis: As Syeikh Salim Al Bahnashawey
Terbitan: Darul Nu'man
Harga: RM25.00

Sayyid Qutub adalah antara penyumbang besar dalam khazanah penulisan ilmiah kepada umat Islam. Segala jiwa dan raganya dikorbankan demi agama ketika dunia semakin ghairah menekan dan menindas arus kebangkitan Islam. Kehidupannya dibayangi jeriji besi dan seksaan yang terus menerus sehingga terpisah dari dunia di tali gantung. Kemantapan iman dan ketulusan hati menjadi bekalan demi menghadapi segala rintangan dan cubaan.

Namun ada juga pihak yang telah terkeliru dengan pemikiran dan karya beliau sehingga menuduh dan memfitnahnya dengan berbagai tohmahan yang tidak benar. Ini lantaran silap pemahaman dan tidak mendalami isu yang beliau lontarkan di dalam karyanya “Petunjuk Sepanjang Jalan”. Banyak perkara yang terpesong dari matlamat dan tujuan, kesan dari perasaan taksub, kekurangan pengetahuan dan sikap tergesa-gesa mengambil tindakan.

Buku ini menjelaskan tentang perselisihan dan silap tafsiran yang terdapat pada buku “Petunjuk Sepanjang Jalan”. Pengarang telah mengemukakan perbagai dalil dan hujjah untuk membetulkan kembali kekhilafan yang berlaku agar kita semua dapat memahami maksud sebenar Sayyid Qutub dalam penulisannya, insya Allah.

Sunday, April 24, 2011

Pembaharuan Perjuangan Salahuddin Al-Ayyubi

Pembaharuan Perjuangan Salahuddin Al-Ayyubi
Penulis: Abdullah Nasih Ulwan
Terbitan: Darul Nu'man
Harga: RM10.00

Salahuddin Al-Ayyubi tokoh dan insan pejuang bagaikan pelita yang menerangi kegelapan. Keharuman namanya menghiasi setiap bibir umat bahkan di bibir musuh-musuh Islam. Malamnya dihiasi dengan munajat, manakala siangnya bagaikan singa di medan perjuangan. Kejayaannya merampas kembali Baitul Maqdis dari tentera salib terpahat dalam sejarah sebagai lambang kejayaan menundukkan musuh yang kejam.

Salahuddin merupakan tokoh reformasi yang mengajar kita betapa perjuangan dilakukan atas nama etnik sekali-kali tidak membuahkan hasil. Sebaliknya perjuangan atas nama Islam sahaja yang akan memperolehi kejayaan yang gemilang. Pembaharuan pemikiran dan perjuangan yang digerakkannya merupakan sumber inspirasi bagi umat Islam dalam membina jatidiri demi mencapai kemenangan.

Semoga buku ini memberi nafas perjuangan terhadap diri dan semangat umat Islam dalam menegakkan kebenaran dan keadilan, insya Allah.

Wednesday, September 29, 2010

Koleksi Buku Tafsir Mimpi

Tafsir Mimpi Menurut Islam
Penulis: Imam Ibnu Sirin
Terbitan: Darul Nu'man
Harga: RM12.00

Tafsir Mimpi Menurut Al-Quran
Penulis: Syeikh Abdul Sidek, Muhammad Aizat & Muhammad Aris
Terbitan: Al-Hidayah
Harga: RM25.00

Tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung di dalamnya. Adakalanya mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi insan yang bertakwa merupakan perkhabaran yang akan berlaku, kerana Rasulullah tidak bermimpi melainkan mimpi baginda menjadi kenyataan. Sedangkan mimpi insan yang tidak beriman merupakan berita yang disebarkan oleh syaitan.

Dalam suatu riwayat dikisahkan, seorang wanita bertanya, "Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya bermimpi melihat sebahagian tubuh baginda berada di rumahku". Baginda menjawab, "Sesungguhnya Fatimah akan melahirkan seorang anak lelaki, kemudian engkau akan menyusukannya". Tidak lama kemudian Fatimah melahirkan Hussein dan disusukan oleh wanita tersebut.

Sesungguhnya mimpi itu dapat ditafsirkan, namun tidak semua orang mampu menafsirkan kebenarannya. Semoga buku ini dapat membantu dalam menjawab makna mimpi anda, insya Allah.

Saturday, July 17, 2010

Risalah Al-Ma'thurat

Terbitan: Asyraff
Harga: RM1.50

Terbitan: Al-Hidayah
Harga: RM1.50

Terbitan: Darul Nu'man
Harga: RM1.80

Dapatkan diskaun istimewa dengan pembelian kuantiti yang banyak.

Tuesday, June 15, 2010

Kamus Idris Al-Marbawi (Arab - Melayu)

Kamus Idris Al-Marbawi (Arab - Melayu)
Penulis: Muhammad Idris Abdur Rauf Al Marbawi
Terbitan: Darul Nu'man
Harga: RM35.00

Kamus ini disajikan dalam cara yang menarik dan mudah difahami. Edisi baru ini dengan beberapa pembetulan, pembaharuan kata dan ejaan baru, menurut resolusi seminar warisan kata-kata Melayu anjuran pusat Islam Malaysia. Kamus yang lengkap ini disertakan dengan gambarnya sekali dalam setiap perkataan yang terkandung di dalamnya.

Sunday, April 25, 2010

Amalan Ketika Mengandung & Setelah Bersalin Serta Panduan Menamakan Bayi

Amalan Ketika Mengandung & Setelah Bersalin Serta Panduan Menamakan Bayi
Penulis: Abu Afiqah
Terbitan: Darul Nu'man
Harga: RM13.00

Buku ini memudahkan kita melakukan amalan semasa mengandung dan menjaga kesihatan ketika pantang, serta memberi nama pada bayi. Semoga ada manfaatnya untuk kita semua, insya Allah.

KANDUNGAN

Bab 1: Bimbingan Bagi Wanita Mengandung
Bab 2: Beberapa Masalah Ketika Mengandung
Bab 3: Amalan Semasa Mengandung
Bab 4: Beberapa Pedoman Wanita Mengandung
Bab 5: Mengatasi Sakit Bersalin
Bab 6: Amalan Suami Ketika Isteri Mengandung
Bab 7: Tanggungjawab Bapa Terhadap Kelahiran Anak
Bab 8: Kesihatan Ibu Setelah Bersalin
Bab 9: Petua-Petua Masa Mengandung Dan Masa Pantang
Bab 10: Menjaga Kesegaran Jasmani Ketika Mengandung
Bab 11: Pemulihan Kesihatan Setelah Melahirkan
Bab 12: Panduan Menamakan Bayi
Bab 13: Surah-Surah Pilihan

Monday, March 8, 2010

Pedoman Mencapai Hajat - Terjemahan Bulughul Maram

Pedoman Mencapai Hajat - Terjemahan Bulughul Maram
Penulis: Al Hafiz Ibnu Hajr Al 'Asqalani
Terbitan: Darul Nu'man
Harga: RM45.00

Manusia adalah insan lemah yang sentiasa berhajat kepada pertolongan dan perlindungan dari Penciptanya. Hanya Dia yang layak disembah dan tiada sekutu bagiNya. Sebagai hambaNya, hendaklah kita sentiasa berusaha dalam mencari jalan bagi menyampaikan diri supaya sentiasa hampir padaNya dengan jalan taqwa dan sabar. Semakin kita menghampiriNya, semakin dekat pula Dia dengan kita.

Sebagai manusia biasa, kita tidak dapat lari daripada sentiasa memikirkan dan berusaha mencapai hajat pada kecintaan dunia tanpa menyedari bahawa hajat yang benar-benar diperlukan adalah rahmat dan pengampunan dari Allah SWT sebagai bekalan dihari kemudian. Bersihkan diri dan akhlak daripada segala kotoran zahir dan batin, perindahkan dengan amalan dari Al-Quran dan As-Sunnah.

Semoga buku ini dapat dijadikan panduan dalam mencapai hajat yang menjadi dambaan setiap umat manusia, insya Allah.

Saturday, February 13, 2010

Panduan Praktis Umrah & Ziarah (Bertali)

Panduan Praktis Umrah & Ziarah: Teman Tetamu Allah - (Bertali)
Penulis: Sidang Pengarang Darul Nu'man
Terbitan: Darul Nu'man
Harga: RM10.00

Buku Panduan Praktis Umrah & Ziarah ini disusun khas dari segi rekabentuknya yang bertali untuk digantung bagi kemudahan para jemaah yang mengerjakan ibadah Umrah dan Ziarah. Buku ini disusun secara praktis, ringkas dan mudah untuk diamalkan. Ianya sangat sesuai dibawa bersama bagaikan 'teman' ketika menjadi tetamu Allah.

Semoga dengan kehadiran buku ini akan dapat membantu memudahkan para jemaah dalam melaksanakan ibadah Umrah dan Ziarah pada bila-bila masa, insya Allah.