Friday, February 17, 2017

Misbahud Duja Syarah Safinah An Naja


Misbahud Duja Syarah Safinah An Naja 
 Penyusun: USTAZ MUHADIR HAJI JOLL 
 Terbitan: Galeri Ilmu 
 Harga: RM45.00 

 Syarah kitab Safinah an-Naja yang paling komprehensif dalam bahasa Melayu. MISHBAHUD DUJA SYARAH SAFINAH AN-NAJA ini merupakan edisi kemaskini daripada kitab SYARAH SAFINATUN NAJA. 

 Buku ini diklaskan sebagai syarah kitab Safinatun Naja terbesar/terlengkap dalam bahasa Melayu. Dinamakan sebagai Edisi Komprehensif kerana kupasannya lebih luas dan terperinci berbanding dengan syarah Safinatun Naja sebelum ni. Lebih tebal - 704 halaman (berbanding 464 halaman sebelum ni). 

 Kitab ini ditambah lebih banyak syarahan, permasalahan, keterangan, fawa’id (faedah-faedah), tanbih (perhatian), catatan dan tatimmah (penyempurna). Disertakan juga hikmah dan hikayah, untuk menjadikan ia lebih lengkap dan lebih bermanfaat kepada semua pembaca. Nota-nota tambahan daripada kitab-kitab feqah yang muktabar disertakan bersama dengan sumber rujukan. 

 Disertakan kata pengantar oleh Tuan Guru Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki. Tajuk dan bab yang dibincangkan dalam kitab ini sangat penting diketahui semua umat Islam, lelaki dan perempuan sebagai pedoman untuk beribadah dengan sempurna.

Tuesday, February 7, 2017

AL-ADAB AL-MUFRAD (Jilid Pertama)


AL-ADAB AL-MUFRAD (Jilid Pertama) 
 Penulis: AL-IMAM AL-BUKHARI 
 Terbitan: Galeri Ilmu 
 Harga: RM22.00 

 AL-ADAB AL-MUFRAD (Jilid Pertama) menghimpunkan hadits-hadits Rasulullah dan atsar para Sahabat berkenaan adab dan akhlak Islam yang mesti ada pada setiap umat Islam. 

Antara tajuk yang terdapat dalam jilid pertama ini: 
 * Adab dengan ibu bapa 
 * Keutamaan dan kelebihan silaturahim 
 * Adab terhadap jiran 
 * Akhlak sesama Muslim

Monday, February 6, 2017

Semusim di Barzakh


Semusim di Barzakh 
 Penulis: Hadi Fayyadh 
 Terbitan: Iqes Tijarah Trading 
 Harga: RM29.90 

 Tiada siapa yang pernah menjengah ke Alam Barzakh, melainkan mereka yang telah pergi TIDAK akan kembali. Keadaannya yang sebenar hanya disampaikan melalui apa yang diceritakan oleh Rasulullah SAW, jadi apakah benar Novel ini ingin menyingkap sesuatu yang mustahil? Adakah ia adalah BARZAKH yang diceritakan? Bacalah, dan terokailah hikmah yang sarat di dalam pelayaran bahtera sastera jiwa agama yang telahpun digarapkan. Ia bukan suatu FITNAH atau rekaan, tetapi berdasarkan pengalaman sebenar seseorang. Anda akan memahami realitinya yang bakal menggugah jiwa untuk kembali mengingati Tuhan dan kematian..

Al-Hikam Al Nabawiyah


Al-Hikam Al Nabawiyah 
 Penulis: Samih Abbas 
 Terbitan: Zaman 
 Harga: RM40.00 

 Buku ini memaparkan hadis-hadis sahih berisi untaian hikmah dan perumpamaan yang Rasulullah sabdakan tentang berbagai hal - nilai-nilai spiritual dan nilai-nilai sosial. Melalui karya berharga ini, Anda akan melihat kepandaian Rasulullah dalam berbahasa, kelihaian beliau dalam menggunakan pilihan-pilihan kata, sehingga ajaran yang beliau sampaikan lebih mengena. Jika Anda telah mengenal dan membaca berbagai kitab al-hikam, kini saatnya Anda mengaji al-hikam langsung dari sumber sahih segala al-hikam yang ada: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.

Cahaya Yang Menerangi


Cahaya Yang Menerangi 
 Penulis: USTAZ MUHADIR HAJI JOLL 
 Terbitan: Galeri Ilmu 
 Harga: RM22.00 

 CAHAYA YANG MENERANGI menghimpunkan soal jawab bersama Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki dalam isu akidah dan hukum-hakam feqah. Soalan-soalan yang diajukan semasa sesi pengajian talaqqi ini dijawab oleh Syeikh Nuruddin secara spontan. Ustaz Muhadir telah mengambil inisiatif untuk membukukan soal jawab ini supaya manfaatnya dapat menyebar lebih luas kepada masyarakat. 

Antara permasalahan yang dijawab oleh Syeikh Nuruddin: 
 * Membawa atau memegang al-Quran digital 
 * Solat menghormati waktu 
 * Bangkai cicak dalam makanan 
 * Air mata orang hidup menitis ke muka mayat 
 * Pakaian bernajis disekalikan dengan pakaian lain di dalam mesin basuh dan banyak lagi.