Sunday, February 28, 2010

Syahadatul Haq

Syahadatul Haq
Penulis: Abu 'Ala Al Maududi
Penerbit: KONSIS Media
Harga: RM3.00

Agar dunia menjadi saksi, Kelak tiada alasan diberi

Saturday, February 27, 2010

Rahsia Kerjaya Graduan

Rahsia Kerjaya Graduan
Penulis: Muhabir Ibrahim
Terbitan: Must Read
Harga: RM20.00

- Anda lepasan universiti?
- Masih menganggur?
- Masih mencari peluang pekerjaan?
- Perlukan tip-tip untuk berjaya dalam kerjaya?

Bagi anda yang baru dan pernah bergelar mahasiswa atau mahasiswi dan telah ‘graduate’, mungkin anda sedang memikirkan destinasi seterusnya dalam menjalani kehidupan seharian dan pada masa yang sama meninjau-ninjau peluang kerjaya yang boleh menjamin masa depan anda. Semestinya destinasi tersebut ke arah usaha dalam mencari kerjaya yang sesuai dengan diri dan bidang anda. Walau bagaimanapun ada antara anda yang masih menganggur kerana terlalu memilih bidang kerjaya.

Penulis cuba membawakan senario-senario menarik yang mengangkat martabat kerjaya dalam sektor awam yang mana menawarkan banyak ‘hot jobs’, antaranya dalam bidang kejuruteraan, bidang pendidikan, bidang pertahanan dan pentadbiran awam. Anda boleh jadikan buku ini sebagai panduan agar:

- Tidak mengulangi kesilapan demi kesilapan yang dilakukan oleh para graduan sebelum melangkah ke alam kerjaya.
- Antara contoh-contoh soalan temu duga dalam berbagai-bagai bentuk.
- Mempelajari teknik, panduan dan pengalaman dalam memburu seterusnya memperoleh kerjaya idaman.
- Memahami halangan emosi dan psikologi yang wujud di alam kerjaya.

Jika anda sedang menganggur atau berada di tahun akhir pengajian dan ingin berkhidmat di sektor awam sebagai pilihan utama, anda perlukan buku ini sebagai panduan kerana ia adalah ‘RAHSIA KERJAYA GRADUAN’.

Friday, February 26, 2010

Habib Umar bin Hafidz - Singa Podium

Habib Umar bin Hafidz - Singa Podium
Terbitan: Karisma Publishing
Harga: RM20.00

Sosok Habib Umar bin Hafidz tidak dapat dipisahkan dari keberadaan pondok pesantren Darul Mustafa yang didirikannya di Kota Tarim, Hadramaut, yang melahirkan da’i-da’i muda tersebar di penjuru dunia. Dalam buku ini kita diajak untuk mengenal lebih jauh tentang Habib Umar bin Hafidz.

Bagi para pencinta Habib Umar, buku ini sudah seharusnya menjadi rujukan yang wajib untuk melengkapi koleksi bacaan di rumah. Kerana, selain berisi biografi singkat beliau, dan beberapa petikan ceramah ketika berkunjung ke Indonesia, buku ini juga menjadi unik dan menarik kerana di dalamnya dilengkapi118 foto eksklusif. Insya Allah dengan membacanya, anda akan medapat kesejukan dan ketenteraman hati dari mutiara-mutiara nasihat yang disampaikan oleh sang Habib.

Thursday, February 25, 2010

Watak-Watak Dalam Organisasi

Watak-Watak Dalam Organisasi
Penulis: Razali Saaran
Terbitan: Must Read
Harga: RM19.90

“Pergaulilah manusia dengan pergaulan yang apabila kamu meninggal dunia mereka menangisimu dan jika kamu hidup mereka menyayangimu.” ~Sayidina Ali r.a~

Buku ini ditulis untuk berkongsi pandangan tentang karakter-karakter dalam organisasi berdasarkan apa yang terpendam di hati penulis untuk dikongsi bersama dengan pembaca sekalian. Namun begitu ia tidak menjurus kepada mana-mana pihak. Ianya adalah pandangan peribadi penulis berkaitan organisasi berdasarkan pengalaman bekerja dan perkongsian pengalaman dengan kebanyakan orang, serta sedikit rujukan. Secara keseluruhannya buku ini akan berfokuskan kepada isu-isu berkaitan karakter-karakter dalam organisasi dan kesannya terhadap perkembangan organisasi.

Membaca buku ini bermakna anda telah memahami karakter-karakter yang wujud di sekeliling anda, yang mana satu ketika dahulu anda mungkin tidak pernah mempedulikan kewujudannya dan tidak merasakan ianya boleh memberi kesan ke atas organisasi. Saya sentiasa memerhatikan isu-isu berkaitan organisasi dan saya melihat karakter-karakter yang wujud di dalamnya mampu memberi kesan sama ada positif atau negatif ke atas organisasi. Semoga buku ini dapat membuka minda untuk difikirkan bersama serta perbincangan yang lebih menyeluruh ke arah organisasi yang lebih cemerlang di masa hadapan.

Wednesday, February 24, 2010

Nyanyian dan Muzik Menurut Perspektif Al-Qur'an & As-Sunnah

Nyanyian dan Muzik Menurut Perspektif Al-Qur'an & As-Sunnah
Penulis: Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi
Terbitan: Pustaka Salam
Harga: RM28.00

Seiring perubahan dunia akibat globalisasi, dunia Islam tidak terkecuali daripada mendapat kesannya. Nyanyian & muzik semakin diterima oleh orang-orang islam, namun sejauh mana batas-batas yang dibenarkan syara'? Karya Prof. Dr. Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi ini menghuraikan dengan terperinci permasaalahan ini, dengan mengemukakan dalil-dalil daripada Al-Qur'an & Hadith untuk menjelaskan permasaalahan pokok mahupun khilafiyah bersangkutan nyanyian & muzik.

Di dalam buku ini, As-Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi berusaha mengemukakan huraian-huraian terperinci serta menjauhkannya daripada menyokong sebahagian ulama' yang mengharamkan secara mutlak & sebahagian ulama' lagi yang mengharuskannya secara mutlak. Di samping itu, As-Syeikh cuba menetapkan syarat-syarat tertentu yang membolehkan nyanyian & muzik menjadi halal dan dibolehkan syara'.

Buku ini telah dibahagikan oleh As-Syeikh kepada 7 bahagian, melingkupi pendirian Islam mengenai seni & keindahannya, dalil-dalil pihak yang mengharamkan & mengharuskan nyanyian, komentar As-Syeikh sendiri, nyanyian berunsur agama atau nyanyian ahli sufi dan seterusnya.

Tuesday, February 23, 2010

Laluan Ke Syurga - Jalan Mana Pilihan Anda?

Laluan Ke Syurga
Penulis: Abdul Fatah Zakaria
Terbitan: Must Read
Harga: RM21.90

"LALUAN KE SYURGA - JALAN MANA PILIHAN ANDA". Bila kita membaca tajuk buku ini mungkin terbayang di benak fikiran kita berapa banyak laluan untuk kita sampai ke syurga. Namun hakikatnya jalan untuk kita menuju ke Syurga Allah perlu kita bina mulai sekarang. Seperti mana kita sering melihat pembinaan jalan atau penurapan semula jalan di negara ini sering diletakkan papan tanda "KESULITAN AMAT DIKESALI UNTUK KESENANGAN ANDA DI MASA HADAPAN". Cuma yang membezakan jalan kita ke syurga harus kita bina sendiri tanpa boleh melantik kontraktor membina bagi pihak kita.

Buku ini boleh diibaratkan "Hardware" yang menyediakan bahan-bahan yang harus anda gunakan untuk menyiapkan jalan yang akan anda bina. 47 perkara yang telah penulis gariskan untuk membantu anda menyiapkan jalan anda, terpulang kepada anda untuk menggunakannya. Jalan yang cantik selalunya menggunakan bahan yang bagus, hasil kerja teliti dan komitmen yang tinggi manakala jalan yang mudah rosak dan berlubang biasanya dibina dengan usaha yang tidak bersungguh.

Diilhamkan dalam bentuk ayat al-Quran beserta terjemahan menjadikan buku ini mudah difahami, padat, ringkas dan menarik. Diselitkan bahan-bahan bercerita membuat buku ini boleh diterima oleh semua peringkat umur.

Monday, February 22, 2010

Kitab Muhimmah & Al-Mawa'izd Al-Badi'ah

Kitab Muhimmah & Al-Mawa'izd Al-Badi'ah
Penulis: Syeikh 'Abdullah Ibnu 'Abdur Rahim Fathani & Syeikh 'Abdul Ra'uf Fanshuri Acheh
Terbitan: Al-Hidayah Publications
Harga: RM15.00

Kitab Muhimmah adalah merupakan sebuah kitab lama yang telah dikarang oleh Syeikh Abdullah Ibnu 'Abdur Rahim Fathani. Dan ianya banyak membicarakan tentang kelebihan dan kepujian terhadap perbuatan seorang isteri yang telah menunaikan tanggungjawabnya terhadap suaminya dan juga memberi peringatan yang sebaliknya apabila mereka derhaka.

Manakala terdapat sebuah lagi kitab yang bernama Al-Mawa'idz Al-Badi'ah membicarakan tentang peringatan-peringatan yang indah buat seorang Muslim yang dikarang oleh Maulana As-Syeikh 'Abdur Rauf Fanshuri Acheh.

Sunday, February 21, 2010

Rahsia Bisnes Orang Cina (Edisi Jimat)

Rahsia Bisnes Orang Cina (Edisi Jimat)
Penulis: Ann Wan Seng
Terbitan: PTS
Harga: RM15.00

Kejayaan bangsa Cina dalam bisnes sering menjadi misteri. Apakah kekuatan bangsa ini? Dari mana sumber ilmu mereka? Ada penulis yang memanggil jaringan bisnes mereka sebagai 'The Bamboo Network'.

KANDUNGAN

1. Sejarah Bisnes Orang Cina
2. Dunia Bisnes Orang Cina
3. Falsafah Bisnes Orang Cina
4. Konsep Bisnes Orang Cina
5. Prinsip Bisnes Orang Cina
6. Budaya Bisnes Orang Cina
7. Sistem Bisnes Orang Cina
8. Seni Bisnes Orang Cina
9. Amalan Bisnes Orang Cina
10. Etika Bisnes Orang Cina
11. Rahsia Bisnes Orang Cina
12. Petua Bisnes Orang Cina
13. Kejayaan Bisnes Orang Cina
14. Bakat Bisnes Orang Cina
15. Kemahiran Bisnes Orang Cina
16. Psikologi Bisnes Orang Cina
17. Pemikiran Bisnes Orang Cina
18. Adat Bisnes Orang Cina
19. Pantang Larang Bisnes Orang Cina
20. Lokasi Bisnes Orang Cina
21. Strategi Bisnes Orang Cina
22. Jaringan Bisnes Orang Cina
23. Berniaga Cara Orang Cina
24. Sikap Bisnes Orang Cina
25. Motivasi Bisnes Orang Cina
26. Politik Bisnes Orang Cina
27. Orientasi Bisnes Orang Cina
28. Matlamat Bisnes Orang Cina
29. Wawasan Bisnes Orang Cina
30. Warisan Bisnes Orang Cina
31. Tokoh Bisnes Orang Cina
32. Tip Bisnes Orang Cina

Saturday, February 20, 2010

Himpunan Kisah-Kisah Mukjizat Para Nabi

Himpunan Kisah-Kisah Mukjizat Para Nabi
Penulis: Mohd Najib & Mohd Suhail Lukman
Terbitan: Jasmin
Harga: RM18.00

KANDUNGAN

- Kisah Dan Mukjizat Nabi Nuh A.S.
- Kisah Dan Mukjizat Nabi Hud A.S.
- Kisah Dan Mukjizat Nabi Saleh A.S.
- Kisah Dan Mukjizat Nabi Ibrahim A.S.
- Kisah Dan Mukjizat Nabi Ismail A.S.
- Kisah Dan Mukjizat Nabi Luth A.S.
- Kisah Dan Mukjizat Nabi Musa A.S.
- Kisah Dan Mukjizat Nabi Khidir A.S.
- Kisah Dan Mukjizat Nabi Daud A.S.
- Kisah Dan Mukjizat Nabi Sulaiman A.S.
- Kisah Dan Mukjizat Nabi Ayob A.S.
- Kisah Dan Mukjizat Nabi Yunus A.S.
- Kisah Dan Mukjizat Nabi Isa A.S.
Rahsia Hidup Selepas Mati
Penerbit: Jasmin
Harga: RM14.00

Sebuah buku yang pasti mengubah cara hidup anda!

Syarah Benteng Muslim

Syarah Benteng Muslim
Penulis: Syeikh Said Bin Ali
Penerbit: Jasmin
Harga: RM22.00

Doa-doa dan zikir-zikir dari Al-Quran dan Sunnah

Friday, February 19, 2010

Pemikiran Islam Liberal - Pembahasan Isu-Isu Sentral

Pemikiran Islam Liberal - Pembahasan Isu-Isu Sentral
Penulis: Dr. Ugi Suharto
Penerbit: Dewan Pustaka Fajar
Harga: RM15.00

Istilah "Islam Liberal" pertama kali digunakan oleh para penulis Barat seperti Leonard Binder dan Charles Kurzman. Binder menggunakan istilah "Islamic Liberalism", sementara Kurzman memakai istilah "Liberal Islam". Secara tersirat kedua-duanya mempercayai bahawa Islam itu banyak; "Islam Liberal" adalah salah satunya. Namun sebelum kita melanjutkan perbincangan ini, pertamanya kita mesti nyatakan dahulu bahawa Islam itu satu dan tidak banyak. Yang nampak banyak sebenarnya adalah adalah "mazhab" dalam Islam, bukan Islam itu sendiri. Jadi istilah "Islam Liberal" yang kita maksudkan di sini adalah "Pemikiran Islam Liberal" yang merupakan satu aliran berfikir baru di kalangan umat Islam.

Kemudian perkara yang kedua yang kita perlu jelaskan juga adalah, pemikiran Islam Liberal ini tidak termasuk dalam mazhab Islam. Mengapa? Kerana mazhab-mazhab dalam Islam tetap merujuk pada induk yang sama, yang disepakati, yang satu, yang mapan, yang dipersetujui oleh seluruh umat Islam dari dahulu hingga kini, di berbagai negeri dan lokaliti.

Thursday, February 18, 2010

Nota Wasiat

Nota Wasiat
Penulis: Md Ghazali Ibrahim
Terbitan: Must Read
Harga: RM15.90

Membuat surat wasiat adalah suatu keperluan masa kini. Kenapa dan bagaimana? Buku ini akan menerangkan apakah definisi wasiat dan surat wasiat, juga menerangkan fungsi wasiat dan kaedah menulis wasiat. Selain itu, buku ini juga menyertakan draf Surat Wasiat Pentadbiran Pusaka, draf Surat Pengisytiharan Hibah dan draf Pengisytiharan Harta Sepencarian bagi rujukan anda.

InsyaAllah dengan sedikit pelaburan membeli buku ini bakal menyelamatkan waris-waris anda dan juga memastikan harta beratus ribu ringgit yang bakal anda tinggalkan akan diterima oleh waris anda.

Wednesday, February 17, 2010

Haramkah Rasuahhttp://www.blogger.com/img/blank.gif

Haramkah Rasuah
Penulis: Mohammad Zaini Yahya & Mohd Sukki Othman
Penerbit: Pustaka Yamien
Harga: RM10.00

Antara tajuk perbincangan dalam buku ini ialah:
- Pengertian dan sejarah rasuah
- Perbahasan rasuah di dalam al-Quran dan al-Hadith
- Kaedah fiqh mengenai rasuah
- Punca dan faktor berlakunya rasuah
- Cara membendung rasuah
- Beza antara rasuah dan hadiah
- Akta rasuah dan sebagainya.

Moga buku ini dapat dimanfaatkan oleh khalayak pembaca dalam usaha memastikan sumber rezeki yang diperolehi adalah halal dan diredhai oleh Allah.

Tuesday, February 16, 2010

Seni Bercinta & Memikat Lelaki

Seni Bercinta & Memikat Lelaki: Panduan Syariat Kontemporari untuk Membina Mahligai Dunia dan Akhirat
Penulis: Khalid Al-Sayyid Abdul Al-`Al
Penerbit: Yamani Angle
Harga: RM23.00

Buku Seni Bercinta & Memikat Lelaki: Panduan Syariat Kontemporari untuk Membina Mahligai Dunia dan Akhirat ini mendedahkan detik-detik permulaaan alam percintaan antara dua insan hingga melangsungkan perkahwinan dan adab perhubungan suami isteri. Persoalan digarap dalam perspektif Islam yang suci dan murni - jauh dari belaian cinta hasil godaan nafsu dan syaitan.

Saturday, February 13, 2010

Panduan Praktis Umrah & Ziarah (Bertali)

Panduan Praktis Umrah & Ziarah: Teman Tetamu Allah - (Bertali)
Penulis: Sidang Pengarang Darul Nu'man
Terbitan: Darul Nu'man
Harga: RM10.00

Buku Panduan Praktis Umrah & Ziarah ini disusun khas dari segi rekabentuknya yang bertali untuk digantung bagi kemudahan para jemaah yang mengerjakan ibadah Umrah dan Ziarah. Buku ini disusun secara praktis, ringkas dan mudah untuk diamalkan. Ianya sangat sesuai dibawa bersama bagaikan 'teman' ketika menjadi tetamu Allah.

Semoga dengan kehadiran buku ini akan dapat membantu memudahkan para jemaah dalam melaksanakan ibadah Umrah dan Ziarah pada bila-bila masa, insya Allah.

Thursday, February 11, 2010

Berdialog dengan Jin - Diari Seorang Perawat

Berdialog dengan Jin - Diari Seorang Perawat
Penulis: Ustaz Abd. Majid Hassan
Terbitan: HR Publishing
Harga: RM31.90

Masyarakat umum begitu taksub dengan pelbagai kepercayaan tahyul dan cerita mistik dongeng sehingga adakalanya turut mempengaruhi perjalanan kehidupan seharian. Hakikatnya, Allah menerusi firman-Nya di dalam al-Quran dan Rasulullah menerusi sabdanya sudah menerangkan secara terperinci mengenai kejadian makhluk halus. Buku ini mencatatkan pengalaman peribadi penulis yang juga seorang perawat ketika berhadapan dengan makhluk halus yang mengganggu manusia. Ia tidak bermaksud untuk menakutkan pembaca namun buku ini mengandungi pelbagai ilmu yang amat bermanfaat untuk membenteng diri daripada diganggu kelompok jin dan syaitan. Teknik dalam buku ini hanya sebagai panduan, tetapi iktikad mestilah disandarkan semata-mata kepada Allah swt.

Wednesday, February 10, 2010

Membongkar Misteri Dajjal

Membongkar Misteri Dajjal: Berdasarkan Al-Quran & Hadith, Juga Penemuan Saintifik & Artifak-Artifak Misteri Dunia Yang Menggemparkan!
Penulis: Muhammad Nurani Maarif
Terbitan: HR Publishing
Harga: RM37.90

Buku ini mengupas bagaimana Dajjal merancang konspirasi kemunculannya dalam mencetus Perang Dunia ke-3 dan huru-hara dunia, dengan menggerakkan proksi-proksinya yang terdiri dari Freemasons, Illuminati dan Secret Society. Buku ini membicarakan fakta yang belum pernah anda temui dan dikupas secara tuntas.

Monday, February 8, 2010

40 Hadis Imam Nawawi

40 Hadis Imam Nawawi
Penyusun: Imam Nawawi
Terbitan: PTS
Harga: RM5.90

Sunday, February 7, 2010

Hidup Diredhai Tuhan

Hidup Diredhai Tuhan
Penyusun: Imam Nawawi
Terbitan: PTS
Harga: RM6.50

"Wahai Tuhanku, kurniakan daku rasa cinta kepada perbuatan yang dapat mendekatkan diriku kepada cintaMu."

Thursday, February 4, 2010

Mengharap Kasih Sayang Tuhan

Mengharap Kasih Sayang Tuhan
Penyusun: Imam Nawawi
Terbitan: PTS
Harga: RM5.90

"Ya Tuhanku, ampunilah aku dan saudaraku dan masukkanlah kami ke dalam rahmatMu, dan Engkau yang Maha Penyayang daripada semua yang penyayang."

Wednesday, February 3, 2010

Jadi Seperti Muhammad

Jadi Seperti Muhammad
Penulis: Aa Gym
Terbitan: PTS
Harga: RM10.00

"Sesungguhnya Peribadi Muhammad Itu Adalah Peribadi Quran." (Abu Daud dan Muslim)

Tuesday, February 2, 2010

Keluargaku Syurgaku

Keluargaku Syurgaku
Penulis: Aa Gym
Terbitan: PTS
Harga: RM10.00

Panduan lengkap membentuk keluarga Mawaddah Wa Rahmah.

Monday, February 1, 2010

Doa Kesukaan Nabi Muhammad

Doa Kesukaan Nabi Muhammad
Penyusun: Imam Nawawi
Terbitan: PTS
Harga: RM5.90

Buku kecil ini menghimpunkan koleksi doa-doa kesukaan Nabi Muhammad yang dapat diamalkan dalam kehidupan seharian. Dipetik daripada koleksi hadis-hadis sahih kitab Riyadus Solihin susunan Imam Nawawi.

KANDUNGAN

Biografi Ringkas Imam Nawawi
Bab 1: Kelebihan Berdoa
Bab 2: Doa-doa Kesukaan Nabi Muhammad
Bab 3: Kelebihan Berdoa Bagi Orang Lain Tanpa Pengetahuannya
Bab 4: Doa Bagi Keadaan Tertentu
Bab 5: Yakin dan Tawakal