Showing posts with label Ameen. Show all posts
Showing posts with label Ameen. Show all posts

Thursday, January 1, 2015

Pakej Tajwid Al-Barqy


Pakej Tajwid Al-Barqy 
Terbitan: Ameen Books 
Harga: RM44.90 

 Pakej Tajwid Al-Barqy ini mengandungi: 
1) Buku Teks Tajwid Al-Barqy (Kaedah Mudah Belajar Tajwid) 
2) VCD 1 Tajwid Al-Barqy 
3) VCD 2 Tajwid Al-Barqy 

 Sesuai digunakan di rumah, tadika dan sekolah

Friday, March 23, 2012

KAMUS AL-MUYASSAR

KAMUS AL-MUYASSAR
Penulis: Dr Hanafi Hj Dollah
Terbitan: Ameen Books
Harga: RM14.90

Kamus Mudah Sekolah Rendah (Bahasa Arab-Bahasa Malaysia)

"Kamus ini memudahkan pencarian perkataan dan menarik minat belajar"- Dr. Muhammad Zaki Abdul Rahman (UM)

Monday, August 29, 2011

Blogger Blog Blogging Untuk Semua

Blogger Blog Blogging Untuk Semua
Penulis: Rosli Jamal
Terbitan: Ameen Books
Harga: RM24.00

Blog merupakan laman web yang memudahkan interaksi sepontan. Anda boleh berkongsi minat dan kepakaran melalui blog. Ini secara langsung menjadikan diri anda popular disamping membentuk satu komuniti yang akan memberi peluang perniagaan kepada anda.

Pelajarilah teknik untuk menjadi blogger yang diminati dan dipercayai. Jadikan komuniti blog anda sebagai tempat perkongsian maklumat, perasaan, dan wang. Ya! blog boleh menjadi sumber rezeki. Ketahuilah cara menghasilkan pulangan rezeki. Buku ini menyajikan pelbagai panduan untuk membina dan mengurus blog anda dengan cepat dan berkesan. Dapatkan 97 alamat blog dan laman web dalam buku ini untuk memajukan diri atau bisnes anda.

Cari Kerja Ada Caranya

Cari Kerja Ada Caranya
Penulis: Mohammad Noorizzuddin Dato' Haji Nooh
Terbitan: Ameen Books
Harga: RM29.00

Ketahuilah cara untuk:

Merangsang diri agar cepat-cepat mencari kerja dan betapa pentingnya untuk "fleksibel", tiada sifat malu dan mempunyai matlamat kerjaya untuk mencari kerja.

Bermula mencari kerja dengan kekemasan penampilan diri, penyiapan dokumen dan persediaan minda.

Meningkatkan peluang mendapat kerja dengan kemahiran nilai tambah seperti keupayaan berkomunikasi, kerja berpasukan dan kemahiran keusahawanan.

Menyediakan resume yang meyakinkan.

Berupaya dan berjaya menjalani temuduga kerja.

Nilai Betul Terus Betul

Nilai Betul Terus Betul
Penulis: Zainudin Ismail
Terbitan: Ameen Books
Harga: RM29.00

Pemantauan terhadap sifat dan keadaan jiwa manusia itu pula boleh diteliti dengan mengenal pasti nilai-nilai yang dijiwainya. Demi kejayaan, seseorang itu perlu memilih dan menjiwai pelbagai nilai betul yang merupakan nilai teras. Setiap nilai teras boleh diperjelas melalui beberapa nilai sokongan, juga turut dibayangi nilai negatif yang berkaitan.

Intipati kaedah Sistem Nilai adalah mengenal pasti nilai teras, nilai sokongan dan nilai negatif. Kaedah Sistem Nilai ini berupaya menjana dan mengurus perubahan positif bukan sahaja untuk diri, tetapi juga untuk organisasi bisnes, badan kerajaan serta badan bukan kerajaan.

Kaedah perlaksanaan Sistem Nilai ini dipermudah dengan kegunaan alatan pengurusan seperti peta nilai, kamus nilai, kad nilai serta diari nilai.

Klik Untuk Kaya

Klik Untuk Kaya
Penulis: Rosli Jamal
Terbitan: Ameen Books
Harga: RM29.00

Bisnes siber atau perniagaan internet boleh dimulakan tanpa modal yang besar, mudah dikendalikan dan boleh menjanakan untung yang besar. Buku ini akan membongkar 'rahsia-rahsianya'.

Sunday, August 28, 2011

Tulisan Cerminan Personaliti Diri

Tulisan Cerminan Personaliti Diri
Penulis: Khadijah Ibrahim
Terbitan: Ameen Books
Harga: RM23.00

Setiap orang memiliki personaliti diri yang tersendiri. Ciri-ciri personaliti merangkumi corak pemikiran, unsur emosi diri dan juga tabiat diri. Gambaran personaliti diri boleh dibaca dengan mudah melalui penganalisaan tulisan tangan.

Proses menulis merupakan cernaan minda yang membentuk lakaran dan gaya tulisan yang unik sebagaimana uniknya personaliti diri seseorang itu.

Ketahuilah kedalaman emosi, perasaan dan cara pemikiran diri anda sendiri dan juga diri orang yang ingin anda kenali. Fahamilah bentuk tulisan mereka yang berjaya dalam hidup dan juga bentuk tulisan mereka yang mempunyai ciri-ciri negatif kehidupan.

Rahsia Kejayaan Pelajar Terbilang Negara

Rahsia Kejayaan Pelajar Terbilang Negara
Penulis: Dr. Mohd Shukri Abdullah Ph.D
Terbitan: Ameen Books
Harga: RM23.00

Apabila anda gagal mempamerkan prestasi yang memberangsangkan,ia bukan kerana anda kurang bijak atau tidak berpotensi.Punca utama ialah kerana anda tidak ada strategi belajar yang berkesan. Selama ini anda tidak pernah didedahkan atau diajar mengenai kaedah 'belajar cara belajar'. Buku 'Rahsia Kejayaan Pelajar Terbilang Negara' ini membekalkan resepi-resepi yang pernah digunakan oleh pelajar cemerlang yang dekenali sebagai Pelajar Terbilang Negara. Tindakan mereka, sikap mereka, pendekatan mereka dan amalan harian mereka berbeza dengan pelajar kebanyakan biasa. Kelainan inilah yang akan ditonjolkan dalam buku ini. Fokus utama buku ini ialah mengajak anda belajar secaraa bijaksana.

Harta Kita Hak Siapa: Panduan Mengurus Pusaka Kecil

Harta Kita Hak Siapa: Panduan Mengurus Pusaka Kecil
Penulis: Amin Ahmad
Terbitan: Ameen Books
Harga: RM29.00

Pastikan harta pusaka anda akan dimiliki oleh waris yang berhak. Elakkan pelbagai masalah dan kekeliruan dalam pengurusan harta pusaka. Buku ini dengan ringkas dan padat menjelaskan tentang peraturan dan undang-undang dalam pengurusan harta pusaka dan memberi pelbagai cara penyelesaian agar harta pusaka itu dapat dipindah milik kepada waris yang berhak.

Monday, July 25, 2011

Pakej Jimat Cepat Baca

Pakej Jimat Cepat Baca
Penulis: Zairani A. Hamid, Che Mazlan Saad
Terbitan: Ameen Books
Harga: RM34.90

"Cepat Baca" menarik dan berkesan kerana:
- Sesuai dengan perkembangan umur anak.
- Pendekatan pengajaran membaca yang terkini - kesedaran fonemik.
- Kemahiran asas membaca dikembangkan menurut sistem yang tersusun.
- Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bertahap-tahap.

Pakej Cepat Baca mengandungi:
1. Buku Teks Cepat Baca 1 - 2
2. Buku Aktiviti Cepat Tulis 1 - 2
3. CD Audio Nyanyikan Bunyinya
4. Kad Imbasan

Pakej Jimat I Can Read



Pakej Jimat I Can Read
Penulis: Zairani A. Hamid, Che Mazlan Saad
Terbitan: Ameen Books
Harga: RM39.90

"I Can Read" is interesting and effective because:
- Appropriate to the psychological development off the child.
- Research has shown this approach of introducing basic sounds is the most effective method of teaching reading.
- Basic reading skills are taught using simple everyday words.
- "Sing the Sounds" VCD will guide the child and teacher on the basic sounds of English through songs and instructions.

Pakej Bacalah Jawi

Pakej Bacalah Jawi
Penulis: Zairani A. Hamid, Che Mazlan Saad
Terbitan: Ameen Books
Harga: RM34.90

"Bacalah Jawi" penting untuk anak anda kerana:
- Pendidikan Islam di Sekolah Rendah dan Menengah diajar dalam tulisan jawi.
- Belajar membaca Al-Quran dalam bahasa Arab menjadi lebih mudah.
- Tulisan Jawi merupakan kunci khazanah ilmu dan warisan bangsa Melayu.

Friday, February 11, 2011

Bijak Berbicara Mencuit Rasa (Edisi Jimat)

Bijak Berbicara Mencuit Rasa
Penulis: Badrul Sani
Terbitan: Ameen Books
Harga: RM19.00

"Kebolehan Badrul Sani memukau audiens... membuatkan anda perlu menyelongkar rahsia bicara beliau melalui buku panduan ini."
Shamsul Qamar, Presiden Kelab Debat UIAM

Fahamilah ciri-ciri bicara perniagaan, pidato, ceramah, ucapan rasmi dan perbualan yang meyakinkan, memberi kesan emosi serta dapat menjada tindakan. Ketahuilah penyebab timbulnya rasa gentar untuk berbicara di khalayak ramai dan kaedah untuk menangani masalah ini. Jauhilah sikap yang ada pada pembicara kecundang dan ambillah iktibar daripada pembicara gemilang.

Hayatilah rahsia cemerlang berbicara. Fahamilah tahap penerimaan audiens. Berbicaralah dengan bahasa yang unik, isi yang menarik dan intonasi yang hebat. Iringilah bicara anda dengan bahasa badan yang sesuai.

Wednesday, December 8, 2010

Koleksi Buku Dr. Rusly Abdullah (Chef Li)

1) Menjejaki Jutawan Senyap
Terbitan: Ameen Books
Harga: RM17.00

2) Aku Tak Nak Miskin
Terbitan: Ameen Books
Harga: RM17.00

3) Petunjuk Jalan Kekayaan
Terbitan: Ameen Books
Harga: RM29.00

4) Biar Kecil Asalkan Berhasil
Terbitan: Ameen Books
Harga: RM29.00

5) OKB! Orang Kaya Bertaqwa
Terbitan: Ameen Books
Harga: RM29.00

Sunday, November 21, 2010

Koleksi Karya Faisal Tehrani

1) Tunggu Teduh Dulu (Novel) - RM29.00
2) Bahlut (Novel) - RM23.00
3) Maaf Dari Surga (Novel) - RM18.80
4) Detektif Indigo Kembali (Novel) - RM16.00
5) Rahsia Ummi (Novel) - RM19.00
6) Ketupat Cinta (Novel) - RM23.90
7) Tuhan Manusia (Novel) - RM21.90
8) Bila Tuhan Berbicara (Drama) - RM21.90
9) Kekasih Sam Po Bo (Cerpen) - RM28.90
10) Ingin Jadi Nasrallah (Puisi) - RM35.00
11) Karya Nan Indah (Panduan Penulisan Kreatif) - RM29.00

Friday, July 16, 2010

Novel Epik Sejarah: Atas Nama Cinta

Atas Nama Cinta
Isa Kamari
Terbitan: Ameen Books
Harga: RM29.00

"Novel sejarah berjudul 'Atas Nama Cinta' karya Isa Kamari akan mendobrak dan membuka minda kita semua erti cinta, pengorbanan dan kemanusian sejati. Novel ini berupaya menjadi novel ikonik genre sejarah dalam dunia sastera Melayu." Razak Ismail

Singapura, Malaya dan Hindia Timur (Indonesia) 1942-1950. Nusantara Melayu sedang bergolak. Bahang kebangkitan bangsa yang sekian lama dijajah mula dirasai oleh Inggeris dan Belanda.

Atas nama cinta, Nadra mengecap iman. Atas nama cinta, dua ibu berebut kasih. Atas nama cinta, ikatan perkahwinan Nadra terjalin. Atas nama cinta, kuasa dan percaturan politik penjajah merampas Nadra. Atas nama cinta, kesucian agama Islam dan maruah bangsa harus dibela. Bangsa yang dijajah sudah tidak takut lagi... ATAS NAMA CINTA

Sunday, March 14, 2010

Siri Buku Delima Untuk Kanak-kanak

Siri Delima (1 set - 10 siri)
1) Ini Apa?
2) Lima Jari
3) Deria Saya
4) Nak Main Apa?
5) Helo
6) Cium Sekali
7) Tepuk-tepuk
8) Buat Apa Tu?
9) Au Cak!
10) Kok Kok Kok

Zainiah Mohamed Isa
Harga: RM9.90 setiap siri

Siri Delima sesuai dijadikan bahan bacaan bagi kanak-kanak pada peringkat umur 8 bulan sehingga 3 tahun. Siri ini bertujuan merangsang perkembangan kanak-kanak di samping mengeratkan lagi hubungan dan interaksi kanak-kanak dengan ibu bapa atau pengasuhnya. Siri ini juga menyemai minat untuk membaca serta memperkenalkan kemahiran-kemahiran prabacaan yang penting.

- Sesuai dengan perkembangan umur kanak-kanak dari umur 8 bulan hingga 3 tahun.
- Panduan ringkas disediakan dalam setiap buku.
- Buku ini disusun untuk merangsang perkembangan kognitif dan fizikal anak.
- Membantu mengeratkan hubungan dan interaksi antara anak dengan ibu bapa atau guru.
- Cerita yang bersesuaian dengan peringkat umur anak dan ilustrasi yang menarik dapat menarik minat anak terhadap buku.
- Aktiviti kesedaran fonemik diperkenalkan. Anak perlu sedar bahawa setiap perkataan terdiri daripada bunyi-bunyi asas yang bergabung dan boleh dipisahkan. Ini merupakan kemahiran prabacaan yang penting.