Thursday, January 29, 2015

Doa-doa Kunci Rezeki


Doa-doa Kunci Rezeki 
 Penulis: Ust. Yusuf Mansur & Amir Kumadin 
 Terbitan: Intuisi Press 
 Harga: RM35.00

Wednesday, January 28, 2015

Warisan Teragung Sang Guru Besar


Warisan Teragung Sang Guru Besar 
 Penulis: Syekh 'Abdul Qadir Jaelani 
 Terbitan: Sahara Publishers 
 Harga: RM35.00 

 Tujuan Allah Swt menciptakan manusia adalah untuk beribadah kepadaNya, sayangnya sebagian mereka justru berpaling dari-Nya, bahkan menyembah dunia. Faktanya kehidupan dunia hanya sementara, ia adalah tempatnya ujian dan cobaan. Dunia ibarat ladang untuk menanam kebaikan, adapun hasilnya akan dipetik di kehidupan akhirat. 

 Seyogyanya manusia harus menjadikan akhirat sebagai modal utama, sedangkan dunia sebagai keuntungannya. Ia wajib mengutamakan waktunya untuk akhirat. Selebihnya, barulah ia gunakan untuk mencari dunia dan penghidupan. Namun yang terjadi adalah sebaliknya; dunia dijadikan sebagai modal utama, dan akhirat sebagai keuntungan. Selebihnya, barulah ia gunakan untuk mencari akhirat, seperti menunaikan shalat, puasa, dan berbagai kewajiban lain yang hanya bertujuan untuk mengugurkan kewajiban semata. Ini terjadi karena manusia --yang seharunys mengendalikan-- sebaliknya ia dikendalikan oleh jiwa, hawa nafsu, dan setannya yang senantiasa membujuk dan menggodanya agar mau menempuh jalan kesesatan yang justru menghasilkan kesengsaraan di dunia dan di akhirat. 

 Siapapun yang menginginkan keselamatan. Ia harus menjauhi jalan setan dan hawa nafsu, bersabar dan ridha saat menghadapi cobaan, tidak mengeluh kepada makhluk, hanya memohon kepada Allah Swt, senantiasa mentaati-Nya, menunggu kelapangan dari-Nya, dan hanya mencurahkan tenaga untuk beribadah kepada-Nya. Sebab Dia lebih baik dari siapapun termasuk semua makhluk-Nya. Larangan-Nya adalah pemberian, hukuman-Nya adalah kenikmatan, cobaan-Nya adalah obat, janji-Nya adalah kritik, perkataan-Nya adalah perbuatan, dan kehendak-Nya adalah perkataan dan perintah-Nya. Ketika Dia menghendaki sesuatu, Dia tinggal berkata, "Jadilah!" maka terjadilah apa yang dikehendaki-Nya. 

 Inilah buku penuntun bagi jiwa untuk selalu taat. Ia laksana setitik cahaya yang berada di tengah belantara kegelapan hati. Ia juga mengajak siapa pun Anda yang menginginkan Allah swt dan selalu berada di jalan-Nya.

Ritual Cinta - Menjadikan Tuhan Sebagai Kekasih Hati


Ritual Cinta - Menjadikan Tuhan Sebagai Kekasih Hati 
 Penulis: Syekh Abdul Qadir Al-Jailani 
 Terbitan: Marja 
 Harga: RM35.00

Tuesday, January 27, 2015

Rahasia dan Makna Huruf Hijaiyyah


Rahasia dan Makna Huruf Hijaiyyah 
 Penulis: M. Fauzi Rachman 
 Terbitan: Citra Risalah 
 Harga: RM43.00 

Menyingkap rahasia dan makna huruf hijaiyyah. Huruf hijaiyyah ternyata berdimensi makna filosofis yang mendalam. Secara global, rahasia itu adalah cara dan kiat agara kita menjadi muslim sejati (muslim kaffah) dan manusia seutuhnya (insan kamil).

Monday, January 26, 2015

Renungan Sufi


Renungan Sufi 
 Penulis: Syaikh Abdul Qadir Jailani 
 Terbitan: Pustaka Al-Furqan 
 Harga: RM60.00

Buku Panduan Haji & Umrah (Gantung)


Buku Panduan Haji & Umrah (Gantung) 
 Penulis: Haji Johari Haji Alias 
 Terbitan: Darul Nu'man 
 Harga: RM10.00

Sunday, January 25, 2015

The Power Of Rasulullah's Leadership (Edisi Bahasa Melayu)


The Power Of Rasulullah's Leadership (Edisi Bahasa Melayu) 
 Penulis: Shoni Rahmatullah Amrozi 
 Terbitan: Al-Hidayah 
 Harga: RM15.00 

 Setiap orang pasti mempunyai impian untuk menjadi pemimpin yang berwawasan, kompeten dan berintegrasi tinggi. Bermula dari sinilah ramai yang mula mengagumi pelbagai tokoh pemimpin dunia. Seperti pemimpin negara, pemimpin ketenteraan, pemimpin bidang sukan dan banyak lagi. Nama-nama besar ini dijadikan idola. 

 Namun sebut sahaja nama Nabi Muhammad S.A.W. tokoh kepimpinan yang terdapat pada Baginda S.A.W. bukan sahaja dikagumi oleh orang Islam sahaja, bahkan is juga dikagumi oleh orang bukan Islam. Banyak kajian dan hasil tulisan berkenaan topik ini telah dibukukan. Malah is juga sering dijadikan model utama dalam pengurusan individu, kekeluargaan, korporat bahkan sistem sesebuah negara. Kepimpinan Nabi S.A.W. merupakan satu institusi yang telah melahirkan ramai lagi tokoh pemimpin yang hebat dalam kalangan para sahabat dan orang Islam sehingga kini. 

 Apakah pola dan corak kepimpinan Rasulullah S.A.W. ini sehingga mampu mengubah wajah dunia sehingga kini. Buku ini mengupas secara terperinci mengenai berbagai teori, cara dan model kepimpinan yang bersifat fundamental, menyeluruh dan holistik. Baginda, menjalankan pemerintahan di atas empat asas utama iatu Siddiq, Amanah, Tabligh dan Fatanah.

Revolusi


Revolusi 
 Penulis: Pahrol Mohamad Juoi 
 Terbitan: Galeri Ilmu 
 Harga: RM15.00 

 Antologi cerpen Revolusi ini ditulis dengan misi ‘memanusiakan’ manusia. Apakah ada manusia yang bukan manusia? Ya, ada. Bukan pada rupa, tetapi pada jiwa. Apabila buta mata hati (kerana meminggirkan agama), manusia akan menjadi lebih hina daripada haiwan. Kerakusannya, bukan sahaja menghancurkan orang lain tetapi turut menghancurkan dirinya sendiri. Ketika itu kebijaksanaan akal akan didominasi oleh kerakusan hawa nafsu. Maka berlakulah keruntuhan spiritual di tengah pembangunan material. Inilah zaman jahiliah kedua yang mengekalkan ciri-ciri dalaman persis jahiliah yang pertama. 

 Tidak kira setinggi mana ilmu, sebanyak mana harta atau sebesar mana kuasa ... tanpa berpegang kepada prinsip Islam yang syumul, umat Islam sendiri akan menjadi hamba kepada fahaman sekular. Inilah fahaman yang ‘diperangi’ oleh cerpen-cerpen dalam antologi ini. Ia memaparkan bagaimana ulama berfikiran sekular rela menjahanamkan agama atas nama agama. Mereka gadaikan prinsip teras dan nilai asas Islam atas alasan toleransi dan bersifat sederhana. 

 Buku ini juga membuka tembelang umara berfikiran sekular, yang tega merosakkan masyarakat dengan muslihat untuk membela bangsa dan negara. Ironinya, mereka membaham isi, orang lain hanya mengutip sisanya. Manakala si jahil yang sekular pula akan terus jadi Pak Turut yang rela diperkuda oleh umpan hedonisme untuk terus bersuka ria dengan menggadaikan agama. Namun, kita tidak rela umat terus dijajah minda dan jiwanya. 

Sudah sampai masanya kita bangun dengan penuh kesedaran untuk mencantas belenggu jahiliah dalam jiwa dan fikrah masyarakat. Walaupun kebangkitan Islam ini pasti ada hambatan dan halangannya, kebenaran tidak akan dapat selamanya disekat. Ia umpama akar pokok yang mampu menembusi tanah dengan gerakannya yang lemah lembut penuh istiqamah. Atau ia umpama aliran air yang mampu melekukkan batu kerana sifatnya yang tegar dan sabar. 

 Antologi cerpen Revolusi ini memaparkan arus yang terpaksa dihadapi oleh pejuang Islam sepanjang zaman. Arus itu sama ada dalam bentuk sistem yang telah lama bertapak kukuh atau individu dominan yang menjadi pendukung sistem tersebut. 

Cerpen-cerpen dalam antologi ini polos dan telus sahaja sifatnya. Mungkin nilai estetikanya tidak seberapa. Namun sifat terus-terang dan vokalnya itulah yang lebih perlu dicermati dan diamati. Mesejnya jelas yakni ingin membawa pembaca untuk merentasi sempadan-sempadan kuasa, harta dan kekuatan yang sering dieksploitasi dan dimanipulasi untuk menyekat kebenaran. 

Untuk itu kita perlu bermujahadah – berhempas melawan hawa nafsu dan tipuan syaitan yang sangat mengajak kepada kejahatan. Musuh batin itu yang lebih berbahaya daripada musuh lahir. Betapa ramai pejuang Islam yang kecundang, bukan kerana pukulan musuh dari luar, tetapi rebah akibat lemah berperang dengan keinginan hawa nafsu sendiri!

Saturday, January 24, 2015

Perhubungan Awam Ala Nabi Muhammad s.a.w.


Perhubungan Awam Ala Nabi Muhammad s.a.w. 
 Penulis: Iqra' Al-Firdaus 
 Terbitan: Al-Hidayah 
 Harga: RM15.00 

 Perhubungan awam adalah perkara yang subjektif yang boleh juga didefinisikan sebagai komunikasi dan interaksi daripada satu pihak kepada pihak yang lain untuk mencapai tahap perkhidmatan dan martabat diri yang terbaik. Demi mendapat kerjasama, nama baik, kepercayaan serta perhargaan daripada orang awam. Perhubungan awam ini amat diperlukan oleh individu mahupun sesebuah syarikat, organisasi dan masyarakat. 

 Buku ini menghuraikan berkenaan perhubungan awam berdasarkan apa yang telah diinspirasikan oleh Rasulullah s.a.w. sepanjang kehidupan baginda. Nabi s.a.w. telah memberikan contoh terbaik untuk diikuti dalam setiap urusan sama ada urusan dunia mahupun akhirat. Idea-idea yang diterjemahkan oleh penulis buku ini memberikan kita pencerahan ilmu yang menarik dan berharga untuk semua lapisan masyarakat. 

 Semoga dengan perkongsian ini dapat dimanfaatkan ilmunya untuk meneruskan contoh-contoh terbaik yang telah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Seterusnya menaikkan lagi martabat serta kualiti diri hasil daripada duplikasi Perhubungan Awam ala Nabi Muhammad s.a.w. untuk meraih kejayaan dunia dan akhirat.

Friday, January 23, 2015

Syoknya Nikah Muda


Syoknya Nikah Muda 
 Penulis: Mohd Sabri Jamaludin & Nurul Adilah Ahmad Kamal 
Terbitan: Kemilau Publika 
 Harga: RM15.00 

 Ini misi mencari calon zauj (suami) dan zaujah (isteri) yang terbaik. Misi ini bukan misi main-main, dan semberono sahaja. Ini misi untuk meraih keredhaan daripada Allah SWT. Lelaki bujang dan perempuan bujang pasti sedang menanti-nanti akan seruan datangnya panggilan jodoh masing-masing. Tidak ketinggalan ada juga yang sedang sibuk dan bertungkus lumus mencari siapakah dia gerangan calon untuk mereka. Jika sudah ada calon, pasti pilihan akan dibuat. Memilih hanya yang terbaik. 

 Fitrah berpasangan memang menjadi lumrah dalam hidup seorang manusia. Keajaiban tuhan menjadikan manusia itu secara berpasang-pasangan. Jika ada lelaki pasti ada perempuan yang melengkapi sesama kita yang telah menjadi aturan dan kehendak Allah. Inilah perjuangan hidup sebenar yang terpaksa dilalui oleh setiap lelaki dan perempuan yang masih bujang. 

 “Saya menadah tangan dan bermunajat kepada Allah agar penulisan ini mampu mengubah dan mengetuk hati para pembaca untuk berkahwin dengan segera jika berkemampuan. Saya juga memohon agar Allah SWT mengampunkan segala dosa-dosa para remaja dan dewasa yang telah terlanjur dalam hubungan yang haram dan terjerumus dalam kancah perzinaan yang dimurkai oleh Allah.

 Semoga dengan kehadiran buku ini, ianya mampu memberi sedikit gambaran kepada para pembaca untuk mencapai jalan pernikahan yang diredhai Allah SWT.” - Penulis

Saturday, January 17, 2015

The Great Wife – Aisyah RA


The Great Wife – Aisyah RA 
 Penulis: Ahmad Bin Salim Badawilan 
 Terbitan: Humaira Publications 
 Harga: RM12.50 

Dia adalah puteri as-Shidiq teman Muhammad, menjadi pendamping Rasul sepanjang hayat dan sumber rujjukan sekalian umat.

 Ikon yang sangat tepat untuk dijadikan teladan bagi setiap wanita yang mencari kebahagiaan dunia dan akhirat. Dia yang mendambakan cinta Allah dan Rasul melebihi cintanya kepadaa dunia. Kecerdasan dan keagungannya tidak terlepas daripada pandangan cendekiawan sepanjang zaman. Cinta dan kasih sayangnya mampu menenangkan jiwa Rasul yang kadang terusik dengan cabaran dalam penyebaran risalah Islam.

 Wanita yang menjadi kesayangan Nabi SAW di antara isteri-isteri Nabi SAW yang lain, sudah pastinya terselit sesuatu yang istimewa di dalam dirinya. Kata-katanya menjadi petunjuk bagi kebanyakan hukum syariat. Itulah Aisyah r.a: menjadi contoh isteri ideal buat suami, keluarga dan masyarakat, teladan buat mereka yang bergelar isteri.

 Melalui The Great Wife: Aisyah r.a. anda akan dibawa menyelusuri kehidupan rumah tangga Rasulullah SAW bersama Aisyah r.a. Wujudkan Aisyah di dalam diri anda dan hidupkan cahaya rumah tangga dengan mawaddah wa rahmah yang membawa ke syurga.

Friday, January 16, 2015

The Great Husband, Muhammad SAW


The Great Husband, Muhammad SAW 
 Penulis: Hasan Bin Ahmad Hasan Hamam 
 Terbitan: Humaira Publications 
 Harga: RM13.50 

 Rasulullah SAW adalah suami terbaik sepanjang zaman. Ikon suami yang ideal. Baginda SAW bukan sahaja mampu mengatur rumah tangga dalam pelbagai keadaan dan kesulitan, tetapi juga dapat mewujudkan keharmonian penuh kasih sayang terhadap isteri. 

 Pesona Nabi SAW bukan hanya sebagai suami, tetapi pendamping, sahabat sekaligus bapa juga pelindung buat isteri. Rumahku syurgaku dimaknakan oleh Rasulullah SAW bukan dengan harta yang melimpah, rumah yang megah, namun rumah Nabi SAW tetap contoh bagi rumah islami yang bahagia. Kerana rumaha yang dibina adalah atas dasar ketaatan pada Allah SWT dan keredaan-Nya. Sikap tawaduk, kesederhanaan, keimanan, dan keyakinan benar-benar tertanam di hati para penghuninya, laksana gunung-gunung yang kukuh. 

 Bagaimanakah mahu menjadi suami cara Nabi SAW? Buku ini mampu menuntun anda membentuk keluarga seunggul keluarga Nabi sehingga mampu mengarahkan bahtera rumah tangga menuju syurga, malah di dunia dipenuhi mawaddah wa rahmah.

Wednesday, January 14, 2015

Tarikh Khulafa'


Tarikh Khulafa' 
 Penulis: Imam As-Suyuti 
Penterjemah: Ustaz Mohd Darus Senawi 
 Terbitan: Dewan Pustaka Darussofiah 
 Harga: RM55.00

Tuesday, January 13, 2015

Membongkar Rahsia Dunia Melayu


Membongkar Rahsia Dunia Melayu 
Penulis: Srikandi, Al-Semantani, Ibnu Rusydi 
Terbitan: HR Publishing 
Harga: RM39.90 

 MELAYU PRIBUMI ASIA TENGGARA: MENJAWAB KEKELIRUAN SEJARAH 

Dewasa ini, pelbagai serangan dan tohmahan dibuat mengenai kedudukan Melayu-Islam. Serangan yang dilakukan ini meliputi pelbagai isu seperti hak asasi untuk murtad, penyebaran ajaran Syiah, penyalahgunaan kalimah ‘Allah’ dalam Bible dan sebagainya. Selain itu, serangan itu juga dilakukan terhadap sejarah negara amnya dan sejarah Melayu khasnya, demi menimbulkan kekeliruan kepada umat Melayu-Islam agar tunduk kepada desakan dan permintaan mereka. 

 Serangan terhadap sejarah Melayu merupakan serampang dua mata dalam mencabar kedudukan umat Melayu selaku Bumiputera asal dan pada masa sama melemahkan kedudukan Islam di negara ini, memandangkan Perlembagaan Persekutuan, ‘Melayu’ di negara ini secara automatik adalah seorang Muslim. 

Menerusi ‘serangan’ berterusan terhadap putar belit sejarah Melayu, menerusi kenyataan akhbar, media sosial, media massa dan sebagainya, dibimbangi nasib umat Melayu-Islam di negara ini berakhir seperti umat Melayu-Islam di negara Thai, apabila sejarah keagungan Kesultanan Islam-Patani lenyap dan umat Melayu-Islam di sana terpaksa beridentitikan Thai-Muslim, lalu terhapuslah identiti dan jati diri penduduk Islam di sana. Atas dasar itulah, tiga orang blogger sejarah kontemporari tempatan bergabung tenaga dan minda demi menghasilkan sebuah catatan khas untuk memperjelas kekeliruan serta menjawab putar belit yang disengajakan terhadap sejarah bangsa Melayu. 

 Buku ini akan memfokuskan isu-isu yang mengelirukan umat Melayu-Islam, terutamanya kepada anak muda mengenai sejarah bangsa mereka. “Jika kita mengenali negara Barat dengan kecanggihan dan kemodenan, adakah benar orang Melayu dahulukala hanya berkeris menentang penjajah Barat?"

Deme Wasap, Ambe Reply - Ustaz Azhar Idrus


Deme Wasap, Ambe Reply 
 Penulis: Ustaz Azhar Idrus 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM18.00 

 Ustaz Azhar Idrus, pendakwah nombor 1 di Malaysia, kali ini tampil dengan buku terbaru beliau, Deme Wasap, Ambe Reply berkenaan Fikah Remaja. Buku ini adalah buku siri soal jawab beliau yang ketiga. Ia mengandungi persoalan-persoalan fikah harian yang selalu remaja tertanya-tanya, yang merangkumi pelbagai aspek seperti hiburan, ibadah, isu semasa, akidah, dan banyak lagi. Buku ini juga memuatkan karikatur Ustaz Azhar Idrus yang mencuit hati, selain warna dan grafiknya yang menarik. Sesuai untuk semua lapisan umur dan masyarakat

Monday, January 12, 2015

Mesin Waktu Al-Quran - Menyelami Lautan Makna Surah Al-Waqiah (Edisi Bahasa Melayu)


Mesin Waktu Al-Quran - Menyelami Lautan Makna Surah Al-Waqiah (Edisi Bahasa Melayu) 
Penulis: Hudzaifah Ismail 
 Terbitan: Humaira Publications 
 Harga: RM120.00 

 MENYELAMI LAUTAN MAKNA SURAH AL-WAQI'AH 

 Setiap nabi dikurniakan mukjizat yang sesuai dengan keadaan umatnya. Nabi Muhammad s.a.w, diutus kepada suatu kaum yang ummi. Mereka tidak tahu membaca dan menulis tetapi sangat maju dalam bidang sastera, make baginda dikurniakan al-Quran. 

Sekiranya seluruh manusia bersatu untuk mencipta kata-kata yang dapat menandingi ayat al-Quran, nescaya mereka tidak akan mampu. Kehebatan al-Quran bukan hanya pada keindahan bahasanya. Bahkan al-Quran juga memberi informasi tentang pelbagai perkara yang telah dan akan berlaku di alam semesta sesuai dengan hakikat penciptaannya.

 Salah satu surah yang dapat membawa kita menyelami hal itu adalah surah al-Waqiah. Buku ini akan membawa anda menyelami lautan makna al-Waqiah. Anda akan menemukan pembahasan yang menarik, antaranya : 
Misteri keutamaan surah al-Waqiah; apakah mampu mencegah kefakiran? 
 Kiamat berdasarkan pelbagai peradaban dan agama 
 Adakah umur boleh dipanjangkan? 
 Misteri Tulang Sulbi (Coccyx) 
Bagaimana Allah menghidupkan semula makhluk yang telah mati? 
Kiamat dalam Bahasa Fizik 
 Pelbagai peristiwa yang berlaku di dalam sejarah telah diceritakan di dalam al-Quran terlebih dahulu 
Kenapa proses fotosintesis tumbuhan memerlukan daun berwarna hijau bukan hitam? 

 Semoga dengan menyelami lautan makna al-Waqiah melalui buku ini, dapat meningkatkan iman dan ilmu anda serta keyakinan kebenaran al-Quran menjadi semakin utuh.

Sunday, January 11, 2015

Tips Mudah Langsaikan Hutang & Petua Menjemput Rezeki


Tips Mudah Langsaikan Hutang & Petua Menjemput Rezeki 
 Penulis: Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri 
 Terbitan: Pustaka Cahaya Kasturi 
 Harga: RM7.00

Sirah Nabawiyyah (Raheeq Makhtum)


Sirah Nabawiyyah (Raheeq Makhtum) 
 Terbitan: YADIM 
 Harga: RM65.00

Himpunan Doa Harian


Himpunan Doa Harian 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM4.50 

 Buku kecil ini menghimpunkan koleksi doa harian dipetik daripada ayat al-Quran dan hadis nabi.

Wednesday, January 7, 2015

100 Kapsul Istighfar: Menuju Keampunan Ilahi


100 Kapsul Istighfar: Menuju Keampunan Ilahi 
 Penulis: Drs. Haji Hanafi Mohamed 
 Terbitan: HR Publishing 
 Harga: RM21.90 

'Istighfar' adalah kalimat pendek, tapi maknanya begitu indah dan mendalam dalam hidup seorang hamba. Dalam kalimah istighfar itu terkandung elemen rohani, seperti yang disebutkan dalam al-Quran, iaitu sesiapa yang melakukan perbuatan keji mahupun menganiaya diri sendiri, hendaklah segera ingat akan Allah, lalu memohon keampunan atas dosa-dosanya itu. 

 Selagi ada denyutan nafas, kita sebagai hamba naif tidak lari dari sebarang kekhilafan, sukar terhindar daripada mengulangi kesalahan berulang kali. Jadi, dengan istighfarlah cara mudah untuk kembali kepada Allah, dan menyesali setiap keingkaran. 

 Istighfar sebenarnya sebagai ibadah kepada umat manusia yang beriman. Sama ada siang atau malam, kalimah suci ini akan melahirkan kesyukuran, kepatuhan, kecintaan selain mengharapkan keampunan dan keredhaan Allah swt.

Tuesday, January 6, 2015

Panduan Menambat Hati Pendakwah Bermagnet


Panduan Menambat Hati Pendakwah Bermagnet 
 Penulis: Roslan Bin Mohammed 
 Terbitan: HR Publishing 
 Harga: RM26.90 

Islam adalah agama ibadah dan jihad yang mengajak manusia kepada Allah dan berjihad dijalanNya. Islam juga sering dikaitkan dengan mushaf (kitab suci) dan pedang. Umat Islam digalakkan untuk berinteraksi dengan al-Quran dan mentadabburinya, melaksanakan hukum-hukumnya dengan kekuasaan sekalipun menggunakan pedang jika perlu. Islam juga politik dan sosial, ianya mengajak kepada kemuliaan akhlak, persaudaraan dan keimanan, juga menyatukan antara kaum muslimin. 

Dalam buku ini diceritakan tentang semuanya mengenai cara menjadi pendakwah yang baik dan berjaya, bukan sahaja menyampaikan perkara yang baik dengan cara yang baik dan dakwah yang berkesan kepada para pendengar dengan cara mengamalkannnya. Penulis juga melengkapkan buku ini dengan langkah dan stategi cara menjalankan dakwah itu, selain memuatkan persepsi masyarakat tentang apa itu dakwah? 

Dalam buku ini juga penulis turut memuatkan profil pendakwah dengan info yang berkaitan. Perkara yang ditekankan sebenarnya adalah berkaitan dengan langkah dalam menjadikan dakwah itu berkesan dan melekat dalam hati masayarakat, bukan sekadar mendengar tetapi tidak mengahayati sepenuhnya. Sesuatu dakwah itu akan berjaya jika seseorang pendakwah itu turut berjaya dan terbaik. Hal ini ditonjolkan dalam topik cara menjadi pendakwah yang turut dimuatkan dalam buku ini.

Sejarah Hidup Al-Allamah Al-Habib Segaf bin Muhammad Assegaf


Sejarah Hidup Al-Allamah Al-Habib Segaf bin Muhammad Assegaf 
 Penulis: Habib Hasan bin Segaf Assegaf 
 Harga: RM58.00

Monday, January 5, 2015

Idaman Penuntut Pada Menghuraikan Yang Kusut (Ilmu Fiqah) - Penggal Yang Pertama


Idaman Penuntut Pada Menghuraikan Yang Kusut (Ilmu Fiqah) Bahagian Ibadat Penggal Yang Pertama 
 Penulis: Haji Abd. Ghani bin Haji Yahya 
 Harga: RM10.00

Sunday, January 4, 2015

Menjadi Kekasih Allah


Menjadi Kekasih Allah 
 Penulis: Syeikh Abdul Qadir al-Jailani 
 Terbitan: Ash-Shaff 
 Harga: RM60.00 

 Terjemahan kitab asal Fathur Rabbani Wal Fadhlur Rahman

Saturday, January 3, 2015

The Final Chapter oleh Jerry D. Gray


The Final Chapter 
 Penulis: Jerry D. Gray 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM21.00 

 Dunia sekarang semakin hampir menuju akhir zaman. Pelbagai tanda dan petunjuk semakin jelas kelihatan. Kejahatan kuffar dan puak pembela Dajal mula memimpin konspirasi kemusnahan. Adakah kita sudah bersedia menentang kejahatan dengan kebenaran? Ataupun masih terbuai dengan keseronokan dunia dan tipu daya syaitan? Apabila Dajal datang membawa segala kesenangan dan mengaku sebagai Tuhan, hanya iman yang dapat memandu kita. Hanya iman juga yang dapat membezakan di mana pengakhiran kita, syurga ataupun neraka. Sudah bersediakah kita?

#Amoi Berhijab


#Amoi Berhijab 
 Penulis: Raisyyah Rania Yeap, Syarafuddin Sulaiman 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM18.00 

 Sebut nama Felixia, yang datang dalam fikiran kita adalah: seksi. Sekiranya tidak seksi, yang mungkin datang adalah: Playboy. Kalau pun tidak Playboy, tergambar soal: hijab. Namun siapa sangka, di balik wajah menawan itu ada banyak kisah? Kisah yang selama ini dipendam, disimpan, dan tidak dikongsikan. 

 Dalam Amoi Berhijab, ada banyak cerita yang istimewa. Cerita waktu kecilnya yang disalah faham sebagai bisu. Cerita waktu sekolahnya yang asyik dibuli. Cerita waktu remajanya yang penuh dengan agenda menjaga adik sahaja. 

 Kemudian tentulah ramai ingin tahu hidup seorang model Playboy. Bagaimana hidup dalam dunia glamor. Serta hebatnya sehelai tudung, mampu mengubah hati seorang insan. Amoi Berhijab, sebuah buku ikhlas daripada hati. Sebuah tulisan yang sejujurnya mahu berkongsi, buat sesiapa yang mahu mengetahui.

Thursday, January 1, 2015

Kumpulan Maulid dan Doa


Kumpulan Maulid dan Doa 
 Terbitan: Majelis Khoir Publishing 
 Harga: RM26.00 

 - Maulid Dhiya'ul Lami' & Artinya 
- Hadhrah Basaudan & Artinya 
- Maulid Diba' 
- Qasidah Burdah 
- Qasidah Mudharriyah 
- Qasidah Muhammadiyah 
- Tahlil 
- Doa-Doa Pilihan

Islam: Ibadah Pembina Tamadun Manusia


Islam: Ibadah Pembina Tamadun Manusia 
 Penulis: Dato’ Dr. Haron Din 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM16.00 

 Buku ini menerangkan Islam sebagai cara hidup. Apakah yang dimaksudkan dengan Islam sebagai cara hidup? Apakah kita sudah menjadikan Islam sebagai cara hidup? Buku ini juga membicarakan berkenaan rukun Islam secara mudah difahami, sesuai bagi semua golongan, bemula daripada syahadah, solat, puasa, zakat dan haji.

Pedoman Suluk & Tawassul Menggapai Wajah Ilahi


Pedoman Suluk & Tawassul Menggapai Wajah Ilahi 
 Penulis: Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani 
 Terbitan: Al-Hidayah Publisher 
 Harga: RM25.00 

 Adakah kita memerlukan Allah S.W.T dalam kehidupan ini? Masihkah kita meyakini dan mengimani kekuasaan-Nya, kasih-sayang-Nya, segala anugerah-Nya dan balasan-balasan yang akan kita peroleh di akhirat kelak? Pasti semua yang mengaku Islam akan menjawab, "Ya, kami beriman kepada Allah S.W.T" Tetapi realitinya, manusia yang membuat pengakuan tadi sering mengabaikan-Nya, melupakan-Nya dan hanya mengingati-Nya bila hidup mula gundah, susah dan dirundung gelisah. 

 Kenapa ini sering terjadi kepada makhluk bernama manusia? Pasti ada kepincangan di dalam hati kita. Kita masih belum mampu menghadirkan 'Wajah Ilahi' ke dalam jiwa dan hati kita. Luahan cinta kita kepada Ilahi hanya terukir di bibir sahaja tanpa mekar subur di dalam hati. 

 Buku hasil warisan Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani ini membicarakan peringatan kepada kita agar kembali ke jalan-Nya. Suluk (jalan) dan tawassul (panduan) yang membawa kita untuk menghadirkan (Wajah Ilahi' dalam setiap langkah kehidupan kita. Ingatan kita sentiasa kepadaNya agar mampu meraih reda dan kasih-Nya yang dapat menjadikan kita sebagai kekasih Allah. Kita dambakan seruan cinta-Nya: "Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang reda dan diredai-Nya. Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hambaKu. Dan masuklah ke dalam syurgaKu." (Surah Al-Fajr : 27-30)

Pakej Tajwid Al-Barqy


Pakej Tajwid Al-Barqy 
Terbitan: Ameen Books 
Harga: RM44.90 

 Pakej Tajwid Al-Barqy ini mengandungi: 
1) Buku Teks Tajwid Al-Barqy (Kaedah Mudah Belajar Tajwid) 
2) VCD 1 Tajwid Al-Barqy 
3) VCD 2 Tajwid Al-Barqy 

 Sesuai digunakan di rumah, tadika dan sekolah