Tuesday, July 30, 2013

Ringkasan Riyadhus Shalihin


Ringkasan Riyadhus Shalihin 
Penulis: Syeikh Yusuf Bin Ismail An-Nabhani 
 Terbitan: Telaga Biru 
 Harga: RM50.00 

 RIYADHUS SHALIHIN yang bermaksud Taman-taman Golongan Solihin ialah kumpulan hadis yang disusun oleh tokoh ulama besar antarabangsa bermazhab Syafi‘i iaitu Imam al-Hafiz Sheikhul Islam Muhyiddin Abu Zakariya Yahya yang kita kenali sebagai Imam an-Nawawi. Kitab ini layak menjadi rujukan dan kajian umat Islam seluruh dunia. Kitab asal Riyadhus Shalihin telah diringkaskan oleh seorang ulama terkenal, Syeikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani dan dinamakan TAHZIB AN-NUFUS FI TARTIB AD-DURUS. Kitab ini mengandungi ayat al-Quran dan hanya kumpulan hadis sahih dan hasan yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim sahaja. Susunannya merangkumi hal-hal perundangan dalam agama yang membicarakan masalah akidah, syariah dan akhlak.

Allah Doktorku, Wahyu Ubat Penyakitku


Allah Doktorku, Wahyu Ubat Penyakitku 
Penulis: Mukhlas Asy-Syarkani Al-Falahi 
 Terbitan: Telaga Biru 
 Harga: RM32.00 

 Kesihatan yang terjamin dan kehidupan yang selesa adalah sebahagian tuntutan kehidupan manusia. Dalam episod kehidupan dunia, sakit merupakan salah satu babak kehidupan yang datang daripada Pencipta Yang Maha Bijaksana sebagai ujian dan dugaan. Manusia akan berusaha untuk sembuh dan hakikat penyembuhan yang sebenarnya adalah daripada Allah SWT kerana Allah bersifat asy-Syafi. Pelbagai pendedahan mengenai kaedah perubatan warisan Islam melalui buku “Allah Doktorku, Wahyu Ubat Penyakitku”. Buku ini sangat wajar dimiliki kerana Menekankan penyembuhan penyakit luaran dan dalaman, jasmani dan rohani. Membantu masyarakat mengamalkan perubatan Islam dengan panduan al-Quran dan hadis. Sarat dengan doa dan petua bagi penyembuhan penyakit. Memberikan penghayatan dan motivasi agar turut merawat iman di dalam hati.

Halalan Thayyiban: Amalan Rukhsah Dalam Pemakanan


Halalan Thayyiban: Amalan Rukhsah Dalam Pemakanan 
Penulis: Khairuddin Shaary 
 Terbitan: Telaga Biru 
 Harga: RM15.00 

 Sesungguhnya sudah menjadi lumrah fitrah kehidupan bahawa manusia memerlukan makanan untuk kelangsungan hidup. Seiring dengan kemodenan tamadun manusia, corak pemakanan manusia juga sudah disuntik unsur kemodenan. Hal ini sekali gus menyebabkan kita tidak dapat lari daripada kesukaran membezakan unsur-unsur syubhah dalam konsep pemakanan moden pada hari ini. Mencari yang halal itu adalah fardu, maka amat penting bagi setiap Muslim untuk mengetahui lebih mendalam tentang konsep rukhsah dalam kehidupan sehariannya bagi mengelakkan unsur-unsur syubhah lebih-lebih lagi dalam tabiat pemakanan moden. Justeru, buku ini akan membincangkan tentang konsep rukhsah dalam ilmu usul fiqh dengan memfokus kepada soal pemakanan dan pengubatan serta beberapa isu sampingan. Di samping itu, buku ini juga akan meneliti isu-isu semasa yang berkaitan fiqh pemakanan serta melihat huraian pertimbangan hukum syarak tentangnya.

Soal Jawab A-Z Tentang Puasa, Solat Tarawih, Zakat Fitrah & Hari Raya


Soal Jawab A-Z Tentang Puasa, Solat Tarawih, Zakat Fitrah & Hari Raya 
Penulis: Ahmad Adnan Fadzil 
 Terbitan: Telaga Biru 
 Harga: RM25.00 

 Buku “A – Z Soal Jawab Puasa , Tarawih, Zakat dan Hari Raya” ialah pilihan tepat bagi anda. Setiap kali kedatangan bulan Ramadhan, umat Islam seluruh dunia majoritinya bersungguh-sungguh dalam memanfaatkan bulan ini. Bulan Ramadhan bagaikan pesta ibadah bagi seorang mukmin yang benar-benar menghayati dan merasai kenikmatan ibadah di bulan Ramadhan.Anda perlu memiliki buku ini kerana ia dipersembahkan dalam bentuk soalan dan jawapan yang sering menjadi permasalahan. Merungkai setiap permasalahan yang timbul dalam ibadah puasa, tarawih, zakat dan hari raya secara lengkap serta mudah difahami. Penyediaan jadual, gambar rajah dan carta untuk membantu kefahaman para pembaca. Menyelesaikan persoalan yang berlaku dengan mengutamakan pandangan mazhab asy-Syafi‘i berserta dalil.

Semuanya Soal Hati


Semuanya Soal Hati 
 Penulis: Pahrol Mohammad Juoi 
 Terbitan: Telaga Biru 
 Harga: RM36.00 

 Kebahagiaan ini apabila memiliki hati yang tenang dalam menghadapi apa jua ujian dalam kehidupan. Inilah erti bahagia yang sebenar selaras petunjuk Allah dalam al-Quran. Firman Allah, bermaksud: “Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang.” (Surah ar-Ra’du: 28). Rasulullah SAW bersabda lagi yang bermaksud: “Bukanlah kekayaan itu dengan banyaknya harta benda tetapi kekayaan itu sebenarnya ialah kaya hati.” (Riwayat Bukhari dan Muslim). Kaya hati bermaksud hati yang tenang, lapang dan berasa cukup dengan apa yang dimiliki – bersyukur dengan apa yang ada, sabar dengan apa yang tiada. Oleh sebab itu, hati perlu dibersihkan serta dipulihara dan dipelihara “kesihatannya” agar lahir sifat-sifat mahmudah seperti amanah, sabar, syukur, qanaah, redha, pemaaf dan dijaga daripada penyakit-penyakitnya seperti takbur, hasad, takut mati, bakhil dan sebagainya. Kemuncak kebahagiaan adalah apabila hati seseorang mampu mendorongnya melakukan kebaikan dan menghindari kejahatan dan larangan yang ditentukan oleh Islam dengan mudah dan secara “auto pilot”. Yakni tanpa mujahadah dan bersusah payah serta perlu difikir-fikirkan lagi. Dan kata Imam al-Ghazali, “Inilah hakikat akhlak mulia.” Sesungguhnya, itulah inti pati mesej buku “Semuanya Soal Hati” ini!

Saturday, July 27, 2013

100 Tanya Jawab Haji dan Umrah


100 Tanya Jawab Haji dan Umrah 
 Penulis: Dr Yusuf Al-Qaradhawi 
 Terbitan: Pustaka Al-Kautsar 
 Harga: RM38.00 

 Hendak pergi haji dan umrah? Sebaiknya Anda membaca buku ini sebelum berangkat ke Tanah Suci. Mungkin saja dalam benak Anda masih tersimpan banyak pertanyaan seputar haji, umrah, kurban, dan hari raya. Nah, di dalam buku ini terdapat 100 lebih jawaban yang akan memuaskan Anda. 

 Buku karya DR. Yusuf Al-Qaradhawi ini meliputi penjelasan tentang aneka wajib, syarat, dan rukun haji. Juga, hal ihwal haji sunnah serta haji mewakili orang lain. Tentu saja manasik (amalan haji dan umrah) diuraikan secara gamblang di dalam buku ini. Semuanya dikemas dalam bentuk tanya jawab yang ringan namun bernas. 

 Rujukan penting bagi para calon haji ini memuat solusi bagi aneka problemantika haji wanita, jawaban atas pelbagai syubhat seputar haji serta kupas tuntas persoalan hari raya dan kurban. Aneka pertanyaan kontemporer lain yang tidak kalah menggelitiknya juga dijawab Syeikh Al-Qaradhawi dengan metode fiqh taysir-nya (fikih yang mempermudah) yang paling cocok bagi umat Islam di zaman modern.

Thursday, July 25, 2013

Wasiat Untuk Anakku


Wasiat Untuk Anakku 
 Penulis: Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri 
 Terbitan: Pustaka Cahaya Kasturi 
 Harga: RM15.00 

 Buku in sarat dengan nasihat seorang bapa kepada anaknya dalam menempuh arena pembelajaran. Ia persis kepada buku Ayyuhal Walad karya Imam Ghazali yang menasihati kepada muridnya. Isi kandungan buku ini berkenaan amanah seorang bapa betapa pentingnya menuntut ilmu, menjaga adab, memelihara masa, berinteraksi sebaik-baiknya sesama rakan dan menghormati guru.

Airmata Anak-Anak Palestin

 
Airmata Anak-Anak Palestin 
 Penulis: Zainudin Hashim 
 Terbitan: Kemilau Publika 
 Harga: RM20.00 

 Buku ini cuba memaparkan kisah menyayat hati mengenai penderitaan fizikal dan psikologi kanak-kanak Palestin. Tujuannya ialah untuk sama-sama kita merasai penderitaan yang dialami oleh kanak-kanak Palestin, agar tumbuh rasa simpati terhadap saudara seiman dan seagama. Juga supaya kita dapat mensyukuri kurniaan dan nikmat Allah yang memberikan kita kehidupan bebas dan merdeka, tanpa ada penindasan.

Kisah Pohon; Daripada al-Quran & Hadis


Kisah Pohon; Daripada al-Quran & Hadis 
 Penulis: Adi Mustika 
 Terbitan: Kemilau Publika 
 Harga: RM18.00 

 Sesungguhnya Allah tidak menciptakan sesuatu di alam ini dengan sia-sia. Ada hikmah ketuhanan di sebalik penciptaan-Nya. Di antara ciptaan Allah yang sangat istimewa, tetapi dianggap tidak bermakna atau dinafikan oleh kebanyakan orang ialah pohon-pohon yang tumbuh di muka bumi ini. Ada banyak ayat al-Quran dan hadis nabi yang mengatakan tentang pohon. Berikut ini adalah kisah-kisah hebat yang berkaitan dengannya, sebagai cermin pengajaran hidup bagi setiap insan di di dunia ini. 

Terdapat banyak hikmah ketuhanan di sebalik kisah pohon-pohon yang dikhabarkan dalam al-Quran dan yang diceritakan oleh Rasulullah SAW.Allah menjadikan pohon sebagai perantara untuk menunjukkan tanda Kuasa-Nya kepada insan beriman agar mereka berfikir tentang keberadaan dan kekuasaan Allah. “Perhatikanlah kamu kepada buahnya apabila ia berbuah dan ketika masaknya. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan kekuasaan Kami) bagi orang-orang yang beriman.” [Surah al-An’aam: 99] 

 Juga firman-Nya, “Bahkan siapakah yang telah mencipta langit dan bumi dan menurunkan hujan dari langit untuk kamu? Lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanaman kebun-kebun (yang menghijau subur) dengan indahnya, yang kamu tidak dapat dan tidak berkuasa menumbuhkan pohon-pohonnya.” [Surah an-Naml: 60]

Lilin Pun Dipadamkannya


Lilin Pun Dipadamkannya 
 Penulis: Wiwid Prasetyo 
 Terbitan: Kemilau Publika 
 Harga: RM19.00 

 Sebuah Novel Kepimpinan Khalifah Umar bin Abdul Aziz 

 Khalifah Umar bin Abdul Aziz dikenali dengan kepemimpinanya yang adil. Dalam tempoh lebih kurang dari 3 tahun, beliau berjaya mewujudkan kemakmuran di negeri yang dipimpinnya. Menariknya, meskipun rakyat hidup makmur, Umar tetap dalam kesederhanaan. Subhanallah.

Bukan itu sahaja, ketika menggalas jawatan khalifah, Umar dengan berani merampas harta benda yang digunakan oleh keluarganya. Ini adalah kerana berlaku penyalahgunaan kuasa. Umar menyerahkan harta tersebut ke Baitulmal. Umar juga pernah mematikan lilin di istana kerana bimbang lilin itu disalahgunakan untuk hal peribadi. 

 Ketika negara kita dilanda masalah moral dan kepemimpinan, novel biografi Umar bin Abdul Aziz menjadi suatu bahan yang amat penting untuk dibaca dan diteladani keagungan peribadi Umar. Anda pasti teruja!

Resepi Pemakanan Rasulullah


Resepi Pemakanan Rasulullah 
Penulis: Umi Azah 
 Terbitan: Kemilau Publika 
 Harga: RM17.00 

 Meniru apa yang dimakan oleh Rasulullah Saw. Meniru gaya makan sunah dan beroleh pahala juga kesihatan. Buku ini adalah buku resepi yang dicipta untuk anda yang suka pemakanan sunah. Setiap resepi mengandungi bahan-bahan yang dimakan oleh Nabi SAW. Juga dilampirkan hadis-hadis Nabi SAW berkaitan dengan pemakanan Baginda. Rahsia Rasulullah SAW menjaga kesihatan rohani dan jasmani adalah contoh yang terbaikkepada umatnya. 

Baginda bersabda yang bermaksud,“Kami adalah satu kaum yang tidak akan makan melainkan apabila sudah terasa lapar dan apabila kami makan, tidak pernah sampai kenyang.” (HR: Abu Daud) Tabiat pemakanan yang boleh diteladani adalah dengan mengikuti sunah Rasulullah Saw. Amalan pemakanan Rasulullah Saw amat bertepatan dengan al-Quran, “Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan…”(Surah al-A’raf, ayat 31). Makan, hari-hari manusia makan. Namun bagaimana makanan yang sesuai untuk badan. Ada manusia yang banyak makan, ada yang kurang makan. 

 Dari Aisyah, Bersabda Rasulullah saw kepadaku pada suatu hari: ”Wahai Aisyah! Adakah di sisi kamu sesuatu pun (untuk dimakan )?” Aisyah berkata:” Wahai Rasulullah! Tidak ada sesuatu pun (untuk dimakan)” Baginda bersabda “(Jika begitu) maka aku berpuasa”. (HR Muslim) Firman Allah swt, Makanlah di antara rezeki yang baik yang telah Kami berikan kepadamu, dan janganlah melampaui batas padanya, yang menyebabkan kemurkaan-Ku menimpamu. Dan barangsiapa ditimpa oleh kemurkaan-Ku, maka sesungguhnya binasalah ia. (Surah Thoha, ayat 81) 

Makanlah dengan niat untuk kekuatan diri agar sempurna dalam beribadah kepada Allah swt. Juga makanlah mengikut apa yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah saw. Buku ini terkandung resepi yang mudah serta ringkas. Resepi yang terdapat didalamnya adalah bahan yang dimakan oleh Rasulullah Saw, seperti kurma, madu, cuka, buah labu dan lain-lain lagi. Semoga buku ini memberi manfaat dan selamat mencuba.

Wednesday, July 24, 2013

Luqmanul Hakim adalah Socrates Berkulit Hitam


Luqmanul Hakim adalah Socrates Berkulit Hitam 
 Penulis: Muhammad Alexander 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM40.00 

 Buku ini adalah buku pertama di dunia yang berjaya membongkar misteri sosok Luqmanul Hakim dalam sejarah. Daripada kajian yang dijalankan oleh penulis, ternyata Luqmanul Hakim adalah ahli falsafah Athens, iaitu Socrates (469-366 SM). 

Tradisi hadith menyatakan Luqmanul Hakim merupakan lelaki berkulit hitam (keturunan negro) dan bekas hamba sahaya. Tetapi Socrates yang selama ini dikenal sebagai pencetus atau bapa falsafah barat, dipercaya berketurunan kulit putih Eropah. Jelas sekali perkara ini bertentangan dengan fizikal Luqmanul Hakim. 

Menerusi kaedah perbandingan Sinkronik-Diakronik, analisis kandungan, analisis bingkai, dan analisis komponen semantik, Muhammad Alexander @ Wisnu Sasongko menemukan adanya dua persamaan: 

Pertama - Bentuk fizikal Socrates sama 100% dengan Luqmanul Hakim, iaitu berkulit hitam. 
Kedua - Ajaran falsafah Socrates memiliki tematik sama 100% dengan nasihat Luqmanul Hakim dalam Al-Quran, menerusi surah Luqman.

How to Stop Worrying and Start Living (Edisi Bahasa Melayu)


How to Stop Worrying and Start Living (Edisi Bahasa Melayu) 
 Penulis: Dale Carnegie 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM30.00 

 Dalam buku ini terdapat lapan bahagian perbincangan yang berkaitan dengan perasaan bimbang yang dialami oleh manusia, iaitu: 

Fakta Asas yang Perlu Kita Tahu tentang Ketakutan
Teknik-Teknik Asas Menganalisa Kebimbangan
Cara Menghentikan Rasa Bimbang Sebelum Ia Membinasakan Kita
Tujuh Cara Memupuk Minda Kita supaya Berasa Tenang dan Bahagia
Cara Terbaik Mengatasi Kebimbangan
Cara Mengelakkan Rasa Bimbang Apabila Dikritik
Enam Cara Mengelakkan Keletihan dan Kebimbangan
Kisah Benar: Cara Mengatasi Kebimbangan

Perang Salib Pertama: Jatuhnya Baitulmuqqadis


Perang Salib Pertama: Jatuhnya Baitulmuqqadis 
Penulis: Abdul Latip Talib 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM22.00 

 Inilah permulaan bagi siri peperangan yang paling panjang dalam sejarah manusia. Ia bermula dengan Maharaja Alexius 1, yang meminta bantuan Barat, demi mempertahankan Empayar Rom Byazantine. Seruan itu bersambut, dengan Paus Urban II berucap di persidangan Clermont. Dia menyeru bagi membantu Empayar Rom Byzantine, menyeru kepada balas dendam, dan menyeru membebaskan Baitulmuqaddis. Seruan itu merebak ke seluruh Eropah. Akhirnya puluhan ribu sukarelawan sudah berkumpul di Kota Konstantinopel. 

 Sementara itu, jauh di Timur, kerajaan Islam Turki Seljuk, Kerajaan Fatimiyah Mesir, Bani Abbasiyah terus bertelagah kuasa. Mereka tidak sedar, satu gerombolan tentera yang tinggi semangat juangnya, yang dahsyat kemahuannya sedang menuju ke arah mereka, yang akan menghancurkan segala yang menghalang. Mereka adalah gerombolan tentera Salib. Lalu, apa akhirnya bagi Perang Salib yang pertama?

Sunday, July 21, 2013

Syekh Siti Jenar: Makrifat Kasunyatan 1


Syekh Siti Jenar: Makrifat Kasunyatan 1 
 Penulis: Achmad Chodjim 
 Terbitan: Serambi 
 Harga: RM44.00 

 Buku ini disuguhkan bagi mereka yang haus akan perjalanan hidup ini. Setelah mengupas makna kematian, lalu makrifat dan makna kehidupan menurut Syekh Siti Jenar pada dua buku sebelumnya, kini pembaca diajak untuk mengarungi hakikat hidup yang lebih dalam. Inilah lautan makrifat kasunyatan. Dahulu, ajaran kasunyatan ini diberikan secara tertutup. Hal ini dimaksudkan untuk menghindari kemungkinan penyalahgunaan oleh orang-orang yang tidak bertanggung jawab. Namun, pada era informasi dan berlakunya sistem hukum positif negara, maka tak ada alasan lagi untuk merahasiakan ilmu kasunyatan. Ada sembilan hal yang dibahas: Empat Jalan dalam Berislam, Nur Muhammad, Hakikat Kiamat, Hakikat Adam, Surga dan Neraka, Dunia dan Akhirat, Hakikat Jin dan Setan, Hakikat Salat dan Zakat, Hakikat Ibadah Haji. Seperti buku-buku Achmad Chodjim lainnya, dia tak bermaksud mengajak pembaca untuk menjadi seperti yang dia tulis. Meskipun bab demi bab dapat dijadikan landasan untuk memahami laku hakikat dalam hidup ini, namun tujuan pokok dalam menulis buku ini adalah meningkatkan keimanan dan keihsanan kita. Keislaman kita untuk menggapai keimanan, sedangkan keimanan untuk kita jadikan pegangan menjadi muhsin (manusia ihsan) dan landasan untuk menjadi insan kamil (manusia sempurna).

Tuesday, July 16, 2013

Wahai Orang Yang Berbangga Diri


Wahai Orang Yang Berbangga Diri 
Penulis: al-'Allamah al-Habib Umar 
Terbitan: Cahaya Ilmu Publisher 
Harga: RM14.00 

 Buku ini adalah terjemahan dari salah satu karya beliau yang berjudul al-Qabas an-Nuur al-Mubiin min Ihya' Ulumuddin. Kitab ini adalah ringkasan dari Kitab Ihya' Ulumuddin. Terjemahan ini dibahagikan kepada beberapa bab bagi memudahkan mereka yang membacanya.

Monday, July 15, 2013

Super Food


Super Food 
Penulis: Dr. Ahmad Syauqy Ibrahim 
Terbitan: Jasmin 
Harga: RM23.00 

 Makanan ajaib dalam Al-Quran dan As-Sunnah

Bawalah Anakmu Ke Syurga


Bawalah Anakmu Ke Syurga 
Penulis: Khalid Abu Syady 
Terbitan: Jasmin 
Harga: RM18.00 

 Bimbingan ibu bapa dalam mendidik anak secara Islam 

 Cinta kepada Allah akan terjadi apabila seseorang itu mencintai Allah s.w.t. lebih dari rasa cintanya kepada diri sendiri,kedua orang tua dan segala miliknya.

Thursday, July 11, 2013

Tanbihul Ghafilin (Peringatan Bagi Yang Lupa)


Tanbihul Ghafilin (Peringatan Bagi Yang Lupa) - Jilid 1 & 2
Penulis: Abu Laits As-Samarqandi
Terbitan: Pustaka Jiwa 
Harga: RM50.00

Manusia diciptakan oleh Allah SWT dengan sifat semula jadi iaitu bertabiat resah gelisah lagi bakhil kedekut. Apabila ditimpa kesusahan, dia sangat resah dan gelisah. Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil dan kedekut. Dengan sifat dan tabiat ini sekiranya Allah berikan kepadanya pelbagai kenikmatan dunia maka dengan mudahnya ia lupa, sombong bahkan berasa takbur seakan-akan ia merupakan kejayaan yang datang atas jerih payahnya sendiri. Makhluk bernama manusia ini tidak sedar bahawa segala nikmat yang diberik oleh Allah merupakan kurniaan yang handaknya digunakan untuk kemaslahatan dan kebaikan semata.

InsyaAllah buku ini akan banyak memberi manfaat terutamanya bagi kaum muslimin-muslimat, generasi muda dan para pendidik untuk sentiasa saling memberi nasihat dan muhasabah menuju ke arah kebaikan dan kebenaran. Selamat membaca.

Wanita Dambaan Syurga - Bimbingan Lengkap Fiqah Wanita Berdasarkan Realiti Zaman & Tempat


Wanita Dambaan Syurga - Bimbingan Lengkap Fiqah Wanita Berdasarkan Realiti Zaman & Tempat 
Penulis: Mohd Zuhdi Ahmad Khasasi 
 Terbitan: Inspirasi Media 
 Harga: RM69.00 

Naskhah Wanita Dambaan Syurga - Bimbingan Lengkap Fiqah Wanita Berdasarkan Realiti Zaman & Tempat adalah modul komprehensif, tetapi mesra pembaca, dalam mendidik wanita menyempurnakan tanggungjawab mereka. Sama ada sebagai seorang anak, isteri, ibu, teman, pekerja, malah sebagai seorang hamba kepada Pencipta, kewajipan wanita perlu dilunaskan berdasarkan ilmu yang autentik dan amalan yang luhur. Tidak memadai dengan itu, buku ini juga disusun bagi memenuhi keperluan wanita yang hidup pada zaman moden yang berbeza dan lebih mencabar. Juga meraikan perbezaan setempat yang menatijahkan keperluan berbeza.

Monday, July 8, 2013

Muhammad Al-Fatih: Penakluk Konstantinopel


Muhammad Al-Fatih: Penakluk Konstantinopel 
Penulis: Syaikh Ramzi Al-Munyawi 
Terbitan: Pustaka Al-Kautsar 
Harga: RM30.00 

Awalnya adalah sabda Rasulullah, "Sungguh Konstantinopel akan ditaklukkan. Sebaik-baik pemimpin adalah penakluk dan sebaik-baik pasukan adalah pasukannya." (HR. Ahmad) 

Sekitar 800 tahun lamanya, mimpi indah ini tersimpan rapi dalam lembaran-lembaran kitab hadits. Bukan tidak ada yang berminat menjadi pahlawannya. Sudah banyak. Nahkan, sekitar 11 kali percobaan telah dilakukan oleh tokoh-tokoh besar. Termasuk yang paling bersemangat adalah Abu Ayyub Al-Anshari. Kuburannya yang ditemukan di dekat benteng Konstantinopel menjadi bukti kuat keinginan untuk menjadi pembuat sejarah besar dan pewujud mimpi indah itu. 

Tapi memang, sejarah besar hanya akan ditorehkan oleh orang-orang besar. Seperti Muhammad Al-Fatih. Pada usia 25 tahun, ia mampu membuktikan dirinya sebagai pelaku hadits mulia itu. Ia menjadi pembawa kabar gembira Sang Nabi untuk menaklukkan Konstantinopel, ibukota Imperium Bizantium. Sosoknya boleh jadi tidak begitu dikenal anak-anak generasi zaman kini. Tapi, sejarah sangat mengenal sebagai orang besar yang telah membuat sejarah besar dalam perjuangan besarnya. 

 Penulis buku ini, Ramzi Al-Munyawi, pakar sejarah Islam, tidak saja menyajikan biografi besar Muhammad Al-fatih. Tapi juga, tentang cerita suksesnya menaklukkan kota yang begitu menggoda semua peradaban kala itu. Tentang guru-gurunya yang berperan besar dibalik kesuksesannya, tentang strategi militer yang mencengangkan dunia, tentang proyek-proyek peradaban dan ekonomi yang berhasil dihadirkan untuk dunia dan tentang cerita terbunuhnya yang misteri.