Showing posts with label Akidah. Show all posts
Showing posts with label Akidah. Show all posts

Sunday, April 29, 2018

Hakikat Hikmah Tauhid dan Tasawuf (Al-Hikam)


Hakikat Hikmah Tauhid dan Tasawuf (Al-Hikam)
Prof. Dr. K.H. Muhibbuddin Waly
Harga: RM275.00 satu set 2 jilid

Monday, February 13, 2017

Menjawab Dakwah Kaum Salafi


Menjawab Dakwah Kaum Salafi 
 Penulis: Prof. Dr. Ali Jum'ah 
 Terbitan: Khatulistiwa Press 
 Harga: RM35.00 

 Buku "Menjawab Dakwah Kaum 'Salafi' " ini merupakan salah satu buku intelektual yang representatif menjawab berbagai permasalahan terkait dengan pemahaman kaum yang menamakan diri "Salafi" itu. Mulai dari soal sunnah dan bid'ah, taklid, maulid Nabi, ziarah ke makam Rasulullah, tawasul, tabarruk hingga mengklaim kedua orangtua Rasulullah saw. sebagai ahli neraka. 

 Buku yang memuat berbagai bantahan ilmiah dan rasional ini, ditulis langsung oleh Multi Agung Mesir, Prof. DR. Ali Jum'ah. Dengan demikian, buku ini sangat pantas untuk dibaca dalam rangka menjawab kegelisahan yang meruyak di tengah umat Islam dewasa ini.

Saturday, January 7, 2017

Penghayatan Sifat 20 Ke Arah Memahami Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah


Penghayatan Sifat 20 Ke Arah Memahami Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah 
Penulis: Ustaz Ahmad Nafiri bin Md Toazi 
Terbitan: Dewan Pustaka Fajar 
 Harga: RM15.00 

 Kitab Rasulullah Tauhid merupakan sebuah kitab yang asalnya ditulis dalam Bahasa Arab dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu dengan tulisan jawi. Setelah tamat beratalaqqi, Al- Fadhil Tuan Guru Ustaz Ahmad Nafiri bin Md Toazi telah mengambil inisiatif untuk memudahkan cara penyampaian isi kitab tersebut dengan menggunakan kaedah peta dan cara pembelajaran yang moden dalam bentuk Daurah Kitab Risalah.

Tuesday, June 7, 2016

Ahli Sunnah Wal Jamaah Dan Usulnya


Ahli Sunnah Wal Jamaah Dan Usulnya 
 Penulis: Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri 
 Terbitan: Pustaka Cahaya Kasturi 
 Harga: RM11.00 

 Penemuan banyak artifak Islam seperti Batu Bersurat di Terengganu, wang syiling yang ada lambang Islam dan kesan-kesan yang terdapat di Kelantan, Pahang, Kedah, Acheh dan Palembang dan banyak lagi jelas menunjukkan kepada kita bahawa Islam sudah lama bertapak di Nusantara ini.

Monday, May 9, 2016

Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah (Jawi)


Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah 
Penulis: Haji Said Haji Ibrahim 
Terbitan Darul Ma'rifah 
Harga: RM38.00 

Kitab ini menghuraikan masalah-masalah yang berkaitan dengan aqidah, iaitu keistimewaaan sahih dan ciri-cirinya, aqidah-aqidah yang batil dan ciri-cirinya, masalah masalah uluhiyah, rububiyah, dan masalah-masalah keimanan, yang merosakkan iman dan yang menyebabkan kekufuran dan lain-lainnya. Kitab ini disusun dengan keterangan dan huraian dari dalil-dalil al-Quran dan al-Hadith dan juga disertakan perbincangan dan kesimpulan untuk memudahkan para pembaca dan pengguna kitab ini memahami intisari isi kandungannya secara berkesan. 

 Kitab ini memberi kefahaman yang menyeluruh mengenai masalah-masalah aqidah untuk menangani aqidah-aqidah yang bercanggah dengan "Aqidah Ahli Sunnah Waljama`ah". Misalnya aqidah Mu`tazilah, Jabariah, Qadariah dan lain-lain. Oleh itu, kitab ini adalah sangat sesuai dibaca dan dipelajari di kelas-kelas pengajian ta'mir masjid dan surau untuk di jadikan kitab bacaan dan pelajaran dalam ilmu tauhid dan aqidah. Kitab ini juga sangat memberi faedah dan manfaat kepada orang-orang mu'min seluruhnya, khususnya kepada para pengajar dan pelajar mempelajari ilmu tauhid dan aqidah.

Wednesday, March 16, 2016

I'tiqad Ahlussunnah Wal Jamaah


I'tiqad Ahlussunnah Wal Jamaah 
 Penulis: KH. Siradjuddin Abbas 
 Terbitan: Pustaka Tarbiyah Baru 
 Harga: RM30.00 

 Buku ini ditulis dengan tujuan membuka pintu hati para pembaca untuk mengetahui dan memahami Aqidah Ahlussunnah Wal Jama'ah. Pembahasan buku ini tidak terbatas sekitar faham Ahlussunnah wal Jama'ah saja, tapi juga dibahas aliran-aliran/firqah-firqah lain seperti faham: Syi'ah, Khawarij, Murji'ah, Mu'tazilah, Qadariyah, Jabariyah, Najariyah, Musyabbihah, Fatwa-fatwa Ibnu Taimiyah, Wahabiyah, Bahaiyah, dan Ahmadiyah dibahas seluas-luasnya dengan satu tujuan menghilangkan kesimpang-siuran faham yang beredar di masyarakat/umat islam selama ini. Dengan membaca buku ini, masyarakat/umat Islam akan tahu perbedaan dan pertentangan antara firqah-firqah tersebut di atas dengan aqidah Ahlussunnah wal Jama'ah.

Tuesday, February 9, 2016

Hakikat Hidup Beriman


Hakikat Hidup Beriman 
 Penulis: Shamsul Mohd Nor 
 Terbitan: Yamani Angle 
 Harga: RM23.00 

 Dalam Islam, mulia atau hinanya seseorang itu berdasarkan kepada imannya seseorang. Siapa yang tinggi imannya, dialah yang mulia dalam pandangan Islam. Siapa yang rendah imannya atau tidak ada iman langsung akan menjadi hina sehina-hinanya kedudukan dalam Islam. 

 Seseorang itu dikatakan beriman apabila dia meyakini dalam hatinya seluruh titah perintah yang telah diturunkan oleh Allah SWT kepada manusia, mengikrarkan dengan lidah dan beramal dengan perbuatan. Andainya kurang salah satu antara perkara tersebut maka tidak sempurnalah iman seseorang itu. 

 Iman adalah asas penting yang menjadi tapak tempat berdirinya peribadi Mukmin. Kalau manusia diibaratkan seperti sepohon pokok, maka iman ialah akar tunjangnya. Iman ialah punca tenaga, tempat lahirnya segala-gala yang kita perlukan dalam hidup ini. Iman adalah kekuatan yang akan menguatkan jiwa kita.

Tuesday, January 19, 2016

Pengertian Tauhid

Pengertian Tauhid
Penulis: Dr. Yusuf al-Qardhawi
Terbitan: Pustaka Salam
Harga: RM10.00

Sunday, December 27, 2015

Al-Durr Al-Nafis - Mutiara Yang Indah


Al-Durr Al-Nafis - Mutiara Yang Indah 
 Penulis: Maulana Al-Allamah Al-Fahhamah Ak-Mursyid 
 Terbitan: Al-Hidayah 
 Harga: RM14.00 

 Naskhah Al-Durr Al-Nafis ini meruupkan sebuah kitab yang membahaskan tentang ilmu tauhid. Kitab ini sering disyarahkan di sekolah-sekolah pondok, masjid, surau atau madrasah. Dalam usaha menghidupkan dan menyuburkan ilmu-ilmu agama yang telah ditulis oleh ulama terdahulu, kitab ini telah ditulis semula dengan tulisan rumi tanpa membuat pindaan terhadap teks asalnya. Ini bagi memberikan peluang dan ruang untuk mereka yang ingin mengikuti majlis pengajian ilmu ini tetapi kurang mahir dalam tulisan jawi, lebih-lebih lagi tulisan Jawi lama.

Sunday, November 8, 2015

Muqaddimah Aqidah Muslimin


Muqaddimah Aqidah Muslimin 
 Penulis: Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang 
 Terbitan: Pustaka Aman Press 
 Harga: RM10.00

Thursday, July 2, 2015

Kristianisasi & Gejala Murtad


Kristianisasi & Gejala Murtad 
Penulis: Ustaz Mohd. Farhan Bin Abdullah 
 Terbitan: Hijjaz Records Publishing 
 Harga: RM35.00 

 NAMA saya Mohd. Farhan Bin Abdullah. Dahulu saya Pastor Yohanes. Saya berasal daripada suku kaum Kadazan, Sabah. Saya bersekolah Kristian selama 8 tahun dan 2 tahun dalam latihan Mubaligh Kristian. Saya terlibat dalam Misionari Kristian selama 2 tahun. Kami bergerak dari bandar ke bandar, kampung ke kampung dan negeri ke negeri. Kami dibekalkan wang perbelanjaan berjumlah RM10,000.00, sebuah van bertulis ‘Gerakan Penginjilan SIB’ dan satu pasukan koir untuk menyanyikan lagu-lagu kerohanian. 

 Sepanjang beragama Kristian, ada dua persoalan yang sering bermain di fikiran saya dan kawan -kawan iaitu: 
1. Masalah ketuhanan Jesus dan trinity. 
2. Masalah majlis pengampunan dosa yang disebut ‘baptis’. 

 Kami dilarang sama sekali mempersoalkan dua perkara ini, lebih-lebih lagi mengemukakannya kepada pihak paderi. Mengapa saya memilih masjid dan meninggalkan gereja? Antaranya kerana: 
1. Konsep ketuhanannya jelas. Tuhan hanya satu iaitu Allah. 
2. Kitab Al-Quran tidak pernah diselewengkan. 

 Alhamdulillah, saya sudah kembali kepada Islam. Allah turut memberikan hidayah Islam kepada ayah saya sebelum beliau meninggal dunia melalui dakwah saya. Malah semua ahli keluarga saya juga sudah kembali memeluk Islam. Segala cabaran yang saya dan keluarga hadapi, tidak menggentarkan saya untuk terus melangkah dalam keimanan ini. 

 Bagaimana saya boleh memilih Islam? Semuanya akan terjawab di dalam buku ini.

Sunday, November 30, 2014

Ensiklomini Akidah untuk Kanak-Kanak


Ensiklomini Akidah untuk Kanak-Kanak 
 Penulis: HB. Akhyar 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM9.00 

 Ensiklomini Akidah adalah buku menarik yang sesuai untuk pembacaan kawan-kawan. Dilengkapi dengan ilustrasi gambar yang cantik dan menarik, kawan-kawan dapat mempelajari asas akidah Islam dengan cara yang lebih menyeronokkan. Belajar dengan cara yang menyeronokkan, tentu kawan-kawan lebih mudah faham, bukan? 

 Selain penuh dengan gambar menarik dan berwarna-warni, huruf hijaiah dan perkataan jawi juga disediakan bagi membantu pemahaman kawan-kawan. Kosa kata bahasa Melayu, bahasa Inggeris, jawi, dan bahasa Arab turut disediakan bagi memperkayakan kosa kata kawan-kawan. Buku ini memang pilihan terbaik untuk dijadikan bahan bacaan kegemaran kawan-kawan.

Thursday, November 27, 2014

Aqidah Yang Membawa Ke Syurga


Aqidah Yang Membawa Ke Syurga 
 Penulis: Abid Bin Muhammad Noor 
 Terbitan: Karya Bestari 
 Harga: RM26.00

Kiamat Semakin Hampir


Kiamat Semakin Hampir 
 Penulis: Ustaz Sharhan Safie; Hj. Muhammad Nasir 
 Terbitan: Pustaka Al-Ehsan 
 Harga: RM49.00 

 Kitab An-Nihayah Fil Fitan Wa Malahin karya Ibnu Katsir ini di ketagorikansebagai kitab lama yang paling baik dalam mengulas permasalahan tanda-tanda hari kiamat dan berbagai fitnah. Kebanyakan manusia berpaling dari kehidupan akhirat kepada kehidupan dunia, melupakan tugas-tugas mereka yang sebenarnya, serta melupakan tujuan akhir hidup mereka. Selain itu, mereka lupa akan kematian dan kehidupan selepasnya. 

 Mereka juga belum mempersiapkan sesuatu sebagai bekalan untuk menghadapi hari itu(kiamat). Janganlah kita lalai dan leka sehingga terpedaya dengan kehidupan duniawi sahaja sehingga datangnya saat kematian. Setelah kematian kesemua kebenaran yang selama ini dilupakan atau berpura-pura lupa akan dihitungkan kesemuanya. Mereka akan menyesal di mana pada saat itu sudah tidak ada gunanya lagi sesuatu penyesalan.

Wednesday, October 15, 2014

Pengaruh & Agenda Kristian: Jawapan Kepada Yang Menghina Islam


Pengaruh & Agenda Kristian: Jawapan Kepada Yang Menghina Islam 
Penulis: Raffar Mat 
 Terbitan: Hijjaz Records Publishing 
 Harga: RM28.90 

 Buku ini menceritakan pelbagai usaha musuh Islam mempunyai agenda yang sangat tersusun sehinggakan sebuah negara yang majoritinya beragama Islam masih boleh goyah dengan usaha-usaha tanpa jemu mereka. Peningkatan kes murtad adalah satu kejayaan besar dalam sejarah perkembangan KRISTIAN di negara ini sejak kemasukan agama ini beratus tahun lampau, akibat daripada kelemahan kita sendiri. 

 Terus-terang, umat Islam terlalu rapuh dengan pelbagai pengaruh yang menular, dakyah itu pula terus menerus melebar dan menguasai semua bidang dan aspek hidup. Kalam ini sedikit sebanyak menonjolkan kesesatan sebenar KRISTIAN, di samping itu akan membuatkan kita yang selama ini tidak sedar akan terus tersentak dan terjaga dengan apa-apa yang sedang terjadi kini. Sebenarnya Islam itu ternyata benar lagi lurus agamanya. Namun inilah yang tidak langsung disedari oleh kumpulan murtad yang memendang rendah kepada Islam. Mereka sebenarnya masih belum menemui jawapan dan kebenaran. Jadi tujuan utama penulisan KRISTIAN, adalah sebagai JAWAPAN KEPADA YANG MENGHINA ISLAM.

Saturday, October 4, 2014

Rahsia Kematian, Alam Akhirat dan Kiamat


Rahsia Kematian, Alam Akhirat dan Kiamat 
 Penulis: Imam Al-Qurtubi 
 Terbitan: Al-Hidayah 
 Harga: RM98.00 

 Setiap yang bernyawa pasti akan menemui ajalnya. Kematian adalah jalan menuju negeri akhirat yang kekal abadi. Dunia ini hanya sementara, oleh itu jangan terpedaya dengan nikmatnya yang fana. Imam Al-Qurtubi dalam kitabnya yang berjudul "RAHSIA KEMATIAN, ALAM AKHIRAT DAN KIAMAT" telah menjelaskan kepada kita tentang hal-ehwal yang berkaitan dengan kematian, bermula dari hakikat kehidupan, hakikat kematian, bagaimanakah keadaan orang yang mati, pengurusan jenazah, adab-adab semasa di tanah perkuburan, azab dan kenikmatan di alam kubur atau alam barzakh, padang mahsyar, al-mizan, as-sirat, syurga, neraka dan seterusnya. 

Kupasan yang padat dikemukakan oleh Imam al-Qurtubi begitu mendalam diperkuatkan lagi dengan dalil-dalil Al-Quran dan hadis serta pendapat-pendapat ulama muktabar. Segala pencerahan serta panduan yang terkandung dalam kitab ini wajar dihayati oleh setiap umat Islam sebagai persediaan dalam selok-belok pengurusan jenazah serta sebagai persediaan menghadapi kematian. Semoga usaha kecil kami menerbitkan buku yang amat bermakna ini mendapat memberi manfaat buat umat Islam demi meraih keredaan Allah S.W.T. serta mencapai kebahagiaan yang kekal abadi di akhirat nanti.

Sunday, September 28, 2014

Debat Islam Kristian: Jesus Christ (Nabi Isa A.S) Bukan Tuhan


Debat Islam Kristian 
Sheikh Ahmad Deedat vs Dr. Anis Shorrosh 
Jesus Christ (Nabi Isa A.S) Bukan Tuhan 
 Terbitan: Sinar Media Services 
 Harga: RM12.50 

 Di Bandar Birmingham, pada 7 Julai 1985, Sheikh Ahmad Deedat sedang menyertai satu perdebatan dengan salah seorang ulama teologi Kristian di Britain iaitu Dr. Floid Eclark. Semasa sesi soal jawab, Dr. Anis Shorrosh telah muncul di hadapan Sheikh Deedat lalu mengemukakan soalan beliau. Beliau bukan datang untuk mengemukakan soalan sahaja malah sebenarnya beliau bercadang untuk mencabar Sheikh Ahmad Deedat untuk berdebat dengannya. Cabaran beliau telah disampaikan dalam sesi soal jawab tersebut dan dengan segera Sheikh Deedat terus menyahutnya.

Wednesday, September 24, 2014

Puncak Kebahagiaan Dan Keberuntungan yang Cemerlang


Puncak Kebahagiaan Dan Keberuntungan yang Cemerlang 
Penulis: Al-Abdu Al-Fani Muhammad Bin Isma’il Daud Al-Fathani 
 Terbitan: Al-Hidayah 
 Harga: RM16.00 

 Kitab hasil karangan Al-Abdu Al-Fani Muhammad Bin Isma’il Daud Al-Fathani mengulas tentang rukun Iman dan Islam. Juga menghuraikan beberapa hadith yang memberi amaran kepada mereka yang meninggalkan sembahyang dan melalaikan segala hukum bersuci, istinjak, berwudu', mandi junub, mandi haid dan nifas. Menerangkan tentang mandi yang sunat dan hukum tayammum dan menyatakan haid dan nifas dan istihadah. Dan menjelaskan berkenaan menghilangkan najis. 

Menyatakan juga segala syarat sembahyang dan segala rukunnya dan segala perkara yang membatalkan sembahyang dan sujud sahwi dan menyatakan segala sembahyang sunat dan sembahyang berjemaah dan sembahyang qasar dan jama' dan sembahyang Jumaat dan segala sahnya dan sembahyang hari raya dan sembahyang gerhana dan sembahyang minta hujan dan sembahyang mayat dan menyatakan segala doa kemudian daripada sembahyang dan lainnya yang warid daripada Nabi Sallallahu `alaihi wasallam dan sahabatnya dan orang yang soleh-soleh yang dahulu-dahulu dan doa Hifzi Al-Iman dan beberapa faedah yang amat besar kelebihannya.

Sunday, August 31, 2014

Menjawab Islam Liberal


Menjawab Islam Liberal 
 Penulis: Ahmad Yumni Abu Bakar, Mohd Fairuz Jamaluddin 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM20.00

Monday, August 18, 2014

Isu Akidah antara Salaf dan Khalaf


Isu Akidah antara Salaf dan Khalaf 
 Penulis: Dr. Yusuf Al-Qaradhawi 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM35.00 

 Dengan mengambil pandangan wasatiyyah berdasarkan Al-Quran, hadith, serta pandangan ulama terkenal seperti Ibnu Taimiyyah, Ibnu Qayyim, Ibnu Kathir, dan Imam Al-Ghazali, buku ini menghuraikan secara terperinci perihal empat isu utama yang menjadi perselisihan antara ulama salaf dan khalaf. 

 Isu Akidah antara Salaf dan Khalaf karya Dr. Yusuf Al-Qaradhawi ini mengetengahkan 4 usul daripada 20 usul yang disusun oleh As-Syahid Imam Hasan Al-Banna, iaitu: 
 - Ayat Al-Quran ataupun hadith yang menyebut perihal sifat Allah s.w.t. iaitu perihal anggota zahir, perbuatan, dan gerakan yang menyerupai makhluk. 
- Perihal para wali dan karamah mereka. 
 - Menziarahi kubur, adakah sunnah ataupun bid'ah. 
- Konsep tawassul kepada Allah s.w.t. melalui perantaraan nabi dan para wali.