Saturday, March 30, 2013

ISLAM Dan MELAYU: Martabat Umat dan Daulat Rakyat


ISLAM Dan MELAYU: Martabat Umat dan Daulat Rakyat 
Penulis: Dato' Dr. Siddiq Fadzil 
 Terbitan: ABIM 
 Harga: RM22.00 

 Buku ISLAM Dan MELAYU: Martabat Umat dan Daulat Rakyat ini perlu menjadi koleksi anda sebagai membuka pandangan pembaca berkaitan usaha membina watak bangsa yang agung di tengah perbincangan bangsa begitu hangat dibicarakan. 

 Buku ini menyerlahkan peranan Islam dalam pembentukan jati diri, pandangan sarwa dan etos Melayu. Mengungkap sumbangan besar Islam kepada umat Melayu sehingga tanpa Islam, Melayu kehilangan segala-galanya. Justeru, Islamlah yang telah mengangkat daulat keinsanan mereka pada masa lalu, dan Islamlah yang menentukan martabat mereka pada masa mendatang. 

 Perjuangan pemberdayaan bangsa harus berpaksi kepada konsep al-'izzah, kurnia keunggulan dari Allah kepada umat yang memenuhi syarat ketulenan iman.Keunggulan hakiki ini hanya dapat diraih lewat agenda pembinaan watak bangsa berasaskan nilai kemakrufan. Untuk itu bangsa harus kembali mengakar pada tradisi Islaminya, di samping menyesuaikan diri seperlunya dengan realiti kini dan nanti.

Anakku Penyejuk Mataku


Anakku Penyejuk Mataku 
Penulis: Muhammad Fathi Yusof & Ros Izanuri Jamaludin 
 Terbitan: Telaga Biru 
 Harga: RM23.00 

 Setiap ibu bapa sewajarnya mampu menjawab salah satu persoalan pokok iaitu, Apakah pendekatan terbaik untuk memastikan anak-anak menghayati dan mengamalkan apa yang diajar? Adakah saya sudah mendidik anak secara seimbang? Apakah perkataan pertama yang patut saya ajarkan kepada anak saya?Selama dua puluh tahun saya mendidik anak ini, adakah saya sudah menyampaikan apa yang wajib saya sampaikan? Apa yang patut saya sampaikan kepada anak-anak saya? Persoalan ini nampak ringkas dan senang, namun apabila diperincikan ia tidaklah semudah seperti yang disangka. Inilah antara persoalan-persoalan yang dirungkaikan melalui buku “Anakku Penyejuk Mataku”. Kandungannya memuatkan garis-garis besar kepada ruang lingkup pendidikan anak-anak. Buku ini harus dimiliki kerana ia memberi panduan dan tip berguna dalam mendidik anak-anak berteraskan al-Quran dan sunnah. Disertakan kisah-kisah teladan yang dapat memberi inspirasi dan panduan. Persembahan buku yang menarik dan padat dengan informasi dan rekaan berwarna penuh dan ilustrasi berinformasi.

Mengenali Imam Asy-Syafi’i


Mengenali Imam Asy-Syafi’i 
Penulis: Umar Muhammad Noor 
 Terbitan: Telaga Biru 
 Harga: RM14.00 

 Buku Mengenali Imam asy-Syafi Syafi‘i, Seorang Pejuang Sunnah ini terbahagi kepada empat bahagian, iaitu, kisah Imam Syafi‘sejak beliau dilahirkan lalu membesar dalam dunia keilmuan hingga diiktiraf sebagai seorang mujtahid mutlak dan menceritakan sedikit tentang isteri dan anak-anak beliau. Penampilan dan sifat Imam Syafi asy-Syafi‘i yang penuh teladan serta kata-kata beliau yang penuh hikmah. Perilaku dan ucapan orang soleh umpama air sejuk bagi jiwa-jiwa moden yang sedang kehausan. Bukti-bukti kemahiran Imam asy-Syafi’i dalam ilmu-ilmu keislaman, kemahiran asy-Syafi‘i dalam ilmu al-Quran, hadis dan akidah. Penjelasan mengenai perkembangan mazhab ini, tokoh-tokoh utamanya, buku-buku rujukan muktamad dalamnya dan sebahagian daripada hukum-hukum furuk mazhab asy-Syafi Syafi‘i dalam ibadah. Sebahagian besar perbahasan ini sebenarnya boleh dikembangkan menjadi tulisan yang lebih besar dan buku ini sengaja ditulis dengan ringkas agar mudah dibaca dan difahami oleh pelbagai lapisan masyarakat. Semoga buku ini bermanfaat untuk semua dan menyelamatkan kita semua daripada kesusahan dunia dan Akhirat.

Jom Cari Kerja


Jom Cari Kerja 
Penulis: Hj Azmi Hj Abu Bakar 
 Terbitan: Telaga Biru 
 Harga: RM12.00 

 Semua perkongsian dalam buku ini sama pentingnya sama ada dari peringkat awal penyediaan resume sehinggalah pengetahuan tentang hak anda sebagai pekerja selepas diterima bekerja di mana-mana organisasi. Anda disarankan supaya membaca buku ini sekurang-kurangnya tiga kali khususnya mengenai contoh-contoh soalan temuduga agar anda berupaya menjawab soalan-soalan tersebut dengan penuh keyakinan dan sebaik mungkin. Cuba latih soalan-soalan tersebut dengan beberapa orang rakan seolah-olah anda membuat latihan lakonan dan rakan anda menjadi penemuduga manakala anda cuba menjawabnya. Buku ini lengkap dengan info yang padat dan terkini tentang proses mendapatkan pekerjaan secara teratur, lakaran dan gambar rajah serta contoh-contoh yang relevan, bahasa yang santai, perkongsian pengalaman industri dan organisasi yang praktikal serta percaturan teknik NLP.

Fikh Kenegaraan


Fikh Kenegaraan 
 Penulis: Mohammad Nidzam Abdul Kadir al-Jarumi 
 Terbitan: Pelima Media 
 Harga: RM20.00 

 Buku ini adalah sebuah tulisan politik dan negara dalam konteks Malaysia. Amat penting perbahasan yang dikemukakan oleh penulis dibaca dan ditelaah secara kritis, tidak hanya kepada khalayak umum, tetapi khususnya kepada golongan politikus dan kepimpinan negara. Perbahasan menarik dalam buku ini banyak menyentuh tentang pembinaan negara kontemporari yang berlandaskan siyasah syariah. Tajuk-tajuk yang dicernakan begitu signifikan dalam konteks realiti politik negara Malaysia.

Thursday, March 28, 2013

Perlunya Istighfar


Perlunya Istighfar: Menyapu Bersih Segala Dosa & Mengangkat Darjat Insan Kamil 
 Penulis: Al-Adiib Aziz B. Farhaan Al-Anziy 
 Terbitan: Al-Hidayah 
 Harga: RM9.00

Menghayati Pesanan Rasulullah S.A.W.: Formula Menghadapi Cabaran Hidup Akhir Zaman


Menghayati Pesanan Rasulullah S.A.W.: Formula Menghadapi Cabaran Hidup Akhir Zaman 
 Penulis: Prof. Madya Dr.Basri bin Ibrahim, Ustaz Wan Mohd Saifudin bin Wan Hasan 
Terbitan: Al-Hidayah 
 Harga: RM40.00 

 Dalam zaman yang penuh cabaran dan dugaan ini. Lebih-lebih lagi dengan kecanggihan dan kemodenan sains, komunikasi dan sistem maklumat. Kadang-kadang kita sering terkhilaf atau terkeliru akan tanggungjawab utama kita sebagai hamba Allah. Sebenarnya dengan kemajuan teknologi dan kepesatan arus kemodenan ini mampu membantu kita untuk tetap dan teguh dalam meneruskan kehidupan secara Islam yang berlandaskan Al-Qur'an clan Sunnah. Namun begitu malang sekali ada, segelintir yang hanyut dan leka dalam buaian kemodenan dan kemajuan.

 Bagaimanakah caranya agar kita tetap clan terus hidup dengan cara Islam? Apakah caranya untuk mengatasi halangan dan cabaran itu? 

Pastinya inilah yang ingin kita dapatkan keadah dan caranya. Salah satu cara terbaik adalah dengan penghayatan yang mendalam terhadap ajaran clan bimbingan Rasulullah S.A.W. Untuk itu buku ini menghidangkan apa yang ingin kita ketahui tentang pesanan dan bimbingan Rasulullah SAW kepada umatnya. Semoga dapat kita hayati pesanan dan ingatan Rasulullah SAW untuk meraih kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Indahnya Hidup Bersama


Indahnya Hidup Bersama 
 Penulis: Dr. Abdullah Nashih Ulwan 
Terbitan: Serambi 
 Harga: RM23.00 

 Buku ini mengajak kita meneladani bagaimana individu, masyarakat dan negara muslim awal menata kebersamaan hidup. Dr Nasih Ulwan mendedahkan fakta sejarah bahawa solidariti sosial dalam Islam bukanlah 'jaminan sosial' berupa bantuan kewangan atau material semata. Tapi lebih luas dari itu, mencakupi sistem pendidikan jiwa, akidah, hati nurani, perilaku sosial dan keperibadian dalam tata hubungan keluarga, masyarakat, kemanusiaan dan kemakhlukan. Tujuan puncaknya adalah meraih hidup mulia dan bahagia.

Tuesday, March 26, 2013

BAHAYA BEBAS MADZHAB DALAM KEAGUNGAN SYARIAT ISLAM


BAHAYA BEBAS MADZHAB DALAM KEAGUNGAN SYARIAT ISLAM 
 Penulis: Dr. Muhammad Sa'id Ramadhan Al-Buthy 
Terbitan: Pustaka Setia 
 Harga: RM30.00 

 DAFTAR ISI : 

 BAB 1. TINJAUAN DAN HARAPAN PENYEBARLUASAN KITAB INI 
 BAB 2. KESIMPULAN DARI KITAB HALIL MUSLIMU MULZAMUN BITTABAA’I MADZABIN MU’AYYANIN MINAL MADZAAHIBIL ARBAAH 
 BAB 3. MASALAH-MASALAH YANG TIDAK ADA PERBEDAAN PENDAPAT 
 BAB 4. PROBLEMA BARU YANG SANGAT MEMBAHAYAKAN 
 BAB 5. TAQLID TIDAK DAPAT DIHINDARKAN DENGAN IJMA’ KAUM MUSLIMIN 
 BAB 6. ORANG YANG TAQLID TIDAK HARAM MENEPATI MAZHAB TERTENTU 
 BAB 7. ARTI KEHARUSAN MENGIKUTI (TAQLID) KAPADA IMAN DAN BERPEGANG PADA MADZHABNYA
 BAB 8. KAPANKAH SEORANG MUQALLID HARUS MELEPASKAN DIRI DARI MADZHAB IMAMNYA?
 BAB 9. APA YANG AKAN TERJADI BILA SEMUA MANUSIA MENINGGALKAN MADZHAB
BAB 10. DISKUSI DENGAN GOLONGAN BEBAS MADZHAB (ANTI MADZHAB)
 BAB 11. MULHAK (JUDUL TAMBAHAN)
BAB 12. AL IMAM ABU HANIFAH RADHIYALLAAHI ANHU, PEMBANGUN MADZHAB HANAFI 
BAB 13. AL IMAM MALIK BIN ANAS RADHIYALLAAHU ‘ANHU, PEMBANGUN MADZHAB MALIKI 
BAB 14. AL IMAM MUHAMMAD BIN IDRIS ASY SYAFI’I RADHIYALLAAHU ‘ANHU, PEMBANGUN MADZHAB SYAFI’I 
BAB 15. AL IMAM AHMAD BIN HANBAL RADHIYALLAAHU ‘ANHU, PEMBANGUN MADZHAB HAMBAL

Pidato Iblis Di Pentas Neraka Dedah Rahsia - Bila Kiamat


Pidato Iblis Di Pentas Neraka Dedah Rahsia - Bila Kiamat 
Penulis: Abdullah Al-Qari b. Hj. Salleh 
 Terbitan: Al-Hidayah 
 Harga: RM8.00 

 Buku ini menukilkan tentang tipu helah dan pembohongan iblis yang akhirnya menjerumuskan ramai manusia ke jurang neraka yang amat panas dan pedih seksaannya. Semoga dengan hadirnya buku ini menjadi peringatan kepada kita tentang tipu daya dan godaan iblis serta menjauhkan kita daripada terjerumus ke lembahnya yang hina.

Ramalan-Ramalan Rasulullah S.A.W. Yang Mula Menjadi Kenyataan


Ramalan-Ramalan Rasulullah S.A.W. Yang Mula Menjadi Kenyataan 
Penulis: Imam Rofi’ie HN 
 Terbitan: Al-Hidayah 
 Harga: RM10.00 

 Menghimpunkan 33 ramalan yang diulas dan disandarkan kepada hadis-hadis Nabi SAW (khasnya berkenaan peristiwa-peristiwa akhir zaman). Ia meliputi pelbagai perkara dan urusan umat ini dalam kehidupan mereka seperti keagamaan, kemanusiaan, ekonomi, kemasyarakatan, kepimpinan, urusan bidaah dalam agama, kesihatan, penemuan saintifik dan lain-lainnya.

Kisah Harut & Marut: Menguak Hakikat Harut & Marut


Kisah Harut & Marut: Menguak Hakikat Harut & Marut 
Penulis: As’idi 
 Terbitan: Al-Hidayah 
 Harga: RM12.00 

 Dikisahkan di dalam Al-Qur'an bahawa syaitan telah mengajarkan kepada manusia di Babylon ilmu sihir. Malah syaitan juga telah mengajarkan apa yang telah Allah turunkan kepada Harut dan Marut, sehingga manusia mampu memberikan mudarat kepada manusia lain. 

Sebenarnya siapakah Harut dan Marut ini? Adakah mereka ini dari golongan manusia atau malaikat? Mengapa nama mereka terdapat di dalam Al-Qur'an? Adakah mereka wujud pada zaman sekarang? Sekiranya ada, bagaimanakah ciri-ciri mereka? Buku yang sedang anda belek ini mengungkap misteri dan tanda tanya tentang Harut dan Marut. Berbagai pendapat dan penafsiran juga dikemukakan bagi menambahkan lagi pemahaman pembaca berkisar persoalan Harut dan Marut. 

Semoga pencerahan ini dapat menambahkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah S.W.T

Monday, March 25, 2013

An Islamic View of Gog and Magog in the Modern Age


An Islamic View of Gog and Magog in the Modern Age 
Penulis: Syeikh Imran N. Hosein 
 Harga: RM40.00 

 I began my study of Gog and Magog more than fifteen years ago in the early 90’s while resident in New York. My subsequent public lectures on the subject never failed to provoke keen interest from my Muslim audiences in several parts of the world. The evidence and arguments presented in the chapter on Gog and Magog in my book, ‘Jerusalem in the Qur’an’, succeeded in convincing many who read the book that we now live in a world dominated by Gog and Magog. They were easily convinced that the ‘town’ mentioned in the Qur’ān in Sūrah al-Anbiyāh’ (21:95-6) was Jerusalem and hence, that Gog and Magog (and Dajjāl) explained the ominously unfolding ‘war on Islam’ with slaughter and destruction of Muslims in so many parts of the world. As a consequence, such readers also understood Israel’s mysterious imperial agenda, and many have been making efforts to extricate themselves and their families from the embrace of Gog and Magog – an embrace that will take 999 out of every 1000 of mankind into the hellfire. Despite my best efforts, however, I failed miserably, again and again, to convince my learned peers, the scholars of Islam, that Gog and Magog were even released into the world. I earnestly hope and pray that this book might make a difference Insha’ Allah.

George Bernard Shaw and the Islamic Scholar


George Bernard Shaw and the Islamic Scholar 
Penulis: Syeikh Imran N. Hosein 
Harga: RM10.00

Text and commentary of their historic conversation in 1935

Keagungan Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani


Keagungan Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani 
Penulis: Solahuddin Ashani 
 Terbitan: Al-Ehsan 
 Harga: RM26.00 

 Kitab yang merupakan kumpulan kisah salah seorang ahli sufi yang terkemuka ini bertujuan untuk melengkapi karya-karya penulisan yang tengah marak denga kisah dan karamah Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani, seperti kitab Qala'id Al-Jawahir, Bahjat Al-Asrar, dan Fuyudhat Ar-Rabbaniyya, pada umumnya kitab-kitab tersebut mempunyai penerangan yang sangat panjang lebar mengenai kisah Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani.

 Semoga penerbitan buku keagungan Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani ini mendapat sambutan hangat di kalangan umat Islam dan semoga kita termasuk dalam golongan yang mendapat rahmat Allah dan mendapat syafaat Rasulullah SAW kelak. Amin

Islam: An Introduction


Islam: An Introduction 
Penulis: Yusuf al-Qaradawi 
 Terbitan: IBT 
 Harga: RM50.00

Contents:

1) The Need for Religion
2) The Essentials of Islam
3) The Characteristics of Islam
4) The Objectives of Islam
5) The Sources of Islam

 "This work by one of the most influential Muslim scholars of this century comes at a time when a host of Islamic terminology has been thrust into the current media coverage about Islam and Muslims.In his inimitable style, Shaykh Yusuf Qaradawi's Madkhal li-Ma'rifah al-Islam attempts to explain Islamic concepts and decipher their meaning in the context of contemporary debates. Divided into five chapters, his explanation of Islamic concepts is compared with current issues and perspectives on Islam. This work is not an attempt to preach to the reader but aims to fill the gaps in one's understanding of the Islamic worldview."

Ensiklopedia Solat Mazhab Syafie


Ensiklopedia Solat Mazhab Syafie 
Penulis: Muhammad Zuhaili, Ahmad Suhaimi Karim 
 Terbitan: Jasmin 
 Harga: RM70.00 

Bersandar dengan perkataan yang rajih. Menerangkan dalil-dalil syarak bagi hukum-hukum fikah mazhab Syafie. Menyandarkan ayat-ayat mulia kepada surah dan nombor ayat.

Edisi Istimewa 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman


Edisi Istimewa 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman 
Penulis: Syeikh Ahmad Fahmi Bin Zamzam (Abu Ali al-Banjari an-Nadwi al-Maliki) 
 Terbitan: Galeri Ilmu 
 Harga: RM55.00

 Buku Siri 40 Hadis karangan Syeikh Ahmad Fahmi al-Banjari sudah sedekad berada di persada tanah air. Buku asal yang bersaiz kompak ini menjadi bahan pengajaran di masjid dan surau serta menjadi bahan rujukan di sekolah dan universiti. 

Kini, siri buku 40 hadis ini diberi wajah baharu dan dikompilasikan bagi memudahkan para pembaca memilikinya secara 5 dalam 1 dengan judul Edisi Istimewa 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman. Edisi ini memaparkan judul 40 Hadis Kelebihan Ilmu dan Ulama, 40 Hadis Akhlak Mulia, 40 Hadis Penawar Hati, 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman dan disisipkan buku bonus Kiamat Hampir Tiba.

Eksklusif Solat-Solat Sunat


Eksklusif Solat-Solat Sunat 
 Penulis: Dr Udah Mohsin 
 Terbitan: Galeri Ilmu 
 Harga: RM35.00 

 Solat-solat sunat menghampirkan diri kita kepada Allah SWT. Semakin banyak dilakukan, semakin dekat kita kepada Allah SWT. Ia juga sebagai tanda kesyukuran dan menjadi penampal kepada kekurangan-kekurangan yang ada pada solat fardu. Namun, adakah kita mengetahui sandaran dalil dan sumber solat-solat sunat ini disyariatkan? Bagaimanakah Rasulullah SAW melaksanakan solat-solat sunat ini? Apakah kedudukan solat-solat sunat ini di sisi Islam? Buku Eksklusif Solat-solat Sunat merungkai segala persoalan ini.

Sunday, March 24, 2013

Indahnya Ukhuwah Islamiyah


Indahnya Ukhuwah Islamiyah 
 Penulis: Abdullah Nashih Ulwan 
 Terbitan: Nawaitu 
 Harga: RM17.00

Friday, March 22, 2013

You Are The Best (Kamu Umat Terbaik)


You Are The Best (Kamu Umat Terbaik) 
 Penulis: Dr Mohd Shafie Md Amin 
 Terbitan: Galeri Ilmu 
 Harga: RM55.00 

 Sekiranya kita baik dengan Allah, kita pasti menjadi manusai terbaik. Persoalannya, adakah kita baik dengan Allah? Bagaimana jalannya untuk baik dengan Allah? Buku ini memandu kita dari A ke Z dalam penentuan sikap dan pembentukan diri, keluarag, organisasi dan anggota masyarakat menjadi ' yang terbaik' berlandaskan penduan al-Quran dan hadis.

Di Mana Bumi Dipijak


Di Mana Bumi Dipijak 
 Penulis: Abu Hassan Morad 
 Terbitan: Galeri Ilmu
 Harga: RM35.00 

 Buah tangan hasil perjalanan penulis menyelusuri beberapa buah negara yang berbeza geografi, adat, ritual, budaya dan segala-galanya. Penulis juga memberi gambaran sebenar menegani kehidupan mesyarakat Islam di sesebuah negara. Kisah yang terungkap di sebaliknya juga mapu menyuntik antidot dalam diri agar kita sedar di mana kita berpijak.

Diari Seorang Diplomat: Hikmah Yang Tersirat


Diari Seorang Diplomat: Hikmah Yang Tersirat 
 Penulis: Wan Ahmad Fadzil Wan Mohd 
 Terbitan: Galeri Ilmu 
 Harga: RM19.00 

 Bukan mudah untuk seseorang menyesuaikan diri di perantauan khasnya di negara yang telah diketahui umum terkenal dengan pergolakan politik yang tidak berkesudahan. Nyawa bagaikan sudah tiada nilai. Pun demikian, apabila bergelar pewgawai diplomat, semua itu perlu dihadapi. Penulis menyingkap satu demi satu, adat, budaya, pemikiran dan amalan beragama di Pakistan. Sesuatu yang ironi, di negara bergolak dan berdarah penulis berada, namun akhirnya beliau kembali ke rahmatullah di bumi sendiri. Diari Seorang Diplomat : HIKMAH YANG TERSIRAT . Menyentuh hati, menjentik emosi..menginsafkan.

Bersyukurlah Kerana-Nya


Bersyukurlah Kerana-Nya 
 Penulis: Syed Alwi Al Atas 
 Terbitan: Galeri Ilmu 
 Harga: RM25.00 

 Terlalu banyak nikmat Tuhan yang kita kecapi setiap saat namun tidak disedari manusia. Segala nikmat ini tidak mampu kita membayarnya dengan segala harta yang dimiliki di dunia ini, Namun Allah dengan kasih sayang dan rahmat-Nya, terus memberi hamba-Nya dengan nikmat yang banyak, baik manusia itu taat atau ingkar kepada-Nya. Satu-satu cara untuk membayar nikmat itu adalah dengan beryukur kepada Allah. Sesungguhnya bahagia itu milik mereka yang bersyukur!

Tuesday, March 19, 2013

Muqaddimah Aqidah Muslimin


Muqaddimah Aqidah Muslimin 
 Penulis: Haji Abdul Hadi Awang 
 Terbitan: Sarjana Media 
 Harga: RM10.00

Ummi, Kenapa Wajib Tutup Aurat?


Ummi, Kenapa Wajib Tutup Aurat? 
Penulis: Ummu Ammar 
 Terbitan: Telaga Biru 
 Harga: RM9.00 

 Sumayyah seorang budak perempuan yang solehah dan bijak. Dia sering bertanya kepada umminya tentang sesuatu perkara jika tidak faham mahupun keliru. Sumayyah keliru tentang aurat. Persoalan yang ingin dia tanyakan kepada umminya ialah Apa itu aurat? Kenapa wajib menutup aurat? Kenapa aurat perempuan tidak sama dengan aurat lelaki? Dan pelbagai lagi persoalan yang bermain di minda Sumayyah. Anak-anak hendak tahu apa jawapannya? Bacalah buku ini. Insya-Allah jawapannya ada di dalam buku ini. Terdapat juga beberapa soalan yang menguji kefahaman dan minda anak-anak. Diharapkan dengan adanya buku yang berwarna-warni ini, dapat membantu persoalan anak-anak tentang aurat. Selain itu, melalui buku ini juga diharapkan dapat memberi idea kepada para ibu bapa mahupun para pendidik yang lain agar dapat menerangkan kepada anak-anak dengan lebih harmoni lagi, insya-Allah. Jom anak-anak, kita jadi soleh dan musleh! Menjadi baik dan mengajak orang lain menjadi baik. Amin.

Ke Arah Haji Mabrur


Ke Arah Haji Mabrur 
Penulis: Hj Mohd Lamin 
 Terbitan: Telaga Biru 
 Harga: RM20.00 

 Ramai yang tidak menyedari bahawa ibadah haji mempunyai maqasid dan matlamat yang dikehendaki oleh Allah SWT supaya kita mencapainya. Hal ini menyebabkan ramai yang menunaikan ibadah haji tanpa memikirkan matlamatnya. Akibatnya, ibadah haji tersebut tidak meninggalkan kesan yang baik dalam dirinya. Dirinya tidak terdidik melalui ibadah berkenaan. Justeru, apa yang kita lihat dalam kehidupan seharian, sikap dan tindak-tanduknya tidak sejajar dengan semangat ibadah haji. Bagaimanakah pula kita hendak mendapatkan haji yang mabrur jika perkara sedemikian terjadi?

Kamus Al-Wazifi


Kamus Al-Wazifi 
Penulis: Dr Abd Rahman Chik & Ustaz Abd Halim Salleh 
Terbitan: Telaga Biru 
Harga: RM35.00 

 KAMUS AL-WAZIFI (Thematic and Functional of Language ) ini mempunyai keunikannya tersendiri. Kamus ini adalah hasil kajian sebuah tesis sarjana Doktor Falsafah dalam bidang Linguistik Terapan, Pengajaran Bahasa Arab sebagai Bahasa Kedua, dan Ilmu Perkamusan. Kamus tribahasa (Arab – Melayu – Inggeris) dengan pendekatan terkini. Sesuai untuk rujukan para pelajar sekolah dan institusi pengajian tinggi, para pelancong, tenaga-tenaga pengajar bahasa Arab serta masyarakat umum. Mengandungi lebih daripada 62 tajuk-tajuk pilihan untuk memudahkan carian perkataan. Mengenal nama negeri, kementerian dan institusi lain yang terdapat di Malaysia. Disertakan contoh-contoh ayat mudah dan contoh-contoh ayat daripada al-Quran. Kamus al-Wazifi ini disusun berasaskan kepada metodologi saintifik yang mengandungi elemen entri dalam bahasa Arab, kosa kata, frasa, sinonim, antonim, makna dalam bahasa Melayu dan Inggeris, pecahan perkataan dalam tasrifnya, serta contoh konteks ayat.

60 Tip Mengembara


60 Tip Mengembara 
Penulis: Wan Hassan Wan Ismail 
Terbitan: Telaga Biru 
Harga: RM15.00 

Al-Quran al-Karim telah mengajar kita bahawa pencarian kebenaran harus dilakukan dengan berjalan di atas muka bumi atau dalam bahasa lainnya, mesti dilakukan dengan mengembara dan bermusafir. Itulah sunnah yang dilakukan oleh para rasul Allah yang terdahulu. Justeru, dalam usaha mengembalikan kembali penghayatan Islam bagi setiap aspek kehidupan manusia, Telaga Biru Sdn. Bhd. berusaha untuk menerbitkan “60 Tip Mengembara” hasil usaha penulis berpengalaman, Wan Hassan Wan Ismail. Buku ini amat istimewa kerana sarat dengan panduan dan tip yang berguna bagi seorang yang mengembara. Membimbing pengembara cara menjadi pengembara Muslim yang sebenar. Padat dengan teknikal yang remeh tetapi penting untuk membantu anda bermusafir dan dipenuhi dengan info dan maklumat tambahan daripada al-Quran dan hadis.

Ensiklopedia Makkah Anak-Anak


Ensiklopedia Makkah Anak-Anak 
 Penulis: Ummu Ammar 
Terbitan: Telaga Biru
 Harga: RM30.00 

Ibn Abbas berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Betapa tempat yang indahnya kamu! Kamu adalah tempat yang paling aku cintai! Sekiranya orangku tidak mengusirku daripadamu, aku tak akan berpisah (dari sini) untuk hidup di satu tempat yang lain.” Rasulullah SAW sangat mencintai kota Makkah ini. Jika ingin menjadi hamba Allah yang dicintai Allah, sewajarnya kita mencintai apa yang Rasulullah SAW cintai dan membenci apa yang Rasulullah SAW benci. Kenapa Rasulullah SAW sangat mencintai kota ini? Mesti ada keistimewaannya. Tetapi apakah keistimewaannya? Adakah hanya daripada sumber al-Quran dan hadis sahaja yang menceritakan keistimewaan Makkah? Atau ada lagikah bukti-bukti dari sumber yang lain? Bagaimana pula sejarahnya? Dan pelbagai lagi yang berkaitan dengan kota ini yang mesti kita ketahui. Semestinya insya-Allah banyak lagi maklumat yang berkaitan tentang kota suci ini dalam Ensiklopedia Makkah untuk Anak-anak. Semoga usaha yang sedikit dan murni ini akan memberi jawapan yang padu kepada anak-anak dan pembaca sekalian. Semoga buku ini bermanfaat kepada anak-anak dan para pembaca sekalian. Selamat membaca dan menghayatinya.

Monday, March 18, 2013

Kompas Umat Akhir Zaman


Kompas Umat Akhir Zaman 
Penulis: Umar Muhammad Noor 
 Terbitan: Telaga Biru 
 Harga: RM35.00 

 Buku ini menerangkan tanda-tanda kiamat yang kecil, diikuti dengan tanda-tanda kiamat yang besar, dan berlanjutan dengan pelbagai peristiwa dahsyat selepas kematian seperti pedihnya azab Neraka dan indahnya nikmat Syurgawi. Setiap perbahasan berpaksikan rujukan yang sahih dan dilengkapi dengan huraian hikmah daripada para ulama. Buku ini menggabungkan antara akidah akhir zaman dengan panduan akhlak yang dapat menyucikan jiwa dan membuka mata hati. Oleh sebab adanya keimanan dengan kehidupan selepas mati, adanya azab kubur, Syurga dan Neraka, semua ini mesti menerbitkan tingkah laku diri yang sesuai dengan peraturan Islam dan akhlak mulia. Buku ini sangat baik untuk bahan muhasabah diri atau bahan tazkirah untuk masyarakat. Harapan penulis, perbahasan-perbahasan yang tercantum dalam buku ini boleh menjadi kompas penunjuk arah bagi perjalanan umat akhir zaman menuju Allah.

Sunday, March 17, 2013

Al-Quran Dengan Panduan Waqaf & Ibtida’ (Saiz 3, Pink)


Al-Quran Dengan Panduan Waqaf & Ibtida’ (Cover Pink) 
Saiz: 13.5 cm x 19.2 cm 
 Penyusun: Tan Sri Hj Hasan Azahari & Dr Raof Tan Sri Hasan 
 Terbitan: Telaga Biru 
Harga: RM55.00 

 Al-Quran Al-Karim dengan panduan waqaf dan ibtida’ merupakan satu panduan waqaf (memberhentikan bacaan) dan ibtida’ (memulakan bacaan) yang pertama di Malaysia dan juga yang pertama seumpamanya di dunia. Keistimewaan al-Quran ini adalah menggunakan system warna yang jelas dan menarik bagi memudahkan pembaca al-Quran memberhentikan bacaan dan memulakan bacaan dengan sempurna. 

 Al-Quran Al-Karim dengan panduan waqaf dan ibtida’ ini tidak sesekali mengubah tanda waqaf yang sedia ada dalam Al-Quran. Jika pembaca berupaya menghabiskan bacaan dan berhenti pada tanda waqaf yang sedia ada dalam Al-Quran, maka itu adalah lebih baik dan lebih diutamakan. Namun, jika terdapat ayat yang panjang dan tidak terdapat tanda waqaf, maka pembaca boleh menggunakan panduan yang disediakan. 

Didatangkan dengan saiz yang lebih kecil berbanding yang sebelumnya untuk memudahkan pembaca membawanya ke mana-mana. Lebih praktikal dan semoga lebih bersemangat untuk membacanya.

Al-Quran Dengan Panduan Waqaf & Ibtida’ (Saiz 3, Biru)


Al-Quran Dengan Panduan Waqaf & Ibtida’ (Cover Biru) 
Saiz: 13.5 cm x 19.2 cm 
Penyusun: Tan Sri Hj Hasan Azahari & Dr Raof Tan Sri Hasan 
 Terbitan: Telaga Biru
Harga: RM55.00 

Al-Quran Al-Karim dengan panduan waqaf dan ibtida’ merupakan satu panduan waqaf (memberhentikan bacaan) dan ibtida’ (memulakan bacaan) yang pertama di Malaysia dan juga yang pertama seumpamanya di dunia. Keistimewaan al-Quran ini adalah menggunakan system warna yang jelas dan menarik bagi memudahkan pembaca al-Quran memberhentikan bacaan dan memulakan bacaan dengan sempurna. 

Al-Quran Al-Karim dengan panduan waqaf dan ibtida’ ini tidak sesekali mengubah tanda waqaf yang sedia ada dalam Al-Quran. Jika pembaca berupaya menghabiskan bacaan dan berhenti pada tanda waqaf yang sedia ada dalam Al-Quran, maka itu adalah lebih baik dan lebih diutamakan. Namun, jika terdapat ayat yang panjang dan tidak terdapat tanda waqaf, maka pembaca boleh menggunakan panduan yang disediakan. 

Didatangkan dengan saiz yang lebih kecil berbanding yang sebelumnya untuk memudahkan pembaca membawanya ke mana-mana. Lebih praktikal dan semoga lebih bersemangat untuk membacanya.

Thursday, March 14, 2013

Saat Mukmin Merasakan Kelezatan Iman


Saat Mukmin Merasakan Kelezatan Iman 
Penulis: Dr Abdullah Nashih Ulwan 
Terbitan: Robbani Press 
Harga: RM12.00 

Bila iman telah merasuk ke dalam jiwa dan fikiran seorang mumin, ia akan memberikan kelazatan yang tidak boleh dirasakan kecuali oleh orang yang telah mendapatkannya, membuat ringan segala beban kehidupan, membuat manis segala kepahitan dan membuat lapang segala kesempitan.

Perubatan Al-Quran Rawatan Kanser


Perubatan Al-Quran Rawatan Kanser 
Penulis: Hj Lokman Abdul Hamid 
Terbitan: Mustread 
Harga: RM50.00 

Satu perbandingan antara perubatan moden dan rawatan Al-Quran, yang mengupas isu-isu pro dan kontra.

Al-Qur'an Pelangi (Tanpa Terjemahan)


Al-Qur'an Pelangi (Tanpa Terjemahan) 
Saiz: 14 x 19 cm 
Terbitan: Pustaka Darul Iman 
Harga: RM95.00

Anakku VS Solat


Anakku VS Solat 
Penulis: Mushthafa Abul Mu‘athi 
Terbitan: Telaga Biru 
Harga: RM22.00 

 Buku Anakku vs Solat ialah terjemahan daripada buku Kaifa Nurobbii Aulaadanaa ‘ala Ash-Sholaah (‘Amaliyyan wa ‘ Ilmiyyan) karya Mushthafa Abul Mu‘athi. Ia menghuraikan pelbagai hal berkaitan solat, lengkap dengan teori pengajaran solat. Tip-tip berguna dan praktikal untuk melatih anak anda supaya istiqamah dalam melaksanakan ibadah solat. Kaedah pengajaran berupa contoh teladan daripada kisah Nabi SAW dan para sahabat terdahulu dalam mendidik anak tentang solat. Memberi panduan khusus untuk anda dalam mendidik anak merangkumi kesemua aspek hidup dan bukan sahaja dalam aspek solat. Rekaan yang tersusun dan menarik memudahkan pemahaman anda. Jadikan buku ini sebagai bahan tazkirah bersama keluarga, pelajar atau rakan-rakan.

Tuesday, March 12, 2013

Aku Melayu di Kota Inggeris


Aku Melayu di Kota Inggeris 
Penulis: Muhaimin Sulam
Terbitan: Kemilau Publika 
Harga: RM22.00 

‘Aku Melayu di Kota Inggeris’ merupakan satu catatan pengembaraan anak Melayu. Setelah lebih setahun selepas kembali ke tanah air, di fikiranku memang ingin membukukan kembali pengalaman berada di tanah Inggeris. Kukongsi catatan setengah dekad suka duka kepada yang ingin membacanya. Membaca tentang episod separuh jiwa yang tersiat dalam mencari makna kehidupan. Hidup merantau di bumi asing memang tidak sama menempurung di kampung sendiri. Telah ramai anak-anak Melayu yang merantau, hidup jauh lebih mencabar. Masing-masing dengan cabaran mereka sendiri. Sedikit kesempatan yang kumiliki terlalu kerdil untuk dikongsi baca.

Senyum & Tawa Rasulullah


Senyum & Tawa Rasulullah 
Penulis: Misbah Em Majidy 
Terbitan: Kemilau Publika 
Harga: RM18.00 

 Rasulullah SAW menyatakan bahawa senyuman manis ialah sedekah yang bernilai ibadah serta mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT. Rasulullah SAW menganjurkan umatnya untuk sentiasa berwajah ceria, sentiasa bermuka manis dan tersenyum di hadapan orang lain. Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah kamu memandang rendah sebarang kebaikan, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan senyum menguntum (wajah ceria).” [HR at-Tirmizi: 2687] 

Jiwa dan hati manusia sama seperti tubuh badan yang memerlukan perhatian. Antara cara mengawal keceriaan jiwa adalah dengan humor-humor segar dan bernas. Jiwa yang dibiarkan terus-menerus serius tanpa ada humor, ia akan mati dan seterusnya menjadikan hidup kaku. Manusia tidak akan mampu menjalankan peranan hidupnya dengan baik, apabila hati dan jiwanya keruh. 

Dalam era milenium, pakar perubatan dan psikologi telah berjaya membuktikan kebenaran sabda Rasulullah SAW bahawa manfaat senyuman bagi kesihatan fizikal dan mental sangatlah hebat. Senyuman menjadi nutrisi kesihatan semula jadi untuk menjaga tubuh daripada pelbagai penyakit berbahaya. Senyum dapat membantu orang lain tetap bersikap positif. Senyum juga dapat mengubah suasana hati daripada sempit menjadi lapang, sedih menjadi senang dan beku menjadi cair. Senyuman tulus dan ikhlas pastinya akan melahirkan aura serta sikap positif dalam kehidupan insan. Semoga buku ini dapat menceriakan anda dan Allah memberkati kita.

Sunday, March 10, 2013

Inilah Faktanya


Inilah Faktanya 
Penulis: Dr. Utsman bin Muhammad Al-Khamis 
Terbitan: Pustaka Imam Asy-Syafi'i 
Harga: RM39.00 

Meluruskan sejarah umat Islam sejak wafat Nabi hingga terbunuhnya Al-Husain

Memburu Darjat Wanita Solehah


Memburu Darjat Wanita Solehah
Penulis: Halimatul Ashiken
Terbitan: Pustaka Azhar
Harga: RM29.00 

 Buku Memburu Darjat Wanita Solehah adalah sebuah buku panduan bagaimana untuk menjadi wanita yang patuh kepada agama. Ia mencakupi reformasi empat aspek penting yang sangat berkait rapat dengan keimanan seorang Islam, iaitu aspek akidah, ibadah, rumah tangga dan akhlak. 

 Mengapakah seseorang wanita itu perlu menjadi wanita solehah? Ini adalah kerana, wanita Islam memang menjadi sasaran musuh-musuh Islam sejak dahulu sampai sekarang. Usaha-usaha penyesatan terhadap wanita Muslim adalah bagi menghancurkan Islam menerusi jalan akidah Islamiah dan keluarga Islam. 

 Wanita Muslim perlu melengkapkan diri dengan ilmu Islam. Hanya wanita solehah yang akan mampu menangkis serangan dan godaan para musuh Islam.

Darah Syiah: Membongkar Pengkhianatan Dan Kezaliman Syiah

Darah Syiah: Membongkar Pengkhianatan Dan Kezaliman Syiah 
Penulis: Ahmad Faidzurrahim 
Terbitan: Darul Taklim 
Harga: RM19.00 

Ramai orang Melayu terikut dengan SYIAH sama ada dari segi pegangan akidahnya, amalannya dan juga pemikirannya sehingga ada juga ahli-ahli tertentu seperti ahli perniagaan dan juga ahli politik terpengaruh dengan SYIAH ini. Alhamdulillah satu buku berjaya diterbitkan untuk membongkar siapakah SYIAH yang sebenar.

Darah Wahabi: Menyingkap Kesesatan Fahaman Wahabi

Darah Wahabi: Menyingkap Kesesatan Fahaman Wahabi 
 Penulis: Ahmad Faidzurrahim 
 Terbitan: Darul Taklim 
 Harga: RM19.00 

 Buku Darah Wahabi ini menyingkap kesesatan fahaman Wahabi mendedahkan segala fakta tentang Wahabi yang dibangunkan di atas linangan air mata dan darah Umat Islam sendiri. Ternyata mereka bukanlah gerakan tajdid (pembaharuan) tetapi lebih tepat sebagai gerakan terrorist.

Wednesday, March 6, 2013

Kahwin Pada Usia Muda


Kahwin Pada Usia Muda
Penulis: Fuad Hj Sam
Terbitan: Karya Bestari 
Harga: RM18.00 

LUMRAH kehidupan... ada yang mahu berkahwin awal kerana ingin menghalalkan yang haram. Namun, tujuan itu tidak akan diam tanpa cubaan. Pun begitu umur bukanlah persoalannya, tetapi persediaan dari aspek tanggungjawab dan cabaran alam rumah tangga perlu diutamakan. 

 Maka, untuk memastikan hierarki kasih sayang dalam rumah tangga dapat dibina dengan sempurna, diri sendiri harus di'islah' terlebih dahulu. Jadikan titipan al-Quran dan sunah sebagai panduan agar perkahwinan berpaksikan Islam bukannya nafsu semata-mata. KAHWIN PADA USIA MUDA: BAHAGIA ATAU DERITA? Sebuah perkongsian realiti yang diselitkan sketsa kehidupan rumah tangga. Hayatilah... mudah-mudahan panduan ini membantu kita membina keluarga bahagia.