Showing posts with label Humaira Publications. Show all posts
Showing posts with label Humaira Publications. Show all posts

Thursday, July 23, 2015

Bedtime Stories Sentap (Siri 2)


Bedtime Stories Sentap (Siri 2) 
 Penulis: Shukery Azizan 
 Terbitan: Maghfirah 
 Harga: RM20.00 

 Bedtime Stories Sentap atau nama glamournya BSS (Siri kedua) kali ini adalah sebuah mahakarya cinta yans saya tulis hasil dari tadabbur beberapa ayat pilihan dari setiap juzuk al-Quran. Ini bukan cerita Frozen, siri komik Masked Rider Kuug ataupun himpunan cerita seram Mak Lampir untuk dibacakan sebelum tidur. 

 Buku BSS siri kedua kali ini adalah kesinambungan daripada BSS siri satu yang menghimpunkan tadabbur Quran dari juzuk 1 sehingga 15.BSS siri dua kali ini menghimpunkan tadabbur Quran dari juzuk 16 sehingga 30. 

 Setiap ayat yang dipilih mempunyai aura 'super saiya' yang membuatkan anda tak dapat tidur malam.Ayat yang dipilih juga berkait rapat dengan masalah serta apa yang berlaku di dalam dan sekitar saya dan korang semua.

Saturday, January 17, 2015

The Great Wife – Aisyah RA


The Great Wife – Aisyah RA 
 Penulis: Ahmad Bin Salim Badawilan 
 Terbitan: Humaira Publications 
 Harga: RM12.50 

Dia adalah puteri as-Shidiq teman Muhammad, menjadi pendamping Rasul sepanjang hayat dan sumber rujjukan sekalian umat.

 Ikon yang sangat tepat untuk dijadikan teladan bagi setiap wanita yang mencari kebahagiaan dunia dan akhirat. Dia yang mendambakan cinta Allah dan Rasul melebihi cintanya kepadaa dunia. Kecerdasan dan keagungannya tidak terlepas daripada pandangan cendekiawan sepanjang zaman. Cinta dan kasih sayangnya mampu menenangkan jiwa Rasul yang kadang terusik dengan cabaran dalam penyebaran risalah Islam.

 Wanita yang menjadi kesayangan Nabi SAW di antara isteri-isteri Nabi SAW yang lain, sudah pastinya terselit sesuatu yang istimewa di dalam dirinya. Kata-katanya menjadi petunjuk bagi kebanyakan hukum syariat. Itulah Aisyah r.a: menjadi contoh isteri ideal buat suami, keluarga dan masyarakat, teladan buat mereka yang bergelar isteri.

 Melalui The Great Wife: Aisyah r.a. anda akan dibawa menyelusuri kehidupan rumah tangga Rasulullah SAW bersama Aisyah r.a. Wujudkan Aisyah di dalam diri anda dan hidupkan cahaya rumah tangga dengan mawaddah wa rahmah yang membawa ke syurga.

Friday, January 16, 2015

The Great Husband, Muhammad SAW


The Great Husband, Muhammad SAW 
 Penulis: Hasan Bin Ahmad Hasan Hamam 
 Terbitan: Humaira Publications 
 Harga: RM13.50 

 Rasulullah SAW adalah suami terbaik sepanjang zaman. Ikon suami yang ideal. Baginda SAW bukan sahaja mampu mengatur rumah tangga dalam pelbagai keadaan dan kesulitan, tetapi juga dapat mewujudkan keharmonian penuh kasih sayang terhadap isteri. 

 Pesona Nabi SAW bukan hanya sebagai suami, tetapi pendamping, sahabat sekaligus bapa juga pelindung buat isteri. Rumahku syurgaku dimaknakan oleh Rasulullah SAW bukan dengan harta yang melimpah, rumah yang megah, namun rumah Nabi SAW tetap contoh bagi rumah islami yang bahagia. Kerana rumaha yang dibina adalah atas dasar ketaatan pada Allah SWT dan keredaan-Nya. Sikap tawaduk, kesederhanaan, keimanan, dan keyakinan benar-benar tertanam di hati para penghuninya, laksana gunung-gunung yang kukuh. 

 Bagaimanakah mahu menjadi suami cara Nabi SAW? Buku ini mampu menuntun anda membentuk keluarga seunggul keluarga Nabi sehingga mampu mengarahkan bahtera rumah tangga menuju syurga, malah di dunia dipenuhi mawaddah wa rahmah.

Monday, January 12, 2015

Mesin Waktu Al-Quran - Menyelami Lautan Makna Surah Al-Waqiah (Edisi Bahasa Melayu)


Mesin Waktu Al-Quran - Menyelami Lautan Makna Surah Al-Waqiah (Edisi Bahasa Melayu) 
Penulis: Hudzaifah Ismail 
 Terbitan: Humaira Publications 
 Harga: RM120.00 

 MENYELAMI LAUTAN MAKNA SURAH AL-WAQI'AH 

 Setiap nabi dikurniakan mukjizat yang sesuai dengan keadaan umatnya. Nabi Muhammad s.a.w, diutus kepada suatu kaum yang ummi. Mereka tidak tahu membaca dan menulis tetapi sangat maju dalam bidang sastera, make baginda dikurniakan al-Quran. 

Sekiranya seluruh manusia bersatu untuk mencipta kata-kata yang dapat menandingi ayat al-Quran, nescaya mereka tidak akan mampu. Kehebatan al-Quran bukan hanya pada keindahan bahasanya. Bahkan al-Quran juga memberi informasi tentang pelbagai perkara yang telah dan akan berlaku di alam semesta sesuai dengan hakikat penciptaannya.

 Salah satu surah yang dapat membawa kita menyelami hal itu adalah surah al-Waqiah. Buku ini akan membawa anda menyelami lautan makna al-Waqiah. Anda akan menemukan pembahasan yang menarik, antaranya : 
Misteri keutamaan surah al-Waqiah; apakah mampu mencegah kefakiran? 
 Kiamat berdasarkan pelbagai peradaban dan agama 
 Adakah umur boleh dipanjangkan? 
 Misteri Tulang Sulbi (Coccyx) 
Bagaimana Allah menghidupkan semula makhluk yang telah mati? 
Kiamat dalam Bahasa Fizik 
 Pelbagai peristiwa yang berlaku di dalam sejarah telah diceritakan di dalam al-Quran terlebih dahulu 
Kenapa proses fotosintesis tumbuhan memerlukan daun berwarna hijau bukan hitam? 

 Semoga dengan menyelami lautan makna al-Waqiah melalui buku ini, dapat meningkatkan iman dan ilmu anda serta keyakinan kebenaran al-Quran menjadi semakin utuh.