Showing posts with label Pustaka Ibnu Katsir. Show all posts
Showing posts with label Pustaka Ibnu Katsir. Show all posts

Monday, June 27, 2016

SYARAH AL-KABAIR – PENJELASAN KITAB DOSA-DOSA BESAR


SYARAH AL-KABAIR – PENJELASAN KITAB DOSA-DOSA BESAR 
 Penulis: Imam Az-Zahabi 
 Terbitan: Pustaka Ibnu Katsir 
 Harga: RM25.00 

 Buku ini berisi kumpulan 76 jenis dosa besar yang bersumber dan keterangan dalam Al-Quran dan Al-Hadis. Buku ini juga diperkayakan oleh kitab-kitab ataupun fatwa-fatwa Syeikh Utsaimin. Untuk takhrij hadisnya, buku ini menggunakan dasar syarat hadis Syeikh Al-Albani kemudian ditahkik oleh Abu Abdirrahman Adil bin Sa’ad. Pentahkik juga memperkaya isi buku ini dengan memasukkan syarah Riyadhiis Shalihin karya Imam Nawawi. 

Al-Kabair adalah kitab monumental karya Imam Az-Zahabi yang telah lama hilang. Namun demikian, faktanya di kalangan masyarakat kitab tersebut banyak beredar. Hal ini menimbulkan kesimpang siuran dan perdebatan di kalangan ulama mengenai kesahihan kitab Al-Kabair. Sebabnya, buku yang beredar banyak memuat hadis dhaif yang dalam kitab Imam Az-Zahabi yang lain, hadis tersebut ditentang keras.

Sunday, June 5, 2016

MALAM BAGAIKAN MALAIKAT, SIANG BAGAIKAN SINGA


MALAM BAGAIKAN MALAIKAT, SIANG BAGAIKAN SINGA 
 Penulis: Abdul Rahim Muhammad Syakrawi 
 Terbitan: Ibnu Katsir 
 Harga: RM28.00 

 Solat, bagi kaum muslimin, adalah perkara yang tidak asing lagi. Ianya merupakan ibadah yang paling utama. Sebahagian kita menyebut solat dengan kata sembahyang. Menyamakan solat dengan sembahyang sama ertinya dengan menyatakan bahawa setiap agama memilikinya, tidak terkecuali agama kita. lanya menyatakan hal yang demikian ini sesungguhnya tidak terlalu tepat. Ketika kata solat diganti dengan kata sembahyang, maka ianya mengandaikan bahawa setiap agama memiliki cara sendiri-sendiri dalam bersembahyang, akan tetapi pada hakikatnya cara tersebut memiliki maksud dan matlamat yang sama. Maksud dan matlamat yang sama, hanya cara dan waktu-waktunya saja yang berbeza. Persoalannya, apakah memang sedemikian? Apakah solat itu tidak ubahnya sembahyang yang dilakukan oleh seorang Kristian, atau seorang Hindu, atau seorang Buddha? Apakah benar bahawa maksud dan matlamatnya itu sama dan hanya berbeza dalam cara dan waktu-waktunya saja? Tidak adakah hakikat yang dapat ditarik dan perbezaan cara-cara dan waktu bersembahyang antara agama tersebut, sehingga perbezaan ini membawa perbezaan pula dalam maksud dan matlamatnya? 

Tampaknya dari segi inilah upaya bagi memahami hakikat solat dan rahsia-rahsia yang dapat kita petik dan ibadah solat Tahajjud dalam pengertian agama kita. Satu hal yang pasti, anda tidak akan menemukan satu konsep ibadah yang disebut dengan sembahyang, yang dilakukan oleh umat-umat lain selain Islam seperti ibadah solat Tahajjud ini. Dengan kata lain, hanyalah dalam Islam saja dikenali dengan sembahyang Tahajjud. Bagi memahami pembahasan yang demikian ini, saya ingin menunjukkan terlebih dahulu kepada anda adanya pemikiran yang membingungkan, yang justeru keluar dari akal sebahagian muslim dalam membaca, memandang dan memaknai hakikat solat.

Tuesday, August 4, 2015

The Amazing: Ensiklopedia Wasiat-Wasiat Rasulullah S.A.W


The Amazing: Ensiklopedia Wasiat-Wasiat Rasulullah S.A.W 
Penulis: Dr Muhammad Bakar Ismail 
 Terbitan: Ibnu Katsir 
 Harga: RM150.00

Tuesday, September 30, 2014

Zikir-Zikir Cinta: Bimbingan dan Cara Menjadi Suami Isteri Mithali


Zikir-Zikir Cinta: Bimbingan dan Cara Menjadi Suami Isteri Mithali 
Penulis: Ustaz Abdul Wafi 
 Terbitan: Ibnu Katsir 
 Harga: RM65.00 

 Tahniah kerana memiliki buku ini. Sebabnya? Anda mementingkan kebahagiaan rumahtangga, dan disitulah merupakan asas kecemerlangan bagi seseorang individu yang bergelar suami atau isteri. 

Buku Zikir-Zikir Cinta ini membahas sejak dari malam pertama sehingga malam-malam berikutnya serta cara memelihara romantisme bersama pasangan tercinta. Kami berharap dengan membaca buku ini, ia dapat memberi kepuasan tersendiri kepada anda dan membangkitkan semangat anda untuk membahagiakan pasangan hidup anda sehingga tercipta kenikmatan dan kebahagiaan yang berkekalan ke akhir hayat InsyaAllah. 

Kekalkan cinta selama nafas anda masih tersisa dan selama benih cinta masih ada. Jadikanlah buku zikir-zikir cinta ini bacaan semasa anda.

Thursday, August 14, 2014

The Beautiful: Ensiklopedia Syamail Rasulullah S.A.W


The Beautiful: Ensiklopedia Syamail Rasulullah S.A.W 
 Penulis: Dr. Ahmad Musthafa Mutawalli 
 Terbitan: Ibnu Katsir 
 Harga: RM58.50 

 Sebuah buku yang lengkap tentang keperibadian Rasulullah SAW, mukjizat, sifat, ramalan-ramalan serta amalan-amalan dalam kehidupan baginda.

Friday, February 7, 2014

Misteri Penjelmaan Syaitan & Senjata Orang Mukmin Melawannya


Misteri Penjelmaan Syaitan & Senjata Orang Mukmin Melawannya 
Penulis: Hamid Abu Bakar 
 Terbitan: Ibnu Katsir 
 Harga: RM36.00

Tuesday, January 21, 2014

Saat Perpisahan Terakhir


Saat Perpisahan Terakhir 
 Penulis: Yusuf Al-Haj Ahmad 
 Terbitan: Pustaka Ibnu Katsir 
 Harga: RM28.00 

 Sesungguhnya bahagian manusia dari dunia ialah umurnya, jika digunakannya pada perkara yang berfaedah di negeri akhirat maka dia telah berjaya dalam perniagaannya, namun jika digunakannya dalam maksiat-maksiat dan keburukan-keburukan sehingga menemui Allah atas kesudahan yang buruk itu maka dia termasuk orang-orang yang rugi, dan berapa ramai orang yang rugi telah berada di bawah tanah. Orang yang berakal ialah orang yang menghisab dirinya sebelum dia dihisab oleh Allah, takut dari dosa-dosanya sebelum ia menjadi penyebab kebinasaannya. 

Berapa ramai manusia yang berterusan atas dosa-dosa kecil lalu terbiasa dengannya dan menjadi ringan atasnya tanpa pernah memikirkan suatu hari mengenai kebesaran yang diderhakainya, lalu ia menjadi penyebab su'ul khatimah (kesudahan yang buruk). Salaf soleh sangat takut dari kematian su'ul khatimah, Sahal At-Tusturi berkata: "Para siddiqin takut dari kematian su'ul khatimah pada setiap langkah dan pengerakan."

Saturday, January 4, 2014

Smart Love - 98 Tip & Petua Menjadi Pasangan Suami Isteri Paling Bahagia


Smart Love - 98 Tip & Petua Menjadi Pasangan Suami Isteri Paling Bahagia 
 Penulis: Doktor Muhammad Yasir Musaddadi 
 Terbitan: Pustaka Ibnu Katsir 
 Harga: RM15.00 

 Jangan sesekali rumahtangga muslim dihiasi dengan suara syaitan, baik berupa nyanyian, muzik, filem yang melihatkan aurat. Hendaklah pula sepasang suami isteri selalu memperbanyakkan zikir dan wirid bersama-sama. 

Setiap pasangan suami isteri hendaklah indah tutur katanya, ibadahnya, pergaulannya dan selalu mendekatkan dirinya dengan Allah s.w.t. Tidak ketinggalan juga mengamalkan kandungan Al-Quran dalam setiap langkap kehidupannya. 

Dalam buku ini diberi panduan dan petua bagi suami isteri untuk menambat hati pasangannya dan menjadikan rumahtangga di bumi ini laksana syurga yang begitu indah.

Tuesday, December 31, 2013

Kisah Hidup & Mukjizat Nabi Muhammad SAW Untuk Adik-Adik


Kisah Hidup & Mukjizat Nabi Muhammad SAW Untuk Adik-Adik 
 Penulis: Nur Ashiqa & Mohd Najib 
 Terbitan: Ibnu Katsir 
 Harga: RM28.00

Kisah Teladan Sahabat Nabi Untuk Adik-Adik


Kisah Teladan Sahabat Nabi Untuk Adik-Adik 
 Penulis: Nur Ashiqa & Mohd Najib 
 Terbitan: Ibnu Katsir 
 Harga: RM35.00

Kisah Hidup 25 Nabi & Rasul Untuk Adik-Adik


Kisah Hidup 25 Nabi & Rasul Untuk Adik-Adik 
 Penulis: Nur Ashiqa & Mohd Najib 
 Terbitan: Ibnu Katsir 
 Harga: RM35.00

Wednesday, December 25, 2013

80 Pesan Rasul Penghias Diri Muslimah


80 Pesan Rasul Penghias Diri Muslimah 
 Penulis: Muhammad Khalil 'Itani 
 Terbitan: Ibnu Katsir 
 Harga: RM20.00 

 Rasulullah s.a.w., selaku penutup para Nabi, telah memberi sejumlah wasiat berharga kepada umatnya, baik dari hal akidah, muamalah, moral dan etika, hingga tidak ada sedikit pun bahagian dari semua aspek kehidupan kecuali sudah tersentuh oleh wasiat baginda. Di antara semua wasiat Rasulullah s.a.w., ada yang bersifat umum untuk seluruh kaum lelaki dan juga perempuan. Ertinya, teruntuk kepada kaum muslimin dari kaum lelaki dan juga perempuan. 

Selain itu, ada juga yang teruntuk khusus kepada kaum lelaki sahaja, begitu juga khusus kepada kaum wanita. Adalah hal yang pasti bahawa manfaat wasiat dan nasihat ini mencakupi sisi kemanusiaan secara utuh jika diterapkan dengan tuntutannya. Apa pun wasiat yang disampaikan Rasulullah s.a.w. kepada umatnya, sudah pasti mencakupi seluruh nilai kebaikan, kesolehan dan petunjuk. 

Dan semua wasiat yang tertuang di dalam buku ini meliputi berbagai sisi kehidupan yang bermanfaat buat perempuan muslimah. Dengan kata lain, semua wasiat ini mendorong perempuan muslimin ke arah yang lebih baik, menumbuhkan rasa malu, kesucian diri, ketakwaan di dalam relung hati mereka sehingga mampu mendidik generasi Islam sesuai dengan pesanpesan Al-Quran dan hadis Nabawi.

Thursday, December 19, 2013

Koleksi Doa & Zikir Serta Adab Seharian Untuk Adik-Adik


Koleksi Doa & Zikir Serta Adab Seharian Untuk Adik-Adik 
 Penulis: Nur Ashiqa & Mohd Najib 
 Terbitan: Ibnu Katsir 
 Harga: RM28.00 

 Dilengkapi: 
 Doa-doa penting 
Akhlak dan adab 
Nama-nama 25 Nabi & Rasul 
Sifat dua puluh 
Solat Sunat Hajat 
Rukun Iman 
Rukun Islam 
Nama-nama Malaikat Dan Tugasnya 
Dan banyak lagi doa & amalan yang berguna

Saturday, May 11, 2013

Anda Ingin Kaya & Bahagia, Maka Kahwinlah


Anda Ingin Kaya & Bahagia, Maka Kahwinlah 
Penulis: Fahd Khalil Zaid 
Terbitan: Ibnu Katsir 
Harga: RM14.00 

Tidak dibenarkan jika ada seorang daripada seorang muslim yang sama sekali tidak mahu menikah, padahal ia mampu dengan alasan ingin membujang kerana Allah atau memusatkan untuk beribadah dan memutuskan diri dari nikmat kehidupan dunia. 

Tidak sesuai bagi setiap muslim yang menutup dirinya dari untuk menikah. Disebabkan takut perkara rezeki atau beratnya beban yang dipikul ketika sudah menikah. Oleh kerana ini, diwajibkan kepadanya untuk berusaha dan melihat kurniaan Allah dan pertolongan-Nya yang telah Dia janjikan kepada suami isteri yang mana mereka terasa terhindar dan terjaga dari perlakuan yang tidak baik. 

Allah swt berfirman: "Dan kahwinlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurnia-Nya..."(An-Nur:32)

Wednesday, April 3, 2013

Surat-Surat Rasulullah S.A.W. Kepada Para Raja & Panglima Perang


Surat-Surat Rasulullah S.A.W. Kepada Para Raja & Panglima Perang 
Penulis: Syeikh Uhaimid Muhammad Al-Uqaili 
 Terbitan: Pustaka Ibnu Katsir 
 Harga: RM26.00

Syeikh Uhaimid Muhammad Al-Uqaili merangkum cukup banyak surat-surat Rasulullah S.A.W. kepada para penguasa dan raja. Ini merupakan kumpulan dokumen sejarah yang sangat berharga bagi khazanah pengetahuan Islam khususnya sirah, tarikh mahupun siasah Islamiyah. Kerana itu sangat penting untuk membaca surat-surat Nabi kepada para raja dan panglima perang itu yang menjadi dokumentasi usaha-usaha diplomatik baginda dan pengaruh strategiknya dalam dakwah dan politik baginda. 

Saturday, February 16, 2013

99 Doa & Zikir Mengatasi Kesulitan Hidup

99 Doa & Zikir Mengatasi Kesulitan Hidup
Penulis: Ibnu Amrullah
Terbitan: Pustaka Ibnu Katsir
Harga: RM12.50
 
 Buku 99 Doa & Zikir Mengatasi Kesulitan Hidup ini mengandungi doa-doa mustajab untuk mengatasi apa jua kesulitan hidup yang datang, juga berupa amalan serta wirid yang mampu menenangkan hati.

Monday, December 17, 2012

Mukjizat Kesembuhan Dalam Jintan Hitam, Madu & Air

Mukjizat Kesembuhan Dalam Jintan Hitam, Madu & Air
Penulis: Muhammad Izat Tahir, Dr Sayyid Al-Jamili
Terbitan: Ibnu Katsir
Harga: RM12.00
 
Mengandungi lebih daripada 300 tip kesihatan dan cara merawat pelbagai penyakit.

Tuesday, September 11, 2012

Sirah Nabawiyah (Ar-Rahiq Al-Makhtum)

Sirah Nabawiyah (Ar-Rahiq Al-Makhtum)
Penulis: Syeikh Shafiyurrahman Al-Mubarakfuri
Terbitan: Pustaka Ibnu Katsir
Harga: RM58.00

Ar-Rahiq Al-Makhtum adalah sebuah karya besar dan lengkap tentang riwayat hidup Nabi Muhammad yang ditulis oleh Syeikh Shafiyurrahman Al-Mubarakfuri.