Sunday, August 21, 2016

Solat Jemaah: Panduan Imam & Makmum


Solat Jemaah: Panduan Imam & Makmum 
 Penulis: Ustaz Mohd Hazri Hashim Al-Bindany 
 Terbitan: Galeri Ilmu 
 Harga: RM14.00 

 SOLAT JEMAAH, PANDUAN IMAM & MAKMUM memperjelaskan hukum-hakam dalam solat berjemaah yang kurang diketahui umat Islam. Penjelasan disampaikan secara ringkas dan padat berdasarkan pendapat ulama dalam mazhab Syafi’i. 

 Antara persoalan yang diperjelaskan dalam buku ini: 
  Imam dan makmum niat solat berbeza. 
 Rukuk dan sujud serentak dengan imam. 
 Hukum mufaraqah daripada imam. 
 Makmum muwafiq dan makmum masbuk. 
 Imam terlupa atau tersalah dalam solat. 
 Peraturan susunan saf dalam solat jemaah. 
 Istikhlaf (menggantikan imam).

Tuesday, August 16, 2016

RUQYAH - Buku Rujukan Utama di Timur Tengah Seputar Jin


RUQYAH - Buku Rujukan Utama di Timur Tengah Seputar Jin 
 Penulis: Wahid Abdussalam Bali 
 Terbitan: Aqwam 
 Harga: RM50.00 

- Mengenal selok belok jin
- Tanda-tanda gangguan jin, baik fizik mahupun pskis
- Mencegah dan mengubati gangguan jin, sesuai syariat Islam

Monday, August 1, 2016

Ta'alim Al-Muta’allim Thariqa At-Ta’allum (versi jawi)


Ta'alim Al-Muta’allim Thariqa At-Ta’allum - Panduan Belajar Menurut Kaedah Islam (versi jawi) 
Karya: Syeikh Burhanuddin Az-Zarnuji 
 Penterjemah: Abdul Ghani Jabal Maraqy 
 Penerbit: Jabal Maraqy 
 Harga: RM10.00 

 Kitab Ta’lim al-Muta’allim, merupakan sebuah kitab panduan pembelajaran (belajar dan mengajar) terutama bagi para murid, berisi muqaddimah dan mempunyai 13 fasal (bagian). Dalam muqaddimahnya, Az-Zarnuji mengatakan bahawa pada zamannya, banyak sekali para penuntut ilmu (thalibu al-ilmi) atau murid yang tekun belajar akan tetapi tidak mampu untuk memetik manfaat dari ilmu tersebut (mengamalkan dan menyebarkannya). Menurutnya hal ini terjadi kerana peserta didik sudah meninggalkan persyaratan yang harus dipenuhi oleh setiap penuntut ilmu. Make Money Online : http://ow.ly/KNICZ

Ta'alim Al-Muta’allim Thariqa At-Ta’allum (versi rumi)


Ta'alim Al-Muta’allim Thariqa At-Ta’allum - Panduan Belajar Menurut Kaedah Islam (versi rumi) 
Karya: Syeikh Burhanuddin Az-Zarnuji 
 Penterjemah: Abdul Ghani Jabal Maraqy 
 Penerbit: Jabal Maraqy 
 Harga: RM10.00 

 Kitab Ta’lim al-Muta’allim, merupakan sebuah kitab panduan pembelajaran (belajar dan mengajar) terutama bagi para murid, berisi muqaddimah dan mempunyai 13 fasal (bagian). Dalam muqaddimahnya, Az-Zarnuji mengatakan bahawa pada zamannya, banyak sekali para penuntut ilmu (thalibu al-ilmi) atau murid yang tekun belajar akan tetapi tidak mampu untuk memetik manfaat dari ilmu tersebut (mengamalkan dan menyebarkannya). Menurutnya hal ini terjadi kerana peserta didik sudah meninggalkan persyaratan yang harus dipenuhi oleh setiap penuntut ilmu.

Kitab Al-Azkar


Kitab Al-Azkar (Arab) 
 Penulis: Imam Nawawi 
 Terbitan: Al-Haramain 
 Harga: RM36.00

Takdir 2 : Percaya Yang Tidak Sirna


Takdir 2 : Percaya Yang Tidak Sirna 
Penulis: Hilal Asyraf 
Terbitan: Galeri Ilmu 
Harga: RM21.00 

 Dunia kini mula mendapat cahayanya. Kebaikan mula menyinari, menyah kegelapan Sang Asura bawa ke atas bumi. Enam bulan berlalu penuh ketenangan, tanpa peperangan. Dakwah berjalan gencar, dan Angkasa Sakti telah berada dalam satu perjalanan yang besar untuk manfaat mendatang. Ke Uftzi untuk berdakwah kepada Makhluk Genetik dan Kaum Gergasi. Tanah Suci, Bumi Barakah dan Chinmayi mula merasakan kekuatan, lantas bergerak merata di atas muka bumi mengumpulkan kemenangan. Dengan beraninya, serangan ke Ethan dilancarkan. Namun Sang Asura tidak mengalah, dia juga punya rencana. Kali ini, Sang Asura sendiri akan turun beraksi! Lantas, badai yang tidak pernah disangka selama ini, akan melanda dengan hebat sekali. Mampukah para pembawa cahaya menangani?

Matla’ al-Badrain wa Majma’ al-Bahrain


Kitab Matla' Al-Badrain 
Penulis: Abdul Faqir Al-Fatani Muhammad 
Penerbit: Darul Ma'arif 
Harga: RM9.00  

Merupakan antara kitab fiqih yang paling terkenal di Tanah Melayu. Ditulis oleh al-'Alim al-'Allamah Syaikh Wan Muhammad bin Wan Ismail bin Wan Ahmad bin Wan Idris bin Wan Tih bin Syaikh Wan Senik al-Karisiqi al-Fathani. Atau dikenali juga dengan nama Syaikh Muhammad bin Ismail Daudi al-Fathani atau Muhammad Shaghir al-Fathani (di kalangan orang Arab) atau Syaikh Nik Mat Kecik al-Fathani di kalangan orang Melayu di Mekah. Beliau adalah cucu saudara kepada al-‘Alim al-‘Allamah Syaikh Daud bin ‘Abdullah al-Fathani.