Friday, April 30, 2010

Lembaran Hidup Ulama'

Lembaran Hidup Ulama'
Penulis: Muhammad Abdulloh Suradi
Penerbit: Hijjaz Records Publishing
Harga: RM28.90

Imam Syafie & Imam Ahmad pandai bersyair? Imam Malik tahu menyanyi? Ibnu Firnas, lakukan cubaan pertama terbang di udara? Ibnu Sina, selamatkan perut raja? Ibnu Sirin, pandai menafsir mimpi? Ibnu Hazm, sibuk bercinta? Imam Nawawi, membujang demi ilmu? Hamka, ceramahnya boleh memukau orang? Imam Bukhari, kuburnya berwangi Misk? Jenazah Imam Ahmad, Said Nursi & Syeikh Al-Albani dihadiri ramai orang?

Buku ini mengajak pembaca untuk menyusuri kisah hidup para ulama dengan lebih mendalam lagi merangkumi kehidupan, peribadi, minat, ilmu, keluarga dan jasa-jasa dan sumbangan para ulama yang hebat. Agar mereka lebih mengenal keperibadian dan kehebatan-kehebatan para ulama dalam pelbagai bidang ilmu.

Buku ini menghimpunkan 35 biografi ulama seluruh dunia dalam pelbagai bidang ilmu. Di antaranya ulama yang alim dalam bidang ilmu fiqh, ilmu hadis, ilmu tasauf, ilmu sastera, ilmu perubatan, ilmu falsafah dan sebagainya. Ada di antara mereka yang mahir dengan memberi penumpuan satu ilmu itu secara mendalam dan ada juga yang mahir dalam kebanyakan bidang ilmu.

Buku ini juga telah disajikan dengan gambar-gambar para ulama yang menarik supaya anda lebih menghayati kehidupan seseorang ulama itu. Apabila kita melihat wajah seseorang ulama, itu sebenarnya telah dikira sebagai ibadah.

Selain daripada gambar-gambar para ulama, buku ini juga diselangi dengan kata-kata hikmah para ulama di akhir setiap biografi para ulama. Juga turut diselangi dengan puisi-puisi para ulama yang menarik. Saya juga telah menciptakan dua puisi khusus mengenai ulama untuk buku ini.

Diharapkan, buku ini dapat lebih menyedarkan kita akan kehidupan para ulama yang penuh dengan kemuliaan dan manfaat yang jarang kita hayati, peribadi mereka yang jarang kita teladani, sifat dan minat mereka jarang kita ketahui, keluarga mereka yang jarang kita ambil tahu dan sumbangan mereka yang jarang kita hargai.

-Penulis-

Thursday, April 29, 2010

Hakikat Hikmah Tauhid dan Tasawuf (Al-Hikam)

Hakikat Hikmah Tauhid dan Tasawuf (Al-Hikam)
Prof. Dr. K.H. Muhibbuddin Waly
Terbitan: Pustaka Nasional
Harga: Bahagian Pertama - RM50.00, Bahagian Kedua - RM75.00

Wednesday, April 28, 2010

Asas-Asas Fardhu Ain

Asas-Asas Fardhu Ain
Penulis: Ustaz Sulaiman Endut
Terbitan: Pustaka Haji Abdul Majid
Harga: RM16.00

Buku ini adalah merupakan panduan asas ibadat bagi setiap muslim di dalam kehidupan harian. Sebagai penganut Islam kita wajiblah mengetahui asas-asas ajaran Islam bagi memastikan ibadat yang kita lakukan tidak sia-sia. Di dalam buku ini ada menerangkan secara ringkas mengenai Rukun Islam, Rukun Iman dan beberapa perkara yang menjadi asas penting dalam melakukan ibadat sehari seperti bersuci, solat, puasa, zakat, haji , nikah dan beberapa doa yang biasa diamalkan. Adalah harapan penulis sedikit sebanyak buku ini dapat membantu kita memahami dan menghayati ajaran Islam. Buku ini sesuai untuk semua golongan.

Tuesday, April 27, 2010

Bimbingan Solat Yang Sempurna

Bimbingan Solat Yang Sempurna
Penulis: Ustaz Ahmad Sonhadji Mohamad
Terbitan: Pustaka Salam
Harga: RM25.00

KANDUNGAN

1. Taharah Atau Bersuci
2. Persiapan Sebelum Solat
3. Adzan Memaklumkan Waktu Solat
4. Solat Fardhu
5. Kaifiat Mendirikan Solat Berjama'ah
6. Mendirikan Solat Juma'at
7. Perincian Waktu Solat Dan Solat-Solat Sunnat
8. Solat Jenazah
9. Cara Menentukan Qiblat
10. Cara Solat Orang Sakit
11. Solat Qasar Dan Jama'
12. Penerangan Mengenai Sujud
13. Wirid Dan Doa Selepas Solat

Monday, April 26, 2010

Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh


Perbahasan Kaedah-Kaedah Fiqh
Penulis: Ustaz Abdul Latif Muda & Ustazah Rosmawati Ali @ Mat Zin
Terbitan: Pustaka Salam
Harga: RM28.50

KANDUNGAN

BAHAGIAN A - Pengenalan Kaedah Fiqh
BAHAGIAN B - Lima Kaedah Asas
BAHAGIAN C - Empat Puluh Kaedah Kulliyyah
BAHAGIAN D - Dua Puluh Kaedah Yang Diperselisihkan

Sunday, April 25, 2010

Amalan Ketika Mengandung & Setelah Bersalin Serta Panduan Menamakan Bayi

Amalan Ketika Mengandung & Setelah Bersalin Serta Panduan Menamakan Bayi
Penulis: Abu Afiqah
Terbitan: Darul Nu'man
Harga: RM13.00

Buku ini memudahkan kita melakukan amalan semasa mengandung dan menjaga kesihatan ketika pantang, serta memberi nama pada bayi. Semoga ada manfaatnya untuk kita semua, insya Allah.

KANDUNGAN

Bab 1: Bimbingan Bagi Wanita Mengandung
Bab 2: Beberapa Masalah Ketika Mengandung
Bab 3: Amalan Semasa Mengandung
Bab 4: Beberapa Pedoman Wanita Mengandung
Bab 5: Mengatasi Sakit Bersalin
Bab 6: Amalan Suami Ketika Isteri Mengandung
Bab 7: Tanggungjawab Bapa Terhadap Kelahiran Anak
Bab 8: Kesihatan Ibu Setelah Bersalin
Bab 9: Petua-Petua Masa Mengandung Dan Masa Pantang
Bab 10: Menjaga Kesegaran Jasmani Ketika Mengandung
Bab 11: Pemulihan Kesihatan Setelah Melahirkan
Bab 12: Panduan Menamakan Bayi
Bab 13: Surah-Surah Pilihan

Saturday, April 24, 2010

Adab Dalam Islam

Adab Dalam Islam
Penulis: Fuad Abdul Aziz Asy-Syalhub
Terbitan: Al-Hidayah
Harga: RM35.00

Friday, April 23, 2010

Kitab Sabilal Muhtadin

Kitab Sabilal Muhtadin
Penulis: Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari
Penerbit: Jahabersa
Harga: RM89.00

Kitab ini membicarakan segala hukum agama Islam yang berhubungan dengan muammalat. Pembahagian isi dalam Sabilal Muhtadin ini dinyatakan dengan istilah kitab-kitab. Keseluruhannya ada 8 kitab, yaitu:
1. Kitabut Taharah, yakni kitab yang menyatakan tentang bersuci.
2. Kitabus Shalat, yakni kitab yang menyatakan tentang solat.
3. Kitabuz Zakat, yakni kitab yang menyatakan hukum zakat.
4. Kitabus Siam, yakni kitab yang menyatakan tentang puasa.
5. Kitabul I'tikaf, yakni kitab yang menyatakan tentang i'tikaf.
6. Kitabul Haji wal Umrah, yakni kitab yang menyatakan tentang haji & umrah.
7. Kitabus Shaid wadz Dzabaih, yakni kitab yang menyatakan tentang hukum binatang perburuan & sekalian yang disembelih.
8. Kitabul Ith'amah, yakni kitab yang menyatakan tentang barang yang halal dan barang yang haram memakannya.

Thursday, April 22, 2010

Kitab Matla' Al-Badrain

Kitab Matla' Al-Badrain
Penulis: Abdul Faqir Al-Fatani Muhammad
Penerbit: Jahabersa
Harga: RM49.00

Wednesday, April 21, 2010

Seni Dalam Islam

Seni Dalam Islam
Penyusun: Ustaz Haji Abdul Ghani Shamsudin, Ustaz Ishak Haji Sulaiman & Dr. Engku Ibrahim Ismail
Terbitan: Intel MULTIMEDIA AND PUBLICATION
Harga: RM13.00

Buku kecil ini membicarakan pelbagai pandangan Islam mengenai persoalan seni yang berlaku di sekitar masyarakat kita dewasa ini. Meskipun kajian melalui buku ini masih boleh diperincikan lagi, namun sebagai usaha awal buku ini dilihat penting untuk memberikan kefahaman umum kepada masyarakat mengenai persoalan tersebut.

Dengan termuatnya pandangan ulama'-ulama' muktabar berhubung dengan persoalan yang dibincangkan, fatwa-fatwa seni bagi negeri-negeri di Malaysia serta tambahan indeks di akhir buku ini, penerbit percaya buku ini amat bermanfaat dan berguna sebagai bahan rujukan semua peingkat masyarakat.

Antara kandungan buku ini membicarakan tentang seni suara, seni rupa seperti seni ukir, patung, patung cacat, patung permainan kanak-kanak, seni foto dan lain-lain. Juga membicarakan tentang seni pakaian dan seni sastera.

Tuesday, April 20, 2010

Buku-buku Berkenaan Rumah Tangga Dakwah

1) Agar Cinta Bersemi Indah - M. Fauzil Adhim, RM40.00
2) Di Jalan Dakwah Aku Menikah - Cahyadi Takariawan, RM29.00
3) Nikmatnya Pacaran Setelah Pernikahan - Salim A. Fillah, RM26.00
4) Kupinang Engkau Dengan Hamdalah - M. Fauzil Adhim, RM23.00
5) Mencapai Pernikahan Barakah - M. Fauzil Adhim, RM26.00
6) Saatnya Untuk Menikah - M. Fauzil Adhim, RM28.00
7) Agar Bidadari Cemburu Padamu - Salim A. Fillah, RM26.00
8) Indahnya Pernikahan Dini - M. Fauzil Adhim, RM23.00

Monday, April 19, 2010

Koleksi Novel Islami (UPDATED)

1) Bumi Cinta, Versi BI - Habiburrahman el-Shirazy, RM40.00 (NOVEL TERBARU)
2) Ketika Cinta Bertasbih (Bahagian 1), Versi BM - Habiburrahman el-Shirazy, RM21.90
3) Ketika Cinta Bertasbih (Bahagian 2), Versi BM - Habiburrahman el-Shirazy, RM25.90
4) Pudarnya Pesona Cleopatra, Versi BI - Habiburrahman el-Shirazy, RM16.50
5) Ayat-Ayat Cinta, Versi BM - Habiburrahman el-Shirazy, RM23.90
6) Dalam Mihrab Cinta, Versi BM - Habiburrahman el-Shirazy, RM25.90
7) Di Atas Sajadah Cinta, Versi BM - Habiburrahman el-Shirazy, RM15.90
8) Ketika Cinta Berbuah Syurga, Versi BM - Habiburrahman el-Shirazy, RM11.90

BM = Bahasa Malaysia, BI = Bahasa Indonesia

Sunday, April 18, 2010

Mengapa Saya Keluar Dari Syiah

Mengapa Saya Keluar Dari Syiah
Penulis: Sayyid Husain al-Musawi
Terbitan: Pustaka al-Kautsar
Harga: RM19.00

Buku ini adalah berkenaan dengan Sayid Hussain al-Musawi seorang mujtahid dari aliran Syiah yang kemudiannya mengumumkan secara terbuka bahawa beliau bertaubat dari aliran sesat ar-Rafidhah ini dan beliau mendetailkan bukti-bukti kesesatan Syi'ah yang diambil dari kitab-kitab muktabar mereka sendiri.

Selama masa beliau mendalami kitab-kitab Syi'ah ketika pengajian beliau selalu menjadi bingung dengan percanggahan yang begitu banyak terdapat dalam kitab-kitab muktabar ajaran Syi'ah. Tapi beliau cuba menyedapkan hati beliau dengan menyatakan kepada diri beliau sendiri sebagai seorang yang buruk pemahaman dan sedikit ilmu. Semakin mendalam pengajian beliau semakin banyak permasalahan timbul dan semakin bergelora perang batin dalam jiwa beliau.

Setelah lama merenung keadaan ini maka beliau mengambil keputusan untuk melakukan kajian yang komprehensif. Beliau membaca sebanyak mungkin referensi pegangan serta kitab-kitab Syi'ah. Segala kebingungan atau percanggahan beliau tuliskan dalam lembaran-lembaran kertas dan beliau simpan semoga pada suatu hari Allah menetapkan satu keputusan.

Peristiwa al-Allamah Sayid Musa al-Musawi
dan Sayid Ahmad al-Katib dua tokoh besar Syi'ah yang bertaubat dan kembali kepada Ahlus Sunnah Wal Jamaah seolah-olah menjadi petunjuk bagi beliau bahawa masanya juga sudah tiba untuk beliau mengisytihar keluar dari fahaman yang sesat ini. Beliau berpendapat kini giliran beliau sudah tiba untuk menyatakan kebenaran untuk menyelamatkan rakan-rakan beliau yang telah tertipu. Bagi beliau sebagai seorang ulama adalah tanggungjawab beliau untuk menjelaskan kebenaran walaupun ianya sungguh pahit untuk ditelan.

Maka Sayid Hussain al-Musawi pun mengarang sebuah buku yang membongkar kesesatan-kesesatan Syi'ah. Yang menariknya tentang buku ini adalah beliau menggunakan sumber Syi'ah sendiri untuk membongkarkan konspirasi musuh-musih Islam untuk melemahkan Islaam dari dalam seperti musuh dalam selimut.

Saturday, April 17, 2010

Mengungkap Hakikat Syi'ah

Mengungkap Hakikat Syi'ah
Penulis: Abdullah Al-Mushili
Terbitan: Darul Falah
Harga: RM45.00

Apa itu Syi'ah? Bagaimana akidahnya? Siapa tokoh-tokoh ulamanya? Buku apa saja yang menjadi rujukan orang-orang Syi'ah dan apa isinya? Bagaimana kedudukan Abu Bakar As-Shiddiq, Umar bin Al-Khaththab dan sahabat lainnya di mata mereka? Dan bagaimana pula kedudukan imam empat mazhab dalam pandangan Syi'ah? Insya Allah Ta'ala, buku ini adalah tamu kehormatan yang sangat ditunggu-tunggu kedatangannya. Kenalilah hakikat syi'ah, agar anda tidak teperdaya.

Friday, April 16, 2010

Senaman Regangan & Pergerakan Solat

Senaman Regangan & Pergerakan Solat
Penulis: Wan Abu Bakar Wan Abas, Fatimah Ibrahim & Rameezan Begam Abdul Rahim
Terbitan: Universiti Malaya
Harga: RM18.90

Sebuah Kupasan Lanjut Buku: Solat Kebaikan Dari Perspektif Sains...

KANDUNGAN
BAB 1: Asas Regangan
BAB 2: Jenis-Jenis Regangan
BAB 3: Kebaikan Regangan
BAB 4: Perbandingan Antara Pergerakan Dan Prostur Solat Dengan Regangan

Thursday, April 15, 2010

Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains

Solat: Kebaikan Dari Perspektif Sains
Penulis: Wan Abu Bakar Wan Abas, Fatimah Ibrahim & Rameezan Begam Abdul Rahim
Terbitan: Universiti Malaya
Harga: RM29.90

Buku ini memperlihatkan kepada pembaca hasil kajian saintifik oleh 2 orang Muslim dan seorang non-Muslim dari Universiti Malaya dalam mengkaji pergerakan dalam solat.

Paparan isi kandungan agak menarik, disertakan dengan gambar-gambar berwarna serta penulisan yang tidak terlalu padat.

Kajian yang dilakukan mengetengahkan pembezaan yang terjadi apabila seseorang bersolat dengan betul dan tidak betul, juga apabila seseorang bersolat dan tidak bersolat. Antara skop kajian adalah pada bahagian otot, otak dan juga tulang.

Sebagai contoh, menurut kajian, ruku' bersamaan dengan pergerakan 'senaman pagi' dimana apabila kita ruku' otot-otot di bahagian badan akan teregang dengan sendiri. Menunjukkan jika dilakukan solat dengan betul, rukuk 90 darjah, badan kita secara automatisnya akan turut bersenam serta pada masa yang sama dapat mengelakkan sakit pada pinggang.

Itu hanyalah satu contoh daripada beberapa kajian yang dilakukan ke atas anatomi dan fisiologi manusia.

Kajian yang dilakukan oleh doktor non-muslim ialah berkaitan gelombang otak yang akan terhasil apabila melakukan sesuatu gerakan dalam solat. Menurut Dr. Ng Siew Cheok, beliau tertarik dengan kelebihan yang terdapat pada bersolat dan pasukan beliau akan melakukan kajian lanjut.

Fakta-fakta yang dibentangkan dalam buku ini akan memotivasikan umat Islam untuk melakukan ibadat solat dengan lebih tekun dan teratur demi mencapai kebaikan spiritual, fizikal dan mental.

Wednesday, April 14, 2010

Cinta Di Langit Gaza

Cinta Di Langit Gaza
Penulis: Ustaz Riduan Mohamad Nor
Penerbit: Jundi Resources
Harga: RM20.00

Cinta, sebuah perkataan yang memaknai kehidupan manusia. Ianya klise yang sentiasa diulang dan diperdagang, cinta akan membawa pemiliknya berusaha dan berkorban untuk mencapai citra dan nuansa yang dihajatinya. Buku ini diletakkan tajuk 'Cinta Di Langit Gaza', bertemakan misi membantu manusia yang dihempap derita. Melepasi garisan Gaza yang terbakar dan musnah adalah kemuncak kepada perjalanan hidup saya, kehadiran di bumi Isra' itu sangat meruntun jiwa dan meninggalkan kesan yang sangat mendalam.

Secara jujur rasa cinta pada bumi rebutan itu telah menyelinap urat darah dan dalam denyut nadi saya, cinta menyebabkan kita merasa rindu. Merindui sebuah kebebasan kepada Al-Quds, kiblat pertama umat Islam, juga kerinduan hidup di bawah Syariat Islam. Saya jatuh cinta dengan kebaikan penghuni Gaza yang santun dan berpegang dengan agama, terutama akhlak para pejuang yang bergabung dalam HAMAS. Terbit daripada perasaan cinta yang halus ini saya meninta sketsa pengalaman yang paling berharga, untuk berbahagi dengan anda semua.

Tuesday, April 13, 2010

Anakku Dapat Semua A

Anakku Dapat Semua A
Penulis: Dr. Shukri Abdullah
Penerbit: Telaga Biru
Harga: RM20.00

Buku ini khusus untuk para penjaga menangani dan mengatasi masalah anak-anak dalam pembelajaran. Jangan menyalahkan anak semata-mata apabila mereka gagal mencapai prestasi yang cemerlang dalam pembelajaran. Mungkin ada empat pihak yang bertanggung jawab: • Diri pelajar itu sendiri. • Ibu bapa. • Guru dan sekolah. • Persekitaran seperti kawan-kawan dan kemudahan di rumah.

Sementara itu kebolehan dan keistimewaan anak-anak tidak sama. Ibu bapa mesti bijak memilih kelebihan anak-anak daripada menuding jari kepada kelemahan mereka. Gunakan kelebihan tertentu bagi setiap anak-anak untuk menonjolkan keistimewaannya. Bersedialah untuk memberi kemudahan dan sokongan moral dan fizikal.

Monday, April 12, 2010

Wajah Baru Politik Malaysia

Wajah Baru Politik Malaysia
Penulis: Mujahid Yusof Rawa
Terbitan: Anbakri Publika
Harga: RM15.00

Dalam politik yang dinamik, proses artikulasi amat penting digalakkan. Ini bukan soal banyak atau tidaknya serangan ke atas peribadi. Jika mengurangkan hentaman peribadi itu akan menjadikan demokrasi lebih bersih, lebih baik dan lebih berakhlak, maka barangkali ini boleh diterima. Walau apapun proses ini hampir menjadi wajib dalam setiap proses demokrasi yang ingin dipulihkan.

Selain itu, kita bukan sahaja ingin melihat proses integrasi tetapi proses disintegrasi juga boleh berlaku. Proses integrasi akan berlaku apabila kaum-kaum lain masuk ke dalam sistem pemikiran politik Melayu manakala kemungkinan berlaku proses disintegrasi iaitu kaum Melayu keluar daripada proses tersebut.

Sesungguhnya, sebuah ‘perayaan demokrasi' yang jauhari lagi budiman, yang menjauhi politik songsang amat dinantikan. Kita perlu kembali kepada tamadun yang sangat ajaib dan luar biasa.

Buku ini mengajak pembaca merenung wajah baru politik Malaysia yang seakan meledak keluar dari budayanya yang tersesat sekian lama. Tiada siapa perlu buktikan, tetapi keadaan masa ini yang membuktinya.

Sunday, April 11, 2010

Fenomena Nizar

Fenomena Nizar
Penulis: Wan Ji Wan Husin & Saifulamri M. Hussain
Terbitan: Anbakri Publika
Harga: RM15.00

Dia adalah lahar panas dari letupan gunung berapi. Bersamanya ada bahang, magma, baja dan geliga. Dia lambang ketabahan. Dia menjadi simbol bergerak sebuah perjuangan islam terkini – menentang kemungkaran dan ketidakadilan di Malaysia. Kami berpuashati untuk mengangkat sebuah cakaran seputar kemelut politik di negeri bijih timah yang sangat unik ini. Kerana ia mungkin dicetuskan oleh seekor RAKSASA di Putrajaya.

Buku ini merekodkan sebuah perjalanan sejarah yang cukup mahal. Ia membawa catatan perkhabaran tentang pengkhianatan demokrasi yang cukup real oleh para elit dan pemain kuasa di Ipoh dan Putrajaya.

Kami rasa cukup terpanggil untuk mendaftar nama dan setiap gerak dari tindak aksi mereka untuk simpanan dan kajian buat generasi Malaysia yang akan datang.

Jiwa adalah rumah kita. Mata adalah jendela kita. Seluruh anggota menjadi pesuruhnya. Dan hati jualah yang mampu menanggapi keruh jernihnya sebuah kejadian sama ada ia adalah tuah atau tragedi.

Ya Allah, jadikanlah kami di kalangan orang-orang yang tidak mudah lupa.

Saturday, April 10, 2010

Di Jalan Dakwah Aku Menikah

Di Jalan Dakwah Aku Menikah
Penulis: Cahyadi Takariawan
Terbitan: Era Intermedia
Harga: RM29.00

Apakah anda telah bersedia untuk menikah? Jika anda yakin telah sedia, segeralah melangsungkan pernikahan di Jalan Dakwah.

Jalan inilah yang telah membawa Nabi SAW menikahi isteri-isterinya, para Ummahatul Mukminin. Jalan ini yang membawa Ummu Sulaim menerima pinangan Abu Thalhah. Jalan yang menyebabkan bertemunya Ali r.a. dan Fatimah Az-Zahra dalam sebuah keluarga. Di jalan itu pula para sahabat Nabi menikah. Di jalan dakwah itulah orang-orang saleh membina rumah tangga sakinah.

Seperti apakah pernikahan di Jalan Dakwah itu? Buku ini akan membawa anda menemukan jawapan tuntasnya. Selamat menikmati.

Friday, April 9, 2010

Bila Anak-Anak Bertanya Tentang Allah dan Alam Ghaib

Bila Anak-Anak Bertanya Tentang Allah dan Alam Ghaib
Penulis: Muhammad Muhyidin
Terbitan: Rijal Media
Harga: RM16.00

Peningkatan intelektual anak-anak seiring dengan kemajuan ilmiah masa kini mendorong pertanyaan yang lebih kritis daripada anak-anak tentang kewujudan Allah dan alam ghaib. Justeru ibu bapa seharusnya memantapkan diri dengan ilmu-ilmu akidah untuk menjawab segala persoalan yang terbuku di hati anak-anak tentang Allah dan alam ghaib. Tinggalkan jawapan tradisional dan kuno seperti, “Ayah tidak tahu”, “Jangan kamu bertanya lagi” atau , “Pergi tanya ustaz”. Jawapan-jawapan klise seperti ini sudah pasti akan membuatkan anak-anak terkapai–kapai dan akhirnya anak-anak bosan untuk bertanya lagi. Lebih malang jika anak-anak itu membesar tanpa ilmu akidah yang mantap akibat kekurangan pendedahan tentang ilmu akidah semasa kecil.

Bantulah anak anda menjadi seorang Muslim sejati di awal pembentukan mindanya. Jangan sesatkan minda anak-anak dengan ilmu tentang Allah dan alam ghaib yang merapu dan dongeng semata. Didiklah anak-anak itu seimbang dengan ilmu dunia dan akhiratnya. Jika dia menjadi akauntan kelak, biarlah akauntan yang mantap ilmu akidahnya. Ingat, bahawa tugas utama ibu bapa selain membesarkan anak-anak ibu bapa perlu mengasah dan meneguhkan iman anak-anak.

Hadirnya buku ‘Bila anak-anak bertanya tentang Allah dan alam ghaib’ ini sebagai panduan yang membantu ibu bapa memimpin tangan-tangan kecil itu dalam mengenal Allah.

Terdapat beberapa metode yang digunakan dalam buku ini:

1. Buku ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian pertama: Makrifat tentang
Allah dan bahagian ke dua: Makrifat Tentang Alam Ghaib.
2. 48 pertanyaan yang dikemukakan dalam buku ini adalah pertanyaan yang sering
ditanya anak-anak berkenaan Allah dan alam ghaib.
3. Setiap pertanyaan dijawab dengan huraian berserta dalil al-Quran yang mantap.

Saturday, April 3, 2010

Mencari Islam di China

Mencari Islam di China
Penulis: Ann Wan Seng
Terbitan: Must Read Sdn Bhd
Harga: RM23.00

Negara China sering kali dikagumi sebagai sebuah negara yang kaya dengan tradisi tamadun dan peradaban yang tinggi. ­Negara itu mempunyai sejarah yang cukup panjang dan gemilang. Namun begitu, ramai yang tidak menyedari bahawa umat Islam turut juga memberikan sumbangan dan memainkan peranan yang penting di sebalik kejayaan dan pencapaian China sebagai sebuah empayar yang dihormati dan digeruni selama berabad-abad lamanya. Kehadiran Islam di China dikesan sejak abad ke 7 lagi dengan kehadiran beberapa orang sahabat Nabi yang diutus untuk menyampaikan risalah Islam ke negara yang terkenal dengan tembok besarnya. Malahan sebelum kedatangan Islam, penduduk China sudah pun menjalinkan hubungan yang cukup rapat dengan para pedagang Arab.

Hasil dan kesan daripada hubungan itu masih dapat dilihat sehingga ke hari ini dengan kemunculan pelbagai kumpulan etnik yang unik dan memiliki hubungan darah dengan kelompok bangsa dari negara lain. Begitu juga dengan tinggalan dan warisan Islam masih dipertahankan oleh penduduk Islam di China. Selain daripada cara hidup yang berlandaskan kepada al-Quran dan sunah, bukti kegemilangan Islam di China dimanifestasikan melalui berbagai-bagai monumen seperti masjid, makam para sahabat dan ulama, madrasah serta berbagai-bagai lagi ciptaan sama ada dalam bidang kesenian, kebudayaan, kesusasteraan, penulisan, sejarah dan sebagainya.

Buku ini bukan sekadar berusaha untuk menjejaki semula tapak-tapak Islam di China tetapi juga memberikan gambaran kepada kita semua tentang potensi yang ada pada negara itu untuk menjadi medan dan wasilah kepada kebangkitan semula Islam pada akhir zaman. Pencarian Islam di China adalah sejajar dengan sebuah hadis nabi yang bermaksud bahawa Islam akan bangkit semula dari arah sebelah Timur.

Friday, April 2, 2010

Hijab Memelihara Kesucian Wanita Muslimah

Hijab Memelihara Kesucian Wanita Muslimah
Penulis: Dr. Muhammad Ismail
Terbitan: Pustaka Azhar
Harga: RM9.00

KANDUNGAN

BAB PERTAMA
- Ayat Al-Quran Berhubung Kepentingan Hijab
- Ayat-Ayat Tentang Hijab
- Keadaan Masyarakat Sekitar Ketika Ayat Ini Diturunkan
- Perintah Bagi Wanita Untuk Tetap Tinggal Di Rumah-Rumah Mereka
- Jilbab Atau Purdah
- Bagaimana Cara Memakai Jilbab?
- Perintah Untuk Menundukkan Pandangan Dan Menyembunyikan Perhiasan
- Ciri-Ciri Pakaian Muslimah
- Bahaya Kekeliruan
- Meminta Izin Sebelum Masuk Rumah
- Bagi Wanita-Wanita Yang Telah Lanjut Usia

BAB KEDUA
- Hadis-Hadis Nabi SAW Mengenai Hijab
- Hijab Para Sahabiyah RA
- Kekal Memakai Hijab Walaupun Dalam Bersedih
- Memakai Hijab Ketika Berbai'at
- Memakai Hijab Di Hadapan Sahabat Nabi SAW
- Hijab Bagi Wanita-Wanita Hamba Sahaya
- Menjaga Hijab Selama Menjalani Rawatan Perubatan
- Bolehkah Membuka Aurat Untuk Tujuan Perubatan?
- Hijab Ketika Ihram
- Hijab Di Hadapan Saudara Ipar-Duai
- Malu Dan Kehormatan Diri
- Wanita Keluar Rumah Tanpa Keperluan
- Melaksanakan Sembahyang Di Dalam Rumah
- Penglibatan Wanita Dalam Jihad (Perang)
- Adab Keluar Rumah
- Memakai Wangi-Wangian Dan Perhiasan Berlebihan
- Wanita Keluar Dari Rumah Tanpa Izin Suami
- Wanita Bermusafir Seorang Diri
- Cara Berjalan Wanita Yang Sebaiknya
- Menundukkan Pandangan (Ghadhul Bashar)
- Sengaja Pergi Ke Tempat-Tempat Yang Tidak Berhijab
- Mandi Di Tempat Permandian Awam
- Hukum Wanita Memandang Kepada Lelaki
- Wanita Meniru Gaya Lelaki Atau Sebaliknya
- Perintah Allah Tentang Pakaian
- Syarat Aurat Dan Larangan Bertelanjang
- Adab-Adab Berpakaian
- Hukum Memandang Tubuh Melalui Pakaian Yang Tipis Dan Ketat
- Hukum Menyentuh Wanita Yang Bukan Mahram
- Menceritakan Wanita Lain Kepada Suami
- Wanita Memakai Perhiasan Yang Berbunyi
- Keharusan Meminta Izin Sebelum Memasuki Rumah Orang Lain

BAB KETIGA
- Hijab Sebagai Solusi Islamik Mencegah Perbuatan Maksiat
- Menghentikan Faktor Maksiat Sebagai Langkah Mencegah Kejahatan
- Sejarah Tentang Perintah Hijab
- Perbezaan Antara Hijab Dan Satr (Aurat)
- Jika Tidak Sekarang, Bila Lagi Akan Memakai Hijab
- Kategori Hijab Menurut Syariat Serta Perintahnya

BAB KEEMPAT
- Jahiliyah Zaman Dahulu Dan Jahiliyah Moden
- Beberapa Contoh Perbuatan Fahsya Dan Munkar Zaman Jahiliyah Moden
- Sebuah Rangkuman Tentang Hijab Dan Tuntutan Syariat
- Sebuah Perbandingan Antara Wanita-Wanita Timur Dan Barat
- Bertafakur Sejenak

BAB PENUTUP
- Kisah-Kisah Sahabiyah
- Asma RA Menanyakan Tentang Pahala Bagi Wanita Hijrah Zainab Binti Muhammad
- Rasulullah SAW Menolak Wanita Untuk Pergi Berjihad
- Kisah Hindun Memeluk Islam

Thursday, April 1, 2010

Hidup Tenang Walaupun Berhutang (Edisi Kemas Kini)

Hidup Tenang Walaupun Berhutang (Edisi Kemas Kini)
Penulis: Shamsuddin Kadir
Terbitan: PTS
Harga: RM20.00

Hampir mustahil bagi kita memisahkan hutang dalam kehidupan seharian. Hutang ibarat racun dan penawar. Jika bijak mengawalnya, maka hidup pasti kekal bahagia. Malah kita semakin kaya-raya. Jika hutang gagal diurus, maka hidup kita semakin miskin atau lebih buruk, bankrap.

Alangkah ruginya andai ada antara kita terlepas memiliki Hidup Tenang Walaupun Berhutang (Edisi Kemas Kini) terutamanya bagi:

- Graduan yang berminat memiliki kenderaan sendiri dengan cara berhutang.
- Pasangan suami isteri yang berhutang perabot, televisyen dan keperluan rumah lain.
- Menggunakan kad kredit setiap bulan bagi perbelanjaan sendiri.
- Gelisah diburu 'Ah Long' atau ceti haram di mana-mana sahaja.
- Bergaji tetap, namun masih sesak melunaskan segala hutang.
- Dihubungi pihak bank bertalu-talu yang menuntut hutang pinjaman.