Thursday, December 31, 2009

Abdul Hadi Awang: Murabbi, Ideologi, Pemimpin

Abdul Hadi Awang: Murabbi, Ideologi, Pemimpin
Penulis: Ustaz Haji Riduan Mohamad Nor
Terbitan: Jundi Resources
Harga: RM30.00

Buku ini merakamkan sebahagian potret perjuangan tokoh besar umat Islam ini dan semoga ianya akan menjadi tatapan berguna kepada generasi muda yang mula berjinak di panggung politik dan dakwah, juga untuk koleksi nostalgia generasi lama di medan perjuangan siasah negara ini yang mempunyai kenangan kolektif yang cukup manis, berada dalam dekad 80an, yang sarat dengan program amal tarbawi yang mengikat ukhuwah.

KANDUNGAN

1. Latar Belakang
2. Era Kepimpinan Ulama PAS
3. Penyertaan Dalam Pilihan Raya: Kalah Dan Menang Bukan Alasan
4. Politik Antarabangsa
5. Abdul Hadi Dan Kontroversi Ciptaan Umno
6. Bukan Hukum Hudud Allah, Tapi Hudud PAS!
7. Pemikiran Tuan Guru Haji Abdul Hadi
8. Tuan Guru Abdul Hadi Memimpin Terengganu
9. Petak Hujung
10. Meneliti Pemikiran Tuan Guru Tiga Dekad Lampau: Mengilas Sejarah
11. Ucapan Dasar Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-49
12. Ucapan Dasar Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-50
13. Ucapan Dasar Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-51
14. Ucapan Dasar Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-52
15. Ucapan Dasar Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-53
16. Ucapan Dasar Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-54
17. Jadual
18. Keputusan Penuh Pilihan Raya Umum 2008 Negeri Terengganu

Wednesday, December 30, 2009

Menjadi Muslimah Tangguh

Menjadi Muslimah Tangguh
Penulis: Muthia Esfand dan A. Fathy Farhat Khan
Terbitan: ProU Media
Harga: RM15.00

Muslimah, perempuan lemah yang tidak mampu berbuat apa-apa ketika dirinya dianiaya? Muslimah hanya mampu meratap setelah dirinya menjadi korban tak berdaya? Mari, ubah cara pandang ini! Kerana Allah menyukai hamba-hambaNya yang kuat, salah satunya kuat secara fizikal saat menghadapi ancaman! Maka, saatnya Muslimah tunjuk gigi: mereka bukan manusia lemah yang boleh dilecehkan!

Buku ini disusun sebagai panduan praktis bagi tiap Muslimah yang ingin membentengi kehormatan diri sekaligus kehormatan agamanya. Disusun oleh praktisi yang menggeluti bidang pertahanan diri secara islami, buku ini mengajak setiap Muslimah untuk memulai belajar melindungi diri melalui cara-cara sederhana, praktis, aplikatif, dan aman.

Dilengkapi foto-foto peragaan, buku ini berisikan bagaimana Muslimah memanfaatkan benda-benda di sekitar sebagai alat perlindungan, waspada ketika bepergian, langkah-langkah antisipatif ketika bahaya di depan mata, hingga trik-trik berkelit dari ulah penyerang. Selain itu, dijelaskan cara pandang Islam tentang kaedah menjaga diri bagi Muslimah.

Tuesday, December 29, 2009

Better Health With Reflexology

Better Health With Reflexology: Foot, Hand Reflexology and Body Acupuncture
Penulis: Mark Silas
Terbitan: Darul Nu'man
Harga: RM15.00

This book is an essential source for the people who practice healthy life through body massage. There are many sections from this book, which inform us about the reflexology massaging from the foot which is part of human activity center, how to massage it and the best time to do it. Then it tells us about the hand massaging, how to tell illness by the color of the hands and reflexology for the whole body and its manual.

Monday, December 28, 2009

Gaza Menangis - Menelusuri Sejarah Perjuangan Palestin Dan Pembantaian Di Gaza

Gaza Menangis - Menelusuri Sejarah Perjuangan Palestin Dan Pembantaian Di Gaza
Penulis: Aris Hazlan Ismail & Riduan Mohamad Nor
Penerbit: Jundi Resources
Harga: RM20.00

Palestin adalah bumi yang menjadi rebutan agama samawi sejak zaman-berzaman. Tanahnya sering bersimbah darah merah, air mata warganya juga sudah kering untuk menangisi penderitaan dan kejerihan. Waktu terus bergulir pantas sehingga kita alpa tanah suci ini belum tertebus hutangnya, al-Quds yang dijajah, Masjid al-Aqsa yang diratah.

Buku ini menyingkap rahsia Palestin dan perjuangan membebaskan setiap inci tanah yang dijarah Yahudi Zionis. Juga merakamkan kanvas hitam pembantaian tanpa ampun Cast Lead selama 22 hari, iaitu serangan paling kejam di millenium baru ini.

Saturday, December 26, 2009

Cerminan Dekad - Potret Perjuangan Mahasiswa

Cerminan Dekad - Potret Perjuangan Mahasiswa
Penulis: Ustaz Haji Riduan Mohamad Nor
Terbitan: Jundi Resources
Harga: RM12.00

Buku ini diluncurkan ke tengah masyarakat dengan beberapa matlamat, yang pertama ialah untuk mendokumentasikan sejarah gerakan mahasiswa di negara ini dalam tempoh empat dekad sebagai tatapan kepada generasi muda dan mengilas kembali nostalgia silam bekas anak-anak kampus yang kini berada di segenap lapisan masyarakat.

Yang keduanya ialah untuk mengartikulasikan titik kekuatan dan kelemahan setiap dekad gerakan mahasiswa kerana latarbelakang politik, ekonomi dan sosial yang berbeza di setiap dekad.

Matlamat yang ketiga adalah untuk menimbulkan kesedaran kepada masyarakat kampus bahawa suara mereka adalah suara rakyat yang sangat bernilai serta mampu mencipta sejarah, contohnya gerakan nasionalisme bahasa anak-anak kampus kampus pada penghujung dekad 1960an telah memungkinkan tertubuhnya Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan pemerkasaan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan di negara ini. Tuntutan demi asakan suara kampus, di samping beberapa faktor yang lain telah menyebabkan Tunku berundur daripada kerusi panas Perdana Menteri pada tahun 1970.

Matlamat yang terakhir ialah untuk menyemarakkan dunia ilmu dan penerbitan di negara ini yang masih jauh ketinggalan berbanding dengan negara-negara lain, semoga ia mampu menyumbang sesuatu di tengah kesuraman intelektual di negara ini.

Thursday, December 24, 2009

Pengaruh Pemikiran Assyahid Sayyid Qutb Terhadap Gerakan Islam Di Malaysia

Pengaruh Pemikiran Assyahid Sayyid Qutb Terhadap Gerakan Islam Di Malaysia
Penulis: Mohamad Fauzi Zakaria
Terbitan: Jundi Resources
Harga: RM15.00

Sayyid Qutb adalah nama besar yang menggugah nurani kita apabila berbicara tentang Ikhwanul Muslimin selain Hassan Al-Banna dan tokoh-tokoh yang lain seperti Abdul Qadir Audadh, Said Hawwa, Dr Mustapha As-Sibaie, Abdul Aziz Al-Badri, Hassan Ismail Hudhaibi dan yang lainnya. Sayyid Qutb mempunyai sejarahnya yang tersendiri sebagai tokoh ideologi Ikhwanul Muslimin serta diklasifikasikan sebagai tokoh pemikir yang sukar digalang ganti oleh dunia Islam.

KANDUNGAN

- Kembara Hidup Sayyid Qutb
- Konsep Hakimiyyah Dalam Tauhid Uluhiyyah
- Galeri
- Rububiyyah Dan Ketuanan Mutlak
- Pengaruh Hakimiyyah Terhadap PAS Dan ABIM

Monday, December 21, 2009

Fenomena Riddah & Penghinaan Terhadap Nabi SAW

Fenomena Riddah & Penghinaan Terhadap Nabi SAW - Menelusuri Sejarah Dan Implikasi Hukum
Penulis: Ustaz Riduan Mohamad Nor & Ustaz Mohd Asri Mat Daud
Terbitan: Jundi Resources
Harga: RM20.00

Buku ini muncul di tengah khalayak ketika isu murtad dan gerakan swadaya pemurtadan sedang menerjah umat Islam di Malaysia yang semakin merosot indeks kelestarian aqidahnya.

Fenomena riddah sebenarnya bukanlah suatu yang baru dalam perkembangan sejarah Islam terutama menjadi rancak selepas kewafatan Nabi SAW kerana golongan yang sangsi terhadap agama menyangka Islam akan menjadi lemah dengan kewafatan Nabi, perhitungan mereka silap kerana Khalifah Abu Bakar telah menangani isu dengan tegas dan berkesan. Kemuliaan Islam dipertahankan oleh Khalifah Abu Bakar bukan sahaja dalam isu riddah tetapi menangani golongan yang enggan membayar zakat, ancaman tentera Rom di Balqa', nabi-nabi palsu yang menghina Izzah agama seperti Musailamah Al-Kazzab, Aswad Al-Ansi, Thulaihah Bin Khuwailid dan beberapa lagi nama bejat yang menerima hukuman di atas sikap mereka.

Usaha untuk memurtadkan orang Islam tidak pernah berakhir di dalam sejarah panjang umat ini, di era penjajahan kuasa Barat seperti British, Perancis, Sepanyol, Belanda, Itali, Jerman, Portugal, golongan kuffar ini sentiasa berusaha untuk memalingkan umat Islam daripada deen yang suci ini.

KANDUNGAN

1. Pendahuluan: Kewajipan Menyintai Nabi SAW
2. Keagungan Rasulullah SAW
3. Syubhat-Syubhat Ke Atas Rasulullah SAW
4. Penghinaan Terhadap Rasulullah SAW
5. Hukum Mencela Dan Menghina Rasulullah SAW
6. Kebebasan Di Dalam Islam
7. Pemahaman Boikot Atau Pemulauan Barangan
8. Peranan Umat Islam
9. Jenayah Murtad: Perbincangan Hukum Dan Isu Sekitarnya
10. Kes-Kes Murtad Di Tanah Air
11. Peranan Umat Islam
12. Meninjau Fenomena Murtad Di Indonesia
13. Kristianisasi Di Beberapa Buah Negara Umat Islam
14. Natrah; Sejarah Luka Di Hati Umat

Tuesday, December 1, 2009

Catatan Hati Nik Nur Madihah: Kesusahan Bukan Penghalang Kejayaan

Catatan Hati Nik Nur Madihah: Kesusahan Bukan Penghalang Kejayaan
Penulis: Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal
Terbitan: Hijjaz Records Publishing
Harga: RM25.90

Kesempitan hidup yang menyesakkan nafas tidak pernah sekalipun mematahkan semangatnya untuk berjaya. Malah itulah tangkal dan azimat yang menjadi bekalan untuknya mengatur langkah, mencari permata yang tak ternilai harganya - ILMU! Menyalin seluruh kamus dengan tulisan tangan sendiri kerana tak punya wang untuk membelinya.

Sering berpuasa menahan lapar dan dahaga demi untuk menjimatkan belanja. Kepada Allah dia menyandarkan harapan.

Tekad si anak bukan mainan kerana di hujungnya adalah permulaan kepada sebuah KEJAYAAN!