Showing posts with label Jundi Resources. Show all posts
Showing posts with label Jundi Resources. Show all posts

Wednesday, February 12, 2014

Sumbangan PAS Dalam Bidang Pendidikan Di Malaysia (1951-2004)


Sumbangan PAS Dalam Bidang Pendidikan Di Malaysia (1951-2004) 
Penulis: Dr. Riduan Mohamad Nor 
 Terbitan: Jundi Resources 
 Harga: RM35.00 

 Pendidikan merupakan wacana yang penting dalam membina peradaban dan ketamadunan sesebuah negara. Semenjak zaman penjajahan Barat lagi, Malaysia telah mengalami transformasi pendidikan sehangga mewajahkan negara sebagaimana yang ada pada hari ini. Latar belakang pendidikan di Malaysia begitu unik dengan kepelbagaian kaum dan agama. PAS sebagai sebuah parti politik turut menyumbang dalam perkembangan pendidikan di tanahair ini. Meskipun terdapat sorotan kajian yang menyentuh secara umum peranan PAS dalam kemajuan dan perkembangan pendidikan di Malaysia, belum ada kajian secara sistematis dan berfokus mengenainya. 

 Secara keseluruhan kajian ini telah menghasilkan satu dokumentasi sejarah yang komprehensif terhadap peranan dan sumbangan PAS dalam pertumbuhan dan perkembangan pendidikan dalam negara ini sejak ia ditubuhkan lima puluh tahun yang lalu.

Thursday, November 21, 2013

Cinta Sang Murabbi


Cinta Sang Murabbi 
 Penulis: Riduan Mohamad Nor 
 Terbitan: Jundi Resources 
 Harga: RM20.00

Jalan juang ini bukanlah opera. 
Yang memapar semua indah dan mengasyikkan. 
Luka tidak tertahan. 
Sakit meringgis membebat luka semalam. 
Dan hari ini. 
Jalan jihad ini bukan pentas bangsawan. 
Yang menyihir penonton. 
Juga mengulit duka nestapa. 
Dengan seribu dewa-dewa kayangan. 
Pengusung panji jihad ini. 
Dengan baiah terpateri. 
Berhujung syahid atau menang.

Thursday, October 31, 2013

Handbook Untuk Bakal Jenazah


Handbook Untuk Bakal Jenazah 
Penulis: D.A. Pakih Sati 
Terbitan: Jundi Resources 
Harga: RM17.00 

 Dalam kehidupan di dunia ini, kita tidak boleh memisahkan diri dari kematian dan jenazah. Selama dunia ini masih ada, maka kematian akan terus ada dan menghampiri siapapun yang telah ditetapkan ajalnya oleh Allah SWT. Buku ini hanyalah sekelumit kegelisahan penulis, melihat fenomena perbezaan yang luar biasa di kalangan masyarakat, bahkan sampai ada yang mengkafirkan. Tindakan ini tentu tidak diizinkan syariat, kerana jikalau orang tersebut tidak sesuai dengan apa yang dikatakannya, maka kekafiran itu kembali kepadanya.

Sunday, April 7, 2013

The Power Of Ummi


The Power Of Ummi 
Penulis: Misbah Em Majidy 
 Terbitan: Jundi Resources 
 Harga: RM30.00 

 Mengisahkan betapa hebat & mulia kedudukan kaum ibu dalam Islam.

Monday, April 1, 2013

Saya Pilih Berjilbab!


Saya Pilih Berjilbab! 
Penulis: Layla TM 
Terbitan: Jundi Resources 
Harga: RM15.00

Bertudunglah walau TERPAKSA... Solatlah walau TERPAKSA.. kerana kewajipan itu memang kadangkala sifatnya TERPAKSA.

Kalau hendak tunggu IKHLAS, sampai bila?

HIDAYAH perlu dicari, bukan DITUNGGU. Seperti makanan, ia perlu disuap.

Saturday, February 16, 2013

Sehingga Para Pemuda Mengerti

Sehingga Para Pemuda Mengerti
Penulis: Dr Abdullah Nasih Ulwan
Terbitan: Jundi Resources
Harga: RM18.00

Buku ini dihadirkan ke tengah medan masyarakat dengan citra untuk menyuburkan energy perjuangan anak muda dan juga mengutarakan apakah peranan mereka sebagai khalifah Allah di atas muka bumi. Pemuda adalah tembok agama, dibahu mereka ummah meletakkan harapan untuk menjulang dan membentengi agama ini. Jika anak muda diselimuti kebobrokan dan kebejatan akhlak maka agama ini akan kehilangan pembenteng yang akan berdada dengan musuh. Nabi SAW sangat menjaga dan memberikan perhatian kepada kelompok anak muda, sejak daripada zaman awal dakwah sehinggalah sebelum Baginda SAW menutup mata. Anak muda didakap erat direlung hati baginda, anak muda dihantar menjadi barisan hadapan medan tempur, bahkan sang pencerah yang dihantar untuk menyebarkan ilmu-ilmu Islam.

Thursday, December 27, 2012

Mantapkan Hati Meminang Bidadari

Mantapkan Hati Meminang Bidadari
Penulis: Burhan Sodiq
Terbitan: Jundi Resources
Harga: RM15.00
 
 Apakah selama ini anda merasa untuk melamarnya? Padahal segala kriteria pendamping hidup sudah ada pada dirinya, tetapi entah mengapa, lidah anda kelu dan mulut sukar melafazkan kata lamaran yang selama ini dia nantikan.

Kalau jawabnya ya, maka anda benar-benar memerlukan buku ini. Dengannya anda didorong, dimotivasi, terutama soal bagaimana mahu menguatkan keinginan, tekad dan semangat untuk melamarnya dan seterusnya menjadikannya sebagai yang teristimewa dalam kehidupan anda.

Thursday, December 13, 2012

Gua Ikut Enta

Gua Ikut Enta
Penulis: Riduan Mohamad Nor
Terbitan: Jundi Resources
Harga: RM20.00
 
"Perintah dunia kita, jika orang Jepun masuk Islam. Sifat-sifat terpuji Islam direngkuh oleh mereka,” ujar aku perlahan. Teman pemandu bercerita tentang kehidupan rakyat Malaysia di Negara itu. Budaya persaingan, juga sisi hitam putih rakyat Jepun. Ada wilayah hitam yang tidak diterobos oleh media.

Engkau tahu kawan tentang dunia gelap Yakuza? Manusia berdarah dingin yang siap membunuh dengan punting rokok yang tidak terlepas di bibir. Juga geisha yang menggiurkan pesona seorang lelaki. Juga kisah manusia yang dengan mudah menjunamkan diri dari bangunan pencakar langit dengan masalah yang remeh temeh. Bumi Sakura paling ramai bilangan yang membunuh diri. Islam perlu disampaikan kepada mereka.

Monday, September 17, 2012

Ya Allah, Jauhkan Aku Dari Zina

Ya Allah, Jauhkan Aku Dari Zina
Penulis: Burhan Sodiq
Terbitan: Jundi Resources
Harga: RM16.00

Monday, September 10, 2012

Mesir: Sebelum Dan Selepas Dr Mursi

Mesir: Sebelum Dan Selepas Dr Mursi
Penulis: Riduan Mohamad Nor; M. Abd. Malik Abd. Karim
Terbitan: Jundi Resources
Harga: RM25.00

Tuesday, August 21, 2012

Siapakah Thaghut?

Siapakah Thaghut?
Penulis: Dr Hamdan Muhammad
Terbitan: Jundi Resources
Harga: RM18.00 
 
Buku ini adalah edisi pembaikan daripada versi asal yang telah diterbitkan pada tahun 1984. Memandangkan kandungannya yang sentiasa relevan sepanjang zaman maka pihak kami merasakan amat sesuai buku ini diterbitkan semula terutama untuk tatapan generasi muda yang kehausan buku dakwah dan fikrah.

Thursday, August 16, 2012

Travelog Luka Air Mata Syria

 Travelog Luka Air Mata Syria
Penulis: Riduan Mohamad Nor, M. Abdul Malik Abdul Karim, Ahmad Ulwan Hassim
Terbitan: Jundi Resources
Harga: RM20.00

Buku ini mendedahkan secebis daripada lautan pahit maung kehidupan rakyat Syria di bawah pemerintahan keluarga Assad melalui peristiwa berdarah dan penyembelihan beramai-ramai.

Tuesday, May 29, 2012

Hikmah Yang Mengalir Daripada Sang Murabbi

Hikmah Yang Mengalir Daripada Sang Murabbi
Penulis: Ustaz Nik Mohamad Abduh & Ustaz Riduan Mohamad Nor
Terbitan: Jundi Resources
Harga: RM22.00

Melirik Langit Kota, Sketsa Travelog Bersih 3.0

Melirik Langit Kota, Sketsa Travelog Bersih 3.0
Editor: Ustaz Riduan Mohamad Nor
Terbitan: Jundi Resources
Harga: RM20.00

Monday, May 14, 2012

Kebangkitan Gerakan Islam Dalam Fenomena Arab Spring

Kebangkitan Gerakan Islam Dalam Fenomena Arab Spring
Penulis: Haris Zalkapli
Penerbit: Jundi Resources
Harga: RM20.00

Arab Spring telah mengubah dunia Arab, juga Afrika Utara dengan tumbangnya satu persatu regim tirani yang memerintah puluhan dekad umat Islam di kaki anak muda pemberani. Perubahan politik yang meruak pintu ruang demokratik akhirnya memberikan impak yang besar terhadap gerakan Islam yang menjadi tenaga penggerak seruan pembebasan. Gerakan Islam amat penting mewarnai sejarah Islam abad moden dan daripada beberapa sudut, dapat dilihat sebagai sebahagian daripada pusingan gerakan kebangkitan yang berulang dalam sejarah dunia. 

Tunisia memulakan wisel, larian pantas di medan Tahrir Kaherah, melaju ke Libya, terus menerjah gawang Syria. Sorakan hangat di Bahrain, Yaman, Algeria juga tangisan kegembiraan di Gaza yang menunggu saat kepungan akan terbarai dengan kebangkitan Arab yang melanda Asia Barat. Dunia sedang memerhati dengan penuh debaran, bagaimanakah rantau konflik ini selepas pintu demokrasi dibuka, berdayakah gerakan Islam atau hanya menjadi pemain simpanan untuk panggung politik yang semakin meriah. 

Buku ini cuba merencahi gambaran dan cabaran rantau itu dan gerakan Islam sebagai pemainnya. Buku ini akan membedah dan mengartikulasi perjalanan serta caaran gerakan Islam di rantau Asia Barat dan Afrika Utara selepas meranumnya cuaca demokrasi di rantau berdarah itu. Persoalannya, mampukah Islam dipraktiskan dan menjadi rujukan utama dalam polisi awam?

Monday, March 5, 2012

Naskah Cinta Buat Nusaibah

Naskah Cinta Buat Nusaibah
Penulis: Riduan Mohamad Nor
Terbitan: Jundi Resources
Harga: RM20.00

"ANA JUMPA DENGAN ISMAIL HANIYYAH SHEIKH"

kata Norazli membusung bangga. Dia cuba memancing ego saya. "Shiekh Ismail suka kat ana.. shiekh..." pancing lelaki berserban dan berjanggut itu lagi dan akhirnya saya dalam hidup ini merasakan Ustaz Toliban telah memintas sya dengan jarak sejauh Ipoh-Kuala Lumpur.Seolah dia telah berdesut di aspal dengan Toyota Harrier dan saya bergerak malas dengan menunggang keldai.Semuanya tentang sosok besar HAMAS itu sangat mengagumkan, seolah-olah dia kesatria tersohor selepas Sheikh Ahmad Yasin dan Dr Abdul Aziz Rantisi.Saya tidak berkesempatan dalam kunjungan kali pertama dahulu kerana segalanya cemas dan tergopoh-gapah. Jet Israel mengintai-ngintai di celah langit biru, hauskan dan laparkan kematian.

Siapa lelaki dengan wajah yg karismatik, bergurat jernih yg menjadi sebutan dunia itu? Tokoh ini dengan nama sebenar ismail Abdul Salam Ahmed Haniyyah Abu al-'Abd, adalah anak kelahiran Palestin. Dia lahir pada tahun 1962, 14 thn selepas peristiwa Nakbah, di perkhemahan tepi panati suaka politik Palestin. Walau bagaimanapun kedua-dua orang tuanya berasal dari abndar Asqalan. Dia membesar dlm kepayahan kaum pengungsi dan inilah jawpannya mengapa Ismail begitu akrab dengan masyrakat jembel.

"IInsya-Allah kita akan solat berjemaah suatu hari nanti di Masjidil Aqsa," tukas Shiekh Ismail Haniyyah kpd saya dan kata itu meraung-raung di gegendang telinga ini buat selamanya.. Umat sekarang bagi yang belum bermula dan tingkatkan usaha bagi yg sedang bergerak. Insya-Allah Palestin akan Merdeka

Ustaz Azhar Idrus, Daie Sejuta Ummat

Ustaz Azhar Idrus, Daie Sejuta Ummat
Penulis: Riduan Mohamad Nor
Terbitan: Jundi Resources
Harga: RM18.00

Isi Kandungan

1. Tokoh agama dan lingkaran fenomena
2. Ustaz Azhar Idrus, Daie Sejuta Ummat
3. Kejora yang menyinari Langit Malam
4. Bagaimana Ustaz Azhar Idrus bermula
5. Aura dan magnet Ustaz Azhar Idrus
6. Kerikil-kerikil di Jalan Dakwah
7. Man Jadda Wajada
8. Menjawab fitnah yang cuba memalitkan aib
9. Sham Kamikaze: “Ustaz Azhar dan Anak Muda”
10. Anda Bertanya, Ustaz Azhar Idrus Menjawab

Tuesday, February 7, 2012

At Tibyan Dalam Mentafsirkan Al-Qur'an; Surah As Saff

At Tibyan Dalam Mentafsirkan Al-Qur'an; Surah As Saff
Penulis: Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang
Terbitan: Jundi Resources
Harga: RM10.00

Tuan Guru selain memimpin harakatul dakwah terbesar di negara ini, dengan segunung hambatan masa, berkejaran mengisi program, di sela-sela kesibukan itu juga sentiasa berbakti di ladang ilmu dengan berkhutbah, berkuliah, membentangkan kertas kerja, menyampaikan tazkirah dan pelbagai program berorientasikan ilmu. Gabungan di antara ilmu dan segudang pengalaman di medan amal islami, maka terbitlah karya ini bagi menambah koleksi maklumat dan suluhan ilmu kepada masyarakat Islam di negara ini.

Kitab tafsir ini mengandungi mutiara yg berharga sebagai bekalan di jalan dakwah, menjelaskan kapada kita tentang kewajipan amal jamaie sebagai jalan untuk meninggi dan memperkasakan agama islam. kitab ini juga menjelaskan tentang generasi al-quran dan para rasul yg dihadapkan dengan pertembungan iman dan kufur, hak dan batil. Islam yg diserukan mendapat hambatan dan kekangan namun perjuangan ini terus mendapat dokongan pencinta kebenaran. islam tidak mampu disirnakan oleh musuh Allah SWT walaupun pelbagai modus operandi yg mereka melakukan, cahaya Islam terus menerangi buana ini , menerjah kuping telinga manusia.

Terima kasih kepada semua warga kerja JUNDI yg sentiasa mendokong kerja penerbitan yg melelahkan ini, tidak lupa juga kepada pengarang kitab ini yg memberikan peluang kepada kami. Penerbit mengucapkan jutaan penghargaan kepda para pembaca yg sentiasa menunggu buku-buku terbitan kami, memberikan komentar yg menyalakan api semangat untuk kami terus menyuburi ladang dakwah yg luasnya tidak bertepi. Kami tidak pernah menutup hati dan telinga untuk menerima teguran daripada khayalak yg tulus untuk melihat pembaikan dalam buku-buku yang kami terbitkan. Selamat membaca kami ucapkan.

Friday, March 18, 2011

Menerjang Badai: 60 Tahun Mempersada Perjuangan

Menerjang Badai: 60 Tahun Mempersada Perjuangan
Penulis: Ustaz Riduan Mohamad Nor
Penerbit: Jundi Resources
Harga: RM20.00

Buku ini diluncurkan untuk merancakkan medan perbincangan yang sihat, menyegarkan budaya intelektual, berdebat dengan sumur akal yang jernih yang jauh dari sentimen melulu dan emosi yang meledak. Saya percayai alaf baru ini adalah milenium yang baru yang maklumat tidak lagi boleh disembunyikan di dalam 'tempayan emas', langit terbuka telah memuntahkan jutaan maklumat di hujung jari. Generasi 'Y' yang melatari fenomena dunia langit terbuka ini sudah tidak mampu untuk disuap dengan maklumat yang bersifat sehala. Kelompok ini mesti dimenangi oleh gerakan Islam dengan maklumat yang telus tetapi beradab, mereka tidak boleh dibiarkan meraba-raba dan membuat telahan tentang cermin perjalanan gerakan Islam.

Wednesday, February 2, 2011

Palestin: Daripada Perampas Jalanan Kepada Peta Jalanan

Palestin: Daripada Perampas Jalanan Kepada Peta Jalanan
Penulis: Ustaz Abdul Hadi Awang
Terbitan: Jundi Resources
Harga: RM15.00

Buku ini membicarakan persoalan penting di alaf baru ini, persoalan Palestin yang sekian lama bumi Isra’ yang dijarah oleh Yahudi bangsa terlaknat. Isu Palestin yang sentiasa bersimbah darah, penghuni Gaza yang dibantai dengan sadis oleh regim Zionis dan sekutunya. Buku ini mengheret kita untuk merasa tersentuh dengan peranan dan tanggungjawab sebagai muslim terhadap bumi Isra’ (Palestin), serta menguak kembali pintu sejarah susur galur bumi Palestin sehingga terbentuknya negara haram Israel semenjak 15 Mei tahun 1948.