Wednesday, April 26, 2017

Indahnya Islam: Sumber Penyelesaian Segala Masalah


Indahnya Islam: Sumber Penyelesaian Segala Masalah 
 Penulis: Dr. Yusuf al-Qardhawi 
 Terbitan: Syabab Publishing 
 Harga: RM25.00 

 Suatu yang tidak boleh lari daripada diperbincangkan di dalam buku ini ialah tentang “Ciri-ciri keistimewaan penyelesaian Islam”. Sebenarnya ciri-ciri keistimewaan ini hanyalah merupakan ciri-ciri keistimewaan sistem islam, dengan ungkapan lain ia hanyalah “Ciri-ciri keistimewaan Islam” itu sendiri. Aku tidak mengatakan diri aku sempurna dan tidak juga mendakwa diri aku terselamat daripada melakukan kesilapan. Segala yang benar adalah kerana taufik daripada Allah dan jika ada kesilapan adalah datangnya daripada syaitan, aku memohon ampun daripada Allah dan aku meminta daripada saudara-saudara pembaca dapat membetulkan aku pada kesilapan itu.

Wednesday, April 12, 2017

20 Sen Untuk Ke Syurga


20 Sen Untuk Ke Syurga 
 Penulis: Ustaz Elyas Ismail 
 Terbitan: Karya Bestari 
 Harga: RM24.00 

 Buku ini menyentuh perkara-perkara yang kadang-kadang kita tak sedar pun kita buat. Lebih teruk lagi kalau kita sedar dan tahu, tapi sengaja buat. Dah namanya pun manusia. Tapi ini bukan alasan untuk terus ‘mengumpul harta’ yang tidak baik itu ya. Kita carilah pahala, walaupun dari sekecil-kecil tindakan kita. Contoh? Kalau dalam poket kita ada RM50.20, mana yang kita bagi? Kita kata kita bagi 20 sen. Kalau kita bagi 20 sen, yang masih tinggal RM50. Agaknyalah mana satu milik kita? RM50 yang masih tinggal atau 20 sen yang diberi itu? 20 sen. Ingat, kita adalah apa yang kita beri. Bukan apa yang kita miliki. Inilah pahala buat kita. Kita buang ‘harta yang tidak baik’ itu, gantikan dengan yang baik-baik sahaja. Okey?

Tuesday, April 11, 2017

Perkembangan dan Pemurnian Tasawuf; Dari Masa Nabi Muhammad Saw hingga Sufi-sufi Besar


Perkembangan dan Pemurnian Tasawuf; Dari Masa Nabi Muhammad Saw hingga Sufi-sufi Besar 
Penulis: Prof. Hamka 
 Terbitan: Republika 
 Harga: RM50.00

Monday, April 10, 2017

Back to Tarbiyah


Back to Tarbiyah 
 Penulis: Solikhin Abu Izzuddin 
 Terbitan: Pro-U Media 
 Harga: RM36.00

Saturday, April 8, 2017

Riyadhus Shalihin


Riyadhus Shalihin 
 Syarah: Syaikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin 
Takhrij: Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani 
Tahqiq: Musthafa Muhammad Abu Al-Ma'athi 
 Terbitan: Insan Kamil 
 Harga: RM90.00

Monday, April 3, 2017

Terus Berjuang - Islam Pasti Menang


Terus Berjuang - Islam Pasti Menang 
Penulis: Dr. Yusuf al-Qardhawi 
Terbitan: Syabab Publishing 
Harga: RM15.00 

 Punca bagi perasaan yang negatif ialah serangan yang bertubi-tubi yang dihalakan oleh musuh-musuh Islam dengan cara yang amat keji dan penuh dengan tipu daya terhadap kebangkitan Islam dan Gerakan Islam. Serangan itu bermatlamat untuk memadamkan cahaya Islam, menghentikan gerakannya dan mematikan kebangkitannya. Di dalam usaha tersebut, musuh-musuh Islam telah meminta bantuan sebahagian pemimpin umat Islam yang telah mereka takutkan dengan Kebangkitan Islam, lalu mereka diperintahkan untuk menghentam Gerakan Dakwah. Amat menyedihkan kerana para pemerintah ini menyahut seruan musuh-musuh Islam. Ini disebabkan mereka bimbang kemenangan Islam akan menghalang mereka daripada melampiaskan nafsu syahwat mereka, menanggalkan mereka daripada hasil-hasil mereka yang diharamkan serta menjadikan rakyat berani untuk menghakimi kesilapan yang telah mereka lakukan. Setiap pendakwah Islam wajib menyakini Allah, membawakan berita gembira tentang masa depan risalah yang terakhir dan dakwah yang abadi. Di samping itu, menolak rasa putus asa yang merupakan salah satu sifat kekufuran, juga menolak rasa lesu yang merupakan salah satu petanda kesesatan.