Thursday, October 31, 2013

Handbook Untuk Bakal Jenazah


Handbook Untuk Bakal Jenazah 
Penulis: D.A. Pakih Sati 
Terbitan: Jundi Resources 
Harga: RM17.00 

 Dalam kehidupan di dunia ini, kita tidak boleh memisahkan diri dari kematian dan jenazah. Selama dunia ini masih ada, maka kematian akan terus ada dan menghampiri siapapun yang telah ditetapkan ajalnya oleh Allah SWT. Buku ini hanyalah sekelumit kegelisahan penulis, melihat fenomena perbezaan yang luar biasa di kalangan masyarakat, bahkan sampai ada yang mengkafirkan. Tindakan ini tentu tidak diizinkan syariat, kerana jikalau orang tersebut tidak sesuai dengan apa yang dikatakannya, maka kekafiran itu kembali kepadanya.

Wednesday, October 30, 2013

Anakku Seorang Hafiz


Anakku Seorang Hafiz 
 Penulis: Mohd Solleh Abd Razak 
 Terbitan: Telaga Biru 
 Harga: RM20.00 

 Bagaimanakah cara memotivasikan anak untuk menghafaz al-Quran? Bagaimanakah untuk merancang? Apakah formula dan kaedah yang sesuai untuk anak-anak menghafaz al-Quran? Bagaimanakah cara berhadapan dengan permasalahan anak ketika menghafaz al-Quran? Setiap persoalan ini diperjelaskan dalam buku “Anakku Seorang Hafiz” ini agar dapat membantu dan menyuluh jalan dalam mendidik dan mentarbiah, seterusnya merealisasikan impian kita untuk melihat anak kita berjaya menghafaz al-Quran. 

Buku “ANAKKU SEORANG HAFIZ” ini sesuai untuk dijadikan salah satu bahan panduan dalam mendidik anak-anak kita menghafaz al-Quran sama ada di rumah atau di sekolah. Panduan yang dibariskan oleh penulis begitu jelas mampu membantu dan memudahkan usaha yang murni ini. Panduan yang dibentangkan juga, bukan sekadar melalui pengalaman sahaja, malah dikuatkan oleh pengalaman-pengalaman para ulama dan diteguhkan lagi oleh fakta serta formula yang diyakini kemampuannya.

Aura Personaliti Warna


Aura Personaliti Warna 
 Penulis: Mir Hazil Azran Ramli 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM19.50 

 Tahukah anda setiap orang mempunyai auranya tersendiri? 
Tahukah anda aura ini mempunyai warnanya tertentu? 
Tahukah anda warna-warna ini mempunyai kaitan dengan personaliti kita?

Kuasa Kepimpinan 4E


Kuasa Kepimpinan 4E 
 Penulis: Jeffrey A. Krames 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM20.00 

 Jack Welch hanya mengambil pekerja yang hebat untuk bekerja bersama-sama beliau. Dengan kepimpinan beliau, Jack Welch dan pasukannya yang mantap mampu mengubah syarikat General Electric (GE) daripada sebuah syarikat yang sedang merudum teruk menjadi syarikat yang terbaik di dunia. 

 Model Kepimpinan 4E sangat berpengaruh. Model ini mencetuskan kontroversi dan menerima tentangan pada peringkat awal pelaksanaan. Jack Welch memecat ramai pengurus yang berfikiran sempit dan menggantikan mereka dengan individu yang bersedia membaca kehendak pelanggan dan pasaran. Beliau juga menjual lebih 100 bisnes yang tidak sejajar dengan visi GE dan memberhentikan lebih 100,000 orang pekerja. Tiga tahun selepas penyusunan semula yang menyakitkan ini, GE berubah sepenuhnya menjadi syarikat yang hebat. 

 Model ini digunakan oleh Jack Welch bagi memilih dan melatih pekerjanya menjadi aset terbaik dalam syarikat. Model ini terbukti berkesan dapat menjimatkan kos, menguntungkan syarikat, dan melahirkan pekerja serta pemimpin hebat.

Sunday, October 27, 2013

Mutiara Al-Quran


Mutiara Al-Quran 
 Penulis: Khairi Ismail 
 Terbitan: Mustread 
 Harga: RM16.90 

Hakikatnya, buku ini cenderung kepada pengkajian dan pendedahan tentang kelebihan al-Quran dari sudut pandang ilmu bahasa Arab. Sehubungan itu, diharapkan semoga hasil penulisan ini mampu menanamkan kembali rasa cinta kita kepada bahasa syurga dan bahasa kekasih kita Nabi Muhammad SAW, iaitu bahasa Arab yang mulia.

Menjejak Cinta Allah dan Rasul


Menjejak Cinta Allah dan Rasul 
 Penulis: Anis Humaira 
 Terbitan: Mustread 
 Harga: RM18.00 

 “MENJEJAK CINTA ALLAH DAN RASULULLAH dibawa dengan olahan yang sederhana dan santai. Buku ini adalah sebuah renungan sederhana dalam mengintrospeksi diri. Konsep penulisan yang bercorak motivasi dengan mengetengahkan kisah-kisah inspirasi dan refleksi berserta pengajaran dalam mengintrospeksi diri. 

 “MENJEJAK CINTA ALLAH DAN RASULULLAH” juga tidak lupa menyelitkan puisi dan kata-kata hikmah dan motivasi untuk membawa pembaca mencerminkan kembali sebuah perjalanan musafir yang selama ini dilalui sama ada telah berjaya dari tiga sisi utama. yang disentuh meliputi introspeksi sang hamba terhadap pencipta, kekasih-Nya dan suri teladan sahabat Nabi serta terhadap hubungan sesama manusia.

7 Golongan Dinaungi Arasy


7 Golongan Dinaungi Arasy 
 Penulis: Ustaz Mohd Kamel Mat Salleh, Ustaz Mohd Hariri 
 Terbitan: Mustread 
 Harga: RM18.00 

 7 Golongan Dinaungi Arasy 
 Yang Adil 
 Yang Tekun Beribadah 
 Yang Terpaut kepada Masjid 
 Yang Bersahabat kerana Allah SWT 
 Yang Berzikir Penuh Keinsafan 
 Yang Takut Melakukan Maksiat 
 Yang Bersedekah dengan Ikhlas

Thursday, October 10, 2013

Kitab Ilmu Perubatan Kesufian


Kitab Ilmu Perubatan Kesufian 
Penulis: Sheikh Hakim Moinuddin Chisti 
 Terbitan: Thinker’s Library 
 Harga: RM18.00 

 Rawatan Sufi adalah berdasarkan ajaran yang berhubungkait dengan kesihatan dan kesucian hati. Para kaum sufi seperti juga kaum muslimin yang lain mereka sentiasa melibatkan serta berinteraksi dengan masyarakat umum, dan sangat prihatin tentang kesihatan fizik mahupun spiritual umat Nabi Muhammad S.A.W. 

 Kaum sufi berpegang bahawa tiada penyakit yang tidak boleh diubati kecuali mati. Dengan itu, apa jua penyakit terlebih dahulu hendaklah dikesan punca datangnya penyakit itu. Dari sudut ini antara banyak perkara yang diberi tumpuan ialah amalan diet yang disarankan oleh Rasulullah S.A.W. seperti kaedah penyediaan herba, rawatan menggunakan minyak, berpuasam berdoa dan sebagainya. 

 Pengarang buku ini telah berhasil menyusun buku ini berdasarkan ayat-ayat Al-Quran dan kitab-kitab rawatan yang lain. Beliau telah mengarang banyak buku mengenai berbagai aspek perubatan. Beliau adalah bekas pakar penyelidik Fulbright Foundation yang berpusat di Amerika Syarikat. Dengan kepakaran yang sedia ada, beliau diberi latihan oleh Syeikh-ul Islam Nikmatullah Sha'rani Pengarah Syariah di Afghanistan juga oleh Pir Syed Daud Iqbali, seorang anggota Persatuan Perubatan Islam yang terkenal.