Showing posts with label Alam Ghaib. Show all posts
Showing posts with label Alam Ghaib. Show all posts

Saturday, July 1, 2017

Inikah Almahdi Yang Dijanjikan?


Inikah Almahdi Yang Dijanjikan? 
 Penulis: Abu Ammar & Abu Fatiah Al-Adnani 
 Terbitan: Granada Mediatama 
 Harga: RM135.00

Monday, October 10, 2016

Mauizhah Hasanah: Malam Pertama Di Barzakh


Mauizhah Hasanah: Malam Pertama Di Barzakh 
 Penulis: Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani 
 Terbitan: Galeri Ilmu 
 Harga: RM28.00 

 Pengakhiran bagi setiap kehidupan adalah kematian. Kematian yang Husnul Khatimah menjadi idaman setiap orang beriman. Pun begitu, hakikat akhir kehidupan tidak terhenti di situ. Liku-liku perjalanan yang bakal kita tempuhi setelah itu adalah lebih mencabar dan masih panjang. 

 Buku ini membicarakan tentang kehidupan selepas kematian yang jarang manusia mahu mengambil tahu tentangnya. Sedangkan alam barzakh itu, seandainya manusia tahu realitinya yang sebenar, pasti dia akan mengabaikan dunianya. Malah menumpukan seluruh hayat untuk mempersiapkan bekalan menghadapi alam barzakh. Membacanya bukan untuk menambah takut, tetapi menambah ilmu dan takwa supaya giat menyiapkan bekalan kerana kita semua pasti akan menghadapi malam pertama di barzakh.

Tuesday, August 16, 2016

RUQYAH - Buku Rujukan Utama di Timur Tengah Seputar Jin


RUQYAH - Buku Rujukan Utama di Timur Tengah Seputar Jin 
 Penulis: Wahid Abdussalam Bali 
 Terbitan: Aqwam 
 Harga: RM50.00 

- Mengenal selok belok jin
- Tanda-tanda gangguan jin, baik fizik mahupun pskis
- Mencegah dan mengubati gangguan jin, sesuai syariat Islam

Monday, April 4, 2016

Soal Jawab Pak Engku: Membongkar Misteri Alam Jin


Soal Jawab Pak Engku: Membongkar Misteri Alam Jin 
 Penulis: Prof. Dato' Dr. Hj Engku Ansaruddin Agus, Zuryati Isa 
 Terbitan: HR Publishing 
 Harga: RM25.90 

 Dunia mereka wujud dan mereka itu wujud. Pasti. Dalam Al-Quran sendiri Allah s.w.t. ada menyebut mengenai kewujudan mereka. Para malaikat taat beribadah dan mematuhi apa saja perintah Allah. Golongan jin turut diberi petunjuk dan panduan seperti manusia. Manakala iblis yang angkuh dan syaitan yang dilaknat pula akan sentiasa mencari jalan bagi mengheret manusia agar kekal berada di dalam neraka bersama-samanya. Sebagai manusia, kita terlalu sering terpedaya dan tidak mengambil tahu mengenai mereka. Akibatnya, kita hanya memikirkan mereka sebagai makhluk yang seram. Padahal mereka lebih jahat dan laknat daripada itu. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, syaitan akan mudah mengganggu manusia yang lemah mental, lemah fizikal dan lemah imannya. Jadi, jangan ambil mudah. Buku soal jawab ringkas ini adalah permulaan kepada siri-siri soal jawab lain mengenai gangguan-gangguan mereka. Hanya satu saja cara melindungi diri kita daripada mereka - TAUHID PRAKTIKAL.

Sunday, May 31, 2015

Dajjal Di Segitiga Bermuda


Dajjal Di Segitiga Bermuda 
 Penulis: Muhamad Isa Dawud 
 Terbitan: Hijjaz Records Publishing 
 Harga: RM25.90 

 Segala-galanya bermula ketika penulis bertemu seorang individu berketurunan Yahudi yang mengaku telah membunuh Cherep Spiridovich, seorang gabenor berketurunan Skandinavia. Pembunuhan itu terjadi kerana Cherep telah menulis 2 buah buku terkenal berjudul The Hidden Hand dan The Secret World Government. Kedua-dua buku itu mengaitkan Dajjal (Messiah bagi orang Yahudi) dengan Segitiga Bermuda dan Misteri Piring Terbang. 

 Sejak itu, Muhammad Isa Dawud menjalankan pelbagai kajian, temubual dan pergi ke lokasi tertentu bagi mendapatkan bahan dan mengesahkan fakta-fakta yang diperolehinya. Buku dengan tajuk asal Ihdzaru Al-Masih Ad-Dajjal Yaghzu Al-’Alam Min Mutsallats Barmuda ini menjadi terkenal di seluruh dunia dan telah diterjemah ke dalam beberapa bahasa. 

 Buku ini mengemukakan secara terperinci mengenai hubungan Dajjal dengan Segitiga Bermuda dan Piring Terbang. Ia juga membongkar pelbagai strategi dan fitnah yang digunakan oleh Dajjal dan kuncu-kuncunya bagi menakluki dunia. Dajjal Muncul Dari Segitiga Bermuda bukan buku bacaan santai yang sekadar dibaca bagi mendapatkan pengetahuan am tentang Dajjal. Sebaliknya, buku ini harus dijadikan persediaan dalam menghadapi zaman-zaman kegelapan menjelang kemunculannya. 

Semoga Allah terus memelihara semua Muslim agar kekal dalam hidayah dan tali iman sekaligus menyelamatkan kita daripada fitnah besar yang amat dahsyat ini.

Thursday, December 4, 2014

Mimpi Bertemu Nabi


Mimpi Bertemu Nabi 
 Penulis: Juman Rofarif 
 Terbitan: Penerbit Zaman 
 Harga: RM28.00 

 Bertemu Nabi dalam mimpi merupakan kepenasaran, harapan, dan kebahagiaan besar bagi kebanyakan kaum muslim. Ada yang menjadikannya sebagai titik balik kehidupan, bahkan menganggapnya sebagai ukuran derajat spiritual. Namun, jika ada orang yang mengaku mimpi bertemu Nabi, Ibnu Abbas dan Ibn Sirin akan meminta orang itu menjelaskan ciri-ciri sosok tersebut. Jika tidak sesuai dengan ciri-ciri Nabi, dua orang dari generasi sahabat dan tabiin itu akan mengatakan, “Kau tidak melihat Rasulullah.” Itu hanya mimpi biasa dan sosok tersebut bukan siapa-siapa. 

 Mengapa Ibnu Abbas dan Ibn Sirin bersikap demikian? Apakah mereka tidak membenarkan pernyataan Nabi sendiri yang menyatakan bahwa orang yang melihatnya dalam mimpi sesungguhnya benar-benar melihat sosok Nabi? 

Buku ini juga memaparkan sisi-sisi manusiawi Nabi Muhammad—yang menyuburkan kerinduan kita kepada sang Junjungan: Pada kejadian apa Nabi menangis? Apa yang Nabi lakukan untuk menghalau kesedihan? Doa seperti apakah yang Nabi panjatkan untuk menepis kegalauan? Nabi pernah dua kali keliru hingga dua kali pula ditegur Allah. Kekeliruan apakah itu? Ada tiga dimensi dalam Islam yang dalam hadis Nabi disebut secara urut: iman, islam, ihsan. Apa makna pengurutan itu? 

 Kisah-kisah sarat hikmah tentang para sahabat Nabi dan orang-orang saleh melengkapi karya berharga ini.

Thursday, November 27, 2014

Kiamat Semakin Hampir


Kiamat Semakin Hampir 
 Penulis: Ustaz Sharhan Safie; Hj. Muhammad Nasir 
 Terbitan: Pustaka Al-Ehsan 
 Harga: RM49.00 

 Kitab An-Nihayah Fil Fitan Wa Malahin karya Ibnu Katsir ini di ketagorikansebagai kitab lama yang paling baik dalam mengulas permasalahan tanda-tanda hari kiamat dan berbagai fitnah. Kebanyakan manusia berpaling dari kehidupan akhirat kepada kehidupan dunia, melupakan tugas-tugas mereka yang sebenarnya, serta melupakan tujuan akhir hidup mereka. Selain itu, mereka lupa akan kematian dan kehidupan selepasnya. 

 Mereka juga belum mempersiapkan sesuatu sebagai bekalan untuk menghadapi hari itu(kiamat). Janganlah kita lalai dan leka sehingga terpedaya dengan kehidupan duniawi sahaja sehingga datangnya saat kematian. Setelah kematian kesemua kebenaran yang selama ini dilupakan atau berpura-pura lupa akan dihitungkan kesemuanya. Mereka akan menyesal di mana pada saat itu sudah tidak ada gunanya lagi sesuatu penyesalan.

Tuesday, October 28, 2014

Izrail a.s. Malaikat Maut: Pemisah Kelazatan Dunia


Izrail a.s. Malaikat Maut: Pemisah Kelazatan Dunia 
 Penulis: Mansur Abdul Hakim 
 Terbitan: Karya Bestari 
 Harga: RM19.90 

 Izrail adalah malaikat yang ditugaskan oleh ALLAH SWT untuk mencabut nyawa setiap makhluk yang hidup. Kematian yang pastinya tidak ditangguh atau dipecepat akan dirasai apabila ajal menjelma. Sejauh mana kita bersedia untuk menghadapi malaikat maut ini? 

 Buku ini akan merungkaikan segala persoalan berkenaan malaikat pencabut nyawa dan peristiwa kematian bersumberkan Al-Quran dan hadith Nabi SAW. Di samping menceritakan mengenai kisah-kisah para nabi, orang-orang soleh dan para sahabat menjelang kematian mereka. 

 Sebagai pegetahuan tambahan, naskhah ini juga menerangkan dalam perspektif Taurat, Injil dan Syi'ah Imamiyyah mengenai kematian dan sakaratul maut. Ia sebagai satu bentuk ilmu perbandingan (komparatif) terhadap perbezaan pendapat, kepercayaan dan agama.

Saturday, October 4, 2014

Rahsia Kematian, Alam Akhirat dan Kiamat


Rahsia Kematian, Alam Akhirat dan Kiamat 
 Penulis: Imam Al-Qurtubi 
 Terbitan: Al-Hidayah 
 Harga: RM98.00 

 Setiap yang bernyawa pasti akan menemui ajalnya. Kematian adalah jalan menuju negeri akhirat yang kekal abadi. Dunia ini hanya sementara, oleh itu jangan terpedaya dengan nikmatnya yang fana. Imam Al-Qurtubi dalam kitabnya yang berjudul "RAHSIA KEMATIAN, ALAM AKHIRAT DAN KIAMAT" telah menjelaskan kepada kita tentang hal-ehwal yang berkaitan dengan kematian, bermula dari hakikat kehidupan, hakikat kematian, bagaimanakah keadaan orang yang mati, pengurusan jenazah, adab-adab semasa di tanah perkuburan, azab dan kenikmatan di alam kubur atau alam barzakh, padang mahsyar, al-mizan, as-sirat, syurga, neraka dan seterusnya. 

Kupasan yang padat dikemukakan oleh Imam al-Qurtubi begitu mendalam diperkuatkan lagi dengan dalil-dalil Al-Quran dan hadis serta pendapat-pendapat ulama muktabar. Segala pencerahan serta panduan yang terkandung dalam kitab ini wajar dihayati oleh setiap umat Islam sebagai persediaan dalam selok-belok pengurusan jenazah serta sebagai persediaan menghadapi kematian. Semoga usaha kecil kami menerbitkan buku yang amat bermakna ini mendapat memberi manfaat buat umat Islam demi meraih keredaan Allah S.W.T. serta mencapai kebahagiaan yang kekal abadi di akhirat nanti.

Wednesday, February 12, 2014

Ar-Ruh: Hidup Selepas Mati


Ar-Ruh: Hidup Selepas Mati 
 Penulis: Ibnu Qayyim al-Jauziah 
 Terbitan: Kemilau Publika 
 Harga: RM28.00 

 Buku ini membahaskan mengenai hukum-hukum dan ciri-ciri roh, membincangkan berbagai-bagai pertanyaan dan persoalan serta mengemukakan pelbagai pendapat dalam setiap persoalan. Juga turut dikemukan pandangan bagi menguatkan atau mengukuhkan lagi sesuatu pendapat (tarjih) atau menganggap sesuatu pendapat (an-naqs) itu lemah bersandarkan pada manhaj salafnya yang terkenal dalam mengemukakan dalil-dalil daripada al-Quran mahupun as-Sunnah. 

 Allah telah memberikan taufik untuk meneliti kembali berbagai-bagai persoalan, mentakhrij hujah-hujahnya serta menjelaskan perkara-perkara yang masih samar supaya dapat dipersembahkan kepada para pembaca di seluruh dunia Islam dalam format yang lebih menarik.

Friday, February 7, 2014

Kebengisan Malaikat Malik


Kebengisan Malaikat Malik 
 Penulis: Mansur Abdul Hakim 
 Terbitan: Jasmin 
 Harga: RM32.00 

 Penyebab penduduk neraka menyeru Malik adalah kerana setelah mereka dimasukkan ke dalam neraka, semua hubungan dengan mereka terputus sama sekali. Dialog penghuni neraka dengan penjaganya dinyatakan berulang-ulang dalam bentuk uslub yang banyak. Kemudian pada akhirnya ianya berakhir pada permohonan kepada pemimpin penjaga neraka 'Malik a.s.' agar ia meminta syafaat kepada Tuhan untuk menghentikan seksaan mereka.

Misteri Penjelmaan Syaitan & Senjata Orang Mukmin Melawannya


Misteri Penjelmaan Syaitan & Senjata Orang Mukmin Melawannya 
Penulis: Hamid Abu Bakar 
 Terbitan: Ibnu Katsir 
 Harga: RM36.00

Wednesday, February 5, 2014

Senyuman Malaikat Ridhwan


Senyuman Malaikat Ridhwan 
Penulis: Mansur Abdul Hakim 
 Terbitan: Jasmin 
 Harga: RM38.00 

 Berkaitan dengan malaikat dan sifat-sifatnya, di sini akan dijelaskan tentang kewujudan malaikat Ridhwan. Ianya kerana adanya hadis-hadis yang menyebutkan kewujudan malaikat Ridhwan sebagai penjaga syurga.

Sunday, September 1, 2013

Mengintip Alam Ghaib


Mengintip Alam Ghaib 
Penulis: Kesuma Dewi 
 Terbitan: Hijjaz Records Publishing 
 Harga: RM25.90 

 Alam ghaib seperti yang difahami oleh masyarakat umum adalah alam yang tidak dapat dilihat secara kasar oleh mata manusia. Tetapi ia tidak bermakna alam ini tidak wujud. Alam ghaib itu sangat luas, salah satu daripadanya ialah alam Jin. Ada hikmah besar mengapa Allah menghijab pandangan manusia daripada alam ini. 

 Walaubagaimanapun, ada segelintir manusia yang dipilih oleh Allah dan diberi kelebihan melihat dan menerokai alam itu. Mereka orang biasa yang di beri keistimewaan oleh Allah untuk berhubung dan melawan makhluk-makhluk halus yang jahat dan mahu menyesatkan kita. 

 "Berlindunglah dengan Allah dari kejahatan makhluk-makhlukNya dan dari kejahatan diri kita sendiri.."

Wednesday, May 29, 2013

Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin Di Segitiga Bermuda


Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin Di Segitiga Bermuda 
Penulis: Muhammad Isa Dawud 
Terbitan: Pustaka Syuhada 
Harga: RM22.00

Buku ini mengungkapkan pelbagai rahsia tersembunyi dan fenomena membingungkan sekitar jati-diri dan sepak terjang, makhluk bermata satu dan penyebar fitnah yang kemunculannya di akhir zaman telah diramalkan jauh hari sebelumnya oleh nabi kita. Inilah buku pertama yang menelaah perihal dajjal, yang masih amat jarang dibahas orang.

Thursday, May 9, 2013

Jin Undercover

Jin Undercover 
Penulis: Abdul Majid Hassan 
 Terbitan: Kemilau Publika 
 Harga: RM20.90 

 Perkataan “jin” dalam bahasa Arab bermakna “terlindung atau tersembunyi”. Ini bermakna jin tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Mengikut Syed Sabiq dalam bukunya Al-qa’id al-Islamiah: jin ialah roh yang berakal, mukalaf seperti manusia tetapi tidak mempunyai jasad seperti manusia, tidak dapat dilihat dengan penglihatan, tidak dapat disaksikan bentuk dan tabiat mereka yang asli dan mereka mempunyai kuasa tersendiri untuk membentuk diri mereka. 

Daripada definasi “mereka mempunyai kuasa untuk membentuk diri mereka sendiri”, bererti mereka boleh berubah bentuk kepada bentuk yang mereka kehendaki. Dan dijadikan jin daripada api yang tidak berasap – lidah api. (Surah ar-Rahman: 15) 

Perbezaan antara jin dan manusia adalah pada tahap suhu. Biasanya, suhu badan manusia ialah antara 35oc hingga 37oc. Manakala suhu jin yang minimum ialah antara 100oc hingga ribuan darjah celsius. Suhu badan manusia tidak boleh melebihi 50oc. Ini akan mengakibatkan manusia mati. Manusia tidak boleh menurunkan suhu badannya dengan sendiri. Tetapi jin boleh menurunkan suhunya dengan cara berubah bentuk sepertimana definasi yang nyatakan oleh Syed Sabiq.

Tuesday, March 26, 2013

Kisah Harut & Marut: Menguak Hakikat Harut & Marut


Kisah Harut & Marut: Menguak Hakikat Harut & Marut 
Penulis: As’idi 
 Terbitan: Al-Hidayah 
 Harga: RM12.00 

 Dikisahkan di dalam Al-Qur'an bahawa syaitan telah mengajarkan kepada manusia di Babylon ilmu sihir. Malah syaitan juga telah mengajarkan apa yang telah Allah turunkan kepada Harut dan Marut, sehingga manusia mampu memberikan mudarat kepada manusia lain. 

Sebenarnya siapakah Harut dan Marut ini? Adakah mereka ini dari golongan manusia atau malaikat? Mengapa nama mereka terdapat di dalam Al-Qur'an? Adakah mereka wujud pada zaman sekarang? Sekiranya ada, bagaimanakah ciri-ciri mereka? Buku yang sedang anda belek ini mengungkap misteri dan tanda tanya tentang Harut dan Marut. Berbagai pendapat dan penafsiran juga dikemukakan bagi menambahkan lagi pemahaman pembaca berkisar persoalan Harut dan Marut. 

Semoga pencerahan ini dapat menambahkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah S.W.T

Thursday, February 7, 2013

Dialog Dengan Jin Islam

Dialog Dengan Jin Islam
Penulis: Muhammad Isa Dawud
Terbitan: Pustaka Syuhada
Harga: RM20.00

Buku ini berusaha merakam dialog antara penulis dengan salah satu jin Islam. Dialog tersebut begitu bersahaja sehingga menjadikan buku ini benar-benar enak dibaca. Dari dialog-dialog ini pembaca akan memperoleh pelbagai maklumat baru yang menakjubkan tentang dunia jin yang sebenarnya.

Buku ini sedikit sebanyak akan meluruskan tanggapan kita yang salah tentang bentuk, watak dan kehidupan jin, sejak mula asal kejadiannya hingga pelbagai kejadian yang berkaitan dengan jin seperti gangguna syaitan dan sihir, lengkap dengan cara pengubatannya.

Thursday, September 13, 2012

Jin dalam Al-Quran

Jin dalam Al-Quran
Penulis: M. Quraish Shihab
Terbitan: PTS
Harga: RM16.00 

Ketika al-Quran dan sunah mengkehendaki kita percaya kepada perkara yang ghaib termasuk jin, ia bertujuan membawa kita menyedari betapa sedikit pengetahuan kita. Di samping itu, ia juga bertujuan memberi sekelumit gambaran tentang pelbagai makhluk yang diciptakan Allah SWT, sama ada yang dikenali mahupun yang belum atau tidak pernah dikenali hakikatnya sama sekali. Memang sejak mula lagi al-Quran mengingatkan ada wilayah tertentu dalam kehidupan ini yang mana akal dapat berperanan dan ada pula yang ditetapkan-Nya berada di luar kemampuan akal. Allah SWT tidak memberi kemampuan itu kepada manusia kerana wilayah itu tidak diperlukan dalam melaksanakan kehidupan seharian sebagai hamba dan khalifah di permukaan bumi ini. Cukuplah dengan akal yang ada pada manusia dalam setiap gerak dan langkahnya. Atau boleh jadi Allah SWT menerangkan tentang jin, syaitan, dan malaikat bagi menyedarkan kita banyak perkara yang tidak diketahui, termasuk selok-belok kita sendiri.

Tuesday, September 11, 2012

Mengenali Dajjal dan Ya'juj wa Ma'juj

Mengenali Dajjal dan Ya'juj wa Ma'juj
Penulis: Ahmad Juraij
Terbitan: Jasmin
Harga: RM12.00