Thursday, March 27, 2014

Buku Mini Mudahnya Menjemput Rezeki


Buku Mini Mudahnya Menjemput Rezeki 
Penulis: Fathuri Salehuddin 
Harga: RM2.70

101 Keajaiban Dan Keunikan Biodata Rasulullah


101 Keajaiban Dan Keunikan Biodata Rasulullah 
 Penulis: Jaafar Salleh 
Terbitan: PSN Publications 
 Harga: RM33.00 

Keajaiban Nabi Muhammad terpancar melalui akhlaknya. Akhlaknya ialah al-Quran. 
Rasulullah SAW ialah manusia ciptaan Allah SWT yang paling istimewa. marilah kita menyelami kehebatan dan keagungan junjungan kita dan menerapkan sunnahnya dalam kehidupan harian sebagai tanda kecintaan kita kepada Rasulullah SAW.

Tuesday, March 18, 2014

Ustaz, Tolong Saya! Soal Jawab Sensasi Masyarakat Masa Kini


Ustaz, Tolong Saya! Soal Jawab Sensasi Masyarakat Masa Kini 
 Penulis: Ustaz Love 
 Terbitan: PTS Harga: RM23.00 

 Buku Ustaz, Tolong Saya! mengupas berkenaan soal jawab sensasi masyarakat pada masa kini.

99 Rahmat Ditahan di Sisi-Nya


99 Rahmat Ditahan di Sisi-Nya 
 Penulis: Abu Marwan 
 Terbitan: Kemilau Publika 
 Harga: RM17.00 

 Tidak ada seorang manusia pun yang tidak mendapat belas kasih daripada Allah. Banyak ayat-ayat al-Quran menghuraikan tentang rahmat dan kasih sayang Allah. Sama ada yang ditaburkan kepada umat manusia, mahupun untuk alam semesta. Al-Quran juga menjelaskan berbagai jalan yang perlu ditempuh untuk mencapai rahmat Allah dalam kehidupan di dunia ini. Tujuannya adalah untuk mewujudkan kehidupan damai sejahtera di dunia dan keuntungan serta kebahagiaan abadi di akhirat. 

 Rahmat Allah meliput setiap gerak alam dan seluruh dimensi kehidupan insan. Apa sahaja yang terjadi dan dilakukan oleh manusia adalah kerana berkat dan rahmat Allah Azzawajalla. Rasulullah SAW menganjurkan kita supaya sentiasa hidup selaras dengan syariat Allah dan sunnahnya supaya kita beroleh rahmat dan kasih sayang Allah. Nabi Muhammad menjelaskan bahawa sifat kasih sayang Allah melebihi sifat marah-Nya. Oleh itu Rasulullah sentiasa melarang umatnya daripada bersifat putus asa dengan rahmat Allah.

Thursday, March 13, 2014

Halalkah Makanan Kita?


Halalkah Makanan Kita? 
 Penulis: Dr. Saadan Man, Zainal Abidin Yahya 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM20.00 

 Buku Halalkah Makanan Kita? mengupas konsep halal dan haram dalam pemakanan daripada aspek agama, kesihatan, dan undang-undang. Halalkah Makanan Kita? juga menghidangkan kepada pembaca tentang kaedah pemilihan makanan yang betul. Halalan Toyyiban adalah pilihan kita semua.

Kandil di Kaki Gunung


Kandil di Kaki Gunung 
 Penulis: Roza Roslan 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM50.00 

 Roza menyingkap dan mentafsirkan makna kehidupan yang dilaluinya daripada sudut ketuhanan. Bagaimanakah seharusnya kita memaknai dan mengisi kehidupan ini supaya memberi saham besar ketika menuju ke destinasi abadi. Sudahkah kita mengharungi kehidupan ini mengikut landasan yang benar dan betul. Mungkinkah kita lebih banyak dikuasai dan dipengaruhi oleh emosi melulu dan bukan akal sihat sesuai dengan ajaran Allah. - Dr. Jeniri Amir, penulis dan pensyarah UNIMAS

Hidup Penuh Erti: Cerita dari Hati


Hidup Penuh Erti: Cerita dari Hati 
 Penulis: Hilal Asyraf, Aiman Azlan 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM23.00 

 Buku motivasi yang bertajuk Hidup Penuh Erti: Cerita dari Hati adalah sebuah buku gabungan Hilal Asyraf dan Aiman Azlan. Mereka berdua berkongsi pelbagai isu yang mencuit daripada pelbagai topik yang menjalar dalam kehidupan kita, dengan harapan supaya di celah-celah penyampaian buku ini, dapat kita mengenali diri sendiri. Identiti kita yang sebenar adalah kita merupakan hamba Allah s.w.t. Itu identiti kita. Segala pergantungan kita adalah kepada-Nya, segala tindak-tanduk, dan perlakuan kita adalah kerana-Nya.

Fiqh Hiburan dan Rekreasi


Fiqh Hiburan dan Rekreasi 
 Penulis: Dr. Yusuf Al-Qaradhawi 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM20.00 

 Fiqh Hiburan dan Rekreasi adalah satu lagi buku siri pemikiran karya Dr. Yusuf Al-Qaradhawi. Buku ini membincangkan dengan lebih terperinci perkara berkaitan hiburan dan rekreasi seperti: 

- Batasan syarak berkenaan ketawa dan jenaka 
- Hukum berhibur dengan tarian dan tepukan 
- Hukum berhibur dengan drama dan filem 
- Jenis sukan yang dilarang dalam Islam 
- Pendirian Islam berkenaan aktiviti bersukan 
- Hukum senaman yoga 
- Hukum sukan berisiko tinggi seperti mendaki gunung, perlumbaan kereta, pertunjukan sarkas, gusti, dan tinju. 
- Hukum permainan minda seperti daun terup 
- Hukum pertandingan melalui telefon, kupon, dan tiket peraduan

Friday, March 7, 2014

Auratku Maruahku


Auratku Maruahku 
Penyusun: Siti Nur Fatimah Hassan & Mohd. Solleh Ab. Razak 
 Terbitan: Telaga Biru 
 Harga: RM26.00 

 Buku “Auratku Maruahku” ini merungkai semua keraguan dan kemusykilan anda. Persembahan kandungan dalam bentuk soal jawab memudahkan pembaca memahami kepentingan syariat ini. Setiap persoalan dijawab berserta huraian, rujukan al-Quran dan hadis, rujukan kitab dan ilustrasi yang menarik. Teks mudah difahami, ringkas dan agak santai. Grafik menarik, berilustrasi dan berwarna penuh. Sesuai dijadikan bacaan usrah, rujukan di perpustakaan, hadiah buat teman dan ahli keluarga.

Step-by-step Solat


Step-by-step Solat 
Penyusun: Fauzi Abd Hamid 
 Terbitan: Telaga Biru 
 Harga: RM25.00 

Mengapa membeli buku ini? 
• Memberikan panduan dan tip bagaimana mendirikan solat secara teratur dan sempurna. 
• Penyampaian yang mudah dan jelas berserta sisipan fotografi dan ilustrasi yang menarik. 
• Penjelasan teori serta praktikal panduan mengerjakan ibadat khusus. 
• Praktikal untuk dipelajari di rumah dan sekolah. Sesuai menjadi bahan bantuan pengajaran. 
• Info dan cara beribadat yang diterangkan jelas dan terperinci

Thursday, March 6, 2014

Kenali Rasul Kita Muhammad SAW


Kenali Rasul Kita Muhammad SAW
Penyusun: Ahmad Adnan Fadzil 
 Terbitan: Telaga Biru 
 Harga: RM89.00 

 Kelebihan buku ini: 
• Gabungan terjemahan, ulasan dan kesimpulan berkenaan riwayat hidup kekasih Allah supaya pembaca memahami keperibadian dan cara hidup Baginda dengan tepat dan menyeluruh sebagaimana tujuan Imam at-Tirmizi menulis kitab asy-Syamail. 
• Terjemahan lengkap berbahasa Melayu disertai ulasan yang dapat membantu pembaca memahami setiap hadis asy-Syamail dengan tepat dan baik. 
• Mempunyai taujihat nabawiyyah yang boleh dijadikan teladan di setiap bab yang pastinya menjadi nilai tambah bagi buku ini. 
• Disertakan foto, gambar rajah dan diagram yang memudahkan pemahaman pembaca. 
• Kisah-kisah menarik daripada hadis-hadis yang dipaparkan dalam buku ini dapat mendidik jiwa dan memberi inspirasi kepada pengguna. 
• Ekstra! Profil para perawi dan CD kuliah Dr. Hj. Zahazan Mohamed.

Tuesday, March 4, 2014

Al-Asya’irah: Akidah Sebenar Ahli Sunnah Wal Jamaah


Al-Asya’irah: Akidah Sebenar Ahli Sunnah Wal Jamaah 
 Penulis: Syeikh Dr Fouzi al-Anjari, Syeikh Hamdi Sinan al-Masri 
 Terbitan: AlHimna Enterprise 
 Harga: RM40.00 

 Ini adalah buku terjemahan dari kitab arab iaitu ‘Ahlus Sunnati al-Asya’irah’. Buku ini amat baik dan merupakan sebagai penambah ilmu kerana ia memberi penjelasan tentang akidah sebenar Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Demi Masa


Demi Masa 
 Penulis: Abu Hassan Morad 
 Terbitan: Galeri Ilmu 
 Harga: RM19.50 

 Demi Masa... yang ditulis oleh Abu Hassan Morad ini merupakan luahan rasa hati beliau terhadap masyarakat hari ini, berkisar terutamanya tentang nasib orang Melayu Islam di negara ini. Sebagai seorang anak peneroka yang dibesarkan dalam suasana penuh mencabar, yang kemudiannya menjadi seorang guru, penulis, pengarah dan beberapa lagi amanah lain yang terpikul di bahunya, beliau melihat dan merasa sendiri realiti kehidupan masyarakat yang tidak seimbang, kucar-kacir, tidak terurus, tertindas dan sebagainya, yang disebabkan oleh sifat tamak, tidak bertanggungjawab, mementingkan diri sendiri, tidak prihatin, lemah, penakut, ego dan lain-lain, sebagai akibat daripada kegagalan melaksanakan tugas yang diamanahkan terhadap diri masing-masing. Dalam catatannya, beliau menyeru anak bangsanya agar berubah, kembali menghayati ajaran Islam yang indah, mengambil iktibar terhadap apa jua kejadian dan mencungkil hikmah terhadap setiap perkara yang berlaku di bawah bumbung dunia globalisasi dunia hari ini.

Monday, March 3, 2014

Berfikir Gaya Al-Fateh


Berfikir Gaya Al-Fateh 
 Penulis: Muhammad Syaari Abdul Rahman 
 Terbitan: PTS 
 Harga: RM35.00 

 Kejayaan Sultan Muhammad Al-Fateh menewaskan tentera salib mengagumkan bukan sahaja kawan, malah lawan. Kepimpinan dan taktik peperangannya yang hebat menjadi pencetus kepada penghasilan Berfikir Gaya Al-Fateh. 

 Antara input penting yang dikaji oleh Muhammad Syaari Abdul Rahman menjawab persoalan berikut: 
- Apakah strategi kemenangan Islam dalam Peristiwa 1453? dan strategi kemenangan Islam 
- Bagaimanakah hebatnya karakter Sultan Muhammad Al-Fateh, ataupun dikenali sebagai Sultan Muhammad II? 
- Apakah 'kuasa mental' dan 'kekuatan minda' sebenar Al-Fateh? 
- Benarkah Al-Fateh tidak pernah meninggalkan solat wajib dan sunat sejak baginda akil baligh? 
- Benarkah pembukaan Konstantinopel hanya akan berlaku pada akhir zaman? 
- Bagaimanakah Sultan Muhammad Al-Fateh dididik oleh kedua-dua ibu dan bapanya?