Sunday, June 22, 2014

Nakhoda Agung - Utusan Buat Yang Ingkar


Nakhoda Agung - Utusan Buat Yang Ingkar 
 Penulis: Web Sutera 
 Terbitan: Mustread 
 Harga: RM22.00 

 "Sesungguhnya Kami utus Nuh kepada kaumnya (dengan berfirman): Berikanlah peringatan kepada kaummu sebelum mereka didatangi azab yang pedih." Surah Nuh ayat 1. 

 Muncul ajaran-ajaran baru hasil bisikan syaitan yang tidak jemu-jemu menghasut. Umat manusia akhirnya berpaling daripada ajaran Allah. Sinar agama langit semakin pudar. Lantas Allah melantik seorang lelaki bernama Syakirin sebagai penyelamat. Dialah cicit Nabi Idris yang kemudiannya dikenali sebagai Nabi Nuh AS.

Friday, June 13, 2014

Menjelang Kemunculan Imam Mahdi dan Kedatangan Nabi Isa


Menjelang Kemunculan Imam Mahdi dan Kedatangan Nabi Isa 
 Penulis: Mohammad Suhair Asyaraf 
 Terbitan: Hijjaz Records Publishing 
 Harga: RM37.90 

 Salah satu bukti kehebatan Islam ialah hadis-hadis Rasulullah s.a.w. mengenai masa depan umat khususnya umat akhir zaman. Salah satu hadis menakjubkan ialah mengenai kemunculan seorang lelaki Ahli Bait yang bakal menjadi panglima perang dan khalifah akhir zaman. Masyarakat barat mengenali sebagai 'Muhammad kedua'. Umat Islam pula mengenalinya sebagai 'Imam Mahdi'. Beliau akan membawa keamanan dan melaksanakan syariat di seluruh dunia. 

Rasulullah s.a.w. turut bersabda mengenai Al-Malhamah Al-Kubra iaitu sebuah peperangan paling dahsyat antara pihak Islam dan kufar. Peperangan itu pula tidak menggunakan senjata berteknologi tinggi. Sebaliknya menggunakan senjata lama seperti pedang, tombak, panah dan sebagainya. Malah dikatakan juga, pada masa itu, semua peralatan teknologi tidak lagi mampu berfungsi seperti sekarang. Bagaimana semua itu boleh terjadi? Tidak lama selepas Imam Mahdi dan para tentera sufinya berjaya menguasai dunia, Dajjal akan muncul bersama bala tentera kufarnya. Kemudian Nabi Isa a.s. pula akan turun dan menghapuskan Dajjal dan semua fitnahnya. Dunia masih belum aman. Ini kerana selepas itu, manusia diancam pula oleh yakjuj Makjuj, satu bangsa asing dan aneh yang dikurung di dalam tembok batu oleh Iskandar Zulkarnain, di suatu tempat yang dirahsiakan oleh Allah. 

Pelbagai tragedi dan kejadian akan berlaku sebagai petunjuk sebelum semua peristiwa itu berlaku. Semua itu bakal dibincangkan di dalam buku ini dan ia perlu diberi perhatian oleh kita semua. Mengapa? Ini kerana menurut Rasulullah s.a.w., semua itu akan berlaku di akhir zaman. Kita adalah umat akhir zaman dan Rasulullah s.a.w. ialah Al-Amin iaitu manusia yang tidak pernah berbohong.

Zikir Terapi Diri 3 - Hafiz Hamidun


Zikir Terapi Diri 3 
 Artis: Hafiz Hamidun 
 Harga: RM19.90

Thursday, June 5, 2014

Santunan Fitrah


Santunan Fitrah 
 Penulis: Dr. Harlina Halizah Siraj 
 Terbitan: Karya Bestari 
 Harga: RM17.00 

 Pada akhir pembacaan naskhah Santunan Fitrah ini, kita boleh membuat kesimpulan bahawa tiada cara yang lebih baik untuk menjalani kehidupan melainkan kembali kepada fitrah yang ditentukan Allah! Semoga ada sedikit manfaat yang mampu dicedok untuk menambah keluasan sudut pandang serta meningkatkan tahap intelektual. Kerana sesungguhnya, itulah objektif utama penulisan buku ini.

99 Kisah Keramat Para Wali


99 Kisah Keramat Para Wali 
 Penulis: Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari 
 Terbitan: PSN Publishers 
 Harga: RM28.00

Wednesday, June 4, 2014

Menalar Makna Diri : Kembara Menjejak Imam Birgivi


Menalar Makna Diri : Kembara Menjejak Imam Birgivi 
 Penulis: Ustaz Hasrizal Abdul Jamil 
 Terbitan: Karya Bestari 
 Harga: RM25.00 

 Menalar Makna Diri : Kembara Menjejak Imam Birgivi adalah sebuah naskhah travelog yang merakam pengalaman Ustaz Hasrizal Abdul Jamil mengembara untuk mencari dan menganalisa bahan rujukan bagi mengkaji pemikiran dan perjuangan seorang tokoh penting Daulah Uthmaniyyah Abad ke-16, Muhammad bin Pir Ali al-Birkawi, atau lebih dikenali sebagai Imam Birgivi. 

 Pengembaraan ini bukan sekadar pengembaraan akademik bagi menyempurnakan pengajian Sarjana Pengajian Islam (Pengajian Arab dan Tamadun Islam) beliau di UKM, tetapi ia juga adalah pengembaraan ukhuwwah, tarbiyyah, mehnah, keringat dan air mata, pada memartabatkan disiplin sejarah, saat ia dipinggirkan oleh massa. 

 Perjalanan merentas gunung melintas benua, terhimpun padanya keseriusan amanah ilmu, namu terselit juga kelucuan persahabatan melangkau batas bangsa dan bahasa, Ustaz Hasrizal Abdul Jamil mempersembahkan naskhah ini sebagai sumbangan beliau pada memperomosi bidang sejarah, kajian tokoh dan ilmu pengetahuan itu sendiri, sebagai dasar tempat berdirinya ummah zaman berzaman. 

 Pengembaraan ini bukan sekadar menemukan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil dengan Imam Birgivi yang dikaji, tetapi membantunya menalar usia di persimpangan 40-an, pada menemukan beliau dengan dirinya yang dicari, selama ini.

99 Ulama Terunggul - Pengorbanan & Kesabaran Dalam Menuntut Ilmu


99 Ulama Terunggul - Pengorbanan & Kesabaran Dalam Menuntut Ilmu 
 Penulis: Abdul Fattah Abu Ghuddah 
 Terbitan: PSN Publishers 
 Harga: RM30.00 

 Buku 99 Ulama Terunggul:Pengorbanan & Kesabaran dalam Menuntut Ilmu ini menceritakan sifat sabar yang memiliki oleh para ulama dalam menempuh pelbagai dugaan dan cabaran dalam mencari ilmu. Sesungguhnya amatlah besar usaha para ulama dalam menuntut ilmu dan besar kemahuan mereka untuk mengejar keredaan Allah s.w.t. Jalan menuju Allah s.w.t ialah jalan yang penuh dengan rintangan sedangkan jiwa seseorang itu tidak dapat istiqamah dalam melaksanakan perintah Allah s.w.t dengan mudah. Kita seharusnya meneladani akhlak dan kesabaran para ulama terdahulu untuk kembali menjulang Islam sebagai agama yang memegang peradaban dunia. 

Buku yang sangat bermanfaat ini akan dapat membangkitkan semangat dan iman kita yang sentiasa goyah akan godaan dan cabaran dunia. Kita pasti akan berasa kagum dengan membaca retetan kisah para ulama yang dipaparkan dalam buku 99 Ulama Terunggul: Pengorbanan & Kesabaran dalam Menuntut Ilmu ini.

Aku Ada Wali


Aku Ada Wali 
 Penulis: Ustazah Fatimah Syarha dan Dr. Farhan Hadi 
 Terbitan: Sebarkan Bahagia Resources 
 Harga: RM29.90 

 SYUMAILA, seorang anak gadis yang tidak berpacaran seperti generasi muda yang lain. Meskipun jauh beribu batu dari keluarga, Syumaila tetap ingat prioritinya. Ke medan ilmu di Bumi Korea Selatan untuk kenal Pencipta. Bukan leka bermaksiat atas nama 'cinta'. Dia menunjukkan ketegasan diri apabila diuji cinta lelaki. Berurusan dalam batas keperluan sahaja. Tiada dating. Tiada khalwat berdua-duaan. Tiada keluar makan sekali. Tiada ungkapan cinta sayang. Fitrahnya, dia juga mempunyai impian untuk berkahwin. Dia tidak memilih cara 'menghampiri jalan-jalan zina' sebelum menuju ke alam rumah tangga. Dia tidak mahu hatinya tercemar dengan leka dan murka Allah. Dia memilih strategi 3P. Pause! Prioriti! Pergi! Baginya inilah saat 'menahan', apabila berbuka penuh 'keterujaan'. Akhirnya, dia menjadi isteri yang sangat memahami dan penyayang selepas nikah. Yang haram sekejap sahaja, yang halal lebih luas. Berkat memilih jalan yang terpelihara, rumah tangganya sangat bahagia meskipun ujian tidak surut datang menerpa.

Tuesday, June 3, 2014

Risalah Qusyairiyah, Sumber Kajian Ilmu Tasawuf


Risalah Qusyairiyah, Sumber Kajian Ilmu Tasawuf 
 Penulis: Abdul Qasim Abdul Karim Hawazin Al Qusyairi An-Naisaburi 
 Terbitan: Pustaka Amani 
 Harga: RM50.00 

 Risalah Qusyairiyah karya Abdul Qasim Abdul Karim Hawazin Al Qusyairi An-Naisaburi ini merupakan buku yang disusun dengan tujuan meluruskan pemahaman keagamaan Islam tentang konsep tasawuf, akidah tasawuf, pengalaman-pengalaman mistis, terminal-terminal spiritual Islam. Di samping berusaha membongkar dan menata kembali kekeliruan-kekeliruan itu untuk dikembalikan pada posisi semula, buku ini juga memaparkan konsep-konsep sufi, yang hampir setiap poin disajikan secara lengkap dan utuh, gambling dan penuh pesona. Karenanya, figure dan tradisi tasawuf Al-Qusyairi cukup popular di lingkungan masyarakat sunni, dan bahkan buku ini banyak dijadikan sumber kajian para sufi generasi sesudahnya.

Monday, June 2, 2014

Ahasin Al-Kalim: Syarah Al-Hikam Jilid 3


Ahasin Al-Kalim: Syarah Al-Hikam Jilid 3 
 Penyusun: Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri 
 Terbitan: Pustaka Cahaya Kasturi 
 Harga: RM60.00 

 Mengandungi mutiara kata yang indah dan bermanfaat serta mengupas berkenaan bagaimana mensucikan diri daripada sifat-sifat tercela (sifat mazmumah). Supaya setiap ibadah dan amal diperbuat terhindar daripada penyakit-penyakit hati seperti takabbur, riyak dan ujub.